E-BUKU SKRAP ANTI DADAH TAJUK : “LEBIH BAIK CEGAH : MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA” NAMA MURID : 1.NUR AISYAH BATRISYIA BINTI NOORFADLY 2. AQIL ZAFRAN BIN ABDULLAH 3. AHMAD KHALISH ZHAFRAN BIN MOHD ZABIDI NAMA GURU PEMBIMBING: SITI KHADIJAH BINTI BAKAR, PENYELARAS PPDA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA 78300 MASJID TANAH, MELAKA LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara MBB0044 SK SRI LAKSAMANA, 78300 MASJID TANAH, MELAKA
APA ITU DADAH? Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk mentiasat , merawat atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan. LEBIH BAIK CEGAH : Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
JENIS-JENIS DADAH 1.Opiat- menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang 2.Ganja- ialah bahan yang kompleks dan mengandungi 421 jenis bahan kimia 3. Halusinogen - pengambilan bahan ini boleh menyebabkan pengambil bertindak di luar jangkaan dan tingkah laku ganas. 4. Dadah juga boleh digunakan di dalam perubatan seperti pil tidur. LEBIH BAIK CEGAH : Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
CIRI-CIRI DADAH Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri: • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaanya adalah dilarang • Diperolehi secara haram • Membawa kepada penggantungan fizikal dan • Mendatangkan kesan-kesan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial LEBIH BAIK CEGAH : Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
KEBURUKAN ALKOHOL Kesan toksik alkohol kepada otak boleh menyebabkan gangguan mental seperti kemurungan dan psikosis. Selain itu, alkohol boleh menyebabkan sirosis hati dan kegagalan fungsi hati, kegagalan jantung, gastritis, ulser, radang pankreas dan kanser saluran oro-farink (mulut dan tekak). LEBIH BAIK CEGAH : Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
KEBURUKAN ROKOK DAN VAPE VAPE ATAU ROKOK ELEKTRONIK BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Ini kerana vape mempunyai nikotin yang cukup untuk merosakkan paru-paru. Berikut adalah kesan-kesan bahaya akibat penggunaan vape: • Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan. • Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian. • Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi. LEBIH BAIK CEGAH : Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
INHALAN, HIV DAN AIDS LEBIH BAIK CEGAH : Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
KESIMPULAN Penyalahgunaan dadah, rokok dan alkohol adalah kombinasi yang amat buruk untuk kesihatan. Kesemuanya mempunyai kesan sampingan yang berbeza dan sekiranya digabung, kesan-kesan ini akan bertambah teruk. Berhentilah segera kerana kesannya bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu, malah kesihatan dan keselamatan orang lain. Jika kesan rokok kepada perokok pasif adalah sesuatu yang telah lama dihujahkan. Jangan lupa kesan minum arak yang telah banyak meragut nyawa. Lihat sahaja berapa ramai mangsa yang kehilangan nyawa dan orang tersayang akibat kemalangan jiwa berpunca daripada pemandu mabuk. Penyalahgunaan dadah pula boleh merosakkan individu, institusi keluarga, komuniti dan seterusnya negara. Oleh itu, sedar sebelum terlambat. Gejala ini seharusnya dibendung bermula dari rumah, sekolah dan komuniti setempat. LEBIH BAIK CEGAH : Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara