The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aziana saian, 2022-01-25 23:47:54

MODUL 3 TS25 2021

MODUL 3 TS25 2021

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring
dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan
bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi
kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha
untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman,
KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada
tahun 2014.

Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan
kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di
samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan
sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.

Rajah 1- 5 STANDARD ASAS PAK 21

Kejayaan dalam pelaksanaan PAK 21 bertitik tolak dari kesediaan guru yang
melaksanakan tanggungjawab tersebut. Oleh itu, soal selidik ini bertujuan
meneroka kesediaan dan pemahaman guru terhadap pelaksanaan PAK21 dan
seterusnya merungkai sejauhmanakah kesediaan guru dalam menongkah arus
mendepani cabaran PdPc abad ke 21.

Soal selidik yang dilaksanakan menilai kefahaman guru tentang amalan
PAK21 melalui kaedah dan aktiviti yang biasa dijalankan sewaktu PdPc.

Rajah 2-Maklumat Responden Rajah 3-Pengetahuan tentang maksud PAK21,
ciri pembelajaran dan susun atur kelas PAK21

Rajah 4-Aktiviti PAK21 Rajah 5-Impak PAK21 kepada murid

Analisis daripada soal selidik yang telah dijalankan daripada segi pengalaman
mengajar, sebanyak 45 % terdiri daripada guru-guru yang telah mengajar
selama 11 hingga 20 tahun. Manakala hanya 21% sahaja terdiri daripada guru-
guru senior yang telah mengajar antara 21 tahun hingga 30tahun dan
selebihnya 7.5% mempunyai pengalaman 6 hingga 10 tahun.

Rajah 6 – carta Pengalaman Mengajar Responden

Rajah 7 – carta pengetahuan dan kefahaman tentang kelas PAK21

Persediaan di kalangan guru terhadap PAK 21 menunjukkan bahawa 90% guru
faham tentang maksud PAK21 adalah bersedia mendepani segala cabaran PAK
21.
Guru-guru sememangnya telah lama mengaplikasikan cara pengajaran PAK21
didalam sesi PdPc dengan kepelbagaian jenis aktiviti pengajaran PAK21.
Daripada analisis menunjukkan semua guru pernah mengaplikasikan pengajaran
PAK21 ini.

Rajah 8 Aktiviti PAK21 yang biasa digunakan dalam PdPc
Pelbagai pendedahan telah diberikan kepada semua guru-guru dari masa ke
semasa. Antaranya iaitu guru-guru diberi pendedahan tentang PLC. Bengkel PLC
telah dilaksanakan oleh semua guru agar ilmu ini dapat diaplikasikan sebaik
mungkindalam PdPc PAK 21.

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang
komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri
atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid
mereka. PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk
meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam PAK 21. Ini
selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu semua
warga pendidik mengetahui aspirasi pendidikan masa kini.

Rajah 9 – Bengkel PLC Jan- Jun 2021

Rajah 10 – Panel membentang dan guru berkolaborasi dan berkongsi idea.

Bilik darjah merupakan penyumbang utama dalam kejayaan PAK 21 kerana
PdPc berpusatkan murid, tidak berpusatkan guru. Guru tidak lagi berfungsi

sebagai pensyarah tetapi sebagai fasilitator pembelajaran. Murid-murid
belajar dengan cara melakukan dan guru bertindak sebagai coach, membantu
murid ketika mereka bekerja dengan projek mereka. Murid belajar
menggunakan kaedah siasatan (inkuiri) dan bekerjasama dengan orang lain.
Matlamat bilik darjah PAK 21 adalah untuk menyediakan murid untuk menjadi
seorang yang produktif.

Rajah 11 – Penggunaan lcd projector dalam kelas PAK 21

Rajah 12 – Parking Lot di dinding kelas dan di papan kenyataan
Rajah 13 –Aktiviti PdPc PAK21

Menurut SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) 9 Mac 1999, Rancangan
Pelajaran Harian didefinasikan sebagai :
“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti
objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai”
Bagi mengakaji amalan penulisan RPH di kalangan guru, satu soal selidik telah
dibuat. Ia adalah untuk menguji kefahaman guru terhadap penulisan RPH yang
menepati kemahuan dan garis panduan dari TS25.

Rajah 14 –soal selidik amalan Penulisan RPH

Hasil analisis data yang diperolehi menunjukkan majoriti guru-guru memahami
cara penulisan RPH yang betul seperti garis panduan TS25

Rajah 15 Ketersediaan tentang penulisan RPH TS25

74 % guru-guru bersedia untuk membudayakan amalan penulisan RPH TS21
manakala hanya 25.6% sahaja yang masih kabur dengan cara penulisan RPH
yang betul. Masalah utama mereka ialah tidak dapat membezakan anatara
Objektif Pengajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK). Jika sekali pandang
memang kedua-duanya tiada beza. Namun apabila diberikan pendedahan yang
jelas, kita faham dan dapat membezakan antara OP dan KK.

Bagi menjamin Pembangunan Profesionalisme Berterusan, satu program
penulisan RPH berkesan telah dilaksanakan. Guru diberikan pembugaran
pendedahan cara penulisan RPH TS 25. Penulisan RPH sangat penting kerana :

• Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai.

• Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
• Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara

yang hendak diajarkan.
• Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang

diperuntukkan.

• Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi
pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid
mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang
dikehendaki.

• Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang
lebih tersusun dan bersistem.

• Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
• Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan

skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
• Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang

perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

Rajah 16 –Penerangan Berkaitan TS25

Rajah 17 PLC tentang langkah penulisan RPH TS25 oleh Tn Guru Besar.

Rajah 18 Perbincangan analisis dapatan soal selidik.

Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan generasi masa depan
Malaysia yang seimbang serta menguasai kemahiran abad ke-21. Murid yang
menguasai kemahiran abad ke-21 dengan kebolehan dan kemahiran berfikir
secara kritis, kreatif dan inovatif mampu untuk bersaing di peringkat global.
Kemahiran ini selari dengan enam aspirasi murid seperti yang dinyatakan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu setiap murid akan

mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah diperkenalkan
dalam Kurikulum Kebangsaan pada tahun 1994 melalui KBSR dan KBSM.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula telah diperkenalkan mulai 2011
sebagai satu usaha untuk memperkukuh dan memperkasakan kemahiran
berfikir dengan memberi penekanan kepada kemahiran menaakul. Pelbagai
kemahiran berfikir telah digabungkan bagi tujuan membuat pertimbangan dan
penilaian dalam menyelesaikan masalah.

Bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam
persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, KPM telah memberi penekanan
terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem persekolahan.
Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan yang
menyeluruh dan sistemik yang merangkumi tujuh elemen yang terdiri daripada
tiga elemen utama iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran serta empat
elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber
dan bina upaya. Semua elemen ini menyokong antara satu sama lain. KBAT
diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid tidak hanya menghafal
tetapi juga faham dan tahu apa yang mereka pelajari dan menggunakan akal
fikiran pada tahap yang tinggi dengan menguasai kemahiran menilai,
mengaplikasi, menganalisis dan mencipta.

Rajah 19 Soal selidik kefahaman KBAT

Soal selidik berkenaan KBAT juga telah dijalankan kepada guru-guru. Hasil dapatan
mendapati 92.3% guru mampu menyediakan bahan bantu mengajar yang menggalakkan murid
berfikir. Daripada soal selidik juga mendapati guru dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang
menggalakkan murid berfikir aras tinggi (KBAT).

Lampiran 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 (MINGGU ___ )

MATAPELAJARAN: BAHASA MELAYU KELAS: 123456 ZAMRUD
TARIKH/HARI: MASA: 123456 DELIMA

TEMA: JATI DIRI, KEWARGANEGARAAN UNIT / UNIT 15 : KERANAMU MALAYSIA – SAYANGI WARGA EMAS
STANDARD KANDUNGAN: DAN PATRIOTISME TAJUK:

STANDARD 2.3 Membaca dan mengapriseasi pelbagai bahan sastera dan bukan sastera.
PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI/ 4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa s serta
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
2.3.1 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan bukan sastera untuk membuat rumusan.
KRITERIA KEJAYAAN: 4.3.1 Mengubahsuai puisi dengan bahasa yang indah dan santun secara berpandu dan
mempersembahkan secara kreatif.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Mengujar pantun dengan nada dan intonasi yang betul.
2. Melengkapkan ayat untuk menghasilkan rumusan
3. Mengubahsuai puisi dengan frasa yang sesuai.

1. Murid dapat mengujarkan sekurang-kurangnya dua rangkap pantun dengan nada dan intonasi
yang betul.

2. Murid dapat melengkapkan sekurang-kurangnya 4 perkataan untuk membuat rumusan.
3. Murid dapat mengubahsuai sekurang-kurangnya satu rangkap pantun.

AKTIVITI PENGAJARAN SET 1. Dua orang murid dipilih untuk mengujarkan dua rangkap pantun teka-teki.
&PEMBELAJARAN (PDP): INDUKSI: 2. Murid akan memberi respons kepada soalan guru “Apakah panggilan kepada ibu dan

ABM/ BBM: bapa kepada kedua-dua orang tua kita?”
ELEMEN MERENTAS 3. Jawapan murid akan dikaitkan dengan tajuk pada hari ini.
KURIKULUM (EMK):
TAHAP PEMIKIRAN STRATEGI 1. Murid akan mengujar pantun secara bergilir-gilir dengan intonasi yang betul.
STRATEGI PdP PDP: 2. Murid mendengar penerangan tentang bentuk pantun.
(Pembelajaran) : 3. Murid melengkapkan ayat berdasarkan peta minda untuk menghasilkan rumusan ringkas.
4. Semakan & perbincangan hasil kerja murid akan dibuat setelah semua murid selesai
SISTEM BAHASA :
menjalankan aktiviti.
PETA PEMIKIRAN 5. Murid meneliti perkataan bergaris dalam pantun dan mengubahsuai pantun secara
i-THINK
PENILAIAN PENGAJARAN berkumpulan.
&PEMBELAJARAN (PDP): 6. Wakil kumpulan akan membuat pembentangan.
7. Semua murid akan diberikan lembaran kerja untuk disiapkan berkaitan membina dan

mengubahsuai pantun.

1. Murid mengujar pantun dengan intonasi yang betul
2. Murid mendengar guru membuat rumusan

PENUTUP:

Kad Kad imbasan Lembaran kerja
pantun Kad perkataan
teka-teki

Bahasa Sains & Teknologi Keusahawanan Kelestarian global

TMK Kelestarian Alam Sekitar Patriotisme

Nilai Murni Pendidikan Kewangan Kreativiti dan Inovasi

Mengingat Mengaplikasi Menilai

/ Memahami / Menganalisis Mencipta

Berpusatkan Koperatif Penyelesaian Masalah
murid

Luar Bilik Darjah / Konstruktivisme Kecerdasan Pelbagai
Kajian Masa Depan
Berasaskan Inkuiri Kontekstual Kepelbagaian Sumber dan Bahan

Berasaskan Masteri
projek

/ Mendengar tutur Sistem ejaan

/ Sebutan dan intonasi / Kosa Kata

Pembelajaran tatabahasa Peribahasa

Peta bulatan / Peta pokok Peta buih Peta buih berganda

Peta dakap Peta titi Peta alir Peta pelbagai alir

Kuiz / Lisan / Pembentangan / Hasil kerja Murid

Drama/ PBL Pemerhatian / Lembaran Kerja Lain-lain:_________

STANDARD PRESTASI BILANGAN MURID
(Tahap Penguasaan)
TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 4 TAHAP 5 TAHAP 6
Strategi Pengajaran dan Round Table Permainan Gallery Walk
Pembelajaran Abad
Ke-21 Think, Pair, Share Role Play Peta I-Think /

Mix & Match Pembentangan / Projek

REFLEKSI:

____/ ____ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberikan latihan pengayaan/ pengukuhan
____/ ____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI TANGGUHKAN KERANA:

Mesyuarat / kursus Cuti rehat/ cuti sakit Lain-lain: ________________________________


Click to View FlipBook Version