The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN ANYFLIP KERJAYA SBP ZON TENGAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiahs2408, 2021-11-22 02:28:32

AHLI DERMATOLOGI

PERTANDINGAN ANYFLIP KERJAYA SBP ZON TENGAH

Keywords: ahli dermatologi

AHLI DERMATOLOGI

PAKAR KULIT

TEMA : EKSPLORASI KERJAYA

PENERANGAN DERMATOLOGI

Dermatologi berasal dari Yunani kuno, derma bermaksud kulit. Dermalogi
merupakan salah satu cabang perubatan yang berurusan dengan kulit,
kuku, rambut dan seumpamanya. Kerjaya ini khusus dengan kedua-dua
aspek perubatan dan pembedahan. Ahli dermotologi secara umumnya
merawat penyakit dan beberapa masalah kosmetik kulit, kulit kepala,

rambut dan kuku.

Sejarah dermatologi bermula dengan perubahan yang mudah dilihat
daripada permukaan kulit dan telah diiktiraf sejak awal permulaan
sejarah. Terdapat sebahagiannya mampu dirawat dan ada yang tidak.
Pada tahun 1801, sekolah besar dermatologi menjadi kenyataan iaitu
bertempat di Hôpital Saint-Louis yang sangat terkenal di Paris. Di

samping itu, buku teks pertama (Willan's, 1798-1808) dan atlas
(Alibert's, 1806-1814) muncul dalam bentuk cetakan dalam tempoh masa

yang sama

Berpendidikan Berpendirian
tinggi tetap

TREK
PERSONALITI

Yakin diri

CABARAN SUASANA
PEKERJAAN

1. Tempoh pengajian yang lama

Pengajian yang mengambil masa dianggarkan dalam lingkungan
selama 10-12 tahun

2. Jadual yang padat di sekolah perubatan
dan residensi.

Para pelajar perubatan dianggarkan belajar selama 10 jam
iaitu dari jam 7 pagi hingga 5 petang

3.Tekanan untuk memiliki kulit yang sempurna
sepanjang kerjaya.

Kebanyakan masyarakat mempunyai tanggapan yang tinggi bahawa
seorang doktor dermatologi memiliki kulit yang sempurna

4.Berisiko tinggi untuk disaman

Sekiranya pembedahan yang dijalankan tidak menepati cita rasa pesakit, sama
ada mempunyai kesan sampingan atau tidak memberikan perubahan yang lebih
baik ke atas kulit pesakit dengan kos pembayaran yang terlampau tinggi , maka
peluang untuk dikenakan saman adalah sangat tinggi memandangkan setiap pakar
dermatologi akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pesakit mereka.

5.Kos pengajian yang tinggi

Rata - rata fakulti perubatan memerlukan kos dalam anggaran
RM 146,374 hingga RM246,627



LATIHAN YANG DIJALANKAN

Program latihan terancang dan berstruktur untuk
setiap calon Advance Master of Dermatology akan
dijalankan sekurang-kurangnya tiga tahun dan
sudah pastinya akan dinilai pada akhir latihan
mereka.

Setiap daripada mereka akan menjalani latihan daripada empat cabang
dermatologi iaitu dermatologi perubatan, dermatologi kosmetik,
dermatologi pembedahan, dan dermatopatologi.

Namun, mereka boleh memilih salah satu daripada
cabang khusus tersebut iaitu fokus utama latihan
mereka. Berikut merupakan senarai jenis-jenis
latihan yang berkaitan:

1.Dermatologi perubatan: Ahli dermatologi mendiagnosis, merawat dan
membantu mencegah penyakit yang boleh mempengaruhi kulit, rambut,
dan kuku.

2.Dermatologi pembedahan: Ahli dermatologi merawat penyakit yang
mempengaruhi kulit, rambut, dan kuku menggunakan prosedur
pembedahan. Misalnya, pembedahan penyingkiran barah kulit.

3.Dermatologi kosmetik: Ahli dermatologi mengaplikasikan kaedah
rawatan untuk membaik pulih penampilan kulit, rambut, dan kuku.
Kaedah ini bertujuan estetik semata-mata dan bukan komponen
penting dalam menjaga kesihatan. Sebagai contoh, transplantasi
rambut, penyuntikan bahan kimia bagi tujuan awet muda dan
sebagainya.

4.Dermatopatologi: Mempunyai kepakaran dalam bidang dermatologi dan
patologi. Tugas mereka adalah memeriksa dan mengkaji sampel kulit,
rambut, dan kuku untuk mendiagnosis serta merawat penyakit yang
dijangkiti oleh seseorang

Ada pula sebahagian daripada mereka turut
menjalani latihan tambahan bagi mendapatkan
kepakaran dalam bidang dermatologi yang lebih
spesifik dan khusus.

KENAIKAN PANGKAT

MEMPUNYAI PENGALAMAN BEKERJA DALAM TEMPOH YANG
LAMA

SENTIASA MENEPATI MASA BERKEBOLEHAN DAN
DAN KRITERIA-KRITERIA MENJALANKAN TUGAS

YANG DITETAPKAN DENGAN BAIK DAN
CEMERLANG

MEMPUNYAI KEPAKARAN HASIL KERJA YANG
DAN HANDAL DALAM BERKUALITI DAN
BIDANG KERJA MENEPATI KEHENDAK

MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA PIHAK
ATASAN IAITU LEMBAGA KENAIKAN PANGKAT

TTKKEEARARSSIIMMIIHHAA


Click to View FlipBook Version