The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosnawati damsah, 2022-08-07 05:19:02

SEMPURNAKAH SOLATKU

SEMPURNAKAH SOLATKU

PERTANDINGAN DAIE CILIK

TAJUK : SEMPURNAKAH SOLATKU ? 2
Jom bernasyid bersama-sama saya….
Aiman : Jangan lupa sembahyang (https://youtu.be/DuI0msN_BF4 )

Wahai kawan semua

kawan-kawanku sayang

Dengarlah nasihat saya

Jangan lupa pergi sembahyang

Dengarlah nasihat saya

Jangan cuba tinggal sembahyang (Nasyid)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar semua? Kawan-kawan dah solat?
Mari dengarkan tazkirah bertajuk “Sempurnakah Solatku?”

Solat ialah kewajipan yang utama bagi orang islam. Oleh itu kita wajiblah melakukannya
dengan sempurna.

Jom semak solat kita?
Cuba kita buat senarai semak… Sempurna tak wudhuk kita? Kawan-kawan tahu tak tentang
rukun solat? Macam mana dengan bacaan Al-Fatihah? Lancar??

Wudhu yang tertib sebelum solat,
Rukun dan sunnah mengikut nabi,
Fahami bacaan setiap rakaat,
Sempurna solat, hidup berkualiti (Pantun)
Orang yang sempurna solat itu..
Orang yang berjaya tau kawan-kawan…
Firman Allah :

َ‫ٱَذِّلين ُم ْه ِِف صَل ِِ ِت ْم خٰـ ِش معون‬

Maksudnya : “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam
solatnya.”
Surah Al Mukminun ayat 2

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa solat bukan sekadar melepaskan batok di
tangga, sebaliknya Allah SWT perintahkan kita memberi tumpuan terhadap ibadat solat.

Demikianlah kawan-kawan, pentingnya solat yang sempurna dalam kehidupan seorang Muslim.
Sempena sambutan awal Muharam, Ayuh Kita tunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Jom
Solat!
Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version