The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faridah Zulkifli, 2024-01-02 23:44:01

Pendidikan seksual

ilovepdf_merged (3)

Keywords: Pendidikan

BULETIN PENDIDIKAN SEKS KANAK-KANAK DALAM ISLAM ECS2363 PENDIDIKAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM CABARAN PENDIDIKAN SEKS CADANGAN PEMERKASAAN PENDIDIKAN SEKS ISU PENDIDIKAN SEKS ELEMEN PENDIDIKAN SEKSUAL PENDERAAN SEKSUAL KANAKKANAK


PENULIS-PENULIS NOR TASHA BINTI IDRIS ( 4212000711) NOR MISHA BINTI IDRIS ( 4212000681) NUR ADYLLA BINTI MOHD KHIDZIR ( 4223004041) NURFARIDAH IZZATI BINTI ZULKIFLI (4212002541) NOR HAMIRA BINTI MOHAMMAD RIDDUAN (4212005671)


Pendidikan seks dalam Islam NOR HAMIRA BINTI MOHAMMAD RIDDUANIlmu fa-al (fisiology) adalah salah satu ilmu Seks Islam dari cabang-cabang biologi yang perlu dipelajari oleh umat Islam. Ilmu tentang seks dan fakta-fakta tentang kehamilan serta kelahiran bayi perlu diajar kepada kanakkanak dengan cara yang setimpal dengan umur mereka oleh sekolah dan ibubapa mereka sendiri dalam konteks yang sealiran dengan ajaran Islam. Kalau kanak-kanak tidak mempunyai ilmu pendidikan seks dan tidak tahu ia adalah zina, bagaimanakah mereka dapat menjauhkan diri darinya? "Malu adalah sebahagian daripada iman" sabda Nabi SAW, tetapi dia juga mengajar "Tidak ada rasa malu dalam urusan agama" walaupun telah melibatkan aspek halus kehidupan seksual. Firman Allah SWT yang bermaksud;"Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan" (QS 17:32) 4212005671 Umat Islam perlu pelajari dan memahami sepenuhnya fungsi pendidikan seks dan kesucian perhubungan seksual dalam Islam. Tidak ada alasan atau sebab untuk umat Islam menjauhi pendidikan seks kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan kita. Umat Islam perlu diberi pengajaran seksual yang betul agar dapat hindarkan diri dari kelakuan maksiat. Janganlah biarkan anakanak kita mempelajarinya kegiatan seks dari sumber-sumber yang tidak betul seperti yang banyak terdapat dalam internet. Jangan biarkan mereka terdedah kepada bahaya perhubungan seks tanpa pengetahuan. 1


Pendidikan seks perlu diajar kepada kanak-kanak dalam kurikulum sekolahsekolah dalam perspektif Islam. Pencegahan awal melalui pendidikan seks adalah lebih baik dari rawatan perubatan dikemudian hari yang berpunca dari kejahilan diri sendiri. Pendidikan seks bukanlah ajar cara-cara bagaimana nak lakukan seks. Pendidikan seks akan mengajar kanak-kanak memahami perubahan tumbesaran badan dan cara-cara mengawal perasaan shalwat dalam diri remaja tersebut. Pendidikan seks juga mengajar faktorfaktor yang menyebabkan timbulnya masalah-masalah gejala kemaksiatan dan bagaimana nak elakkan diri dari terjerumus ke dalamnya. Ia juga mengajar kanak-kanak bagaimana nak elak dari pencabul dan pedophile. Pendidikan seks bukanlah mengajar kanakkanak cara-cara jimak atau nikmat jimak tetapi risiko dan bahaya jika melakukannya zina di luar nikah. Pendidikan seks perlu diajar kepada kanak-kanak dalam kurikulum sekolahsekolah dalam perspektif Islam. Pencegahan awal melalui pendidikan seks adalah lebih baik dari rawatan perubatan dikemudian hari yang berpunca dari kejahilan diri sendiri. Oleh itu, ia adalah suatu kewajipan bagi umat Islam untuk mempelajari dan mengajar ilmu ini kepada semua lapisan orang dalam masyarakat kita. Pendidikan seksual dapat menyediakan remaja untuk cegah masalah social dan maksiat secara awal dalam masyarakat kita. Ihwani, S. S., Muhtar, A., Musa, N., Latif, A. A., & Rashed, Z. N. (2017). Pengajaran elemen pendidikan seks Dalam Pendidikan Islam - Kuis. http://conference.kuis.edu.my/isra/eprosiding/pdf/008- ISRA-2017.pdfheading 2


KES JENAYAH SEKSUAL KANAK- KANAK MENINGKAT Dari ‘Uqbah r.a. Bin Amir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah olehmu masuk ke rumah-rumah wanita!” Lalu bertanya seorang Ansar. “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang Al Hamwu (keluarga dekat bagi suami, cth: pak cik, saudaranya, anak saudara dan sebagainya).” Jawab Rasulullah s.a.w., “Bahkan itu lebih berbahaya.” (Hadis Riwayat Muslim) HADITH MENCEGAH JENYAH SEKSUAL PENDIDIKAN SEKS DI MALAYSIA Perbincangan berkaitan dengan pendidikan seks merupakan sesuatu perkara yang amat sensitif di Malaysia. Ia seolah olah dilihat sebagai perkara yang memalukan dan keji untuk disebut di atas pentas. Namun, disebalik kesopanan tersebut apa yang berlaku di media sosial dan di bilik hotel adalah adalah berbeza. Perkataan -perkataan lucah juga begitu mudah dilontarkan oleh masyarakat dan juga tindakan “ringan-ringan” yang ditonjolkan sewenang- wenangnya di pusat-pusat beli belah dan juga di pusat -pusat awam. Tetapi apabila ingin bercakap tentang pendidikan seksual ia dianggap bahawa ia akan menggalakkan masyarakat untuk melakukan perbuatan seksual. Sedangkan, drama dan filem-filem yang ditayangkan di televisyen pun kadangkala mempunyai unsur seksual dan lebih menggalakkan remaja atau kanak-kanak untuk terjebak dalam masalah sosial ini. walaupun masyarakat memandang pendidikan seks di kalangan kanak-kanak ini memalukan, namun pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa bilangan kes jenayah seksual meningkat sebanyak 2.9 peratus dengan 3303 kes daripada tahun 2022. sehubungan dengan itu, masihkah anda merasakan pendidikan seks ini perkara yang menjijikkan untuk mengajar kanakkanak langkah-langkah untuk mempertahankan diri mereka? NUR ADYLLA BINTI MOHD KHIDZIR 4223004041 3


”Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa kamu bercakap dengan lelaki yang asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”. (al-Ahzab, 33: 32) AYAT AL-QURAN MENCENGAH WANITA DARIPADA MENARIK PERHATIAN LELAKI Cabaran yang akan dihadapi dalam mengendalikan pengajaran tentang pendidikan seks ini adalah lebih kepada pandangan masyarakat sekeliling. Mereka menganggap bahawa pendidikan seks ini lebih menggalakkan individu untuk melakukan perbuatan yang haram dalam islam. Masyarakat perlu sedar bahawa pendidikan seks merupakan perkara yang lebih luas daripada apa yang berlaku di dalam bilik tidur seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Ia melibatkan emosi,fikiran, sosial dan spiritual di samping fizikal. Agama islam tidak mendiskriminasi dan sama sekali tidak mengharamkan pendidikan seksualiti kerana agama ini mengikhtiarkan seks sebagai suatu fitrah dalam kehidupan manusia. Manusia dicipta dengan jantina yang berbeza dan kedua-dua jantina ini mempunyai naluri hidup untuk berpasangan, menjadikan ilmu seksualiti wajar diberikan perhatian sepenuhnya supaya manusia tidak terjerumus dalam perilaku yang haram iaitu berzinar. Agama islam menekankan kewajipan untuk manusia menjaga kehormatan diri, adab dan juga perilaku bermula dari usia awal supaya peka terhadap batasan yang terkandung dalam Al-Quran dan juga hadis. NUR ADYLLA BINTI MOHD KHIDZIR 4223004041 4


” Allah menjelaskan kepada kita menerusi wahyu-Nya dalam Surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. AYAT AL-QURAN TENTANG DIDIKAN AGAMA Pendidikan seks pada diri seseorang individu itu wajib diterapkan dalam diri dan pihak Pendidikan Kementerian telah mewujudkan pendidikan seksual di sekolah dimana ia merentasi beberapa mata pelajaran subjek yang kanak-kanak akan pelajari di sekolah iaitu mata pelajaran sains, pendidikan islam & moral , pendidikan bahasa , jasmani & biologi. Pendedahan tentang pendidikan seks disekolah ini kerana tenaga pengajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap seorang kanak-kanak sahaja, disini ibu bapa mengambil peranan menggalas tanggungjawab ini supaya kanak-kanak lebih memahami mengenai pendidikan seksual yang mudah dan sesuai. Ia mungkin ibu bapa akan menjadi agak buntu untuk mengajar kanak-kanak tentang pendidikan seks dan agak haruan untuk menjawab soalan - soalan yang bakal dikendalikan tetapi dengan mengajar NUR ADYLLA BINTI MOHD KHIDZIR 4223004041 kanak-kanak batas dan larangan mengikut islam dapat menghalang mereka daripada perilaku yang haram dan melindung kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual. bergitu juga dengan penggunaan gadget berlebihan dapat merosakkan kanak -kanak jikalau ibu bapa gagal memperkasakan pendidikan seks dalam diri kanak-kanak, mereka akan menggunakan “enjin pencarian” di internet menggunakan “google” untuk memahami tentang pendidikan seks dan hal ini lebih berbahaya dimana mereka boleh menjumpai video-video pornografi dan perbuatan -perbuatan lain mengenai seks. 5


PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK Sentuhan kasih sayang antara seorang dewasa dan kanak-kanak tidak seharusnya dikelirukan dengan sentuhan yang bertujuan mendera kanak-kanak secara seksual. Seorang dewasa yang bertanggungjawab akan menghadkan sentuhan mereka dengan seorang kanak-kanak, menghormati kanak-kanak tersebut disamping mengekalkan hubungan yang sihat dan mesra. Penderaan Seksual kanak-kanak adalah satu perbuatan yang mempergunakan kanak-kanak untuk kepuasan seksual oleh orang dewasa atau yang lebih tua. Ianya dipanggil sumbang mahram jika hubungan seksual berlaku di antara ahli keluarga seperti bapa, abang atau adik lelaki, datuk, bapa saudara-mara lain seperti ditetapkan dalam undang-undang. NOR TASHA BINTI IDRIS 4212000711 6


Menurut statistik parlimen, pada tahun 2017, daripada jumlah 1,535 kes rogol yang dilaporkan, 80% daripada mangsa adalah kanakkanak, dibawah umur 18 tahun. Kebanyakan pesalah atau pendera biasanya orang dikenali oleh kanak-kanak sepertibapa, bapa tiri, datuk, saudara mara, guru dan jiran Penderaan seksual kanak-kanak boleh berlaku kepada manamana kanak-kanak, tanpamengira jantina. Seorang kanakkanak yang didera secara seksual akan merasakanbahawa kehidupan mereka berbeza dengan kanak-kanak lain. Mereka akan mengalamipelbagai emosi yang berbeza termaksuklah takut kepada pendera, menimbulkanmasalah, kehilangan orang dewasa yang mereka sayangi, dibawa keluar dari rumahdan berbeza dengan orang lain. Wahab, N. A., & Nor, M. F. M. (2018). Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017: Penambahbaikan Perundangan Berkaitan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Di Malaysia: Sexual Offences Against Children Act 2017: An Improvement Of The Legislation On Sexual Offences Against Children In Malaysia. Journal Of Muwafaqat, 1(1), 37-55. Https://Muwafaqat.Kuis.Edu.My/Index.Php/Journal/Article/View/65/50 7


hal ini, juga boleh terjadi kepada mangsa yang mempunyai ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga mengabaikan tanggumgjawab mereka untuk mendidik anak-anak. Keadaan ini menyebabkan anak-anak boleh bertindak apa-apa sahaja seperti menonton video lucah yang boleh mempengaruhi pemikiran merek. Mengenai punca penderaan berlakunya latar belakang mangsa. Majoriti. Responden bersetuju bahawa masalah keluarga menyebabkan berlakunya kes penderaan seksual. Antara masalah tersebut adalah seperti mangsa daripada keluarga yang bercerai-berai atau daripada keluarga yang tidak lengkap. Selain daripada itu, kemiskinan keluarga juga menyumbang kepada faktor berlakumya penderaan seksual ini. PUNCA BERLAKUNYA PENDERAAN SEKSUAL NOR MISHA BINTI IDRIS 4212000681 8


Punca penderaan seksual juga berlaku akibat suka sama suka. Mangsa dan pemangsa adalah saling kenal mengenali sehingga akhirnya terpengaruh dengan pujuk rayu pemangsa dan berlakunya hubungan seksual. Dalam keadaan ini, bagi mangsa yang di bawah umur 18 tahun, mereka masih dikategorikan sebagai kanak-kanak dalam Akta Kanak -Kanak 2001 dan mengalami penderaan seksual. Kurang keperhatianan masyarakat terhadap masalah sosial menjadi salah satu sebab berleluasannya kes-kes deraan sesuai ini. Kanak-kanak akan terdedah kepada penderaan seksual semasa musim cuti sekolah. Hal ini kerana,kenak-kanak sentiasa berada di rumah dan memberi peluang kepada pemangsa yang merupakan ahli keluarga untuk mendera mangsa. Aswany Omar. (2022, September 06). Akses pornografi antarapunca jenayah seksual kanakkanak. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/220049/berita/nasional/aksespornografi-antara-punca-jenayah-seksual-kanak-kanak 9


NURFARIDAH IZZATI BINTI ZULKIFLI CADANGAN PEMERKASAAN Pendidikan seks kanak-kanak dalam Islam Pendidikan seksual adalah isu yang penting dan dapat membantu mencegah perkaraperkara seksual yang berlaku di dalam kalangan kanak-kanak dari berterusan. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan untuk memperkasa pendidikan seksual: Pendidikan seks, serta sembahyang, boleh diperkenalkan kepada kanakkanak seawal 7 tahun(umur tamyiz) yang disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Amr ibn al-’As Student id : 4212002541 10


Menurut Jin, Chen Dan Yu (2019) ibu bapa merupakan pengajar yang paling berkesan di rumah di mana ibu bapa boleh mendidik. Anak-anak mereka tentang keselamatan diri dengan mengajar mereka mengenali sentuhan selamat dan tidak selamat. Setiap ibu bapa juga haruslah melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan pendidikan seksual supaya mereka lebih bersedia dalam menjalankan tugas mendidik. KESEDARAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN PENGETAHUAN BERKAITAN SEKS KEPADA ANAK-AANAK 1 5 CADANGAN PEMERKASAAN B U L E T I N 2 Dengan mengaktifkan Parental Control ini ibu bapa dapat memantau segala kegiatan anakanak ketika menggunakan gadjet seperti telefon pintar, tab atau ipad dan sebagainya. Malah ibu bapa juga boleh mengunci telefon tersebut serta menyekat iklan atau apa-apa video yang tidak sesuai untuk di tonton oleh anak-anak kecil. MENGAKTIFKAN ‘PARENTAL CONTROL’ Masyarakat di luar yang mempunyai platform media sosialbolehmenggunakantelefonmudahalihituuntuk berkongsitentang pendidikan seksuall.Disamping,,ibu bapajugabolehmerujukkepada aplikasitelefonmudah alih yang berkaitan dengan pendidikan sesksual untuk membantu mereka melaksanakantanggungjawabini. MEMBERI KESEDARAN MELALUI MEDIA SOSIAL 3 MERANGKA SILIBUS KURIKULUM BERSESUAIAN UMUR 4 Menurut Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal silibus yang hendak diperkenalkan itu perlu ikut peringkat umur contoh dari pra sekolah sampai menengah perlu ikut kesesuaian umur mereka supaya dapat fahami perkara seperti perbezaan lelaki perempuan, jaga kebersihan diri dan akhirnya jaga maruah dan kehormatan diri, Jadi dalam merangka silibus kurikulum dan ingin mencapai pbjektif yang dingini silibus tersebut perlulah bersesuaian dengan peringkat umur kanakkanak. Agensi kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan, boleh mengusahakan programprogram untuk memperkasakan ibu bapa dalam hal ini serta membina Modul Latihan Pendidikan Seksual untuk anak-anak dengan ibu bapa. Abdullah Nasih Ulwan menyatakan Model Pendidikan Seksual Islam ini perlu diketengahkan untuk manfaat masyarakat Muslim khususnya kepada ibu bapa, agar mereka dapat diperkasakan untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan seksual. MEMBANGUNKAN MODUL LAITHAN PENDIDIKAN SEKSUAL NURFARIDAH IZZATI BINTI ZULKIFLI Student id : 4212002541 11 Rahman, S. F. A. (2020). Memperkasa Anak-Anak Dengan pendidikan seksual: Satu Model islami. Jurnal Dunia Pengurusan. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/8643


KESIMPULAN PENDIDIKAN SEKS DALAM ISLAM Dari perspektif Islam, ibu bapa yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan seksual itu kepada anakanak. Tambah pula menunjukkan bahawa remaja seringkali mendapatkan maklumat tentang seks dari kawan-kawan dan internet yang mungkin memberikan maklumat yang salah. Oleh itu, ibu bapa perlu berperanan dalam hal ini agar anakanak mereka tidak mendapat maklumat yang salah tentang seksualiti. Ramai ibu bapa yang keberatan untuk memperkatakan mengenai seksualiti dengan anak-anak mereka malu. Maka mereka mahu sekolah yang membangunkan kurikulum yang lengkap mengenai pendidikan seksual dan mengajarkannya kepada anak-anak NOR TASHA BINTI IDRIS4212000711 Rahman, S. F. A. (2020). Memperkasa Anak-Anak Dengan Pendidikan Seksual: Satu Model Islami. Jurnal Dunia Pengurusan, 2(1), 1-11. 12


Click to View FlipBook Version