PERMAINAN TRADISIONAL WAU DALAM MEMBENTUK PERPADUAN ANTARA MASYARAKAT SADN 1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES
Permainan tradisional wau dalam membentuk perpaduan antara masyarakat Kumpulan: 4 Pensyarah: DR. SHARIFAH BINTI ISMAIL Disediakan oleh: MUHAMMAD EIZLAN BIN MOHD BAKRI NOR DIANA FATIHA BINTI ALMALEK FAISAL NURUL NATASHA BINTI SONY AKMAL HARITH BIN MOHD SUBHANUDDIN SITI NURAIN AUNI BINTI MAHADI NG YU WEN SHARIFAH NUR ASYIKIEN BINTI SAYED RAZIZI NUR SYAFIQAH BINTI SHARIF FOO YONG SEANG EALICESYA CHONG WEI KHAM Terlebih dahulu kami memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah izin dan kurniaNya kami, ahli kumpulan 4 yang mengikuti kursus SADN 1033 Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara Malaysia dapat menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Pertama sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus kami iaitu Doktor Sharifah Binti Ismail kerana telah memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama menyempurnakan tugasan berkumpulan pada semester ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kerana telah membimbing, berkongsi maklumat serta memberikan galakan kepada kami sepanjang tempoh proses penyediaan tugasan ini. Selain itu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang sentiasa memberi sokongan serta dorongan kepada kami dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan kenegaraan Malaysia ini. Terima kasih juga kerana sentiasa mendoakan kejayaan kami semua. Seterusnya, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam proses perlaksanaan tugasan ini. Kerja berpasukan yang baik serta berkongsi pendapat antara satu sama lain merupakan tunjang utama yang membuatkan kami dapat menghasilkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Akhir kata, kami berharap agar segala maklumat yang terkumpul di dalam tugasan ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan lagi ilmu pengetahuan orang ramai mengenai permainan tradisional wau. Diharapkan segala maklumat yang disampaikan dapat memastikan masyarakat sentiasa cakna bagi mengekalkan kebudayaan negara ini daripada terus terhakis ditelan zaman. Penghargaan Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pengenalan Wau wau tradisi yang perlu dikekalkan Permainan wau merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau. Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat
Sejarah Wau Permainan layang-layang juga dikenali sebagai wau. Wau merupakan sesuatu aktiviti yang menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan ‘wau’ tersebut. Wau juga merupakan khazanah masyarakat Melayu yang tinggi nilainya dan juga merupakan seni budaya turun-temurun. Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya yang mengikut legenda dan mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau tersebut dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya. Kaum-kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam. Perkataan layang-layang sentiasa digunakan di negerinegeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja dan tidak disebut sebagai bermain wau. Kemunculan nama wau juga dikaitkan dengan bunyi yang hasil daripada busur yang diikat pada wau. Daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’ secara berirama apabila wau tersebut dinaikkan ke udara. Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularan didominon oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia. Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat ditentukan kebenaran tarikhnya. Menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang yang dihasilkan di Malaysia adalah berasal dari negara China. Hal ini disebabkan reka bentuk wau mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional di negara China. Layang-layang yang dihasilkan pada masa dahulu dengan menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerapkan unsurunsur kebudayaan dari negara China. Mitos Permainan Wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kedah. Cerita tersebut menyatakan bahawa terdapat sepasang suami isteri di Kedah yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Apabila mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan dan mereka mempeliharakan bayi perempuan tersebut sehinggalah dia menjadi dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu baluh padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan isterinya berasa sangat cemburu disebabkan perasaan cemburunya itu telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu padi yang telah dikerjakan tidak menjadi.
Sejarah Wau Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis itu sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf. Mereka juga dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami. Keindahan dan keunikan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung sebaliknya mengikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri. Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kesukaan kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini iaitu motif bungabungaan dan motif wau. Di samping itu, tarian Siti Wau Bulan Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan. Selain itu, tarian ini juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian Siti Wau Bulan ini ditarikan oleh penari perempuan dan juga lekaki dengan diiringi oleh alat muzik tradisional seperti gendang, seruling dan lain-lain. Bahagian Perincian Wau pula terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau. Gambar: Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar
KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL WAU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Aset Kebanggaan Budaya Bangsa Malaysia Wau memiliki keunikan yang tersendiri. Berbeza jenis dari setiap negeri. Melambangkan identiti sesuatu kawasan . Masyarakat perlu bekerjasama dalam memelihara tradisi agar tidak ditelan zaman. 2.Mengukuhkan Hubungan Masyarakat Penganjuran festival wau yang melibatkan semua masyarakat dalam aktiviti yang dianjurkan. Penyertaan masyarakat dapat mengukuhkan hubungan antara satu sama lain. Pendekatan ini dapat mengajar masyarakat mengenai nilai moral dan falsafah hidup melalui unsur hiburan yang memcerminkan nilai dan norma hidup masyarakat.
3. Meningkatkan Permainan tradisional sebagai EkonomiNegara satu daya tarikan dalam sektor pelancongan Menyediakan maklumat tentang latar belakang permainan tradisional dan pengkarya. Dapat meningkatkan daya tarikan pelancong untuk datang ke Malaysia. Dapat dijadikan sumber ekonomi negara kerana kemasukan wang ke dalam negara berlaku Mengadakan “Festival Wau” melalui kempen “Cuti- cuti Malaysia” Menarik perhatian masyarakat luar negara untuk datang ke Malaysia Dapat menikmati kempen dan dapat merasai keharmonian kehidupan di Malaysia 4. MeningkatkanImej Negara
S UMBA N G A N Pesta wau telah diadakan sejak tahun 1982 lagi ia merupakan salah satu sumbangan wau terhadap perpaduan nasional. Pesta wau telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti bagi memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat sama ada pada peringkat kebangsaan, daerah mahupun kampung. Terdapat banyak aktiviti yang boleh memupuk perpaduan kaum melalui pesta wau ini antaranya ialah pertandingan membuat wau, pertandingan wau bercahaya, dan bengkel membuat wau. Sumbangan wau terhadap perpaduan nasional juga jelas dilihat melalui semangat berpasukan yang dipamerkan sepanjang akitiviti di pesta wau berlangsung. Aktivitiaktiviti yang terdapat ini lazimnya melibatkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira agama, bangsa, umur dan status. Suasana bertambah meriah apabila para pemain menyokong ahli kumpulan mereka masing-masing. Hal ini dapat meningkatkan perasaan kasih sayang antara ahli kumpulan. Malahan, permainan sedemikian akan mengukuhkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat. terhadap perpaduan nasional. WAU
Seterusnya, sumbangan wau ialah sebagai aset budaya bangsa Malaysia yang dapat mengukuhkan lagi perpaduan nasional. Hal ini dikatakan demikian kerana, permainan tradisional wau melambangkan adat, budaya, dan identiti sesuatu bangsa yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. Permainan tradisional wau ini mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan keunikan permainan tradisional wau yang beraneka corak dan bentuk. Oleh itu, tidak hairanlah jika tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat Malaysia.
02 Generasi muda tidak mengetahui bahawa manfaat 01 yang dapat diperolehi melalui permainan tradisional Pada era globlalisasi ini, permainan tradisional semakin ditinggalkan dan terpinggir oleh generasi muda disebabkan oleh perkembangan teknologi dan sains. Antara permainan tradisional termasuklah wau, gasing, congkak, Yo-yo, Mahjong, kho-kho dan sebagainya. Terdapat pelbagai cabaran dalam melestarikan permainan wau di era kini. . Perkembangan teknologi dan sains · 03 04 05 06 07 Pengaruh budaya barat yang memperluaskan permainan lain yang lebih canggih dan moden berbanding dengan permainan tradisional Kekurangan pendedahan tentang permainan tradisional kepada generasi muda Kekurangan kempen dan minat terhadap permainan tradisional Kesukaran mendapatkan peralatan permainan tradisional Pemikiran masyarakat pada masa kini lebih ke pelajaran
LANGKAH- LANGKAH UNTUK MELESTARIKAN PERMAINAN WAU SEBAGAI WARISAN NEGARA SERTA EJEN PERPADUAN NEGARA 1. Menyertai Program Kebudayaan Penglibatan masyarakat dalam program kemasyarakatan dapat memperkasakan perpaduan dalam kehidupan Masyarakat dapat menonjolkan kreativiti dan kebolahan yang tersendiri Dapat melahirkan sikap bekerjasama antara satu sama lain Membentuk kehidupan yang aman dan harmoni 2. Menggunakan Platform Media Massa Kaedah untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat dan berkesan Boleh dibuat secara teks ilmiah dan menggunakan rakaman video, penghasilan filem dan sebagainya Dapat memperkasakan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan sentiasa menjadi aspek yang penting bagi mewujudkan suasana kehidupan yang kondusif
Sebenarnya wau dan layang-layang tergolong dalam satu kategori yang sama. Wau dan layang-layang memiliki kerangka yang diperbuat daripada buluh yang diraut halus dan lidi. Selain itu, wau dan layang-layang juga mempunyai dua bahagian kepak yang terdapat pada sisi. Berfungsi untuk mengimbangi wau dan layang-layang. Angin juga merupakan salah satu unsur penting dalam wau dan layang-layang. 01 02 TRADISI
03 04 Kita bermain kedua-dua permainan apabila angin sedang bertiup. Jika tiada angin, wau dan layang-layang masih boleh dimainkan, tetapi sukar untuk dinaikkan. Oleh itu, wau dan layang-layang merupakan salah satu permainan yang bergantung kepada cuaca. Di samping itu, wau dan layang-layang tidak mempunyai kawasan khusus. Adalah lebih baik sekiranya dimainkan di kawasan lapang kerana mempunyai tiupan angin yang stabil. Akhir sekali, kita tidak boleh bermain wau dan layang-layang di pantai dan bukit kerana angin yang bertiup kencang akan merosakkan wau dan layanglayang.
SAIZ Saiz layang-layang adalah kecil sekiranya berbanding dengan wau. Pelbagai jenis saiz yang besar sehingga mempunyai saiz bermeter-meter lebar dan panjang. Wau mempunyai ekor yang panjang dan apabila menghasilkan wau berbentuk ular, naga dan sebagainya. Wau juga memiliki berat melebihi tiga kilogram. Hal ini disebabkan oleh wau memiliki saiz yang besar di samping pelbagai eksesori yang lain. Sebaliknya, saiz layanglayang adalah kecil.
JENIS KERTAS Bahagian badan wau diperbuat daripada jenis kertas yang boleh tahan lama. Biasanya, lebih daripada dua jenis kertas yang digunakan untuk menghasilkan corak yang istimewa. Hal ini kerana wau diterbang tinggi di udara menyebabkan hanya kertas yang tahan angin sahaja boleh digunakan. Sebaliknya, layang-layang hanya menggunakan kertas biasa sahaja. Kertas yang nipis dan tidak tahan lama digunakan.
JENIS RANGKA PERTANDINGAN Kerangka wau diperbuat daripada buluh yang kukuh dan tahan lama. Kerangka harus kuat untuk menampung kertas yang keras, tebal dan berat. Hal ini adalah penting supaya wau tidak mudah rosak apabila diterbangkan. Sebaliknya, kerangka layang-layang hanya diperbuat daripada lidi sahaja. Hal ini disebabkan layang-layang hanya menggunakan kertas yang nipis di samping penerbangan yang rendah sahaja. Wau sering dipertandingkan oleh orang ramai. Setiap tahun ada sahaja pertandingan wau diadakan biasanya berada pada peringkat antarabangsa. Dari segi pertandingan, wau yang terbang tinggi, menghasilkan bunyi yang kuat dan kreativiti wau menjadi pilihan pertama. Berbeza dengan layang-layang yang jarang dipertandingkan oleh orang ramai. Layang-layang tidak mempunyai nilai komersial dan hanya dimainkan oleh golongan remaja sahaja untuk mengisi masa lapang mereka.
CORAK PENERBANGAN Bagimenerbangkan waujuga amatberbezasekiranya dibandingkandenganlayanglayang, waumemiliki saiz yang besar. Olehitu,penerbangan dilakukanolehduapemain. Pemainyangpertamaakan memegangtalidanpemain yangkeduaakanmemegang wau. Hal ini sangatberbeza denganlayang-layangyang mudahuntukdinaikkan. Pemain akanmenarik layang-layang padajarak sepuluhmeterdan berlariuntukmenaikkanbunyi KAEDAH langsung. BERMAIN Wautelahdimainkansejakdahulu lagi,permainaninihanyadimainkan olehkaumlelaki sahaja. Hal ini disebabkanpermainanini memerlukanketangkasandan tenagayangbanyakuntuk menerbangkan wau. Olehitu, golongankanak-kanakamatgemar bermainlayang-layangsekiranya berbandingdenganbermain wau. Hal inidisebabkanlayang-layangadalah mudahuntukdihasilkan. Layanglayangjugamudahuntukdinaikkan sekiranyaberbandingdengan wau.
KESIMPULAN Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum. Perpaduan dalam negara amatlah penting bagi menjamin keamanan. Kelemahan perpaduan mengakibatkan berlakunya kekacauan dalam negara dan akan membawa kepada pertumpahan darah. Negara yang stabil juga akan menarik ramai pelabur untuk melabur sekaligus akan meningkatkan Sa pendapatan negara.. lah satu cara untuk mengukuhkan perpaduan negara adalah melalui permainan wau. Permainan tersebut perlu dimainkan bersama-sama.
Rujukan Pengenalan dan Sejarah Permainan Tradisional Wau Retrieved December 28 2022 from https://warisankebanggaanku.weebly.com/pengenalan.html Cabaran Lestarikan Permainan Tradisional Wau Retrived December 29 2022 from https://katamalaysia.my/culture/wau-semakin-dilupakan/ Langkah Lestrikan Permainan Tradisional Wau Retrived December 30 2022 from https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-permainan-tradisional.html Wau Dan Layang-Layang Retrived January 1 2023 from http://kiliknote.blogspot.com/2014/12/wau-layang-layang.html https://www.scribd.com/doc/279130700/Persamaan-Wau-Dan-Layang#