The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TTS BEST OF THE BEST, 2020-08-11 05:55:53

pantun nasihat

pantun nasihat

MARI BERPANTUN

Pantun Nasihat

Ambil buluh jadikan galah
Jolok rambutan tepi kolam
Nasihat ibu jangan dibantah
Jadi petunjuk sepanjang zaman

Daun terap di atas dulang,
Anak udang mati dituba;
Dalam kitab ada terlarang,
Perbuatan haram jangan dicuba.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguh jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Banyak gula banyaklah semut,
Simpan garam dalam tempayan;
Malu berkayuh perahu hanyut,
Malu bertanya sesat jalan.

Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan terkena ranting pauh
Hendak tidur, tidurlah mata
Jangan terkenang orang jauh.

Ketuk paku dengan tukul
Simpan pahat di tepi dinding;
Berat hendaklah sama dipikul,
Ringan hendaklah sama dijinjing.

Kerat-kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul.

Anak lembu dalam semak,
Anai-anai buat busut
Harta dunia jangan tamak,
Kalau mati tidak diikut

Orang Daik memacu kuda,
Kuda dipacu deras sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Puas saya menanamubi
Nanas juga dipandang orang
Puas saya menanam budi
Emas juga dipandang orang.

Susu lemak manis,
santan kelapa muda
Adik jangan nangis,
emak buat kerja

Pagi tanam labu
Petang tanam kelapa
Kasih pada ibu
Sayang pada bapa

Pergi ke sawah cari kedidi
Jumpa kerbau patah tandu
Hendaklah ikut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Puas saya mencari itik
Jumpa seekor anak angsa
Apa juna berwajah cantik
Jika tidak berbudi bahasa

Panjang rumput di permatang
Puyuh berlari di tepi kali
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari

Pagi-pagi pergi ke padang
Burung ciak makan padi
Cepat kaki ringan tulang
Barulah mudah dapat rezeki

Buah remia bawa ke huma
Untuk dimak nasambil menjerat
Hidup di dunia tidaklah lama
Patut amalkan bekal akhirat

Berakit-rakit ke hulu’
berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senag kemudian

Tanam padi berbuah lebat
Tanam delima berbuah sebiji
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia tidak berbudi

Cengkerik berbunyi malam
Rama-rama cari bunga
Carik-carik bulu ayam
Lama-lama bercantum juga

Buat bangsal di Pulai Daik
Kayuh sampan ke Pulau Riau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

Hendak belayar ke Teluk Betung,
Hendak cuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Jambu tumbuh di tepi taman
Datang hinggap burun merbah
Jika berilmu tidak beramal
Ibarat pohon tidak berbuah

Asap api bergulung-gulung
Kerana dimakan anai-anai
Hajat hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai

Anak merpati disambar helang
Ternag ketiti di dalam huma
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama

Kalau ke pekan membeli sutera
Belikan saya sepasang subang
Kalau hendak mengenggam bara
Biar sampai menjadi arang


Click to View FlipBook Version