The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aina Zulaikha Azman, 2022-05-22 11:38:11

Si Kancil yang Kesusahan

Si Kancil yang Kesusahan

Si Kancil
yang

Kesusahan

Oleh: Aina Zulaikha

BUKU CERITA KANAK-KANAK

Pada suatu hari, di dalam Hutan
Magika yang cantik, Si Kancil sedang
mengisi perutnya yang lapar.
Ketika itu, Si Arnab pun datang dan
mengajak Si Kancil untuk bermain
bersamanya.

Ketika mereke berdua sedang bermain, Si
Arnab terlihat Si Ular di dahan pokok. Si
Arnab pun bertanya kepada Si Ular

"Eh Si Ular, kau mahu bermain dengan
kami?"

Tak mahu lah Eh Si Ular, kau
aku. Aku mahu mahu bermain
dengan kami?
berehat.

Lalu, Si Ular pun jawab "Tak
mahu lah aku, Aku mahu
berehat".

Si Ular dikenali sebagai seekor
haiwan yang tidak mahu
berkawan dengan haiwan yang
lain.

bietKurekntaakiwdiptaaaakn?Smsi aUamlhauar Tidak lama itu, Si Kancil dan Si
Arnab berehat berhampiran
pokok besar. Si Kancil
bertanya kepada Si Arnab

"Kenapa Si Ular itu tidak mahu
berkawan sama kita?"

BKiaarukratisnaaksuap. jearlduia.

Si Arnab jawab dengan
suara yang keras

"Biarkan saja dia. Kau
tak perlu risau.

Selepas itu, ketika Si Kancil sedang berjalan untuk
pulang ke rumah, tiba-tiba muncul Si Beruang. Si
Kancil berasa takut dan berlari dengan laju sehingga
tidak nampak sebuah lubang di hadapannya. Lalu, Si
Kancil terjatuh ke dalam lubang itu.

Lubang itu sangat dalam dan Si Kancil terperangkap di
dalam lubang itu. Si Kancil berusaha pelbagai cara
untuk keluar dari situ tetapi tidak berjaya.

Tiba-tiba, Si Kancil berkata “Kalau macam
itu, baik aku menyanyi. Mana tahu ada
haiwan lain yang berhampiran di sini
mendengar suaraku” katanya.
Lalu Si Kancil pun menyanyikan lagu “Bintang
di Langit” dengan suara yang agak kuat. Si
Kancil harap ada haiwan lain yang dengar
akan nyanyiannya itu.

Si Arnab terdengar akan nyanyian Si Kancil, lalu dia
menghampiri lubang itu. Si Kancil seronok melihat
Si Arnab.
"Tolong aku, Si Arnab. Aku tidak dapat keluar dari
sini. Cepat! Si Beruang mungkin akan nampak kita
berdua. Kita boleh menjadi makanannya".
Tetapi, Si Arnab tidak kisah akan kata-kata Si
Kancil dan berlalu dengan pantas. Dia takut Si
Beruang akan makan dirinya juga.

EH? Kau buat apa Ketika itu, Si Beruang terdengar
dalam lubang ini? akan perbualan Si Arnab dan Si
Kancil. Selepas sahaja Si Arnab
pergi, dia dengan segera mendekati
lubang itu.

Tidak ada apa. Aku cuma
menunggu kawanku, Si
Arnab.

Tanya Si Beruang dengan senyuman yang
jahat.
Si Kancil terkejut akan suara itu. Si
Kancil pantas berkata

"Kalau macam itu, aku temankan kau
tunggu Si Arnab. Mana tahu kita boleh
berkawan". Kata Si Beruang.
Si Kancil berasa takut akan kata-kata Si
Beruang. Dia tidak mahu kawannya
diapa-apakan.

Sementara itu, Si Arnab sedang
menikmati makanannya dengan gembira.
Dia tidak risau akan keadaan Si Kancil.
Lalu, muncul Si Ular. Dia bertanya
kepada Si Arnab
"Kenapa kau tidak tolong kawanmu yang
sedang terperangkap itu?"

Rupa-rupanya, Si Ular ternampak akan Si Arnab yang berlalu pergi tanpa
menolong Si Kancil. Si Kancil dalam keadaan bahaya sekarang kerana Si
Beruang sudah menghampirinya.
"Biarlah dia. Si Kancil itu bijak. Dia tahu apa yang patut dilakukan".
Jawab Si Arnab dengan belagak.
Si Ular berasa kasihan akan nasib Si Kancil yang mempunyai kawan
seperti Si Arnab. Si Ular segera meninggalkan Si Arnab untuk membantu
Si Kancil.

"Eh, mana kawan kau itu? Sudah lama aku
tunggu tetapi masih tidak muncul". Kata Si
Beruang dengan tenang.
Si Kancil sudah berasa sedih kerana Si Arnab
langsung tidak peduli akan dirinya ini. Dia
kecewa akan sikap Si Arnab, kawannya sendiri.
Si Kancil berkata "Mungkin sudah nasibku
untuk menjadi makanan kepada Si Beruang".
Ketika itu juga, Si Ular sudah sampai di lubang
yang terdapatnya Si Kancil di dalam itu.

Si Ular tidak tunggu lama. Dia risau akan
keadaan Si Kancil. Si Ular dengan segera
menghampiri Si Beruang lalu mematuknya. Si
Beruang menjerit kesakitan
"Arghhh! Berani kau Si Ular". Kata Si Beruang
dengan kasar.
Si Beruang mahu memakan Si Ular tetapi Si
Ular amat pantas dan mematuknya untuk kali
kedua. Tidak lama kemudian, Si Beruang pun
tidak sedarkan akibat daripada patukan Si Ular
yang berbisa.

Kemudian, Si Ular membantu Si Kancil untuk keluar daripada
lubang itu. Si Ular meminta Si Kancil untuk menyusun batu-batu
kecil yang ada di dalam lubang itu untuk dijadikan sebagai tangga.
Tidak lama kemudian, Si Kancil pun selamat. Dia mengucapkan
terima kasih kepada Si Ular. Dia tidak sangka Si Ular akan
menolong dirinya.
"Terima kasih Si Ular. Selama ini aku salah sangka akan kau.
Tetapi, kau yang menolong aku sekarang".

Keesokan harinya, Si Arnab terlihat Si Kancil sedang berbual
dengan Si Ular. Si Arnab segera mendekati mereka.
"Si Kancil. Kau masih hidup? Bagaimana keadaan kau?" tanya Si
Arnab yang seakan risau keadaan Si Kancil.
Si Kancil hanya tersenyum dan berkata "Ya. Aku masih hidup. Ini
semua pertolongan Si Ular. Kau sebagai kawan aku, tidak boleh
diharapkan. Aku kecewa dengan kau".
"Maafkan aku, Si Kancil". Kata Si Arnab dengan suara yang sedih.
Si Kancil dan Si Ular segera tinggalkan Si Arnab. Si Kancil sedar
akan siapa kawannya yang sebenar.

PENGAJARAN:



Kita hendaklah sentiasa membantu kawan yang di
dalam kesusahan.



Kita hendaklah sentiasa bersangka baik kepada
semua orang.


Click to View FlipBook Version