SIDANG REDAKSI
PENASIHAT :
PN. AZIRAH BINTI SEMAN
PENULIS :
NORFARAHIN BINTI MAD NOR
EDITOR :
NORFARAHIN BINTI MAD NOR
DITERBITKAN OLEH :
POLITEKNIK TUANKU SYED
SIRAJUDDIN,
PAUH PUTRA, 02600 ARAU,
PERLIS
Hak cipta terpelihara. Pembaca
tidak dibenarkan menggunakan
isi kandungan dalam buku ini
tanpa izin daripada penulis.
HAK CIPTA©2021
DISEBALIK TABIR
NORFARAHIN BINTI MAD NOR
PENULIS/EDITOR
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 5
2 PENGENALAN 6
3 TAKAFUL 7
4 SEJARAH TAKAFUL 8
5 HUKUM TAKAFUL DALAM ISLAM 9
6 PRINSIP TAKAFUL 10
7 PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN
11-12
INSURAN KONVENSIONAL
8 PERANAN SYARIKAT TAKAFUL 13
9 ISU DALAM TAKAFUL 14
10 JENIS-JENIS TAKAFUL 15
11 GALERI 16-18
12 PENUTUP 19
13 SUMBER RUJUKAN 20
PENGHARGAAN
Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkkan tugasan yang diberikan kepada
saya ini. Terima kasih kepada semua individu
yang telah membantu saya melaksanakan kerja
saya ini secara lansung atau tidak lansung.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Azirah
binti Seman selaku pensyarah kursus Pengajian
Islam atas bimbingan beliau kepada saya. Saya
ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat
kesilapan dan kekurangan dalam tugasan saya
ini. Segala kekurangan harap dimaafkan,
sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya
sendiri.
Sekian,
Terima kasih
PENGENALAN
Takaful bermaksud menjamin. Perkataan ini berasal
daripada perkataan Arab iaitu Kafala. Tujuan
Takaful menggalakkan tolong-menolong dan
perpaduan di kalangan peserta selari dengan
konsep ta’awun. Konsep insurans pula adalah
persediaan yang dibuat oleh sekumpulan orang
yang menghadapi kerugian kecil sebagai sesuatu
yang tidak dapat diduga. Jika ia terjadi kepada
salah seorang ahli yang menganggotai kumpulan
tersebut,kerugian akan diagihkan sesama mereka.
Hibah bermaksud pemberian sesuatu yang
dilakukan secara ikhlas oleh pemberi kepada
penerima atau hadiah. Pemberian ini diberi tanpa
mengharapkan balasan dalam bentuk apa
sekalipun. Ia merupakan satu sistem perancangan
pemberian harta yang sah.
Hibah takaful pula bermaksud apabila berlaku satu
Kematian pemegang polisi takaful, pengagihan duit
pampasan daripada syarikat pengeluar takaful
kepada waris pemegang takaful boleh dilakukan
secara hibah. Melalui hibah takaful, seseorang itu
boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapa
sahaja semasa dia masih hidup.
TAKAFUL?
Takaful dari segi istilah adalah penyertaan sekumpulan individu dalam
satu skim yang membolehkan pencarum bekerjasama dalam
menanggung sebarang kemudaratan yang berlaku terhadap salah
seorang peserta dengan membayar pampasan yang munasabah kepada
ahli berkenaan melalui wang yang disumbangkan oleh peserta-peserta
yang dibayar secara ansuran.
Takaful merupakan kata nama yang berasal daari kata kerja takafala
yang membawa maksud menjamin, memelihara dan menjaga. Selari
dengan ajaran Islam yang menyuruh manusia saling bantu-membantu.
Hal ini kerana takaful mengandungi prinsip-prinsip kerjasama dan
tanggungjawab Bersama yang merupakan asas kepada sistem insuran
Islam. Jaminan ini boleh didapati dengan menyertai skim takaful yang
diuruskan oleh syarikat-syarikat takaful yang berdaftar dengan pencarum
yang inginkan jaminan.
SEJARAH
TAKAFUL
Sejak zaman nabi Muhammad S.A.W. lagi wujudnya takaful.
Ketika itu, sistem yang digunakan oleh baginda ialah al-
Qasamah dalam urusan perniagaan dan al-Aqilah dalam
urusan kebajikan. Sistem ini berkembang dengan pesat dan
mula mengalami proses kemodenan apabila khalifah umar
memperkenalkan Takaful Marin. Apabila kerajaan Islam
mengalami kemerosotan sistem ini mula lenyap.
Di London pada tahun 1583,negara ini telah
memperkenalkan Insurans Konvensional pada abad ke 15 yang
berlandaskan konsep jual beli. Mereka membawa konsep ini ke
negara jajahan mereka. Keadaan ini berterusan sehingga tahun
1960, Majlis Fatwa Dunia Pertama telah bersidang di Kaherah
Mesir bagi membincangkan tentang insurans konvensional
tersebut yang mempunyai unsur-unsur gharar dan riba serta
membuat satu cara alternatif bagi insurans untuk umat Islam
iaitu Takaful.
HUKUM TAKAFUL
DALAM ISLAM
Islam menegaskan bahawa sesuatu akad atau kontrak yang
dibuat pihak tertentu tiada sebarang keraguan atau
kekaburan. Oleh itu, sebagai pencarum kita mestilah meneliti
sama ada sesuatu kontrak insurans itu sesuai atau tidak.
Menurut Islam lagi, kafalat terbahagi kepada dua iaitu
kafalah bagi manusia (al-nafs) dan bagi harta(al-mal).
Perkataan kafalat berasal dari al-kifl yang bermaksud
perhubungan.
Setelah mengkaji dan bertukar-tukar pendapat, pihak Majlis
ulama Negara Arab Saudi telah menetapkan bahawa Insuran
Takaful adalah halal berdasarkan alasan-alasan yang diberi.
• Insuran Takaful tiada unsur riba. Oleh yang demikian,
kontrak yang dibuat oleh pencarum tiada unsur riba dan
sumbangan yang dibuat oleh pencarum tidak terlibat
dengan aktiviti pelaburan secaara riba.
• Sesungguhnya insuran takaful merupakan satu bentuk akad
tabarru’ di mana dari segi asasnya bermaksud Bersama-
sama bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu musibah
dengan cara sumbangan berbentuk sejmlah wang dari
setiap anggota takaful ke dalam tabung risiko yang khas
untuk membayar pampasan kepada ahli yang ditimpa
musibah.
PRINSIP TAKAFUL
Terdapat tiga konsep asas takaful iaitu al-Qasamah
dimana kes qisas seperti pembunuhan yang tiada
bukti yang nyata dimana seseorang yang dituduh
dikehendaki bersumpah dengan nama Allah
sebanyak 50 kali atau 1 kali untuk 50 orang.
Seterusnya, al-Aqilah iaitu ahli-ahli qabalah ataupun
suku kaum atau kariah ahli-ahli masyarakat
membantu ahli-ahli yang ditimpa musibah seperti
kematian atau pembunuhan. Konsep asas yang
ketiga ialah Tabarru’ iaitu konsep sebenar takaful
dimana ahli atau peserta membuat derma ikhlas
pada satu tabung dengan niat untuk saling
membantu sesama ahli yang mengalami kesusahan.
PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL
DAN INSURAN KONVENSIONAL
JIKA DILIHAT SEKALI IMBAS, TIADA PERBEZAAN SYARIKAT AKAN UNTUNG JIKA TIADA PAMPASAN
ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS BIASA IAITU DIBUAT ATAUPUN TIDAK MENGATASI JUMLAH
KONVENSIONAL. TETAPI, SEBENARNYA BAYARAN SEMUA PENCARUM DAN LEBIHAN
TERDAPAT PERBEZAAN YANG KETARA ANTARA YANG ADA AKAN MENJADI MILIK SYARIKAT
TAKAFUL DAN INSURANS. YANG PERTAMA DARI SEPENUHNYA TANPA DIBAHAGIKAN SAMA
SUDUT AKAD BAGI TAKAFUL, AKAD ATAUPUN BANYAK.
KONTRAK YANG DIPERSETUJUI OLEH
PENCARUM DENGAN SYARIKAT ATAS DASAR DALAM KEADAAN INI, PENCARUM AKAN RUGI
KERJASAMA ANTARA PENCARUM DENGAN KERANA TIADA PAMPASAN YANG DITUNTUT.
PENGGENDALI TABUNG PESERTA IAITU SYARIKAT AKAN RUGI JIKA PAMPASAN YANG
SYARIKAT. MEREKA HANYA MENGAMBIL UPAH DIBAYAR KEPADA PENCARUM MELEBIHI JUMLAH
DAN KOS SAHAJA. BAGI INSURAN BIASA PULA, CARUMAN PESERTA DIMANA SYARIKAT
AKAD YANG BERLAKU ANTARA KEDUA-DUA MENGGUNAKAN WANG SENDIRI BAGI
PIHAK ADALAH SECARA JUAL BELI DIMANA MENAMPUNG KEKURANGAN TERSEBUT ATAS
PENCARUM ADALAH PEMBELI INSURAN DAN DASAR NASIB DAN BUKAN PINJAMAN.
SYARIKAT ADALAH PENJUAL INSURAN. JIKA SEBALIKNYA, PENCARUM AKAN UNTUNG JIKA
MENGIKUT SYARAK, JUAL BELI RISIKO NYAWA BARU SAHAJA MEMBELI INSURAN. JUMLAH
TIDAK DIBOLEHKAN. CARUMAN YANG SEDIKIT SEDANGKAN
PAMPASAN YANG DAPAT AMAT
DARI SUDUT UNTUNG RUGI DALAM TAKAFUL MENGUNTUNGKAN. SECARA RINGKASNYA,
PULA SAMA-SAMA MERASA. JIKA TABUNG INSURAN KONVENSIONAL TIADA TABUNG
DANA MASIH BERBAKI PADA SETIAP HUJUNG TABARRU’. KONSEP YANG DISEBUTKAN INI
TAHUN MAKA IA AKAN DIKONGSI SAMA RATA BERBENTUK PERJUDIAN DAN HUKUMNYA TIDAK
ANTARA SYARIKAT DAN SEMUA PENCARUM. DIBOLEHKAN DALAM ISLAM.
JIKA TABUNG RISIKO TIDAK CUKUP WANG
UNTUK MEMBAYAR PAMPASAN MAKA SYARIKAT
AKAN MENDAHULUKAN WANG MILIK MEREKA
KEPADA ORANG YANG DITIMPA MUSIBAH
SEBAGAI PINJAMAN. BAGI INSURAN
KONVENSIONAL, SYARIKAT DAN PENCARUM
MASING-MASING MEMPERTARUHKAN NASIB.
PERANAN SYARIKAT TAKAFUL
SYARIKAT TAKAFUL
BERFUNGSI
PENGURUS SEBAGAI PENGURUSAN DANA INI
DANA YANG JIKA DISERAHKAN KEPADA
MENGURUSKAN SEGALA HAL ORANG BIASA PASTI AKAN
EHWAL BERKAITAN DENGAN MENIMBULKAN MASALAH
TAKAFUL BERMULA DARI KERANA MEMERLUKAN
PENERIMAAN AHLI, KOS DAN UPAH.
CARUMAN HINGGA KE
PEMBAYARAN PAMPASAN.
SECARA RINGKASNYA,
SYARIKAT INI ADALAH PIHAK
YANG BERPENGALAMAN
MENGURUS DANA YANG
MENCAPAI ANGKA JUTAAN
RINGGIT.
ISU DALAM TAKAFUL
• Perlindungan asas takaful tidak bayar Persoalan ini kerap timbul kerana waris
untuk pampasan penyakit kritikal akan cuba selesaikan segala hutang si
mati kerana ia merupakan perkara
- Masyarakat semakin sedar akan wajib yang dituntut dalam agama.
kepentingan dan pelaksanaan
hibah takaful mampu
menyelamatkan keluarga yang
ditinggalkan oleh suami atau
seorang ayah yang merupakan
punca pendapatan keluarga.
• Proses tuntutan takaful yang rumit
- Istilah rumit tidak timbul sekiranya
orang yang membuat tuntutan faham
berkenaan proses dan berhubung
dengan pihak yang
bertanggungjawab bagi
menguruskan tuntutan tersebut.
- Apabila berlakunya sesuatu
musibah, sesiapa pun akan
memerlukan khidmat nasihat orang
ketiga. Emosi akan terganggu
apabila berlaku musibah. Orang
ketiga disini kebiasaannya adalah
ejen yang telah diamanahkan.
JENIS-JENIS TAKAFUL
Secara keseluruhannya, Bagi takaful am pula ialah :
• Pelan motor
terdapat dua jenis takaful • Pelan kemalangan diri
• Pelan kebakaran/isi rumah
iaitu takaful keluarga dan
takaful am. Bagi takaful
keluarga terdapat beberapa
pelan yang boleh diambil.
Antaranya :
• Pelan Pendidikan anak
• Pelan perubatan dan kesihatan
• Pelan keluarga
• Pelan berkaitan pelaburan
GALERI
PENCARIAN IDEA BAGI KONSEP LAYOUT E-MAJALAH
PENCARIAN BAHAN BERKAITAN TAJUK
PENUTUP
Pada keseluruhannya, takaful menggunakan
konsep tabarru’ dan saling menjamin antara
peserta. Wang caruman hanya dilaburkan melalui
instrumen yang selari dengan syariah. Manakala,
wang pencarum tidak dikira sebagai wang
syarikat.
Selain itu, pelaburan dapat dibagikan kepada
para peserta melalui hasil daripada keuntungan.
Konsep al-mudharabah dan al-waqalah
digunakan oleh agen untuk pengiraan komisen.
Akhir sekali,takaful dapat membantu individu yang
ditimpa musibah kerana takaful bukan untuk
kematian, tapi untuk kehidupan.
• https://www.takaful-ikhlas.com.my/ms/profil-
korporat/konsep-manfaat-takaful
• https://cahayamas.blogspot.com/2010/11/kepenti
ngan-takaful-dalam-islam
• https://takafulislam.blogspot.com/2005/05/konse
p-takaful.html
• https://www.qoala.app/my/blog/insuran/umum/hi
bah-takaful-konsep-jenis-dan-kelebihan-hibah-
takaful/
• http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-
ilmiah/jurnal-muamalat/124-takaful-analisis-
terhadap-konsep-akad
• https://online.anyflip.com/axom/dpqn/mobile/inde
x.html
Disediakan oleh :
NORFARAHIN BINTI MAD NOR
18DDT19F1074
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
( TEKNOLOGI DIGITAL )