buku log pengakap MUHAMMAD AFIQ SYAHMIE BIN MOHAMAD NASIR MPU 3341A PISMP JUN 2021/2026 Kokurikulum- Unit Beruniform Bahasa Melayu 9 Hj. Muhammad Shukri bin Mat Yaacob 2021082340486
PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN ISI KANDUNGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN STRUKTUR DAN PERLEMBAGAAN ORGANISASI SEJARAH KEPENGAKAPAN LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA 1.0 5.0 4.0 3.0 2.0 6.0 7.0
BIODATA DIRI NAMA : MUHAMMAD AFIQ SYAHMIE BIN MOHAMAD NASIR ANGKA GILIRAN : 2021082340486 NO. KAD PENGENALAN : 030918-06-0451 UNIT : BAHASA MELAYU 9 SEMESTER : PISMP SEMESTER 5 AMBILAN : JUN 2021/2026 ALAMAT E-MEL : g-ipgp2021084048 @moe-dl.edu.my ALAMAT RUMAH : NO 14, LORONG KG PDG 67, TAMAN KG PDG 2,25200 KTN PHG NO TELEFON : 011-39131250
PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN
Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda,terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya Maklumat Pengenalan Unit DEFINISI FALSAFAH MATLAMAT Matlamat pergerakan pengakap adalah untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta bertanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha dan amalan sedemikian adalah untuk memperkukuhkan disiplin dan akhlak diri, membentuk sifat bersopan santun, berbudi bahasa serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat untuk menuju ke matlamat akhir pergerakan supaya menjadi warga yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Maklumat Pengenalan Unit MISI VISI Memastikan murid seimbang secara menyeluruh dan berkebolehan mengurus aktiviti kokurikulum selaras dengan aspirasi negara Melahirkan murid-murid yang berkemahiran tinggi dalam bidang pengakap melalui berpengakap dengan latihan dan strategi yang bersistematik dan menyeluruh berlandaskan falsafah pendidikan negara
LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
BENDERA MALAYSIA Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta
BENDERA PENGAKAP Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
SELALU SEDIA BUAT HABIS BAIK PANDANGAN LUAS Cogan Kata/Moto PENGAKAP KANAK-KANAK PENGAKAP REMAJA PENGAKAP MUDA
Ikrar
SEJARAH KEPENGAKAPAN PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP SEDUNIALORD BADEN POWELL
Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA
Membimbing golongan remaja yang seimbang dari segi JERIS, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Memupuk remaja yang bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP
PERLEMBAGAAN
Undang-undang Pengakap
Istiadat Rasmi (Laung Agung) Merupakan tradisi dalam istiadat PKK dan digunakan di seluruh dunia. Dilakukan oleh PKK bagi menunjukkan bahawa mereka telah melakukan ‘Sehabis baik’ . Kata penghargaan tersebut ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Diadakan pada wal dan akhir perjumpaan PEK Tujuan Menandakan permulaan dan pengakhiran perjumpaan Mengingati tradisi PKK seluruh dunia Menghormati tetamu PEK
Akela berteriak “PEK, PEK, PEK” dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengelilingi Akela. PKK menjawab “P.....E....K...” sepanjang 5 harakat dan berlari anak mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak “PEK” sebanyak stau kali dengan kuat dan nyaring. Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka Cara Pelaksanaan Istiadat Laung Agung
Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar Akelada dan terus menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK” Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangab mereka sehingga Akela menjatuhka tangannya. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serenta PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak “ A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK”. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia. Cara Pelaksanaan Istiadat Laung Agung
Istiadat Rasmi (Menaikkan Bendera) ADAB DAN TERTIB 1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya. 2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik. 3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. 4. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus. 5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya. 6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. 7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu. 8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara. 9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut
Istiadat Rasmi (Menaikkan Bendera) TATACARA MELIPAT BENDERA 1. Dua (2) orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera. 2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak terbalik. 3. Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan bendera). 4. Bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. 5. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke dalam lipatan tersebut. 6. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.
Istiadat Rasmi (Menaikkan Bendera) ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera” , 7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. 9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain .
Istiadat Rasmi (Menaikkan Bendera) ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya. 11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku” , semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia' , Persetiaan Pengakap dan doa berturutan. 12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas. 13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap untuk 'senang diri' . 14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
Istiadat Rasmi (Menaikkan Bendera) ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..
Struktur dan Organisasi
Struktur Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia
Struktur Organisasi Peringkat Negeri Kumpulan Latihan Malaysia
Struktur Organisasi Peringkat Negeri
Struktur Organisasi Peringkat Daerah
Struktur Organisasi Jawatankuasa Tadbir Kumpulan Latihan Malaysia Institut Pendidikan Guru
Struktur Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Sekolah Rendah
Pengurusan dan Pentadbiran
Pengurusan Keahlian Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan
Pengurusan Keahlian Jenis borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM Gunakan beberapa jenis borang: -Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) -Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) -Borang PPM 1B (Borang Kawalan) -Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM
Pengurusan Keahlian Contoh borang
Pengurusan Keahlian Contoh borang
Pengurusan Keahlian Yuran Pendaftaran Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran.
Pengurusan Keahlian Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: Tauliah Sementara Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain.
Pengurusan Keahlian Kegiatan Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR.
Pengurusan Keahlian Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat
Pakaian Seragam dan Lencana
Pakaian Seragam Pengakap Kanakkanak, Muda dan Remaja (Lelaki)
Pakaian Seragam Pengakap Kanakkanak, Muda dan Remaja (Perempuan)
Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap Lelaki
Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap Perempuan
Topi dan Badges
Wogel
Lencana dan Nombor Kumpulan
Epolet