The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amalkhy79, 2019-08-04 21:35:26

MINIT MSYRAT GURU BIL 2 THN 2019 (1)

MINIT MSYRAT GURU BIL 2 THN 2019 (1)

SK SUNGAI MERAB LUAR
43000 KAJANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT GURU
BIL. 2 / TAHUN 2019

Tarikh : 07 MAC 2019 (Khamis)

Masa : 1.00 petang

Tempat : Bilik PLC

Pengerusi : Pn.Rohimah bt Mokhtar

Kehadiran (Bilangan) : 41 orang

Nama Yang Hadir : ( Guru Besar )
( GPK Pentadbiran )
1. Pn Rohimah bt Mokhtar ( GPK KoKurikulum )
2. En Muzzan bin Talib
3. En Yaacob bin Yusoff
4. Pn. Amal bt Osman @ Othman
5. Pn Nor Akma bt Baharom
6. Pn Yuzie bt Muda
7. Cik Najah Nasuha bt Mohd Yunus
8. Cik Siti Noraisyah bt Jamaluddin
9. En. Yahuza bt Ab Rahman
10. En. V. Ganesh Moorthy a/l R. Vethiah
11. En. Alfatah bin Saironi
12. Pn. Norazura bt Abdul Latif
13. Pn. Sarinah bt Mustadi
14. Pn. Nor Azian bt Long
15. Pn. Siti Almah Bt Jonit
16. Pn. Norshuhada bt Mohd Amir
17. Pn. Salwa bt Hussin
18. Pn.Tuan Hanizah bt Nik Him
19. Pn Rosmaziah bt Kamarudin
20. Pn. Noraini bt baharom
21. Pn. Norashikin bt Abdul Rahman
22. Pn. Azian bt Azahari
23. Pn. Nur khairiyah bt Mohd Nasir
24. Pn. Siti Aishah bt Mat Zuki
25. Pn. Siti Wan Asmak bt Wan Dollah
26. Pn. Norzirah bt Ismail
27. Pn. Suhaizan bt Sukiman
28. Pn. Siti Wan Aishah bt Wan Alias

29. Pn Roshida bt Nayan - MSSD
30. Pn. Noor Azreena bt Md Noor - Mesyuarat
31. Pn. Adliah Hasanah bt Adnan - MSSD
32. Pn. Noor Haslina bt Rhazalee - PPD
33. Pn. Norlizah bt Mohd Jasit - Mesyuarat
34. Pn. Sharifah Nur Liyana bt Syed Alwi All Hadas - Kursus
35. Pn. Sahibah bt Yusoff - CRK
36. Pn. Rohana bt Aminudin - Cuti sakit
37. Pn. Aliah Azian bt Zakaria
38. Pn. Hasmahani bt Abu Hassan
39. Pn. Sopiah bt Omar
40. Pn. Siti Nur Hafeeka bt Haslan
41. En. Samuddin b. Sallleh

Nama Yang Tidak Hadir :

1. En. Muhammad Fairuz b. Abdul Aziz
2. En. Ahmad Azwan b. Ahmad Azali
3. En. Mohamad Solehuddin b. Mohamad Sidek
4. En. Mohamad Asrin b. Mohamad Arif
5. Pn. Shariffah bt Lasman
6. Pn. Nur Fadhillah bt Ghazali
7. Pn. Hjh Zunainah bt Mahat
8. Pn. Zarisa bt Jailani

Turut hadir :
1. Tiada

Urusetia Mesyuarat :
1. Pn. Roshida bt Nayan

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir
dan mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.

1.2 Pengerusi menyampaikan ingatan ciri-ciri guru yang berintegriti iaitu :
badan 1.2.1 Berbudi bahasa dengan rakan dan murid.
1.2.2 Berbincang lebih baik jika tidak berpuas hati.
1.2.3 Elakkan bersalaman dengan murid-murid lelaki Tahun 6 dan memukul

mereka kerana dikhuatiri boleh memberi rangsangan kepada mereka.
1.2.4 Guru yang didapati bersalah akan dilaporkan kepada polis.

1.3 Di antara ciri-ciri pegawai yang berprestasi rendah ialah :
1.3.1 sering datang lewat ke sekolah
1.3.2 tidak mendengar arahan pentadbir dan ketua
1.3.3 gagal dalam sasaran kerja
1.3.4 tidak amanah dan tidak menghantar buku rekod PdPc/ tulis murid untuk

disemak oleh pentadbir
1.3.5 hubungan yang tidak mesra bersama rakan sejawat.
1.3.6 tidak bersungguh-sungguh dan kurang berkemahiran
1.3.7 kurang bekerjasama dalam satu pasukan
1.3.8 tidak boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1 / 2019

2.1 Ahli mesyuarat bersetuju menerima minit mesyuarat Bil. 1 /2019 tanpa sebarang
pindaan.

Dicadangkan oleh : Pn Siti Aishah bt Mat. Zuki

Disokong oleh : Pn Nur Khairiyah bt Mohd Nasir

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 - Tiada -

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pembentangan kewangan PCG panitia matapelajaran

4.1.1 Pn. Roselina meminta semua ketua panitia matapelajaran menyemak baki
peruntukan tahun 2018 dan jumlah peruntukan untuk tahun 2019 (rujuk
lampiran).

4.1.2 Peruntukan bagi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan telah pun
dibahagi dua PCG.

4.1.3 Semua ketua panitia hendaklah mengisi nota minta untuk membeli peralatan
matapelajaran dan perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Puan
Guru Besar.

4.1.4 Buku Stok tidak digunakan lagi dan akan diperkenalkan Kad Petak - sila
berjumpa dengan Pn. Roselina untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih
lanjut.

4.1.5 Setiap pembeliaan melalui Panjar Runcit Wang Tunai hendaklah tidak melebihi
RM100.00 setiap resit bagi kes-kes kecemasan sahaja

Tindakan: Ketua Panitia Matapelajaran

4. 2 Tranformasi TS25

4.2.1 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat sumbangan
Sebanyak RM4,000.00 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi

program
Tranformasi TS25. Peruntukan diagihkan kepada Panitia Bahasa Inggeris,
Panitia Sains, Panitia Rekabentuk dan Teknologi dan Pentadbiran sebanyak
RM800 setiap panitia. Oleh itu, ketua panitia diminta untuk berbincang

dengan
panitia masing-masing dan menyediakan kertas kerja program dengan bajet
yang telah diperuntukkan.
Tindakan: Panitia yang terlibat

4.2.2 Guru Besar menjelaskan bahawa program Lawatan ke Sk. Cyberjaya
memberikan impak yang sangat besar kepada guru-guru kerana sekolah
tersebut merupakan sebuah sekolah Amanah dan telah melaksanakan TS25.
Hasil dapatan daripada lawatan tersebut boleh diaplikasikan di sekolah ini.

4.2.3 Guru Besar diarahkan supaya sentiasa mengingatkan guru-guru tentang TS25
setiap kali mesyuarat.

4.2.4 PdPc mestilah menggunakan PAK 21 dan juga melaksanakan PLC.

4.2.5 Guru Besar memaklumkan bahawa tugas sebagai setiausaha PBS kepada
Pn. Nor Azura sekiranya Pn. Zarisa disahkan bercuti panjang.

4.2.6 Diharapkan semua guru supaya dapat mengurus Cuti Sakit dan Cuti
Rehat Khas secara berhemah.

4.2.7 En. Firdaus telah ditamatkan perkhidmatannya ( exit policy ). Oleh itu, sekolah
telah kekurangan dua orang guru.
Tindakan: Makluman

4.2.8 Tarikh pengesahan eg-Tukar online ialah sebelum 27.3.2019. Guru yang
berkenaan diminta mengambil tindakan sebelum tarikh tersebut.

Tindakan: Guru yang terlibat

4.2.9 Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 peringkat Negeri Selangor akan
diadakan di SK Dato’ Abu Bakar Baginda pada 09.3.2019 ( Sabtu ). Seramai
10 orang murid dari SKSML telah dijemput untuk bersama-sama menyertai
program ini. Guru Besar meminta unit 3K dapat menguruskannya.

Tindakan: Pn. Aliah dan Pn. Roshida

4.3 Laporan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

4.3.1 En. Muzzan memohon semua ketua panitia agar mengemaskini fail panitia
supaya dikecilkan menjadi 2 fail sahaja. Isi kandungan Fail 1 terdiri daripada
carta organisasi, surat pekeliling, minit mesyuarat, ABM, pensijilan, notis,
maklumat-maklumat dan plan strategik. Manakala Fail 2 adalah semua perkara
daripada tiga tahun lepas.

4.3.2 Borang keberhasilan telah diedarkan. Diharap semua guru dapat meneliti
penerangan cara mengisi sasaran dan target.. Borang yang telah siap diisi
hendaklah dihantar sebelum 15.3.2019 kepada En. Muzzan atau Pn. Siti
Aishah bt Mat Zuki.

4.3.3 Pencerapan Kendiri akan bermula pada 31.3.2019. Semua guru hendaklah
mengisi secara online borang SKPMg2, cetak dan serahkan kepada Pn. Siti
Aishah bt Mat. Zuki.

Tindakan: Semua guru

4.3.4 Ujian PKSR 1 untuk murid-murid tahap II akan bermula pada 18.3.2019 –

20.3.2019. Sila rujuk dengan Pn. Suhaizan mengenai kertas soalan dan
lain-lain.

4.3.5 Tarikh akhir serahan kertas soalan untuk dicetak ialah pada 14.3.2019.

Tindakan: Semua guru tahap 2

4.3.6 Borang Transit PBD hendaklah dikepilkan semasa penghantaran rekod RPH.
Guru-guru yang belum menghantar borang transit untuk ditandatangani,
hendaklah segera berbuat demikian.

Tindakan: Makluman

4.4 Laporan Penolong Kanan KoKurikulum ( KOKO )

4.4.1 Pemakaian unit beruniform oleh semua guru dan murid adalah pada
perhimpunan rasmi minggu ke-3 setiap bulan.

4.4.2 SKSML telah dilantik untuk mengelola program Ko- Akademik peringkat daerah
2019. Oleh itu, ramai guru yang akan bertugas di luar.

4.4.3 Pencapaian unit beruniform dan sukan sangat membanggakan pada tahun ini
kerana telah mencapai peringkat kebangsaan bagi unit berunifom Tunas Puteri
dan TKRS, manakala bagi permainan, pasukan bola tampar telah Berjaya
hingga ke peringkat akhir.

4.4.4 Seramai 19 orang guru akan bertugas di Kem Sri Raudhah untuk program
Kursus Kepimpinan Pengawas 2019. Diharap guru dan peserta SKSML dapat
menjaga nama baik sekolah semasa di sana nanti.

4.4.5 Sukan Tahunan akan diadakan pada 23.3.2019 ( Ahad ).
Tindakan: Makluman

4.5 Jadual Waktu

4.5.1 Pn. Amal memaklumkan bahawa jadual waktu Bil 2/ 2019 akan bermula
pada 18.3.2019. Terdapat beberapa perubahan pada jadual waktu terutama
kepada guru-guru Pendidikan Islam.

4.5.2 Tiada lagi matapelajaran Tasmik pada waktu pertama hari Jumaat.

4.5.3 Terdapat pertambahan waktu yang melibatkan murid Tahap 2 pada hari
Khamis.

Tindakan: Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Besar mengharapkan agar setiap pelancaran bulan panitia dapat diadakan
semasa perhimpunan rasmi dengan lebih menarik dan boleh mengambil masa
selama satu jam kerana waktu tersebut dikira sebagai waktu PdPc.

5.2 Guru Besar menegaskan bahawa guru kelas atau guru bertugas mingguan
hendaklah menghubungi ibubapa jika terdapat murid yang demam atau
sakit,bukan pihak pejabat yang dipertanggungjawabkan.

5.3 LADAP guru mestilah mencapai 3 hari sekurang-kurangnya pada akhir bulan
Mei. Guru-guru yang belum mencukupi dikehendaki mencapai jumlah tersebut.

5.4 Laporan PLC hendaklah dimasukkan dalam fail berkenaan di bilik Penolong
Kanan
Pentadbiran.
Tindakan: Semua guru

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.10 petang.

Disediakan oleh:
Urusetia Mesyuarat
Sksml Tahun 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MERAB LUAR
43000 KAJANG, SELANGOR

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

PERKARA : MINIT MESYUARAT GURU BIL. 2 /2019

TARIKH : 07 MAC 2019
TEMPAT : Bilik PLC

M/S PARA PERKARA UNIT/PANITIA TINDAKAN/
PERKEMBANGAN/

ULASAN

4 4.2.8 Guru yang terlibat /

4 4.2.9 Pn. Aliah /
Dan

Pn. Roshida

4 4.3.1 Semua AJK Sedang dilaksanakan

4 4.3.2 Semua guru /

4 4.3.3 Semua guru /
4 4.3.4 Guru tahap 2 /
5 4.5.1 Semua guru /

Disediakan oleh: Disemak oleh:

......................................... .................................................
( ROSHIDA BT NAYAN ) ( EN. MUZZAN BIN TALIB )
Guru Penolong Kanan Pentadbiran


Click to View FlipBook Version