The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ummi Asma, 2020-12-31 04:21:32

E-BOOK (MOTIVASI)

E-BOOK (MOTIVASI)

PGA101:- PELAJAR DAN
KEPERLUAN PEMBELAJARAN

"MOTIVASI DAN PROSES
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN"

DISEDIAKAN OLEH:-

1. ALYAA BT NAJERI
(151044)

2.ABDAH ATIFAH BT
HAMDAN (151659)

3. UMMI ASMA BT ROSLI
(152003)



ISI KANDUNGAN

KONSEP & DEFINISI 1-6
MOTIVASI

KONSEP & DEFINISI 7-10
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN

TEORI BERKAITAN 11-18
MOTIVASI

FUNGSI MOTIVASI 19-21

JENIS & CIRI-CIRI 22-29
MOTIVASI

FAKTOR YANG 30-33
MEMPENGARUHI
MOTIVASI

CARA GURU 34-40
MENINGKATKAN
MOTIVASI MURID

I M P L I K A S I M O T I V A S I 41-44
DALAM P&P

KONKLUSI 45
REFLEKSI
RUJUKAN 46
47

KONSEP
DAN

DEFINISI
MOTIVASI

1

KONSEP MOTIVASI

Motivasi berasal daripada
perkataan Inggeris, iaitu

"motivation" yang
bermaksud bersemangat.

Motivasi ialah sesuatu
yang ada ataupun tiada
dalam diri dan minda yang
akan menentukan kejayaan
ataupun kegagalan dalam

apa jua perkara yang
dilakukan.

2

DEFINISI

KAM(EDUDASISNDISEPWKUESAETNMABKPAAAHTA) SA

Motivasi ialah keinginan yang
keras atau perasaan yang kuat pada
diri seseorang yang mendorongnya

untuk berusaha atau melakukan
sesuatu demi mencapai kejayaan.

Motivasi juga merupakan sesuatu yang
menggerak dan mengarah tuju

seseorang dalam tindakan-tindakannya
sama ada secara negatif atau positif.

3

DR. SBHUPAKEHUNADPBSIUDIDKIKIONALNHOGASI HIM

Motivasi dalam konteks
pembelajaran merujuk kepada
galakan dalaman pelajar untuk
belajar memenuhi kehendak

sendiri.

B(HU.KWOUFBPLESERYANCRAHNROIDNLG1O9G65Y)
Motivasi ialah proses
membangkitkan dan
mengawal minat.

4

~HAMALIK (1992:173) ~
Motivasi ialah satu perubahan energi
dalam diri atau peribadi seseorang yang
ditandai dengan timbulnya perasaan dan
reaksi untuk mencapai sesuatu tujuan.

~SARDIMAN (2006:73)~
Motivasi ialah perubahan energi dalam
diri seseorang yang ditandai dengan
munculnya felling dan didahului dengan

tanggapan terhadap adanya tujuan.

~MULYASA (2003:112)~
Motivasi ialah tenaga pendorong atau
penarik yang menyebabkan adanya
tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu.
Peserta didik akan bersungguh-sungguh
kerana memiliki motivasi yang tinggi.

5

~BECK 1983~
Motivasi berkaitan dengan beberapa

variasi tingkah laku seseorang
manusia dengan individu lain.

~CHAPLIN 1985~
Motivasi ialah faktor dalaman yang

membangkitkan tingkah laku
terhadap sesuatu matlamat.

~CROW & CROW 1981~
Motivasi ialah desakan yang
menjadikan manusia mengubah
iskap, minat atau kegiatannya.

6

KONSEP
PENGAJARAN

DAN
PEMBELAJARAN

7

PENGAJARAN

Merujuk kepada tugasan yang
dilakukan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini dirancang
oleh guru secara sistematik dan

teliti untuk menlaksanakannya
dengan menggunakan strategi atau

teknik mengajar yang sesuai,
membimbing dan memotivasikan
murid supaya mengambil inisiatif
untuk belajar untuk memperoleh
ilmu pengetahuan dan menguasai

kemahiran yang diperlukan.

8

PEMBELAJARAN

Merujuk kepada proses memperoleh ilmu
pengetahuan atau kemahiran.

ROBERT M .GAGNE -1970-
(THE CONDITION OF LEARNING)

Pembelajaran merupakan perubahan tingkah
laku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang

disebabkan oleh proses pertumbuhan.

WOOLFOLK -1980-
(PSYCHOLOGY FOR TEACHERS)

Pembelajaran ialah satu perubahan dalaman
yang berlaku kepada seseorang dengan

membentuk perkaitan yang baru atau sebagai
potensi yang sanggup menghasilkan tindak

balas yang baru.

9

Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, motivasi dianggap

sebagai satu unsur penting
bagi membolehkan murid-murid

melibatkan diri secara aktif
di samping dapat menjadikan
proses pembelajaran itu berlangsung
dalam keadaan yang bermakna,
berfaedah dan menggembirakan.

10

TEORI
BERKAITAN

DENGAN
MOTIVASI

11

TEORI
KEPERLUAN

MASLOW

12

Keperluan merupakan desakan yang
dapat memotivasikan seseorang untuk
bertindak terhadap sesuatu matlamat
sama ada untuk memenuhi keperluan
fisiologi, psikologi, emosi atau intelek.

13

KEPERLUAN FISIOLOGI/
KEPERLUAN ASAS

Keperluan manusia yang paling asas
untuk hidup., seperti udara, air,

makanan, tempat tinggal dan pakaian
untu memenuhi keperluan diri
sendiri atau fizikal seseorang.

14

KEPERLUAN
KESELAMATAN

DAN
PELRINDUNGAN

Keperluan manusia untuk mencari
keselamatan hidup, kestabilan kerja,
jagaan masyarakat, undang-undang
serta keperluan untuk membebaskan
diri dalaripada ancaman luar mahupun
dalaman. Tahap keselamatan ini amat
diperluakn untuk menjamin keamanan

dan kesejahteraan hidup.

15

KEPERLUAN
KASIH SAYANG

Keperluan manusia yang
memerlukan kasih sayang
melalui hubungan dengan insan
yang lain. Pada asasnya, semua
orang merupakan manusia yang
bersosial, iaitu memerlukan kasih
sayang daripada orang lain.

16

KEPERLUAN
PENGHARGAAN

KENDIRI

Keperluan manusia terhadap kuasa,
sekurang-kurangnya terhadap diri
sendiri. Pada masa yang sama, manusia
juga memerlukan kekuatan kebolehan,
kepakaran dan kebebasan. Manusia
juga ingin dihormati, disanjungi dan
menginginkan kehendak status dalam

hidup.

17

KEPERLUAN
HASRAT DIRI

Keperluan manusia yang
berkaitan dengan hasrat
untuk mencapai cita-cita
sendiri mengikut potensi diri

masing-masing.

18

FUNGSI
MOTIVASI

19

-Sebagai dorongan
atau kekuatan
individu untuk

melakukan sesuatu-

Contohnya :-Pelajar universiti
akan menghadapi pelbagai ujian,

namun disebabkan keazaman
dan motivasi yang tinggi dalam

diri mereka, pelajar tersebut
mampu untuk terus berjuang.

20

-Sebagai energi-

Contohnya :- Dapat menjadikan
para pelajar sentiasa

bersemangat atau bertenaga
dalam melakukan sesuatu
perkara.

21

JENIS
JENIS
MOTIVASI

22

MOTIVASI
INTRINSIK

MOTIVASI
EKSTRINSIK

23

MOTIVASI

INTRINSIK

Berlaku secara semula jadi
daripada rangsangan dalaman

diri individu itu sendiri

Didorong oleh minat, cita-cita,
kemahuan, saingan dan harapan

untuk mendapatkan sesuatu
tanpa mengharapkan balasan

atau ganjaran.

24

MOTIVASI
EKSTRINSIK

Berlaku daripada rangsangan luaran
dengan tujuan menggerakkan orang

untuk melakukan sesuatu perkara
atau aktiviti yang akan memberi
faedah kepada individu itu sendiri.

Berkaitan ganjaran dan ancaman
hukuman seperti mengharapkan

pujian, insentif, ganjaran dan
sebagainya.

25

CIRI-CIRI

MAKEUP ARTIST

MOTIVASI
INTRINSIK

Menjalankan tugasan yang
diberi secara sukarela

Berasa teruja untuk belajar
mengenai tugasan atau
bahan baru

Memproses maklumat

dengan berkesan

Cenderung untuk mencapai
tahap pencapaian yang tinggi

26

CIRI-CIRI
MOTIVASI
EKSTRINSIK

Individu mungkin tertarik atau
digerakkan secara ekstrem untuk
melakukan sesuatu perkara atau aktiviti

Berpotensi memproses maklumat
secara dangkal

Menunjukkan minat untuk melakukan
tugasan yang mudah

Memenuhi keperluan atau target yang
minimum

27

KAITAN ANTARA
MOTIVASI INTRINSIK DAN

MOTIVASI EKSTRISNIK

DECI DAN RYAN (1985)

Manusia akan bermotivasi intrinsik apabila
mereka mempunyai persepsi terhadap

kebolehan mereka dan mampu membuat
keputusan sendiri, manakala manusia yang

bermotivasi ekstrinsik tidak yakin akan
kebolehan mereka dan tidak mampu untuk

membuat keputusan sendiri.

28

Seseorang yang tidak mempunyai
mempunyai motivasi intrinsik perlu
diberi motivasi ekstrinsik supaya lama-

kelamaan motivasi intrinsik akan
terbina dalam dirinya.

Seseorang yang telah mempunyai
motivasi intrinsik juga perlu diberi
motivasi ekstrinsik supaya motivasi
ntrinsik yang ada terus berkekalan dalam

dirinya.

Manusia biasanya tidak akan berada pada
satu jenis motivasi sahaja. Kadang-kadang,
individu bermotivasi intrinsik dan kadang-

kadang bermotivasi ekstrinsik. Hal ini
bergantung pada situasi dan keperluan

individu.

29

FAKTOR
YANG

MEMPENGARUHI

MOTIVASI

30

MOTIVASI DENGAN
MINAT

Minat menggerak kepada sesuatu perkara
seperti aktiviti serta tumpuan.

Aktiviti yang dapat menimbulkan minat
dan merangsang kepuasan diri.

MOTIVASI DENGAN DESAKAN
SERTA KEPERLUAN

Desakan telah menyebabkan perubahan
tingkah laku akibat perubahan fisiologi.

Keperluan adalah keinginan yang perlu
dipenuhi oleh fisiologi dan psikologi
seseorang.

31

MOTIVASI DENGAN NALURI
DAN INKUIRI

Sikap ingin tahu membentuk motivasi
dalam naluri seseorang. Aspek pendidikan

naluri yang ingin mengetahui sesuatu
perkara menjadikan motivasi sebagai

penggerak yang bernilai bagi
mendapatkan pengetahuan.
Motivasi dengan inkuiri merujuk kepada
motivasi untuk mencuba, menjelajah dan
mereka bentuk melalui tingkah laku yang

sentiasa positif

32

MOTIVASI DENGAN SIKAP,
HARAPAN DAN ASPIRASI

Motivasi dengan sikap merujuk kepada
sikap yang terbentuk dari perasaan,
kefahaman dan tindakan seseorang.

Harapan merujuk kepada ramalan yang
akan berlaku atau sebaliknya oleh
seseorang melalui tindakan susulan.
Aspirasi merujuk kepada penilaian
subjektif seseorang.

33

CARA
GURU

MEMOTIVASIKAN

MURID

34

AKTIVITI
PEMBELAJARAN

Guru perlu memastikan penglibatan
aktif para pelajar dalam semua aktiviti

pembelajaran di dalam kelas.
Guru boleh memainkan peranan dalam
merangsang para pelajar untuk terlibat
dalam aktiviti berkumpulan, berinteraksi ,
aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya.

Guru juga boleh menggunakan
strategi pembelajaran seperti kuiz,

pertandingan dan ujian ringkas.

Pelajar akan lebih bermotivasi apabila
merasakan diri mereka penting dalam

aktivti pembelajaran.

35

MATLAMAT
PEMBELAJARAN

Guru-guru perlu memberikan tugasan
yang bersesuaian dengan kemampuan
murid-murid agar matlamat pembelajaran

tercapai.

Sekiranya pelajar berjaya menyelesaikan
tugasan yang diberikan oleh guru, mereka

akan mempunyai motivasi yang tinggi
untuk menyelsaikan tugasan yang
seterusnya.

36

AMBIL BERAT

Para pelajar akan memberikan tindak balas
yang positif terhadap guru yang

mengambil berat tentang diri dan masalah
mereka.

Wujud kemesraan antara guru dan pelajar
yang dapat memotivasikan para pelajar
untuk terus mengikuti aktiviti
pembelajaran di dalam kelas.
37

GANJARAN

Pelbagai bentuk ganjaran boleh
diberikan seperti hadiah, markah bonus,

pujian dan sebagainya.
Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap

pencapaian pelajar yang diperolehi,
namun juga boleh diberikan terhadap

usaha para pelajar.
Ganjaran seperti ini dapat memotivasikan

para pelajar untuk terus berusaha
menguasai pengetahuan dan bersaing
antara satu sama lain untuk mendapat

keputusan yang cemerlang

38

LEBIHKAN

PEMBELAJARAN VISUAL

Guru perlu memberikan penerangan dalam
bentuk visual agar pelajar lebih bermotivasi
dan mampu memahami dengan lebih baik.

Pembelajaran visual dapat membolehkan para
pelajar membentuk peta minda sendiri
terhadap suatu topik pembelajaran dan

seterusnya meningkatkan pemahaman mereka.

Kerajaan telah menyediakan prasarana ICT
dalam kelas seperti projektor, LCD dan skrin
yang membolehkan guru menggunakannya

untuk pembelajaran di dalam kelas.

39

PEMBELAJARAN
KOPERATIF DAN

KOLABORATIF

Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya
para pelajar dipecahkan dalam kumpulan kecil
yang dikenali sebagai pembelajaran koperatif.

Mereka dapat mengingati dan memahami
pembelajaran dengan lebih mudah
dan berkesan

Pembelajaran kolaboratif pula merujuk kepada
kerjasama antara pelajar dalam kumpulan kecil.

Mereka akan bekerjsama untuk berkongsi
jawapan atau maklumat mengenai

pengetahuan masing-masing serta saling
membantu antara satu sama lain.

40

IMPLIKASI
MOTIVASI
DALAM

PENGAJARAN
DAN

PEMBELAJARAN

41

SEBELUM PROSES
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN

Sebelum proses PdP bermula, guru
perlu membuat rancangan mengajar

dan menyediakan alat bantu
pengajaran berkaitan topik pelajaran

yang akan diajarkan.

Guru-guru juga boleh menimbulkan
minat para pelajar mengenai topik yang
akan diajar dengan mengarahkan mereka

membaca bahan yang relevan,
menampal poster atau membawa barang

yang sepatutnya untuk dipamerkan
di dalam kelas.

42

SEMASA PROSES
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN

Guru-guru mesti mengelak daripada
mengkritik pelajar semasa proses PdP

berlangsung kerana mereka perlu
mendapatkan kepercayaan dan
penghormatan serta mudah untuk

didekati oleh para pelajar.
Penghargaan daripada guru juga amat
penting kerana dapat memotivasikan para

pelajar untuk mengikuti proses
pembelajaran di dalam kelas.

43

SELEPAS PROSES
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN

Selepas tamatnya proses PdP, para pelajar perlu
diberikan sedikit waktu untuk membuat
refleksi dan dicatatkan dalam buku nota

mereka bagi membantu para pelajar menilai
kekuatan dan kelemahan mereka.

Guru boleh membuat penilaian melalui kerja
rumah atau secara lisan di penghujung
pengajaran serta memberikan kata-kata

perangsang terhadap pencapaian pelajar bagi
memotivasikan mereka.

Guru-guru juga boleh menyediakan aktiviti
lanjutan seperti kuiz dalam talian yang

membolehkan pelajar untuk menjawab kuiz
tersebut pada masa lapang.

44

KONKLUSI

Kesimpulannya, hubungan guru dan
pelajar terjalin melalui proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Guru-

guru harus menjalankan proses PdP
dengan menggunakan bahan yang dapat
membantu pelajar untuk mengikuti aktiviti

pembelajaran.

Implikasi penggunaan motivasi dalam
proses PdP dapat meningkatkan

penglibatan dan pencapaian akademik
para pelajar

Oleh itu, guru-guru mesti mempercayai
bahawa semua pencapaian murid dapat

dipertingkatkan melalui motivasi
intrinsik dan ekstrinsik.

45

REFLEKSI PENGHASILAN
E-BOOK

ALYAA BT NAJERI

Saya rasa sangat seronok dapat
menghasilkan e-book bersama
rakan kumpulan saya kerana
e-book sangat mudah untuk
digunakan!

ABDAH ATIFAH BT HAMDAN

Saya rasa sangat gembira dan
bersemangat untuk menghasilkan
e-book bersama rakan kerana
saya juga suka membaca e-book!

UMMI ASMA BT ROSLI

Saya rasa sangat teruja kerana ini
merupakan kali pertama saya
mebghasilkan e-book bersama
rakan sekumpulan!

46


Click to View FlipBook Version