MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT Nama Mesyuarat : Mesyuarat Guru Bil 3 /2023 Tarikh : 15 November 2023 (Rabu) Tempat : Bilik Mesyuarat SMKDIY MUKA SURAT PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS 5 5 6 4.1.7 4.1.13 4.2.3 Setiap hari guru tingkatan perlu memastikan laporan kehadiran murid diberikan kepada Penyelaras Tingkatan. Penyelaras Tingkatan pula akan hantar laporan kehadiran murid setiap hari kepada Pengetua. Manakala murid yang ponteng pula, nama mereka diberikan kepada pihak GBK Pengetua memaklumkan kepada semua guru sekiranya cuti rehat khas (CRK), cuti sakit, dan cuti tanpa rekod perlu maklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu. Sekiranya guru yang memohon Cuti Rehat Khas (CRK) perlu dapatkan sokongan daripada PK Pentadbiran untuk guru sesi pagi, PK Petang untuk guru sesi petang dan PK Pendidikan Khas untuk guru PPKI. Guru-guru yang memohon CRK perlu menghantar permohonan secara manual dan cetakan kepada pengetua. Nama-nama guru yang dinyatakan ini perlu menghantar sijil cuti sakit atau salinan cetakan CRK kepada ketua kerani sekolah. Guru Tingkatan & Penyelaras Tingkatan Semua Guru Guru Sesi Pagi Cuti sakit/CRK Guru Tingkatan dan juga Penyelaras Tingkatan telah memastikan laporan kehadiran murid setiap hari dihantar kepada pengetua bermula pada bulan November 2023. Semua guru yang cuti rehat khas (CRK), cuti sakit dan cuti tanpa rekod telah memaklumkan kepada pengetua terlebih dahulu. Guru yang mengambil CRK juga telah dapatkan sokongan daripada pihak yang berkaitan dan menghantar secara manual dan cetakan kepada pengetua. Guru sesi pagi yang cuti sakit dan CRK ambil maklum perkara tersebut.
MUKA SURAT PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS 6 6 7 4.3.1 4.3.2 4.3.3 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengingatkan agar semua guru tingkatan dapat memaklumkan kepada semua ibu bapa untuk mengemas kini maklumat asas dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi proses pemberian Bantuan awal Persekolahan tahun 2024. Pengemaskinian perlu dibuat sebelum 23 November 2023. Guru-guru tingkatan perlu bantu ibu bapa jika mereka menghadapi masalah semasa proses kemaskini maklumat tersebut. Guru-guru tingkatan diingatkan supaya kenal pasti kes ponteng murid dan tidak hadir tanpa sebab ke sekolah. Sekiranya bilangan hari sudah cukup, guru tingkatan perlulah menghantar surat amaran dengan segera mengikut tarikh terkini. Surat amaran 1,2 dan 3 tidak boleh dikumpulkan dan dihantar serentak. Murid yang telah diberi surat amaran perlu menghadiri sesi kaunseling. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa Wilayah Persekutuan menunjukkan jumlah paling banyak bertanda ‘Tiada Sebab’ bagi ketidakhadiran murid ke sekolah. Murid yang tidak hadir ke sekolah perlu ditanda dengan sebab-sebab tertentu. Guru perlu menghubungi ibu bapa atau penjaga jika murid tidak hadir dan perlu serahkan surat sakit (MC) atau surat tunjuk sebab daripada ibu bapa. Namun surat daripada ibu bapa hanya boleh diterima 3 kali sahaja dalam tempoh masa sebulan. Semua Guru Tingkatan Semua Guru Tingkatan Semua Guru Tingkatan Guru tingkatan selesai membuat pengemaskinian dalam APDM. Guru kelas ambil maklum dan tidak lagi key in ‘tiada sebab’ dalam APDM. Guru kelas ambil maklum dan tidak lagi key in ‘tiada sebab’ dalam APDM.
MUKA SURAT PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS 7 8 8 4.4.2 4.5.3 4.5.4 Penolong Kanan Kokurikulum juga mengingatkan agar semua guru dapat melengkapkan semua maklumat Kokurikulum dalam Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum (BLAK) dan melengkapkan kehadiran dalam talian dengan kadar segera. BLAK perlu dihantar kepada penyelaras unit masing--masing. Kelas tambahan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) yang telah dijadualkan pelaksanaannya bermula 7 November sehingga 14 Disember, setiap Selasa dan Khamis pada pukul 1.30-2.30 petang yang dikendalikan oleh Raja Azleen. Kelas ini bertujuan untuk membantu MBK PPKI yang tidak mahir berkomunikasi menggunakan KTBM dalam Pdp yang menyebabkan mereka sukar menguasai 3M. Seramai 6 orang MBPK kritikal KTBM telah dipilih daripada Tingkatan 1,2 dan 3. Sekiranya mereka masih tidak dapat menguasai KTBM dalam tempoh tersebut, kelas akan dilanjutkan dalam bulan Januari 2024. Kelas tambahan SPM telah dilaksanakan semula selepas berakhirnya Peperiksaan Percubaan SPM. Pengisian borang keluar guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) semasa sesi persekolahan dan minit curai bagi guru-guru PPKI yang berkursus atau mesyuarat telah dilaksanakan. Borang dan minit curai tersebut disimpan ke dalam 2 fail yang telah disediakan. Dokumen sokongan seperti salinan temu janji klinik, time slip dari klinik dan surat panggilan mesyuarat perlu disertakan sekali dalam fail-fail tersebut. Semakan dilakukan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas dari masa ke masa. Semua Guru Penasihat Raja Azleen dan semua guru subjek Kelas SPM Semua Guru Pendidikan Khas Semua guru penasihat ambil maklum dan mengambil tindakan. Murid MBPK yang mengikuti Kelas Tambahan KTBM telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan KTBM dan sudah boleh berkomunikasi dengan baik. Ujian pemahaman dan penguasaan akan diadakan dalam kelas terakhir nanti. Kelas tambahan SPM juga lebih menitikberatkan kaedah latih tubi setiap subjek. Guru dan PPM mematuhi arahan yang telah dinyatakan. Fail borang Cuti Rehat Khas telah diwujudkan. Borang dan hrmis yang ditandatangani Pengetua telah dimasukkan ke dalam fail tersebut.
MUKA SURAT PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS 9 5.3 Encik Wan Mahtar bin Wan Shafei juga memohon jasa baik semua guru supaya dapat memberi sumbangan sebanyak RM15.00 seorang bagi menampung kos sepanjang program perkampungan tersebut Semua Guru Semua guru telah memberikan sumbangan sebanyak RM15.00 seorang bagi menampung kos program Perkampungan Ilmu SPM 2023. ______________________________________________________________________________________________________________________________ Disediakan oleh: Urus setia mesyuarat Tarikh disediakan : 16 NOVEMBER 2023