KIMIA Bab 4.5 Unsur dalam Kumpulan 17
Kumpulan 17 °Wujud sebagai molekul yang dikenali sebagai halogen °fluorin (F), klorin ( C) , bromin (Br), iodin (I), astatin (At) dan tennsine (Ts) °Bersifat bukan logam sebaliknya penebat haba dan elektrik
Contoh kegunaan unsur Kumpulan17 Unsur klorin, bromin dan iodin ● KLORIN -membunuh bakteria dalam pembuatan produk sehari-hari ● BROMIN -pembuatan pewarna, agen pembakaran api, sebatian pembersih air dan ubat-ubatan ● IODIN -sebagai disinfektan(pembasmi kuman)
Sifat Fizik Unsur Kumpulan 17 Perubahan Sifat Fizik Unsur Menuruni Kumpulan Sifat atom bertambah Keelektroaktifan berkurang Warna unsur menjadi semakin gelap Ketumpatan bertambah Perubahan dalam keadaan jirim daripada gas kepada pepejal
Sifat Kimia Unsur Kumpulan 17
1.Unsur unsur kumpulan 17 ialah unsur-unsur bukan logam yang sangat reaktif. 2.Unsur-unsur Kumpulan 17 mempunyai sifat kimia yang sama kerana mempunyai bilangan elektron valens yang sama, iaitu 7 elektron di petala terluar. Bagaimanapun, kereaktifan setiap unsur ini adalah berbeza. 3.Semasa tindak balas kimia, atom unsur Kumpulan 17 akan menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil dan membentuk ion bercas -1. 4.Kereaktifan unsur Kumpulan 17 bergantung kepada keupayaan atom unsur itu menerima satu elektron ke petala terluarnya untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.
Tindak Balas Dengan Air Unsur-unsur halogen X bertindak balas dengan air untuk membentuk asid HX dan asid HOX. Iaitu X2 + H20 → HX + HOX Contohnya, gas klorin bertindak balas dengan air untuk menghasilkan asid hidroklorik dan asid hipoklorus. C12 + H2O → HCl + HOCl HCl: Asid hidroklorik HOCl: Asid hipoklorus Tindak Balas Dengan Logam Unsur-unsur halogen bertindak balas dengan ferum panas untuk membentuk pepejal perang ferum(III) halida, FeX3. Iaitu 3X2 + 2Fe → 2FeX3 Contohnya, gas lklorin bertindak balas dengan wul besi untuk membentuk ferum(III) klorida. 3C12 + 2Fe → 2FeCl3 Tindak Balas Unsur-unsur Kumpulan 17
Tindak Balas Dengan Natrium Dioksida Unsur-unsur halogen bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida, NaOH untuk membentuk natrium halida, NaX, natrium halat(I), NaOX dan air. X2 + 2NaOH → NaX + NaOX + H2O Contohnya, klorin bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan natrium klorida, natrium klorat(I) dan air. Cl2 + 2NaOH → NaCl + NaOCl + H2O
1.Apabila menuruni Kumpulan 17, saiz atom semakin bertambah. 2.Petala terluar berisi elektron bagi setiap atom halogen semakin jauh daripada nukleus. 3.Oleh yang demikian, daya tarikan nukleus terhadap satu elektron menjadi semakin lemah. 4.Akibatnya, atom menjadi semakin sukar menerima elektron untuk memenuhi petala terluarnya. 5.Jadi, kereaktifan unsur Kumpulan 17 semakin berkurang apabila menuruni Kumpulan. Perubahan Kereaktifan Unsur Menuruni Kumpulan 17
Sifat Fizik dan Sifat Kimia Unsur Lain dalam Kumpulan 17 > Semua halogen larut dalam pelarut organik > Tidak mengkonduksikan haba serta elektrik > Fluorin ialah gas beracun bewarna kuning muda dan sangat reaktif dan bersifat mengakis > Penggabungan dengan hidrogen boleh menyebabkan letupan kuat > Astatin: unsur radioaktif yang sukar dijumpai kerana tidak stabil secara kimia