INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 6)
GAYA HIDUP SIHAT
(GHSS3013)
NAMA DISEDIAKAN OLEH:
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN MIZA MURSYIDAH BIN ABDUL RAZAK
NUR FARAH NAJIHAH BINTI AIROL ANIZAM
KUMPULAN
KOD/ NAMA KURSUS ANIS HAMIZAH BINTI ALIAS
2019192340007
2019192340065
2019192340076
000429-07-0272
000108-10-0848
001008-08-0450
E1
E4
E5
GAYA HIDUP SIHAT (GHSS3013)
NAMA PENSYARAH TAN YAN IM
AKADEMIK PERANCANGAN PROGRAM
TAJUK TUGASAN 04 DISEMBER 2021
TARIKH HANTAR
TARIKH MAKLUM BALAS
1.0 ISI KANDUNGAN 1
2.0 2
3.0 PENGHARGAAN 2-3
4.0 PENGENALAN 3
5.0 TUJUAN 4
6.0 RASIONAL 4-5
7.0 MATLAMAT 5
8.0 OBJEKTIF 5
9.0 KUMPULAN SASARAN 5-7
10.0 MASA DAN TEMPAT 7
11.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA 8-9
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 9
13.0 TENTATIF PROGRAM 9
IMPLIKASI KEWANGAN 10
SYOR 11
PENUTUP 12 - 15
RUJUKAN
LAMPIRAN
KERTAS KERJA
‘HINDARI TEKNOPOLPIR,OMGARNAFMA:ATKAN TEKNOLOGI’
PISMP AMBILAN JUN 2019
KEDIAMANTEMMAPSAITNG: -MASING
26 HJUINMGAGTAAATR3HI0KINNHGO/HGVAAERMSIEB:LEARS2A021
IPKGUKRPASIMUSSPKMAUUGPNSMASJYPBEUAUAMRLHHEAAAISNDNSTU:AE4PRMS6EIHLAAYTU
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan kerja kursus ini. Terlebih dahulu, ribuan terima kasih
diucapkan kepada pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana
telah memberi kelulusan dan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Terdapat beberapa individu penting yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan
kerja kursus ini. Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Cik Tan Yan Im, selaku pensyarah
bagi kursus Gaya Hidup Sihat (GHSS3013) kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang
proses menyiapkan kerja kursus ini.
Di samping itu, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa kami kerana telah
memberi semangat dan dorongan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam usaha
menyempurnakan kerja kursus ini dengan sebaiknya. Jasa setiap insan yang menolong
amatlah dihargai.
1
1.0 PENGENALAN
Amalan gaya hidup yang sihat amat diperlukan bagi menjamin tahap kesihatan yang sempurna.
Gaya hidup sihat merupakan aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk mengekalkan, merawat
serta memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan yang sihat dan mampu untuk
melakukan aktiviti harian dengan sempurna (Syahrol Nazri Rosli et.al., 2018). Bagi menjamin
kesihatan yang sempurna, komponen-komponen dalam gaya hidup sihat mestilah ditekankan.
Komponen-komponen tersebut ialah aspek fizikal, emosi, rohani, mental, persekitaran dan
sosial. Semua komponen berikut mempunyai peranan dan fungsinya malah menjadi keperluan
untuk dititikberatkan bagi seorang manusia.
Di Malaysia, kesedaran terhadap kepentingan amalan gaya hidup sihat berada pada
tahap yang amat membimbangkan berikutan timbulnya beberapa isu semasa yang amat berkait
rapat dengan amalan gaya hidup sihat. Tambahan pula, pada awal tahun 2020, seluruh dunia
digemparkan dengan penularan satu wabak yang telah menjangkiti berjuta manusia sehingga
menyebabkan kematian iaitu Covid-19. Tidak dinafikan akibat daripada penularan wabak
tersebut, komponen-komponen gaya hidup sihat boleh terjejas khususnya dari segi emosi dan
mental seseorang individu. Malah akibat daripada penularan wabak berbahaya ini, penggunaan
teknologi telah menjadi satu keperluan bagi seseorang individu untuk menjalani kehidupan
seharian. Persoalannya, tahukah mereka tentang cara penggunaan teknologi dengan bijak?
Maka dalam perancangan kertas kerja ini akan diperincikan program ‘Hindari Teknopoli,
Manfaatkan Teknologi’ yang menekankan tentang penggunaan teknologi dalam kalangan
kanak-kanak.
2.0 TUJUAN
Program bertajuk ‘Hindari Teknopoli, Manfaatkan Teknologi’ telah dirancang bagi membentuk
sahsiah para peserta dengan memberi kesedaran melalui pengalaman. Proses pembelajaran
yang aktif akan menghasilkan sesuatu berasaskan pengalaman (Noriati A. Rashid et.al., 2016).
Hal ini kerana pengalaman secara langsung dapat memberi impak dalam perubahan diri
seseorang. Budaya teknopoli telah diingatkan oleh Neil Postman (2009), iaitu teori media dan
pengkritik budaya sebagai satu bahaya, di mana teknologi menjadi ‘tuan’ dan manusia menjadi
‘hamba’ yang ketagih untuk meraih kepuasan daripada teknologi tersebut. Pada zaman ini, kita
2
dapat lihat bahawa gajet sentiasa berada dalam genggaman manusia tanpa mengira usia.
Telefon pintar boleh dikatakan sebagai keperluan asas pada zaman ini. Kajian Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (2016) menunjukkan bahawa telefon pintar
merupakan medium utama untuk pengguna mengakses Internet, iaitu sebanyak 89.9% (21.9
juta orang). Walau bagaimanapun, kemudahan Internet ini mendorong manusia terutamanya
golongan muda menghabiskan waktu melayari laman sosial seperti Meta (dahulunya
Facebook), TikTok, Instagram dan banyak lagi untuk mendapatkan hiburan berbanding hal-hal
melibatkan kerja atau pendidikan. Buktinya, sebanyak 89.3% pengguna Internet menggunakan
Internet untuk mengakses laman sosial media mereka SKMM (2016).
Selain itu, program ini juga bertujuan membentuk disiplin para peserta dalam
menggunakan teknologi. Hal ini demikian kerana penggunaan teknologi yang berlebihan akan
menyebabkan pelbagai kesan negatif yang tidak dijangka. Melalui program ini, diharapkan para
peserta dapat menghindari diri daripada perilaku yang menyumbang kepada perkembangan
budaya teknopoli dalam kalangan masyarakat kita. Caranya adalah melalui pembentukan
sahsiah ke arah yang lebih positif dan mempunyai nilai-nilai murni dalam menggunakan
teknologi.
Sekiranya acuan yang baik diterapkan kepada mereka, maka akan lahirlah generasi
pewaris yang mampu mendukung nilai-nilai agama yang syumul pada masa hadapan kelak
(Latifah Abdul Majid et.al., 2012).
3.0 RASIONAL
Program ‘Hindari Teknopoli, Manfaatkan Teknologi’ dilaksanakan bagi bertujuan memberi
pendedahan yang jelas tentang kebaikan dan keburukan penggunaan teknologi serta perkaitan
antara komponen-komponen gaya hidup sihat dengan penggunaan teknologi, khususnya
kepada kanak-kanak.
3
4.0 MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk membantu golongan muda, khususnya untuk memanfaatkan
teknologi dengan cara yang lebih bijak. Tidak dinafikan semua pihak sedang bertungkus-lumus
untuk meningkatkan dan membaiki taraf kehidupan selepas berlakunya penularan wabak ini.
Disebabkan para pekerja digalakkan bekerja dari rumah dan para murid kebanyakannya
menjalani pembelajaran secara maya, maka teknologi merupakan medium terpenting dalam
berkomunikasi. Biarpun ibu bapa sentiasa berada bersama anak-anak di bawah bumbung yang
sama, namun hakikatnya anak-anak terpaksa mematangkan diri dan belajar untuk lebih
berdikari hampir dalam segala hal. Walaupun pemikiran kanak-kanak zaman milenium kini lebih
moden namun mereka masih naif dan tidak tahu membezakan antara perkara baik dengan
buruk. Jika mereka tidak cerdik dalam menggunakan teknologi, maka sudah pasti akan
memberikan kesan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi, intelek serta rohani.
Selain itu, program ini juga mampu menerapkan unsur yang positif dalam diri
kanak-kanak secara tidak langsung berkaitan penggunaan teknologi. Hal ini demikian kerana
sudah pasti norma baharu yang memerlukan penggunaan teknologi secara kerap meninggalkan
kesan dalam diri kanak-kanak khususnya yang berumur antara 7 tahun hingga 12 tahun yang
bersifat mudah terpengaruh. Walaupun teknologi penting pada zaman pandemik Covid-19 ini
dalam memastikan kelangsungan pendidikan, anak-anak cenderung untuk ketagih kepada
penggunaan teknologi kerana teknologi ini bersifat meluas. Pelbagai perkara boleh diperoleh
sekiranya mereka tahu meneroka teknologi moden ini. Maka, unsur positif inilah yang akan
menjadi pembentang kepada kanak-kanak daripada melakukan hal-hal yang negatif.
5.0 OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ‘Hindari Teknopoli, Manfaatkan Teknologi’ para peserta dapat :
I. Menggunakan teknologi dengan lebih bijak.
II. Meningkatkan kemahiran pengurusan diri dan masa dengan lebih berkesan.
III. Menimba ilmu melalui penggunaan teknologi digital yang bersifat global.
IV. Menguasai kemahiran teknologi digital dengan baik.
4
V. Menyedari keburukan budaya Teknopoli dan mengindari perbuatan yang menyumbang
kepada budaya tidak sihat itu.
VI. Meningkatkan kompetensi diri sebagai insan mulia melalui amalan refleksi dan penilaian
kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini mensasarkan individu sekolah rendah yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.
Sasaran penyertaan diharapkan antara 30 hingga 50 orang murid dari mana-mana sekolah di
seluruh Malaysia.
7.0 MASA DAN TEMPAT
Tarikh dan hari : 26 November hingga 30 November 2021
Jumaat hingga Selasa
Masa : 5 hari
Tempat : Kediaman masing-masing
8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENAUNG : Pn. Hajah Nor Asilah binti Osman
PENASIHAT : Dr. Nirwana binti Mohd Rashid
PENYELARAS : Cik Tan Yan Im
PENGERUSI : Nur Farah Najihah binti Airol Anizam (E4)
TIMBALAN PENGERUSI 1 : Miza Mursyidah binti Abdul Razak (E1)
TIMBALAN PENGERUSI 2 : Norhanis Syahirah binti Halim (E4)
SETIAUSAHA : Anis Hamizah binti Alias (E5)
BENDAHARI : Muhammad Atiqullah bin Awang (E6)
Nurul Nabilah binti Zakaria (E4)
5
AHLI JAWATANKUASA : JK Disiplin & Kebajikan
1) Mohammad Arif bin Md Hussin (E1)
2) Nurin Hanisah binti Roslan (E5)
3) Nadira Natasha binti Hassan (E3)
JK Hadiah dan Cenderamata
1) Nor Nabila binti Muhammad Rizal (E4)
2) Siti Nabila binti Mat Noor (E6)
3) Nor Liyana binti Mazlan (E1)
4) Azatul Syikin (E2)
JK Buku Program
1) Nor Izzati Hayani binti Nor Azman (E1)
2) Nur Fatin Nabihah binti Mohamad (E4)
3) Nur Aina Syafini binti Rahimi (E6)
JK Teks Ucapan
1) Rishibasani A/P Gunalingam (E4)
2) Fatin Nur Elyani binti Amiruzi (E1)
3) Raja Annur Syifa binti Raja Anuar (E6)
JK Pendaftaran dan pertandingan
1) Sivakamini A/P Ravi (E2)
2) Eryna Lee Hue Rong (E3)
3) Siti Dzu Hafizah binti Baharuddin (E4)
JK Dokumentasi
1) Nurul Balqist binti Mohd Al-Faizal (E4)
2) Umairah binti Ismail (E1)
3) Nur Alia Nashwa binti Hamsi (E2)
JK Rakaman dan Video Montaj
1) Siti Nur Azzila binti Zakaria (E1)
2) Nik Hanis binti Nik Haris (E3)
3) Iffah Aiman binti Ahamad (E1)
4) Muhammad Harith bin Mokhtar (E6)
JK Publisiti
1) Syamimi Izyan binti Mohd Sanusi
2) Muhammad Haffiz bin Hazair (E3)
3) Nurul Ilya Nasuha binti Mohd Zahari (E1)
4) Bavani A/P Raveedran (E2)
JK Multimedia
1) Sarvini A/P Selvarajoo (E5)
2) Nurainul Sahira binti Amran (E2)
6
JK Majlis Penutupan
1) Aiman Nurhakeem bin Jalal (E5)
2) Nurul Najwa binti Anuar Zamani (E6)
3) Muhammad Firdaus bin Mohd Soffi (E3)
4) Norazleen binti Mohammad Puzi (E4)
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
9.1 Pendapatan
BIL. SUMBER KEWANGAN
1. Sumbangan Guru Pelatih (3 x RM20.00) 60.00
Jumlah keseluruhan 60.00
9.2 Perbelanjaan Butiran Perbelanjaan Jumlah (RM)
Bil. Perkara 60.00
Harga seunit Kuantiti
1. Hadiah
● Johan RM30.00 1
● Naib Johan RM20.00 1
● Tempat Ketiga RM10.00 1
JUMLAH (RM) 60.00
7
10.0 TENTATIF PROGRAM
Masa TENTATIF PROGRAM Catatan
JUMAAT - 26 NOVEMBER 2021
Aktiviti
7.30 a.m. Perbincangan ayat hebahan poster program JK Publisiti
8.00 a.m. Semua AJK
Hebahan poster dan pautan pendaftaran di media sosial Pelaksana
2.00 p.m.
2.10 p.m. ● Telegram JK Pendaftaran
● Meta JK Publisiti
● Twitter
● Instagram
● WhatsApp
Semakan jumlah pendaftaran semasa di Google Form
Pemberitahuan jumlah pendaftaran semasa di media sosial
Masa SABTU HINGGA ISNIN - 27 HINGGA 29 NOVEMBER 2021 Catatan
Aktiviti
12.00 a.m Penghantaran pautan video pendek JK Pendaftaran
(27/11) - dan
10.00 p.m
(29/11) Pertandingan
8
SELASA - 30 NOVEMBER 2021
Masa Aktiviti Catatan
11.00 a.m Majlis bermula JK Rakaman dan
11.05 a.m Nyanyian lagu Negaraku Video Montaj
11.10 a.m Ucapan penganjur pertandingan
JK Multimedia
11.30 a.m Tayangan montaj penutupan
Pengumuman pemenang pertandingan video pendek Timbalan
11.40 a.m Tayangan video pemenang terbaik Pengerusi 1
11.50 a.m Sesi fotografi
12.00 p.m JK Multimedia
JK Hadiah dan
Cenderamata
JK Multimedia
JK Rakaman dan
Video Montaj
12.05 p.m Majlis bersurai
11.0 IMPLIKASI KEWANGAN
i. Dana untuk membayar hadiah pemenang pertandingan video pendek.
12.0 SYOR
Pihak kami berharap agar pihak IPGKBM dapat membuat pertimbangan bagi meluluskan
permohonan Program ‘Hindari Teknopoli, Manfaatkan Teknologi’. Segala kerjasama puan dalam
menjayakan program ini kami dahului dengan ucapan terima kasih.
9
13.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, Program ‘Hindari Teknopoli, Manfaatkan Teknologi’ merupakan sebuah
program yang wajar disertai oleh murid-murid, khususnya mereka yang berada di sekolah
rendah. Perancangan aktiviti dalam program ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan
pengalaman, di samping memberikan kesedaran kepada murid-murid berusia 7 hingga 12
tahun tentang kesan negatif terhadap budaya teknopoli jika menggunakan gajet dan media
sosial secara berlebihan. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untuk menyatakan pendapat
mereka tentang kebaikan menggunakan gajet apabila ianya dapat dikawal dengan baik.
Tambahan pula, titik permulaan seorang insan mulia bermula daripada mereka yang berani
membuat penilaian kendiri serta mampu meningkatkan kompetensi diri dalam semua aspek
kehidupan seharian. Program ‘Hindari Teknopoli, Manfaatkan Teknologi’ diharapkan dapat
dijalankan sekali gus mampu mencapai objektif yang disasarkan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
..………………………………….. ………………………...
Nama: Anis Hamizah binti Alias Nama: Cik Tan Yan Im
Jawatan: Setiausaha Program Jawatan: Pensyarah Gaya Hidup Sihat
Diluluskan oleh,
……………………………………
Nama: Puan Hajah Nor Asilah binti Osman
Jawatan: Pengarah IPGKBM
10
RUJUKAN
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2016). Murid dan
Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Nurul Hidayah Ahmad Zakhi. (2012.
Penerapan Nilai Murni dan Pembentukan Jati Diri Kanak-Kanak Pra Sekolah Melalui
Penggunaan Multimedia. Jurnal Hadhari Special Edition, 51-65
http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%2051-66.pdf
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2016). Komunikasi dan Multimedia: Buku
Maklumat Statistik Separuh Pertama 2016. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia: Malaysia.
Syahrul Nazri bin Rosli & Wan Hanim Nadrah Wan Muda. (2018). Amalan Gaya Hidup Sihat
Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Isu Khas: Penyelidikan Disiplin Dalam
Pendidikan.
11
LAMPIRAN
12
POSTER PERTANDINGAN
13
POSTER UNTUK HEBAHAN MAJLIS PENUTUPAN
14
PAUTAN PENDAFTARAN PERTANDINGAN MELALUI APLIKASI GOOGLE FORM
https://forms.gle/xEbCfPVm9YcFwVqV8
15