The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Izzati Nabilah, 2022-05-18 12:04:30

Tugasan 2 - Penulisan Akademik Budaya dan Pembelajaran

PENULISAN AKADEMIK BUDAYA

12

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
5990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Disediakan oleh:

Nama: NUR IZZATI NABILAH BINTI ROZLIN AZRAR
No. Kad Pengenalan: 010203010268
2020192340188
Angka Giliran: PISMP F10
Kumpulan/ Unit
Nama Pensyarah: NOR RUL AZLIFAH ZULKAFALI
Tajuk Tugasan:
Tarikh Penyerahan: PENULISAN AKADEMIK
12 MEI 2022

Tarikh Menerima Maklum Balas
Daripada Pensyarah

BIL KANDUNGAN HALAMAN
PENGHARGAAN 1
2
1.0 PENGENALAN 2
2.0 LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 2
3
2.1 ASPEK FIZIKAL 4
2.2 ASPEK EMOSI 4
2.3 ASPEK SOSIAL 5
2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK 6
3.0 PENUTUP
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia serta
nikmat dari segi masa, nyawa, tenaga dan akal fikiran yang diberikan oleh Tuhan, saya dapat
juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. setelah lebih dua minggu, akhirnya saya dapat
siapkan tugasan ini dengan julung kalinya. Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada
pensyarah yang tercinta, Pn Nor Rul Azlifah Zulkafali kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya kerana telah memberi ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan ini
serta terus bersabar dengan setiap soalan yang diajukan.

Saya juga ingin menujukan penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa
saya yang memberi saya semangat, dorongan dan sokongan moral yang tidak terhingga untuk
terus menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap yang saya telah alpa. Mereka tetap bersabar
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhirulkalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini. Terima kasih.

1.0 PENGENALAN
Bilik darjah ialah tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan tempat yang
terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama bagi murid-
murid serta guru. Dalam melahirkan insan yang seimbang dan cemerlang, penting bagi guru
untuk memastikan murd-murid selesa dengan keadaan kelas. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, budaya merupakan tamadun atau peradaban. Budaya merupakan suatu cara
hidup yang berkembang dan dimiliki oleh sekelompok orang serta merupakan suatu pola
hidup secara menyeluruh (Laeli Nur Azizah, 2021). Bilik darjah mesra budaya penting
supaya murid dapat belajar di dalam suasana yang harmoni dan kondusif kerana mereka
memahami dan menghormati perbezaan yang terdapat di dalam kelas tersebut.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Pengurusan bilik darjah diperlukan untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang
positif dan produktif. Oleh itu, terdapat beberapa langkah dalam mewujudkan bilik darjah
mesra budaya iaitu dari aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

2.1 ASPEK FIZIKAL
Pengurusan bilik darjah dari aspek fizikal adalah penting bagi membantu murid-
murid untuk belajar dengan baik. Tambahan pula, murid meluangkan masa yang
lama di dalam bilik darjah mereka. Oleh itu, amat penting bagi guru menguruskan
bilik darjah dari aspek ini bagi memastikan murid dapat menumpukan perhatian
ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam masa yang lama.
Persekitaran fizikal bilik darjah ini merangkumi keluasan bilik darjah, susun atur
perabut dan sebagainya. Keluasan ruang dan susun atur perabut perlu sesuai
dengan bilangan murid di dalam bilik darjah tersebut. Hal ini kerana, apabila
bilangan murid yang melebihi kapasiti bilik darjah akan menyebabkan suasana bilik
darjah tersebut kurang selesa yang seterusnya akan memberi impak kepada murid.
Masalah disiplin seperti murid-murid bergaduh, buli, tidak memberi perhatian
semasa guru mengajar akan mendatangkan kecederaan kepada murid lain dan
mereka tidak dapat belajar dengan tenang.

Guru juga perlu bijak dalam menyusun atur kedudukan murid dengan
mempelbagaikan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Perkara ini dilakukan

adalah untuk mendidik mereka untuk menerima dan bekerjasama antara satu sama
lain tidak mengira jenis bangsa dan warna kulit dari mereka kecil lagi seperti
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Guru juga boleh menghias kelas dengan
pelbagai elemen kebudayaan dan kesenian kaum-kaum di negara ini sebagai usaha
tambahan dalam mendidik mereka perbezaan yang wujud antara kaum dan
meningkatkan sifat terbuka dalam diri mereka. Sifat bertanggungjawab juga dapat
dipupuk dalam diri murid apabila hiasan kelas tersebut diserahkan kepada murid.
Dengan ini, mereka dapat menghias kelas mengikut kreativiti mereka sendiri dan
mereka akan lebih menghargai dan menjaga kelas dengan baik kerana hiasan yang
dilakukan oleh mereka merupakan hasil titik peluh mereka sendiri.

2.2 ASPEK EMOSI
Dalam memastikan sesebuah bilik darjah itu mesra budaya, aspek emosi murid juga
penting dan hendaklah diurus dengan baik. Seperti yang kita tahu, manusia
mempunyai pelbagai emosi dan boleh berubah serta dipengaruhi oleh keadaan
persekitaran mereka. Emosi murid lebih bergantung kepada cara layanan guru
kepada mereka. Oleh itu, guru hendaklah memberi layanan yang adil kepada semua
murid. Tidak digalakkan kepada guru untuk melayan murid mengikut kesukaan guru
tersebut kerana murid yang tidak dapat layanan yang sama akan berasa kecil hati
dan sedih ketika di dalam kelas. Pelajaran mereka juga akan terganggu. Setiap
manusia ingin dilayani sebaik mungkin sebagaimana mereka melayan rakan-rakan
mereka. Penting bagi guru untuk bersikap profesional dan tidak pilih kasih ketika
melayan murid-murid.

Guru juga perlulah memulakan kelas dengan keadaan yang ceria bagi
menceriakan suasana kelas. Murid-murid juga akan ceria apabila guru mereka ceria.
Terdapat beberapa keadaan di mana suasana bilik darjah itu muram dan sepi
kerana guru tersebut tidak ceria dan garang. Hal ini akan membuatkan murid berasa
takut dan tidak bersemangat untuk belajar. Oleh itu, penting bagi guru untuk
memulakan sesi PdP dengan suasana yang ceria supaya murid-murid juga
bersemangat dan seronok untuk belajar sesuatu perkara. Pengalaman belajar
mereka yang menyeronokkan bakal mencetuskan emosi gembira dan keterujaan
mereka untuk belajar.

2.3 ASPEK SOSIAL
Dalam Islam, terdapat arahan untuk umatnya menjalinkan hubungan mereka dengan
sesama umat manusia tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa, kaum dan
sebagainya. Perbezaan dalam kalangan manusia ini bukanlah satu halangan bagi
mereka untuk saling berkenalan, bantu-membantu dan berkasih sayang antara satu
sama lain. Bersesuaian dengan ajaran Islam, guru boleh mengambil langkah untuk
membantu murid yang terdiri daripada pelbagai budaya, bangsa dan agama untuk
saling kenal-mengenali dan menjalinkan hubungan yang baik antara mereka.
Dengan ini, persekitaran bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan. Guru dapat
membantu murid untuk saling berinteraksi antara satu sama lain dengan
memasukkan pelbagai bangsa di dalam setiap ahli kumpulan. Dengan ini, mereka
akan berinteraksi dan dapat mengenali antara satu sama lain. Ketika berlakunya
perkembangan sosial dalam diri mereka, mereka akan cuba untuk menguasai
kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri untuk mula
menghargai dan pengawalan diri sendiri (Dia, 2020). Guru juga boleh memberi
pendedahan mengenai perbezaan setiap kaum dan perkara sensitif supaya murid
dapat mengelakkan diri mereka daripada menyentuh mana-mana isu sensitif ketika
berkomunikasi dengan rakan mereka yang berlainan bangsa dan agama. Sebagai
contoh, terdapat batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan bukan muhrim di
dalam Islam. Guru perlu membantu murid bukan Islam untuk mengetahui mengenai
batas pergaulan dan membimbing mereka untuk memahami dengan jelas batas-
batas yang telah ditetapkan.

2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosiolinguistik adalah kajian bahasa dalam
hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Sosiolinguistik adalah kajian
yang menyusun teori-teori tentang hubungan masyarakat dengan bahasa. Menurut
Noriati Abd Rashi et. al., (2017) menyatakan bahawa sosiolinguistik merujuk kepada
bidang ilmu yang mengkaji ciri dan fungsi kepelbagaian bahasa serta pengaruh yang
dibawa oleh budaya dalam sesuaut bahasa. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
bahasa tersebut berkembang mengikut penempatan yang didiami oleh penutur.
Negara Malaysia memiliki kepelbagaian bahasa kerana mempunyai rakyat yang
berbilang kaum dan budaya. Walau bagaimanapun, bahasa kebangsaan Malaysia
ialah Bahasa Melayu. Guru boleh menerapkan budaya dan adat daripada kaum lain

dengan merancang aktiviti lakonan kepada murid-murid. Potensi murid hendaklah
ditingkatkan secara maksimum dengan guru memperbanyakkan kaedah pengajaran
(Shukri, 2007). Murid perlu menjiwai dan menghayati watak yang dibawa oleh
mereka. Aktiviti lakonan merupakan elemen terbaik dalam membantu murid
membentuk emosi yang seimbang dan membantu mereka dalam penguasaan
berbahasa mereka.

3.0 PENUTUP
Natijahnya, guru perlu memahami keadaan persekitaran murid dan bilik darjah serta cara
yang terbaik untuk mewujudkan suasana yang dapat memupuk semangat murid untuk
melibatkan diri mereka secara aktif dalam bilik darjah. Guru juga perlu bijak mengendali
suasana dan mengadakan aktiviti yang menarik bagi murid untuk saling berinteraksi antara
satu sama lain tanpa berlakunya perselisihan faham disebabkan perbezaan budaya, bangsa
dan agama. Guru bukan sahaja menjadi pendidik kepada murid malah merupaka
pemudahcara dan pembimbing dalam memastikan mereka mampu mencapai
kecemerlangan dalam suasana bidang. Murid-murid juga perlulah memberikan kerjasama
yang baik kepada guru dalam membina bilik darjah mesra budaya.

RUJUKAN

Dia. (Jun 5, 2020). Langkah-Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya.
https://diyanasir.wordpress.com/2020/06/05/langkah-langkah-pengurusan-bilik-darjah-

mesra-budaya/
Kamus Dewan Edisi Keempat. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https://prpm.dbp.gov.my/
Laeli Nur Azizah. (2022). Pengertian Budaya: Ciri-ciri, Fungsi, Unsur, dan Contohnya.

Diperoleh daripada https://www.gramedia.com/literasi/budaya/
Noriati Abd Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.

(2017). Budaya dan Pembelajaran. Universiti Sains Malaysia.
Shukri. (2007). Pengantar Pemikiran. Quantum Books.


Click to View FlipBook Version