The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL AMELIA BINTI MOHD KHAIRUDDIN IPG-Pelajar, 2025-03-14 02:48:10

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP

BBUUKKUULLOOGGPPEENNGGAAKKAAPP


Biodata Diri NAMA NURUL AMELIA BINTI MOHD KAHIRUDDIN UNIT / AMBILAN PENGAJIAN MELAYU 1 AMBILAN OGOS 22/27 ANGKA GILIRAN 2022272440020 PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA KLM 05 SEKAWAN COKLAT


Bil Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan Kepada Pengakap 4 2.0 Sejarah Penubuhan Pengakap 14 3.0 Istiadat Pengakap 22 4.0 Struktur Organisasi Pengakap 30 5.0 Pengurusan Keahlian 38 6.0 Pakaian Seragam dan Lencana 42 7.0 Perancangan Takwim dan Laporan Aktiviti 54 ISI KANDUNGAN


1.0 PENGENALAN KEPADA PENGAKAP


Lambang Pengakap Sedunia Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. Warna putih-kesucian dan kebersihan.


Lambang Pengakap Malaysia Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: - Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. - Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", - Hijau - "Pengakap Muda", - Merah - "Pengakap Remaja"


Bendera Malaysia Lagu Negaraku Negaraku Tanah tumpahnya darah ku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta


Bendera Pengakap Malaysia


Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia Yang saya Dengan seberapa daya upaya saya, Akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang Pengakap Hormat Pengakap Hormat Pengakap diberikan di dalam keadaan berikut: 1. Semasa menemui pengakap lain samada dalam dan luar negeri sebagai tanda persaudaraan dan penghormatan. 2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengkap dan ketua patrol. 3. Semasa di dalam istiadat –istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 4. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. Cara hormat pengakap dilakukan adalah dengan membuat isyarat Pengakap dan dirapatkan hampir dengan kening mata kanan.


Isyarat Pengakap Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap Ibujari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli Pengakap. Simbol ibujari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai serang ahli Pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 undang undang Pengakap Juga sebagai tqnda golongan yang kuat atau kaya membantu golongan yang lemah atau miskin. Manakala hasil dari pertautan ibujari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mngira pangkat, darjah maupun keturunan.


Undang-undang Pengakap


Cogan Kata Pengakap


Lagu Pengakap Malaysia


2.O SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP


Pengasas Pengakap Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Lord Baden-Powell pada tahun 1907 di England. Nama penuh beliau ialah Lieutenant-General Robert Stephenson Smyth Baden-Powell. Beliau lahir di London, England pada 22 Februari 1857. Ayahnya, Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di University of Oxford manakala ibunya bernama Henrietta Grace Smyth. Beliau merupakan bekas pegawai tentera British. Beliau telah berkhidmat di banyak perang-perang terutamanya di Afrika. Atas kejayaan “Mafeking Cadets” ini dan berdasarkan pengalamannya, Baden-Powell telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Aids to Scouting”. Buku ini telah diterima dengan meluas oleh semua pihak termasuk pihak guru dan persatuan belia. Beliau kemudian menulis kembali buku itu supaya sesuai dengan pembaca kanak-kanak. Pada 1 hingga 8 Ogos 1907, beliau telah membawa sekumpulan 21 orang kanakkanak untuk berkhemah di Pulau Brownsea, England. Kesemua kanakkanak ini telah dibahagikan kepada 4 patrol, yang menjadikan sistem patrol pada hari ini. Kesemua mereka berkhemah, memantau, membuat gajet dan ikhtiar hidup, menyelamatkan nyawa dan menanamkan semangat patriotik. Oleh kerana pada masa ini masih belum ada simbol atau lambang pengakap, semua peserta tidak memakai uniform seragam tetapi kesemua mereka memakai skaf (“neckerchief” – seperti yang dipakai oleh Frederick Russel Burnham). Mereka juga diberi lencana “fluer-de-lis” yang mana hari ini menjadi simbol asas lambang pengakap dunia.


Pengasas Pengakap Setelah lulus semua ujian ikatan, menjejak dan bendera kebangsaan, peserta perkhemahan ini akan diberikan lencana yang tertulis “Be Prepared” seperti yang diguna pakai oleh semua pengakap seluruh dunia pada hari ini. Perkhemahan ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Perkhemahan Pengakap Pertama. Pada tahun 1920, Jambori Dunia Pengakap Pertama (1st World Scout Jamboree) telah diadakan di Olympia, West Kensington, London. Di sini, Baden-Powell telah dinamakan sebagai Pengakap Agung Dunia (Chief Scout of The World). Pada tahun 1921, Baden-Powell telah diberikan gelaran kenamaan “Baronet” menjadikan namanya Baron Baden-Powell of Gillwell in the Country of Essex. Pada 17 September 1929, Taman Gillwell (Gillwell Park) telah dibuka dan dijadikan Pusat Latihan Pemimpin Pengakap. Pada tahun 1937 di Jambori Dunia Pengakap ke-5 (5th World Scout Jamboree), Baden-Powell telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia kepengakapan.


Sejarah Pengakap Malaysia Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia


Sejarah Pengakap Malaysia Ringkasan tahun negeri yang menubuhkan pergerakan Pengakap: 1910 Pulau Pinang oleh R Roberts, GH Goh & George Pykett 1913 Sabah oleh Thomas Cecil Alexander di Sandakan 1915 Pulau Pinang oleh HR Cheeseman di Penang Free School 1915 Sarawak oleh Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas 1930) 1919 Pahang oleh GM Laidlow di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Hertslet) 1922 Kedah oleh EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloomfield 1926 Perak oleh LR Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar


Sejarah Pengakap Malaysia Ringkasan tahun negeri yang menubuhkan pergerakan Pengakap: 1926 Melaka oleh R Brunstone di Bandar Melaka 1926 Negeri Sembilan oleh R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith 1926 Selangor oleh BE Haw di Sekolah Victoria Institution 1927 Terengganu oleh AJ Gracle 1927 Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong 1928 Johor oleh HR Cheeseman di Maktab Sultan Abu Bakar 1931 Perlis oleh Bird Smith & Roger Smith


Sejarah Pengakap Malaysia Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.


Tujuan Penubuhan Membentuk warganegara yang taat kepada negara Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukun Negara


3.0 ISTIADAT PENGAKAP


Istiadat Laung Agung Pengenalan Tradisi satu amalan dalam Istiadat Pengakap Kanakkanak dan digunakan di seluruh dunia. 1. Dilakukan oleh Pengakap Kanak-Kanak untuk menunjukkan yang mereka telah membuat sehabis baik. 2. Tujuan 1.Melahir semangat setiakawan / disiplin. Membuktikan ahli PEK telah dan akan sentiasa membuat sehabis baik. 2. Kedudukan


Istiadat Laung Agung Cara Perlaksanaan PKK bergerak bebas di sekitar kawasan perhimpunan. Akela berdiri dalam keadaan bersedia (menghadap tiang bendera) sambil berteriak (dengan kuat) “PEK!” Semua PKK berdiri dalam keadaan diam dan bersedia. Akela berteriak “PEK!! PEK!! PEK!!” Akela mendepakan tangan dan PKK lantas memegang tangan membuat bulatan besar mengikut sekawan. Bila bulatan telah bersedia, berkeadaan bulatan, Akela turunkan tangan dan PKK pun turunkan tangan. PKK mengangkat tumit


Istiadat Laung Agung Cara Perlaksanaan Akela turunkan dan rapatkan tangan ke peha PKK mencangkung dengan keadaaan pehanya rapat ke hadapan, tangan di sisi kedua-dua peha, 5 jari rapat memcecah tanah, kepala pandang depan dan terus berteriak“A-K-E-L-A ! KITA BUAT HABIS BAIK! Akela mencabar seorang PKK PKK tersebut bangun dalam keadaan bersedia dan memberi hormat kepada Akela serta mencabar: “KAMU BUAT HABIS BAIK?” PKK yang lain bangun serentak dan memberi hormat kepada Akela sambil dan terus menjawab: “KAMI BUAT HABIS BAIK”. Akela membalas hormat, PKK kekal memberi hormat sehingga Akela turunkan tangannya.


Istiadat Mengibarkan Bendera 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. 9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain .


Istiadat Mengibarkan Bendera 10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya. 11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia', Persetiaan Pengakap dan doa berturutan. 12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas. 13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap untuk 'senang diri'. 14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..


Istiadat Menurunkan Bendera 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. 2 orang Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera.


Istiadat Menurunkan Bendera 8. Kedua-dua Pengakap bertugas melipat bendera. 9. Selesai melipat bendera,Pengakap bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal. 10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..


4.0 STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP


Struktur Organisasi


Struktur Organisasi


Struktur Organisasi


Struktur Organisasi


Struktur Organisasi


Struktur Organisasi


Pesuruhjaya-pesuruhjaya di Peringkat Ibu Pejabat PPM Menggubal dan mengeluarkan Dasar Latihan Perhubungan Antarabangsa Merancang dan mengadakan program, Pembangunan Pengakap di peringkat Nasional Pesuruhjaya-pesuruhjaya di Peringkat Negeri Menggalak dan memberi kemudahankemudahan melatih Pengakap Negeri dan mengadakan program Memajukan taraf pengakap negeri Pesuruhjaya-pesuruhjaya di Peringkat Negeri Bekerjasama dengan Pengakap Daerah untuk pembangunan Pengakap Daerah Menentukan pendaftaran kumpulan dan ahli-ahli Pemimpin-pemimpin Membimbing Pengakap supaya mencapai tujuan dan objektif PPM Berhubung rapat dengan kuasa penganjur dan ibu bapa pengakap Fungsi Majlis Tadbir


5.O PENGURUSAN KEAHLIAN


Pengurusan Keahlian PENGURUSAN KEAHLIAN KUMPULAN Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja BILANGAN ANGGOTA Dengan bilangan 18 orang ahli dan 2 orang pemimpin, satu kumpulan boleh ditubuhkan. Jika ahli melebihi 48 orang, ia boleh dibahagikan kepada beberapa pasukan. PENDAFTARAN Tiap kumpulan hendaklah didaftarkan mengisi Persekutuan Pengakap Malaysia dengan borang-borang tertentu yang diperolehi dari Pesuruhjaya Pengakap Daerah.


Pengurusan Keahlian Contoh Borang PPM 1A (Pendafataran Anggota)


Pengurusan Keahlian Contoh Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong)


6.0 PAKAIAN SERAGAM & LENCANA


Pakaian Seragam Pakaian Seragam Pengakap Pemimpin


Pakaian Seragam Pakaian Seragam Pengakap Lelaki Pakaian Seragam Pengakap Perempuan


Pangkat


Lencana Kemahiran Sebelum dilantik menjadi ahli, seseorang murid akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus Lencana Keahlian. Setelah lulus lencana keahlian, Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan satu (1) lencana wajib mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. Ahli Renang Penunggang Basikal


Lencana Kemahiran Sebelum layak menjalani ujian dalam silibus Lencana Keris Gangsa, seorang Pengakap Kanak-Kanak mestilah lulus Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. Keris Gangsa LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK


Lencana Kemahiran Setelah lulus Lencana Kemajuan Keris Gangsa, ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan dua (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti lencana tersebut Ahli Kraftangan Koleksi Hobi Peladang Kecil Pelukis Pembaca Buku Penghibur


Lencana Kemahiran Keris Perak LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK Selang tarikh lulus antara Lencana Keris Gangsa dan Lencana Keris Perak adalah selama 6 bulan.


Lencana Kemahiran Setelah lulus Lencana Kemajuan Keris Perak, ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan dua (2) Lencana Kepandaian dalam Kategorri Pengetahuan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti lencana tersebut Ahli Olahraga Ahli Sukan Permainan Ahli Sains Pembaca Peta Pemeliharaan Alam Sekitar Pencinta Alam Semulajadi Pengembara


Click to View FlipBook Version