HOKI:
PERALATAN DAN PAKAIAN
DISEDIAKAN OLEH:
PN ROHANA BINTI AHMAD
Setiap permainan mempunyai peralatannya
tersendiri. Begitu juga dengan hoki. Bagi
mengelakkan kecederaan berlaku semasa
bermain, kita perlulah mengenali peralatan-
peralatan yang telibat.
PADANG
• Ciri-ciri padang hoki adalah seperti berikut:
i) Berbentuk segi empat tepat.
ii) Berukuran 91.40 meter panjang dan 55
meter lebar
iii) Garisan panjang dikenali sebagai garisan
tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan
belakang.
BULATAN JARINGAN (STRICKING
CIRCLE)
• Ciri-ciri bulatan jaringan ialah:
i) Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari
dengan garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63
meter.
ii) Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis
bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang.
iii) Dikenali sebagai kawasan D.
iv) Strok penalti (titik penalti) berada 6.4 meter di
hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang
lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri
atau kanan
BOLA
• Ciri-ciri bola:
• i) Keras, pejal atau kosong
• ii) Permukaan licin
• iii) Berwarna putih (warna lain dengan
persetujuan kedua-dua belah pihak)
• iv) Berat : 156 g (minimum) – 163 g (maksimum)
• v) Ukur lilit : 224 mm (minimum) – 235 mm
(maksimum)
KAYU HOKI
• kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry.
Kini terdapat kayu yang dibuat dari serat karbon, serat
kaca atau gabungan serat karbon dan serat kaca dalam
kuantiti yang berlainan (dengan kayu hoki serat karbon
yang lebih tinggi menjadi lebih mahal dan kurang
cenderung untuk pecah)
• Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk
badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan.
• Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara
0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah
antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g
hingga 794g untuk lelaki.
• Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang
berhawa sederhana serta kurang lembap.
• Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok
dengan minyak untuk menjauhkan daripada
pecah.
• Kayu hoki yang pecah pada mana-mana
bahagian tidak digalakkan menggunakannya,
kerana boleh mendatangkan bahaya
KASUT
• Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai
apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-
kasut yang membahayakan pemain lain seperti
kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku
atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali.
• Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah
digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika
pemain bermain di atas permukaan sintetik (astro
turf) bagi memudahkan pergerakan pemain.
PELINDUNG BETIS (SHIN GUARD) & JERSI
• Semua pemain diwajib memakai ‘shinguard’
sepanjang perlawanan.
• Semua pemain diwajibkan memasukkan jersi ke
dalam skirt (wanita) / seluar (lelaki) sepanjang
perlawanan. Jika pemain memakai tambahan
(Inner/ Letord) ia hendaklah dari warna yang
sama.
• setiap jersi hendaklah bernombor dari nombor 1
hingga 18. Jersi Penjaga Gol hendaklah
bernombor di belakang dan di hadapan.
ALATAN PENJAGA GOL
• Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga
keselamatan dengan baik. Hal ini bertepatan dengan tugas
dan peranannya yang berbahaya. Antara alat keselamatan
yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti:
• i) Ped kaki (Leg Guard)
Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.
Dipasang bersama kickers.
Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki
dan tempat di mana ped-ped disambungkan
kepada kickers diatas pergelangan kaki.
Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila
dipakai untuk suatu permainan.
• ii) Sarung tangan
• - Diperbuat daripada kulit dan plastik
• - Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada
penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 –
160 km sejam.
• - Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu
hoki dengan kukuh.
• - Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm
panjang.
iii) Alat-alat lain penjaga gol
• - pelindung dada (body armor)
• - ped-ped bahu
• - penutup muka (helmet)
• - pelindung mulut
• - seluar berped
• - pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki) & pelindung pelvis
(untuk penjaga gol wanita)
• Pakaian lengkap untuk penjaga gol
SELAMAT BELAJAR