The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94030046, 2022-06-26 04:21:46

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48

SK ISMAIL (2)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

PERSATUAN IBU BAPA - GURU, Telefon : 06-9522259
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL ( 2 ),
JALAN TUNKU BENDAHARA,
84000 MUAR, JOHOR.

Rujukan Kami : JBB 5031/100-9/4/1/( )

Tarikh : 11 JUN 2022

Kepada
……………………………………………….

……………………………………………….

Tuan,
Jemputan Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48 SK Ismail ( 2 ), Muar

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 48 akan diadakan
seperti ketetapan berikut :

HARI : AHAD
TARIKH : 26 JUN 2022
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
PAUTAN : GOOGLE MEET

3. Pihak PIBG berbesar hati menjemput tuan/puan hadir bagi menunaikan
tanggungjawab sebagai ahli Persatuan.

4. Segala kerjasama tuan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
“Muafakat Membawa Berkat”

Yang menjalankan amanah,

( NORHAIDA BINTI SULAIMAN )
Yang DiPertua PIBG
SK Ismail (2), Muar

Sk.
1. PPD Muar
2. Guru Besar SK. Ismail (2) Muar

-2-

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

TENTATIF PROGRAM

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -48

TARIKH : 26 JUN 2022

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING (VIA GOOGLE MEET)

9.00 malam : Bacaan doa oleh Ustaz Fadhil Bin Mohd Amin
: Ucapan alu-aluan YDP PIBG
: Persembahan sajak oleh

Muhammad Aidil Bin Kamal (5A)
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Perasmian oleh :

Cikgu Mohd Isa Bin A. Rahim
Penolong PPD PraSekolah dan Rendah
Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Muar
: Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -48

1) Ucapan pengerusi
2) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG

kali ke- 47
3) Membentang , menerima dan meluluskan penyata kewangan

berakhir Disember 2021
4) Membahaskan usul yang diterima
5) Ucapan penangguhan oleh YDP
6) Mesyuarat ditangguhkan

-3-

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

CIKGU NORHAIDA BINTI SULAIMAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Yang Berusaha lagi dihormati Tuan Guru Besar En Zulkefli Bin Abdullah, Barisan
pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian.

Alhamdulilah dan bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48 pada tahun ini. Sekali saya ingin
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana telah berjaya
menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG walaupun dalam keadaan norma baharu
serta dalam keadaan pandemik yang berlaku ini.

Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini adalah platform terbaik untuk ibu bapa
serta pihak sekolah bertemu bagi berkongsi idea dan pendapat untuk kejayaan
dan kecemerlangan sekolah.

Sekalung penghargaan dan Syabas kepada warga pendidik kerana
sentiasa bekerja keras demi memastikan kejayaan anak anak SID.

Permuafakatan ini hendaklah diteruskan dan dikekalkan demi untuk anak-
anak kita, demi misi KPM yang ingin melihat penglibatan ibu bapa yang aktif
melalui program sarana ibu bapa PIBG.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan warga SK Ismail (2)
kerana anda adalah nadi kejayaan SK Ismail (2). Tanpa anda semua, tidak mungkin
SK Ismail (2) sekarang berada di landasan kegemilangan dari segi akademik dan
kokurikulum. Terima kasih kepada semua pihak kerana kejayaan tidak datang
bergolek tanpa usaha dan pengorbanan.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dan pemuafakatan kita
serta peranan PIBG akan menjadikan anak-anak kita sebagai seorang insan yang
berilmu dan cemerlang seterusnya akan menjadi rakyat yang berjasa kepada
agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Terima Kasih.
#staysafe
#kitajagakita

-4-

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

UCAPAN GURU BESAR

CIKGU ZULKEFLI BIN ABDULLAH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Yang dihormati Yang Dipertua PIBG Pn. Norhaida Binti Sulaiman, Naib Yang Dipertua PIBG,
Barisan AJK PIBG, guru-guru serta ibubapa yang dirahmati Allah .

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin NYA buat kali kedua kita
berkumpul secara maya bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48 pada tahun
ini. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat
hadir pada mesyuarat kali ini. Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutama
dalam bidang akademik dan kokurikulum murid-murid. Saya yakin dan percaya bahawa
kemajuan sesebuah sekolah adalah terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG. Justeru,
sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah.
Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan positif dan manfaat
yang besar kepada masa depan murid-murid SID.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa
memainkan peranan membantu dan mendidik anak anak dalam Pembelajaran bagi
memastikan setiap tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan baik. Keprihatinan
dan pemantauan rapi daripada ibu bapa amat diperlukan dalam membantu
perkembangan pelajaran anak-anak . Kedua-dua pihak haruslah sederap langkah dan
berganding bahu agar prestasi anak-anak dapat dipertingkat. Pihak sekolah sentiasa
bersikap terbuka dan berfikiran positif serta rasional sekiranya ibu bapa menghadapi
sebarang permasalahan berkaitan masalah pembelajaran anak-anak di sekolah.

Akhir kata, saya amat berharap ukhuwah antara dua pihak terjalin erat dan bagai isi
dengan kuku demi kecemerlangan anak-anak murid di SID. Semoga Sekolah Ismail (2),
terus unggul dan cemerlang dalam semua aspek pendidikan.

Sekian, terima kasih.
#staysafe
#kitajagakita

-5-

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

SENARAI AJK PIBG
SESI 2021 / 2022

PENASIHAT : EN. ZULKEFLI BIN ABDULLAH
YANG DIPERTUA : PN. NORHAIDA BINTI SULAIMAN
NAIB YANG DIPERTUA : EN. MOHD IZWAN BIN JOHARI
SETIAUSAHA : PN. RUHAIZAH BINTI AHMED
BENDAHARI : EN. MOHD YATIM BIN OTHMAN

AJK IBU BAPA :
1. PN. NORSHEILA BINTI HJ OTHMAN
2. PN. ANA MARLINA BINTI MANAP
3. PN. VIANI BINTI LUKIN
4. EN. MOHD RIZAL BIN ABD RAZAK
5. EN. MOHD ALI BIN ABD HAMID

AJK GURU :
1. EN. KHAIRUDIN BIN OMAR
2. EN. MOHD YAZRI BIN ABU BAKAR
3. PN. HJH ALIZA BINTI HJ PUNIRAN
4. PN. SITI HAJAR BINTI MOHD NAZIR

PEMERIKSA KIRA-KIRA :
1. PN. AZIAH BINTI ZAINUDDIN

2. PN. SITI NOR FARADILLA BINTI MOHAMED

-6-

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48
DEWAN GEMILANG
SK ISMAIL (2), MUAR

JAWATANKUASA PENGELOLA

PENASIHAT : EN. ZULKEFLI BIN ABDULLAH
PENGERUSI : PN. NORHAIDA BINTI SULAIMAN
NAIB PENGERUSI : EN. MOHD IZWAN BIN JOHARI
SETIAUSAHA : PN. RUHAIZAH BINTI AHMED
BENDAHRI : EN. MOHD YATIM BIN OTHMAN

BACAAN DOA
EN. FADHIL BIN MOHD AMIN

TEKNIKAL DAN MULTIMEDIA
EN. MUHAMMAD HISHAMUDDIN BIN ABD JABAR

PENGACARA MAJLIS
PN. RUHAIZAH BINTI AHMED P

PEJDIUF
PENCATAT MINIT MESYUARAT
PN. AZIRA NUR NADIAH BINTI MD ESA
PN. VIANI BINTI LUKIN

HADIAH CABUTAN BERTUAH
PN HJ ALIZA BINTI PUNIRAN
PN SITI HAJAR BINTI MOHAMAD NAZIR

-7-

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL (2), MUAR
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47 TAHUN 2021

Tarikh : 25 Oktober 2021
Hari : Ahad
Masa : 2.45 petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Pautan : Google Meet
Pengerusi : PUAN NORHAIDA BINTI SULAIMAN
Kehadiran : 58 ORANG

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Cikgu Norhaida Binti Sulaiman selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan

kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dapat berkumpul secara alam maya buat
julung kalinya bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 bagi tahun 2021.
Beliau melahirkan kesyukuran walaupun dalam keadaan pandemik ini semua AJK
PIBG dan ahli PIBG Sk Ismail (2), dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli
persatuan untuk sama-sama hadir mendengar dan memberi pendapat yang bernas
untuk kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak.

Beliau juga mengucapkan tahniah atas pengisytiharan SK Ismail (2) sebagai
sekolah TS25, yang mana program ini adalah untuk

2. UCAPAN TUAN GURU BESAR
Cikgu Zulkefli Bin Abdullah selaku Guru Besar merangkap Penasihat PIBG

mengucapkan tahniah kepada semua ibubapa yang memainkan peranan dalam
PdPR anak-anak bagi memastikan setiap tugasan diterima dan diselesaikan dengan
baik, Peranan serta tanggungjawab PIBG dan pihak sekolah dalam keadaan
pandemik ini amat penting dalam memberi kesan positif kepada anak-anak.

Beliau mengharapkan semoga ukhuwwah antara dua pihak yang terjalin
dengan baik ini dapat terus dipupuk bagi memastikan kecemerlangan anak-anak
SID.

3 MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 46
Dibentangkan oleh Pn. Ruhaizah Binti Ahmed ( Setiausaha)
Cadangan untuk disahkan oleh En.Mohd Haneefa Bin
Disokong untuk disahkan oleh Pn. Siti Norfaradilla Binti Muhammad
Keputusan – Mesyuarat sebulat suara menyokong.

4 PERKARA BERBANGKIT

Tiada

-8-

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

5 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN
PIBG BERAKHIR DISEMBER 2020

Dibentangkan oleh Puan Ruhaizah Binti Ahmed selaku wakil kepada
En Mohd Yatim Bin Othman ( Bendahari ) tidak dapat membentangkan atas
urusan yang tidak dapat dielakkan.

Cadangan untuk diterima dan diluluskan oleh En. Mohd Rizal
Disokong untuk diterima dan diluluskan oleh Pn. Norazura Binti Sudin
Keputusan - Mesyuarat menerima sebulat suara tanpa bahas.

Makluman :
Semua ahli

6. PEMBUBARAN DAN MEMILIH AJK PIBG SESI 2021/2023

Guru Besar selaku Penasihat PIBG mencadangkan agar semua AJK PIBG
sesi yang lepas 2019/2021 dikekalkan.

Keputusan - Mesyuarat menerima sebulat suara.

.
6. MEMBAHASKAN USUL

A) Usul diterima dan dibahas:

6.1 Puan Norhafizah Binti Syofiyan
Cadangan untuk mengecat bangunan sekolah dan memperbaiki
pagar sekolah sekiranya memperolehi sumbangan yang mencukupi.

YDP : Melalui usul yang dibawa pada sesi lepas telah meluluskan
Untuk Program Infak Cat sebanyak RM30 untuk 1 lot.

Keputusan : Menerima untuk meneruskan Program Infak Cat
Rm30 untuk 1 lot.

6.2 En. Mohd Izwan Bin Johari
Cadangan Sumbangan PIBG RM40 satu keluarga dikekalkan.
Keputusan : Mesyuarat menerima sebulat suara sumbangan
PIBG RM 40 satu keluarga dikekalkan.

B) Usul yang diterima tanpa bahas :

6.3 Puan Viani Binti Lukin :
Pemakaian tali leher untuk semua murid SK Ismail (2),
Tujuannya agar murid dapat berdikari serta membiasakan diri
dengan pemakaian tali leher ini.

 Usul diterima sebulat suara untuk dilaksanakan

-9-

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

6.4 Puan Norazura Binti Sudin
Memberi penghargaan kepada murid yang mengikuti PdPR tanpa
gagal supaya murid berasa gembira dan dihargai.

 Usul diterima sebulat suara untuk dilaksanakan.

:
7 . HAL- HAL LAIN

7.1 Isu berkaitan masalah rangkaian internet serta murid keciciran.
Sistem pembelajaran adalah sistem schooling dimana peranan
ibubapa serta anak untuk mencari bahan pembelajaran setelah
guru memberi topik pembelajaran.

8. UCAPAN PENANGGUHAN
Ydp mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibubapa pada hari

ini kerana dapat berbincang secara muafakat untuk mengetahui kebenaran sesuatu
perkara yang dibincangkan. YDP mengharapkan kerjasama yang baik antara PIBG,
Ibubapa dan sekolah demi kecemerlangan dan kejayaan anak-anak.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Pencatat Minit , Pencatat Minit,
( VIANI BINTI LUKIN ) (NOR SHEILA BINTI HJ OTHMAN )

Disediakan oleh , Disemak oleh,

( RUHAIZAH BTE AHMED (NORHAIDA BINTI SULAIMAN )
Setiausaha Yang Di Pertua
Persatuan Ibubapa dan Guru Persatuan Ibubapa dan Guru
Sk Ismail (2), Muar SK Ismail (2), Muar

- 10 -

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

PEMBENTANGAN USUL

A) USUL DITERIMA DENGAN BAHAS
1) OLEH : PN NORHAIDA BINTI SULAIMAN

ANAK : NUR AIMAN HAARIESH BIN MAT NIZAM (6A)
PBD tetap di pilih sebagai Penilaian Setara Standard sekolah, tetapi
penentuan kedudukan murid dalam pentaksiran di tentukan mengikut markah
peperiksaan. Tidak boleh ditentukan mengikut band dalam PBD .

62) OLEH : EN. MOHD IZWAN BIN JOHARI
ANAK : MUHAMMAD ARIFF ARYAN (6A)

Sumbangan PIBG dinaikkan dari RM40 ke RM50 satu keluarga.

B) USUL DITERIMA TANPA BAHAS :
1) OLEH : PN HANIZA BINTI HASHIM

ANAK : MUHAMMAD NOR SALAHUDDIN BIN ZAKARIA (3A)
Mohon diadakan semula aktiviti luar sekolah seperti lawatan di Zoo, Muzium
dan lain-lain.

( RUJUK PEKELILING LAWATAN )

2 ) OLEH : PN NORHAFIZAH BINTI SYOFIYAN
ANAK : MUHAMMAD ALIF ASYRAF (3A)

A) Cadangan untuk teruskan dengan kutipan dana cat bangunan sekolah
dan membina tembok sekolah yang sempurna.
(DENGAN TAMBAHAN SUMBANGAN ONE-0FF SATU KELUARGA
RM30.00 PADA ITEM BAYARAN TAMBAHAN SESI 2023/.)
B) Cadangan untuk memberi pelajar-pelajar peluang penyertaan
pertandingan dengan menguar-uarkan tentang pertandingan atau acara yang
boleh pelajar sertai. Guru dan juga ibu bapa boleh berkongsi pautan atau
poster penyertaan di dalam group WhatsApp sahaja. Bagi guru yang

- 11 -

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

berminat untuk mengambil inisiatif menguruskan pelajar-pelajar, sudah tentu
kami alu-alukan. Jika tidak berkesempatan, sekadar berkongsi maklumat di
group sudah memadai kerana kami sebagai ibubapa kadangkala tidak
mempunyai rujukan seperti warga pendidik. Ibubapa yang berminat
kemudian boleh bimbing sendiri anak-anak yang berminat.

C) Cadangan untuk meneruskan semula lawatan, aktiviti, acara dan sambutan
secara bersemuka seperti sediakala sebelum COVID-19 melanda. Contoh:
Mesyuarat PIBG, acara sukan, hari kantin, lawatan sambil belajar dan
sebagainya

4 ) OLEH : PN NORSHUHAIDAH BINTI KASSIM
ANAK : MUHAMMAD FARREL IZUMI (2A)

A) Diadakan semula “ HARI BAHASA INGGERIS “.
Murid harus bercakap dalam Bahasa Inggeris di sepanjang waktu
persekolahan.

B) Diadakan “ HARI BERBAHASA CINA” bagi murid yang mengambil subjek
Bahasa Cina ( untuk kefasihan murid yang mengambil Bahasa Cina)
C) Pihak Sekolah mewujudkan Biro Kebersihan Tandas.
Didapati tandas murid sangat kotor.,berikutan pada Hari Sabtu diadakan latihan
Silat. Mohon pihak sekolah dapat memantau kebersihan tandas.
(GOTONG ROYONG PIBKS)

5 ) OLEH : PN NURUL ASIKIN BINTI ABDUL RAHMAN
ANAK : MUHAMMAD DANISH HYKAL BIN ABDULLAH (1B)

A) Agar pihak sekolah bersama PIBG mengadakan program motivasi atau
teknik-teknik pembelajaran untuk pelajar-pelajar disekolah. Setiap muridr
mempunyai kebolehan dan kelebihanberlainan dengan adanya program ini
dapat mereka mengaplikasikan cara pembelajaran yang sesuai dengan
kebolehan mereka.

6 ) OLEH : PN. NORHAIDA BINTI SULAIMAN
ANAK : NUR AIMAN HAARIESH BIN MAT NIZAM (6A)

Menaik taraf padang SID yang uzur . mencari tajaan daripada Alumni SID dan
PIBG.

- 12 -

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

PENGURUSAN KOKURIKULUM
LAPORAN AKTIVITI DAN

PENCAPAIAN KOKURIKULUM

SUKAN DAN PERMAINAN PENCAPAIAN
BIL AKTIVITI
DAERAH NEGERI
1 MERENTAS DESA LELAKI 12 (23 /7)
Muhammad Aisy Uwaimir Tempat ke 39 Tiada
Asyraf Fakhrullah Tempat ke 139
Muhammad Hazmiel Sijil Penyertaan
Asyraf Hafizullah Sijil Penyertaan

UNIT BERUNIFORM PENCAPAIAN
BIL AKTIVITI SIJIL PENYERTAAN
1 JOHOR SCOUTS INTERNATIONAL QURAN FESTIVAL

PESERTA :
NUR AIMAN HAARIESH BIN MAT NIZAM (PENGAKAP)

KELAB DAN PERSATUAN PENCAPAIAN
KOAKADEMIK
BIL AKTIVITI MEWAKILI SEKOLAH
1 PERTANDINGAN MAHRAJAN AL-QURAN DAERAH -KEPUTUSAN BELUM
DITERIMA
MUAR
1.NUR AIMAN HAARIESH BIN MAT NIZAM (HAFAZAN)
2. MUHAMAD AIDIL BIN KAMAL ( SAJAK ADNI)
3. MUHAMAAD AFEEF ULWAN BIN AHMAD FIKRY ( DAIE
CILIK )
4. HAREEZ BIN HISHAMUDIN ( TILAWAH)

- 13 -

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

SENARAI GURU DAN AKP
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL (2), MUAR

TAHUN 2022

BIL NAMA GURU DAN KAKITANGAN JAWATAN
1. EN. ZULKEFLI BIN ABDULLAH GURU BESAR
2. EN. NORHASINI BIN ISHAK PK PENTADBIRAN
3. EN. KAMAL BIN AHMAD
4. EN. MUHAMAD SHAHRIZAN BIN BASAR PK HEM
5. TN. HJ. HUSSEINI BIN AHMAD PK KOKURIKULUM
6. PN. HJH. ALIZA BTE PUNIRAN GURU AKADEMIK BIASA
7. EN. ABD. HALIM BIN ABD. AZIZ GURU AKADEMIK BIASA
8. PN. SITI ZAMALIAH BTE JUKIM GURU AKADEMIK BIASA
9. PN. RUHAIZAH BTE AHMED GURU AKADEMIK BIASA
10. EN. MOHD YAZRI BIN ABU BAKAR GURU AKADEMIK BIASA
11. PN. SITI HAJAR BTE MOHD NAZIR GURU AKADEMIK BIASA
12. EN. KHAIRUDIN BIN OMAR GURU AKADEMIK BIASA
13. PN. AZURA BINTI SAADON GURU AKADEMIK BIASA
14. EN. ISMADI BIN SUDIN GURU AKADEMIK BIASA
15. PN. UMA DEVI A/P RAJOO GURU AKADEMIK BIASA
16. EN. FADHIL BIN MOHD AMIN GURU AKADEMIK BIASA
17. EN. MOHD YATIM BIN OTHMAN GURU AKADEMIK BIASA
18. EN. MUHAMMAD HISHAMUDDIN BIN ABD JABAR GURU AKADEMIK BIASA
19. PN. AZIRA NUR NADIAH BINTI MD ESA GURU AKADEMIK BIASA
20. EN. MOHD SOFIAN BIN MD NOH GURU AKADEMIK BIASA
GURU AKADEMIK BIASA

KAKITANGAN BUKAN GURU PEMBANTU TADBIR
1. PN. YUSLIZA BINTI MUSTAFA
2. PN ZANARIAH BTE ABD SAMAD PEMBANTU OPERASI
PEMBANTU PENGURUSAN
3. PN. MASRINAAIZA BTE SARMUN
MURID

- 14 -

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada:

CIKGU ZULKEFLI BIN ABDULLAH
(Guru Besar)

CIKGU NORHAIDA BINTI SULAIMAN
(YDP PIBG)

EN MOHD IZWAN BIN JOHARI
(NYDP PIBG)

CIKGU NORHASINI BIN ISHAK
(Guru Penolong Kanan 1)
CIKGU KAMAL BIN AHMAD

(Guru Penolong Kanan HEM)
CIKGU MUHAMAD SHAHRIZAN BIN BASAR

(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Guru-guru dan Kakitangan SK Ismail(2), Muar
AJK PIBG SESI 2021/2023
Ibubapa / Penjaga
serta semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak secara
langsung dalam

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48
Tahun 2022

- 15 -

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 ( 2022 )
SK ISMAIL (2), MUAR

-1-


Click to View FlipBook Version