Sang kumbang dan benang sutera
Pada suatu ketika dahulu, hiduplah raja bernama Ali yang
memerintah kerajaan Nangga. Raja dan ratu mempunyai anak
yang cantik bernama Puteri Maira. Dia seorang yang pandai
tetapi tidak mendengar kata ibu bapanya. Puteri Maira suka ke
hutan bersama rakan-rakan untuk bermain dengan haiwan.
Ayah Maira berkata kepadanya “hari ini kamu harus pulang
awal ke rumah kerana kamu perlu menolong ibu menyiapkan
barang-barang untuk majlis makan malam bersama rakyat
jelatanya. Lalu Maira menjawab, “baik ayah”.
Maira pergi ke hutan bersama rakan-rakan untuk bermain
bersembunyi. Sedang asyik bermain, Aini bertanya kepada
Maira, “bukankah kamu perlu menolong ibu kamu untuk uruskan
makan malam?” Ahh saya tidak mahu menolong, biarlah ibu yang
uruskan. Setelah itu mereka sambung bermain lagi. Aini mengira
1 hingga 10 dan rakan lain perlu bersembunyi.
Semasa Puteri sedang mencari tempat untuk bersembunyi,
dia terdengar ada orang bercakap, “pada malam makan malam
bersama raja, aku mahu membunuh seluruh keluarga raja. Aku
mahu letak racun di dalam makanan raja.
Selepas mendengar itu, Maira bergegas pulang ke istana
untuk memberitahu ibu bapanya. Puteri Maira menceritakan apa
yang didengar kepada ayahnya tetapi ayahnya tidak percaya.
Lalu ayahnya berkata, sekarang ayah sangat marah kepada
kamu kerana kamu tidak menolong ibu. Ayah sudah tidak tahan
lagi dengan sikap kedegilan kamu ini.
Pada hari kejadian untuk makan malam, raja menyuruh
pembantu peribadinya untuk menangkap Maira di hutan dan
mengurungnya di atas menara. Ini adalah kerana ayahnya tidak
mahu Maira ke hutan lagi dan ini adalah hukuman Maira tidak
mahu menolong ibunya. Maira menangis kerana sedih. Dia
dikurung dan dikunci.
Semasa di menara, Puteri duduk di tingkap. Tiba-tiba dia
ternampak rakan-rakannya berjalan dibawah. Dia memanggil
“Aini”. Aini terkejut. Aini bertanya, “apa yang kamu lakukan di
atas sana?” Lalu Maira menjawab “aku telah dikurung”, kamu
harus menolong aku keluar dari sini. Keluarga ku dalam bahaya.
Puteri meminta mereka mengambil benang sutera panjang,
kumbang, benang nilon, tali dan madu.
Aini pun pergi mencari bahan yang diminta. Setelah semua
barang cukup, Aini membawanya ke menara.
Lalu Puteri Maira meminta mereka mengikat benang sutera
pada kumbang, letakkan sedikit madu di kepala kumbang dan
biarkan kumbang berjalan mencari madu. Setelah itu, kumbang
berjalan menuju ke atas menara. Sementara itu, Aini dan
rakannya menyambung tali pada benang nilon dengan benang
sutera itu tadi. Puteri Maira menarik tali dan dia berjaya turun
dengan tali itu. Dia sangat gembira. Dia mengucapkan terima
kasih kepada rakannya.
Dia tidak bercakap panjang dengan rakannya kerana masa
makan malam sudah hampir. Maira dan rakannya mendapat satu
idea untuk menghalang penjahat itu untuk ke majlis tersebut.
Aini dan rakannya telah mengikat benang di dua penjuru pohon-
pohon di dalam hutan. Manakala Maira mengambil tali panjang.
Sedang elok penjahat itu berjalan, Maira keluar dari semak
untuk menarik perhatian mereka. Penjahat tersebut
mengejarnya dan Maira berlari dengan laju. Penjahat itu tidak
perasan terdapat benang di tengah-tengah jalan lalu mereka
tersungkur jatuh. Lalu Puteri Maira mengambil tali untuk
mengikat mereka.
Puteri Maira dan rakan-rakannya membawa penjahat-
penjahat tersebut ke istana. Ibu bapanya terkejut melihat
mereka. Ayahnya bertanya, kenapa kamu mengikat mereka?
Maira menjawab “mereka ini mahu membunuh kita dengan racun
kerana mereka ini mengambil alih tempat ayah”. Ayahnya sangat
malu kerana tidak percaya apa yang Maira beritahunya. Dia
menyesal dan meminta maaf kepada Maira. Maira juga meminta
maaf kepada ibu bapanya kerana tidak mendengar kata dan tidak
menolong ibunya.