GGGE6543 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
TUGASAN (KUMPULAN)
KAJIAN RINGKAS :
TAHAP MOTIVASI DAN KESEDIAAN GURU ATAS MELAKSANAKAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN MELALUI TEORI RESAPAN INOVASI
PENSYARAH :
PROF.MADYA DR. FARIZA KHALID
NAMA AHLI KUMPULAN:
1) DHIVAGAR A/L P R GUNALAN (P112144)
2) SARSIKALA A/P T.SIVAM (P112145)
3) JAGATISAN A/L MANICKAM (P111816)
4) SIVAKHAMI A/P GANESAN (P112146)
5) SIVAROOBAN A/L KARUNAKARAN (P111817)
FAKULTI : PENDIDIKAN
BIDANG : SUMBER TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT
KAJIAN RINGKAS :
TAHAP MOTIVASI DAN KESEDIAAN GURU ATAS MELAKSANAKAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN MELALUI TEORI RESAPAN INOVASI
Dhivagar A/L P R Gunalan1, Sarsikala A/P T.Sivam2, Jagatisan A/L M. Manickam3,
Sivakhami A/P K. Ganesan4, Sivarooban A/L B.Karunakaran5
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap motivasi dan kesediaan guru atas melaksanakan
pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian menekankan persekitaran pembelajaran
interaktif yang dirancang untuk merangsang komunikasi antara pengajar dengan pelajar. Bagi
melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan dengan lancar penglibatan aktif dari
pengajar dan pelajar amat diperlukan. Kajian ini juga berfokuskan penerimaan dan penggunaan
pembelajaran dalam talian melalui Teori Resapan Inovasi. Melalui Teori Resapan Inovasi, terdapat
5 peringkat iaitu kelebihan relatif (Relative Advantage), keserasian (Compatibility), kerumitan
(Complexity), kebolehcubaan (Triability), dan pemantauan (Observability) yang wujud perlu
dinilai untuk memastikan pembaruan ini dapat diterima dan dilaksanakan. Rekabentuk kajian
tindakan kuantitatif ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
kepada 205 orang guru-guru sekolah rendah yang terdapat di negeri Johor. Seterusnya, data yang
telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisis tematik. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 26 untuk
mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan motivasi dan kesediaan
guru atas melaksanakan pembelajaran dalam talian adalah pada tahap yang tinggi. Kajian lanjutan
boleh dilaksanakan dengan membuat perbandingan motivasi dan kesediaan guru di kawasan
bandar dan luar bandar.
Kata Kunci : Motivasi, Kesediaan, pembelajaran atas talian, Teori Resapan Inovasi
1.0 PENGENALAN
Semasa era pandemik COVID-19 merebak secara berleluasa, pertukaran sistem pengajaran guru
daripada bersemuka kepada PdPc dalam talian yang berasaskan teknologi seperti portal
pembelajaran, laman web, YouTube streaming , persidangan video, aplikasi mudah alih dan
sebagainya adalah satu perubahan drastik yang memberi impak terhadap sistem pendidikan di
negara kita mahupun di seluruh dunia. Pembelajaran dalam talian didefinisikan sebagai rangkaian
yang memindahkan kemahiran dan pengetahuan, dan penyampaian ilmu pendidikan yang
disalurkan kepada sejumlah besar penerima pada masa yang sama atau berbeza. Pembelajaran
dalam talian menerusi teknologi maklumat dan komunikasi Information and Communication
Technology, (ICT) merupakan tunjang utama atas perancangan ekonomi pengetahuan (K-
ekonomi) Negara.
Dalam menghadapi era pendamik ini , kerajaan Malaysia telah menguatkuasa Perintah
Pergerakan Kawalan (PKP) di seluruh negara pada 8 Mac 2020. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengeluarkan perintah untuk menutup
semua sekolah awam dan institusi pendidikan tinggi. Implikasinya, teknik pengajaran guru telah
diubah dari pendekatan konvensional kepada penerimaan teknologi PdPc dalam talian (Aboagye
et al. 2020; Radha et al. 2020). Malah, hampir 120 negara telah menghentikan pembelajaran
secara bersemuka dan kira-kira satu bilion pelajar mengikuti PdPc dalam talian di pengajian tinggi
di seluruh dunia sepanjang COVID-19 (Azzi Huck et al. 2020;Shahzad et al. 2020a; 2020b;
2020c). Berikutan hal ini, peralihan ke mod dalam talian telah menimbulkan banyak persoalan
mengenai kualiti PdPc dalam talian (Sahu 2020).Walaupun pelbagai kajian lepas telah dijalankan
untuk mengkaji penerimaan guru terhadap PdPc dalam talian, namun masih kurang kajian
dijalankan bagi kemahiran teknologi dan kesediaan serta motivasi guru melaksanakan PdPc
dalam talian semasa era pandemik di sekolah rendah dan m negara Malaysia. Menurut Sidhartha
(2020), PdPc dalam talian iaitu Google Classroom masih kurang digunakan oleh guru dalam
memupuk minat pelajar untuk belajar. Selain itu, ramai guru yang kurang mahir menghadapi
cabaran untuk menggabungkan teknologi dalam pengajaran kelas mereka dengan berkesan
(Amala et al. 2020). Walaupun pendekatan PdPC mempunyai ciri-ciri yang cukup lengkap,
malangnya sehingga kini masih banyak guru di sekolah yang tidak mengetahui sepenuhnya
tentang penggunaannya (Fauzan et al. 2019).
1
Walau bagaimanapun, warga pendidik terpaksa akur dan menerima hakikat bahawa
perancangan yang tidak sistematik untuk melaksanakan PdPc dalam talian boleh menyebabkan
murid ketinggalan dalam pelajaran. Dengan memahami situasi yang sebenar, dapatan kajian ini
penting menjadi petunjuk dan pendorong kepada pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan
pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai dan efektif. Kajian ini memberikan satu gambaran
keseluruhan kemahiran teknologi yang dimiliki oleh guru dan sejauh manakah kesediaan serta
tahap motivasi guru melaksanakan PdPc dalam talian. Namun masih terdapat guru yang kurang
berkemahiran bersikap sambil lewa dan kurang bermotivasi dalam penggunaan teknologi
pembelajaran dalam talian di sekolah. Kajian Rusdiana et al. (2020) menyatakan bahawa tahap
penguasaan teknologi yang rendah dalam kalangan pendidik menyebabkan penyampaian bahan
PdPc kepada pelajar juga tahap kurang memuaskan.
Tambahan pula, masih ramai guru yang mengaplikasikan kaedah konvensional (ceramah,
penerangan, latih tubi dan sebagainya) dalam pengajaran dengan tidak menggunakan media
Internet untuk menyokong PdPc dalam talian. Pelaksanaan penggunaan PdPc dalam talian dengan
berkesan adalah menjadi satu cabaran kepada guru (Kaukab et al. 2018). Namun begitu, Sidhartha
(2020) berpendapat bahawa kesediaan guru yang bersemangat menggunakan teknologi dapat
mendorong murid meluangkan masa dalam talian dan meningkatkan pencapaian mereka. Di
samping itu, Heggart et al. (2018) telah mengkaji keberkesanan penggunaan Google Classroom
(salah satu medium pembelajaran online) pendidikan sekolah rendah dan mendapati
penggunaannya memberi dorongan kepada pelajar untuk menggunakan platform PdPc dalam
talian hingga peringkat pengajian tinggi. Menurut Kaukab et al. 2018, pada asasnya PdPc dalam
talian adalah kurang mesra pengguna dalam kalangan guru tetapi galakkan pentadbir
menyebabkan penggunaanya meningkat secara drastik.
Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara mendalam tentang
kemahiran teknologi dan kesediaan serta motivasi melaksanakan PdPc dalam talian dalam
kalangan guru di sekolah rendah. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti tahap kesediaan dan
motivasi guru terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian. Seterusnya mengenalpasti
tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan bahan ICT dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
dalam talian. Berdasarkan senario ini, pembelajaran dalam talian sudah dilaksanakan namun
beberapa isu sering dibahaskan dan diberi perhatian khusus dengan kemahiran teknologi dan
2
kesediaan guru melaksanakan PdPc dalam talian Seterusnya, kajian mini ini turut
membincangkan bahagian literatur, metodologi, hasil dapatan, dan perbincangan serta
kesimpulan.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Merebaknya wabak virus COVID-19 pada Disember 2019 lalu di Wuhan, memunculkan
kepanikan yang luar biasa. Terbukti saat ini wabak tersebut telah merebak ke lebih dari 200 negara
di dunia (Jamaluddin, Ratnasih, Gunawan, & Paujiah, 2020) dan dinyatakan sebagai wabak
pandemik. Masalah barupun mulai bermunculan, dari mulai masalah ekonomi, sosial sampai
pendidikan.
Di dunia pendidikan, kebijakan SFH atau School from Home pun diterapkan untuk
menekan penularan COVID-19. Sekolah-sekolah ditutup dan pembelajaran dari rumah dilakukan.
Kerjasama daripada ibu bapa dan guru untuk membimbing pelajar terutama kanak-kanak
prasekolah dan sekolah rendah. Pelbagai masalah muncul dari ibu bapa yang kurang memahami
pelajaran sekolah kerana latar belakang pendidikan sebelumnya, kurang menggunakan teknologi.
Dari sisi hasil pembelajarannya, pelajar tentu tidak semudah menangkap pembelajaran secara
langsung seperti manakala berada di sekolah. Diperlukan penguasaan alat pembelajaran
dan komunikasi yang baik dalam menyampaikan pembelajaran melalui teknologi. Guru perlu
memiliki kompetensi-kompetensi tertentu yang mendukung keberhasilan pembelajaran
pelajar pada masa pandemik ini.
Pembelajaran secara bersemuka tidak lagi berlaku, namun kekuatan teknologi menjadi titik
asas dalam melaksanakan pembelajaran terhadap murid. Dalam tempoh tersebut, guru- guru di
Malaysia telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Windhiyana
(2020) telah menjelaskan bahawa pembelajaran secara dalam talian merupakan satu wahana
pembelajaran secara maya melalui capaian Internet untuk membentuk satu komunikasi antara guru
dan murid tanpa memerlukan pembelajaran secara bersemuka. Kekangan yang berlaku dalam
pembelajaran secara dalam talian yang berlangsung sewaktu pandemik COVID-19 tidak mencapai
tahap maksimum (Selvi& Waskita, 2020). Kesediaan dan kemampuan guru melaksanakan PdP
dalam talian telah menjadi isu penting dalam memastikan keberkesanan dalam PdP. Guru yang
kreatif dalam melaksanakan PdP secara dalam talian terhadap murid amat diperlukan bagi
3
memastikan penyampaian ilmu dapat dilaksanakan sewajarnya walaupun berhadapan dengan
situasi ini (KPM, 2008). Tambahan lagi, terdapat kelonggaran dalam amalan guru dalam
meningkatkan mutu pengajaran (Norismayati, Anida & Mohd. Rashid, 2013).
Dalam pembangunan sebuah negara, ekonomi dan teknologi adalah sangat penting (Dr.
Muhamad Sham bin Shahkat Ali, 2006). Melalui keperluan dunia pada hari ini, dunia pendidikan
menjadi semakin moden dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin membangun (Mary Yap
Kain Ching, 2015). Bagi pendidikan di seluruh sekolah di Malaysia, KPM telah memperkenalkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada tahun 2013 hingga 2025 sebagai langkah
dalam menggabungkan teknologi multimedia dan komunikasi (TMK). Oleh itu, pendidikan
menjadi kunci utama yang amat penting di zaman pemodenan yang mencabar ini. Dalam
menjadikan pendidikan di negara kita dapat bersaing di peringkat global, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikannya terus berkembang.
Demi melahirkan generasi yang celik dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK), guru perlu ada anjakan paradigma untuk menerima senario baru. Cabaran dalam Revolusi
Industri 4.0, hal sedemikian amatlah penting dalam menjadikan pelajar sebagai generasi digital
(Norain Binti Badru, Shajianah Binti Asman dan Hasmidah Orlando, 2020).Dalam memastikan
penyampaian ilmu itu tetap diteruskan, Mohd Azizee ada menyatakan yang guru sebaliknya
perlu memikirkan cara mengatasi masalah capaian internet, ketiadaan peranti digital pintar,
serta sikap murid dalam memastikan pendidikan secara atas talian itu terus berjalan secara lancar
dan berkesan (Bernama, 2020). Hal ini dikatakan demikian kerana tidak semua pelajar boleh
menerima cara pembelajaran dalam talian. Guru-guru perlu memberi perhatian kepada pelajar-
pelajar yang mempunyai kekangan tersebut supaya mereka tidak tercicir dalam proses
pembelajaran.. PdPR dijalankan secara dalam talian seperti Google Classroom, Google Meet,
Zoom Cloud Meeting, Youtube dan lain-lain yang menyebabkan suasana pembelajaran jauh
berbeza dalam tempoh PKP berbanding sebelumnya (Asbah Razali, Fauziah Ani dan Siti Nor
Azhani Mohd Tohar, 2020).
4
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Pandemik Covid 19 yang melanda pada akhir 2019 telah menyaksikan transisi sistem pendidikan
berlaku pada semua negara di seluruh dunia apabila perintah kawalan yang dilaksanakan telah
memaksa sekolah dan institusi pendidikan ditutup. Pengajaran dan pembelajaran digantikan
dengan pembelajaran dalam talian memperlihatkan guru-guru menggunakan pelbagai aplikasi.
Perkara paling penting sekali dalam kalangan masyarakat adalah sentiasa tidak hilang semangat
dalam menimba ilmu, demikian juga dengan guru supaya tidak hilang semangat dalam
menyampaikan ilmu. PdPR dijalankan secara dalam talian seperti Google Classroom, Google
Meet, Zoom Cloud Meeting, Youtube dan lain-lain yang menyebabkan suasana pembelajaran jauh
berbeza.
Kesediaan guru untuk mengintegrasikan pembelajaran atas talian semasa P&P merupakan faktor
yang menentukan kejayaan dan keberkesanan pembelajaran dalam talian dalam kalangan murid
sekolah. Bagi mencapai tujuan tersebut, sikap guru dilihat sebagai satu isu yang perlu diperbaiki
khususnya pembelajaran dalam talian. Didapati bahawa guru-guru yang jarang menghadiri kursus
TMK mempunyai sikap negatif dan kurang berefisien untuk mengintegrasikan PdPc ke arah
digital. Guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan
teknologi dalam Pdpc. Penggunaan komputer yang rendah disebabkan motivasi guru pada tahap
yang paling asas dan guru ketandusan minda aspek kemahiran akan menjadi kurang yakin apabila
menggunakan TMK dalam proses Pdpc.
Malah, terdapat banyak perkara lain yang perlu dijadikan penanda aras kepada motivasi dan
kesediaan guru atas melaksanakan pembelajaran dalam talian. Bertitik tolak daripada itu, Teori
Resapan Inovasi boleh menjadikan kerangka perancangan sebuah organisasi dalam melaksanakan
inovasi atau perkara baharu dalam kalangan mereka disamping mengenal pasti semua aspek
penting yang diperlukan sebelum melakukan perubahan. Antara tiga pernyataan masalah dalam
kajian ini ialah :
5
1. Kesediaan guru untuk mengintegrasikan pembelajaran atas talian semasa P&P merupakan
faktor yang menentukan kejayaan dan keberkesanan pembelajaran atas talian atas kalangan
murid sekolah.
2. Bagi mencapai tujuan tersebut, sikap guru dilihat sebagai satu isu yang perlu diperbaiki
khususnya atas pembelajaran atas talian.
3. Motivasi guru menjadi terbatas dan terhad serta sikap guru merupakan cabaran yang perlu
dihadapi atas menyampaikan pembelajaran atas talian atas kalangan murid.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti tahap kesediaan guru terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan dalam
talian.
2. Mengenalpasti tahap motivasi guru dalam mengendalikan pembelajaran dan
pemudahcaraan dalam talian.
3. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan bahan ICT dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian.
4. Mengkaji ciri-ciri atribut bagi aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian dari
perspektif guru.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
1. Sejauh manakah tahap kesediaan guru terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan dalam
talian?
2. Sejauh manakah tahap motivasi guru dalam mengendalikan pembelajaran dan
pemudahcaraan dalam talian?
3. Sejauh manakah tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan bahan ICT dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian?
4. Sejauh manakah ciri-ciri atribut bagi aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan dalam
talian wujud dari perspektif guru ?
6
6.0 KONSEP DAN MODEL
Konsep pembelajaran atas talian
Pembelajaran atas talian merupakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan
dari rumah. Pembelajaran atas talian bermaksud pembelajaran dalam talian menggunakan platform
teknologi yang lain seperti Microsoft Team, Google Meet, Zoom, Google Classroom, Telegram,
Whatsapps dan sebagainya. Windhiyana (2020) telah menjelaskan bahawa pembelajaran secara
dalam talian merupakan satu wahana pembelajaran secara maya melalui capaian Internet untuk
membentuk satu komunikasi antara guru dan murid tanpa memerlukan pembelajaran secara
bersemuka.
Teori Resapan Inovasi
Teori merupakan satu himpunan konsep, definisi dan saranan yang berkaitan yang dapat memberi
gambaran atau ramalan tentang sesuatu fenomena melalui pernyataan hubungan antara
pemboleh ubah (Ahmad Mahzan Ayob, 2005). Oleh yang demikian, teori boleh dijadikan panduan
dalam sesuatu proses penyelidikan dan membantu penyelidik memilih pemboleh ubah yang wujud
dalam sesuatu kajian.
Teori Resapan Inovasi adalah satu teori yang dipelopori oleh Everett M. Rogers. ''Resapan''
merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut
masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial (Rogers, 1983). Secara ringkasnya,
teori ini membincangkan tentang bagaimana sesuatu yang baharu sama ada dalam bentuk idea,
teknologi, barangan atau teknik-teknik berkembang dalam berbagai-bagai khalayak sehingga
diterima dan diamalkan sepenuhnya oleh masyarakat.
Teori Resapan Inovasi digunakan dalam kajian ini untuk melihat tahap motivasi dan kesediaan
guru atas melaksanakan pembelajaran dalam talian semasa PdPR. Terdapat empat elemen utama
dalam teori resapan, antaranya ialah inovasi, saluran komunikasi, masa dan sistem sosial. Rogers
memecahkan proses penerima gunaan kepada lima peringkat iaitu kelebihan relatif (Relative
Advantage), keserasian (Compatibility), kerumitan (Complexity), kebolehcubaan (Triability), dan
pemantauan (Observability). Perincian bagi setiap peringkat adalah seperti berikut : Peringkat
pertama kelebihan relatif (Relative Advantage) adalah kadar di mana inovasi dipandang sebagai
7
lebih baik daripada idea sebelumnya. Peringkat kedua keserasian (Compatibility) adalah kadar di
mana inovasi diterima sebagai konsisten dengan nilai semasa, pengalaman lepas dan keperluan
para penerima yang berpotensi. Peringkat ketiga kerumitan (Complexity) adalah kadar penerimaan
inovasi yang secara relatifnya sukar untuk diguna pakai. Ia mempunyai hubungan yang negatif
dengan kadar penerimaan. Peringkat keempat kebolehcubaan (Triability) bermakna sesuatu
inovasi itu boleh diuji secara percuma. Manakala peringkat yang kelima pemantauan
(Observability) adalah keupayaan untuk diperhatikan kadar inovasi dalam sistem sosial.
Kesediaan guru
Prinsip Teori Pelaziman Operan Thorndike atau dikenali sebagai teori cuba-ralat. Teori yang
diperkenalkan oleh Edward L Thorndike pada tahun 1911 membuktikan haiwan dan manusia
belajar melalui kaedah cuba dan ralat. Terdapat tiga hukum pelajaran yang dikemukakan oleh
beliau dan kajian ini melihat hukum kesediaan yang merupakan perkara paling asas dan penting
sebelum guru-guru memulakan pengintegrasian teknologi dalam pengajarannya. Secara amnya, ia
bermaksud guru-guru perlu mempunyai persiapan rapi sebelum pelaksanaan pengintegrasian
tersebut. Walaupun teori hukum kesediaan ini merujuk kepada murid tetapi kajian ini memberi
fokus kepada definisi kesediaan dalam kalangan guru-guru.
Kesediaan untuk berubah dalam konteks organisasi pula adalah ukuran sejauh mana individu
bersedia untuk melibatkan diri dalam aktiviti di dalam organisasi (Huv 1999 dan Deplaces 2005).
Manakala the theory of organizational readiness for changes memberi definisi kesediaan sebagai
kesungguhan individu dalam organisasi untuk melaksanakan perubahan dan kepercayaan untuk
melakukannya secara kolektif (Weiner 2009). Berdasarkan kepada definisi kesediaan yang
dibincangkan, tahap kesediaan guru boleh ditakrifkan sebagai kepercayaan, sikap dan niat dalam
kalangan guru(Apak et al 2018) untuk berubah dan menyokong pengintegrasian teknologi dalam
pengajaran. Dalam kajian ini, pengintegrasian teknologi merujuk kepada motivasi dan kesediaan
guru dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian.
8
Apabila guru-guru mempunyai motivasi dan tahap kesediaan yang tinggi dalam melaksanakan
pembelajaran atas talian, pengajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna. Justeru, lima
peringkat faktor Rogers amat penting dalam sesebuah organisasi seperti yang dibincangkan di
dalam Teori Resapan Inovasi akan dinilai untuk menentukan tahap kesediaan guru–guru
berdasarkan lima peringkat tersebut.
7.0 METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk tinjauan melalui pendekatan kuantitatif deskriptif berkaitan dengan
kesediaan dan motivasi guru atas melaksanakan pembelajaran atas talian. Menurut Ary, Jacobs
dan Sorensen (2010), penyelidikan deskriptif direka untuk mendapatkan maklumat berkenaan
dengan sesuatu situasi kajian masa kini. lanya khas untuk menentukan keadaan situasi yang
wujud pada masa penyelidikan dijalankan dan ianya juga untuk menerangkan apa yang wujud
berhubung dengan pembolehubah-pembolehubah dalam sesuatu situasi tersebut.
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik secara atas talian yang diterjemahkan dan
diadaptasikan daripada borang soal selidik Teori Resapan Inovasi. Dua orang pakar guru
Bahasa Melayu telah diminta untuk menyemak penggunaan struktur bahasa dan laras ayat supaya
ianya sesuai digunakan sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik ini kemudiannya diedarkan
secara atas talian melalui platform Google Forms bagi mendapatkan data-data yang diperlukan
untuk kajian ini. Borang soal selidik ini mengandungi 20 soalan yang dipecahkan kepada enam
(6) bahagian. Bahagian A mengandungi maklumat berkaitan demografi. bahagian B pula
mengandungi soalan berkaitan aspek Kelebihan Relatif, bahagian C adalah berkenaan aspek
Keserasian, bahagian D aspek Kerumitan, bahagian E aspek Kebolehcubaan, bahagian F aspek
Pemantauan. Item Bahagian A ini adalah berbentuk tertutup (closed-ended) di mana pilihan
jawapan telah diberikan manakala bagi kesemua item di Bahagian B sehingga Bahagian F soal
selidik adalah berbentuk skala likert lima mata. Data yang dikumpul diukur dengan
menggunakan skala likert 1 hingga 5 dari sangat tidak setuju hingga sangat setuju. Skala 5 untuk
“sangat setuju (SS)”, skala 4 untuk “setuju (S)”, skala 3 untuk “tidak pasti (TP)”, skala 2 untuk
“tidak setuju (TS)” dan skala 1 untuk “sangat tidak setuju (STS)”. Data dianalisis menggunakan
9
program Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk melihat analisis deskriptif dan
tematik atas kajian ini.
Populasi dan Sampel
Populasi dalam kajian ini adalah semua guru sekolah rendah di negeri Johor (N=205) dimana
data diambil daripada Buku Perangkaan Pendidikan Malaysia 2020. Seterusnya, bagi mendapatkan
bilangan sampel kajian, Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) telah
dirujuk iaitu seramai S=440 orang guru (N=205) menjadi sampel. Melalui teknik persampelan
rawak mudah, kesemua subjek yang terlibat dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk
dipilih sebagai sampel dan Creswell (2018) mengatakan melalui teknik ini, unsur yang boleh
mempengaruhi kualiti data seperti bias atau berat sebelah boleh dielakkan. Teknik ini juga telah
dipilih kerana dapatan kajian boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian (Neuman 2014).
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Sebanyak 205 borang soal selidik atas talian yang telah dijawab dengan lengkap mengikut
spesifikasi yang ditetapkan dan boleh diterima untuk diproses. Dalam kajian ini, perisian yang
digunakan untuk analisis data ialah melalui perisian 'Statistical Package for the Social Science'
versi 26. Untuk prosedur penganalisisan data, data daripada Google Forms tersebut telah
dieksport ke dalam Microsoft Excel untuk diproses. Ujian yang terlibat dalam menganalisis data
adalah ujian secara deskriptif dengan mendapatkan nilai min dan sisihan piawai telah digunakan
untuk mendapatkan perbezaan tahap kesediaan guru menggunakan pembelajaran atas talian
berdasarkan tempoh pengalaman mengajar di sekolah berdasarkan Jadual 1 di bawah:
10
Skor Min Interpretasi Min
1.00-2.00 Rendah
2.01-3.00
3.01-4.00 Sederhana Rendah
Sederhana Tinggi
4.01-5.00 Tinggi
Jadual 1: Interpretasi Skor Min
Sumber : Nunnaly & Bernstein (1994)
8.0 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Demografi Sampel Kajian
Seramai 205 sampel kajian yang terdiri daripada guru sekolah rendah telah menjawab soal selidik
yang disediakan. Huraian analisis maklumat demografi melibatkan aspek jantina dan pengalaman
mengajar.
Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 48 23.4%
Perempuan 157 76.6 %
205 100 %
Jumlah
11
Pengalaman Mengajar 46 22.4 %
1 hingga 5 tahun 67 32.7 %
6 hingga 10 tahun 64 31.2 %
11 hingga 20 tahun 28 13.7 %
20 tahun keatas 205 100 %
Jumlah
Jadual 2 : Profil Responden mengikut jantina dan pengalaman mengajar
Berdasarkan Jadual 2, guru perempuan lebih ramai dengan kekerapan 157 orang (76.6 %) dan
guru lelaki dengan kekerapan 48 orang (23.4 %) daripada jumlah keseluruhan sampel kajian.
Bagi pengalaman mengajar pula, majoriti sampel kajian mempunyai pengalaman mengajar
antara 6 hingga 10 tahun dengan kekerapan 67 orang bersamaan (32.7 %). Diikuti sampel kajian
dengan kekerapan 64 orang bersamaan (31.2 %) untuk pengalaman mengajar 11 hingga
20 tahun. Manakala, seramai 28 orang sampel kajian bersamaan (13.7 %) mempunyai
pengalaman mengajar selama 20 tahun ke atas dan seramai 46 orang sampel kajian bersamaan
(22.4 %) mempunyai pengalaman mengajar antara 1 hingga 5 tahun.
12
Tahap Motivasi Dan Kesediaan Guru Daripada Aspek Kelebihan Relatif (Relative
Advantage)
Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan
kelebihan relatif (Relative Advantage). Hasil analisis deskriptif seperti Jadual 3 berikut:
Jadual 3 : Kelebihan Relatif (Relative Advantage)
Bil Item Min Sisihan Piawai Interpretasi
1 Pembelajaran dalam talian 4.24 .779 T
membantu dalam pengajaran
2 Guru menyokong pembelajaran 3.50 1.203 ST
dalam talian di luar waktu kelas
3 Pembelajaran dalam talian 4.03 .920 T
memudahkan interaksi
4 Pembelajaran dalam talian 4.09 .790 T
membantu berinteraksi secara lebih
berkesan dengan pelajar
Keseluruhan 3.97 .508 T
Jadual 3 menunjukkan bahawa item daripada aspek kelebihan relatif (Relative Advantage) dalam
kalangan sampel kajian. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah item “Pembelajaran
dalam talian membantu dalam pengajaran.”..(min = 4.2439 dan sp = 0.77903). Manakala, item
yang mempunyai min yang paling rendah ialah “Guru menyokong pembelajaran dalam talian di
luar waktu kelas”.(min = 3.5024 dan sp = 1.20304). Ini memberi gambaran bahawa tahap motivasi
dan kesediaan guru melaksanakan pembelajaran atasa talian semasa PDPR daripada aspek
kelebihan relatif (Relative Advantage) adalah tinggi.
13
Tahap Motivasi Dan Kesediaan Guru Daripada Aspek Keserasian (Compatibility)
Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan tahap
motivasi dan kesediaan sampel kajian daripada aspek keserasian (Compatibility). Hasil analisis
deskriptif seperti Jadual 4 berikut :
Jadual 4 : Keserasian (Compatibility)
Bil Item Min Sisihan Piawai Interpretasi
Saya percaya pembelajaran dalam .869 T
1 talian memang diperlukan semasa 4.19
pandemik akan memanfaatkan
generasi akan datang
Penggunaan pembelajaran dalam 1.102 ST
2 talian untuk pengajaran dan 3.62
pembelajaran adalah menggalakkan
pembelajaran ke arah kendiri.
Saya percaya pembelajaran atas 1.010 ST
3 talian boleh menggantikan kaedah 3.73
pengajaran dan pembelajaran
tradisional.
Saya percaya pembelajaran atas 1.074 ST
4 talian dapat meningkatkan 3.82
kemahiran ICT seiring dengan
perkembangan teknologi
Keseluruhan 3.84 .569 ST
Jadual 4 menunjukkan bahawa item daripada aspek keserasian (Compatibility) dalam kalangan
sampel kajian. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah item “Saya percaya
pembelajaran dalam talian memang diperlukan semasa pandemik”..(min = 4.1912 dan sp =.8670).
Manakala, item yang mempunyai min yang paling rendah ialah “penggunaan pembelajaran dalam
talian untuk pengajaran dan pembelajaran adalah menggalakan pembelajaran ke arah kendiri”.(min
= 3.61765 dan sp = 1.10122). Ini memberi gambaran bahawa tahap motivasi dan kesediaan guru
melaksanakan pembelajaran atas talian semasa PDPR daripada aspek (Compatibility) keserasian
adalah tinggi.
14
Tahap Motivasi Dan Kesediaan Guru Daripada Aspek Kerumitan (Complexity)
Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan tahap
motivasi dan kesediaan sampel kajian daripada aspek Kerumitan (Complexity) Hasil analisis
deskriptif seperti Jadual 6 berikut :
Jadual 5 : Aspek Kerumitan (Complexity)
Bil Item Min Sisihan Piawai Interpretasi
Masalah teknikal dan teknologikal .841 T
1 mengganggu saya sehingga tidak 4.27
bersedia untuk melaksanakan
pembelajaran dalam talian di
pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran yang terbatas
2 sehinggakan saya kurang 4.00 .983 ST
menggunakan pembelajaran dalam
talian dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Kekurangan dari segi bahan dan .850 T
3 alatan ICT sehinggakan saya kurang 4.09
menggunakan pembelajaran dalam
talian dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Tempoh persediaan bahan 1.124 ST
4 pembelajaran dalam talian 3.98
memerlukan masa yang agak
panjang
Keseluruhan 4.09 .584 T
Jadual 5 menunjukkan bahawa item daripada aspek kerumitan (Complexity) dalam kalangan
sampel kajian. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah item “Masalah teknikal dan
teknologikal mengganggu saya sehingga saya tidak bersedia untuk melaksanakan pembelajaran
dalam talian di pengajaran dan pembelajaran”..(min = 4.2647 dan sp = 0.84137). Manakala, item
yang mempunyai min yang paling rendah pula ialah “Tempoh persediaan bahan pembelajaran
dalam talian memerlukan masa yang agak panjang”.(min = 3.9755 dan sp = 1.12490). Ini memberi
15
gambaran bahawa tahap motivasi dan kesediaan guru melaksanakan pembelajaran atas talian
semasa PDPR daripada aspek kerumitan (Complexity) adalah tinggi.
Tahap Motivasi Dan Kesediaan Guru Daripada Aspek Kebolehcubaan (Triability)
Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan tahap
motivasi dan kesediaan sampel kajian daripada aspek Kebolehcubaan (Triability). Hasil analisis
deskriptif seperti Jadual 6 berikut :
Jadual 6 : Kebolehcubaan (Triability)
Bil Item Min Sisihan Piawai Interpretasi
Saya sedia mencuba kaedah baru 1.222 T
1 dalam pengajaran dan pembelajaran 4.01
yang berasaskan pembelajaran atas
talian.
Setelah melalui pembelajaran dalam 1.248 ST
2 talian saya mendapati dapat memberi 3.88
kesan.
Saya sedia meneroka pelantar 1.175 T
3 DELIMA sebagai medium 4.98
pembelajaran dalam talian.
Saya suka mencuba perkara baru 1.238 ST
4 dalam pembelajaran dalam talian 3.97
walaupun tidak pasti hasilnya.
Keseluruhan 3.97 .702 T
Jadual 6 menunjukkan bahawa item daripada aspek Kebolehcubaan (Triability) dalam kalangan
sampel kajian. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah item “Saya sedia meneroka
pelantar DELIMA sebagai medium pembelajaran dalam talian.”..(min = 4.98 dan sp = 1.17569).
Manakala, item yang mempunyai min yang paling rendah ialah “Setelah melalui pembelajaran
dalam talian saya mendapati dapat memberi kesan”.(min = 3.87 dan sp = 1.24843). Ini memberi
gambaran bahawa motivasi dan kesediaan guru melaksanakan pembelajaran atasa talian semasa
PDPR daripada aspek Kebolehcubaan (Triability) adalah tinggi.
16
Tahap Motivasi Dan Kesediaan Guru Daripada Aspek Pemantauan (Observability)
Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan tahap
motivasi dan kesediaan sampel kajian daripada aspek pemantauan (Observability). Hasil analisis
deskriptif seperti Jadual 7 berikut :
Jadual 7 : Pemantauan (Observability)
Bil Item Min Sisihan Piawai Interpretasi
Pembelajaran dalam talian .938 T
1 membantu menjimatkan masa, 4.13
tenaga dan kos.
Proses pembelajaran dalam talian
2 pelajar tidak akan berasa bosan . 3.96 .980 ST
Pembelajaran dalam talian .941 T
3 membantu memudahkan proses 4.20 .940 T
.674 T
pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran dalam talian
4 membantu menarik minat pelajar 4.10
terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
Keseluruhan 4.10
Jadual 7 menunjukkan bahawa item daripada aspek Pemantauan (Observability) dalam kalangan
sampel kajian. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah item “Pembelajaran dalam
talian membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.”..(min = 4.2000 dan sp =
0.94142). Manakala, item yang mempunyai min yang paling rendah ialah “Proses pembelajaran
dalam talian pelajar tidak akan berasa bosan”.(min = 3.9610 dan sp = .97942). Ini memberi
gambaran bahawa tahap motivasi dan kesediaan guru melaksanakan pembelajaran atasa talian
semasa PDPR daripada aspek pemantauan (Observability) adalah tinggi.
17
Perbezaan Motivasi Dan Kesediaan Guru Atas Melaksanakan Pembelajaran Dalam Talian
Jadual 8 : Perbandingan Min Motivasi Dan Kesediaan Guru Bagi 5 Komponen Teori Resapan
Inovasi
Bil Item Min Sisihan Piawai
1 Kelebihan relatif 3.97 .508
2 Keserasian 3.84 .569
3 Kerumitan 4.09 .584
4 Kebolehcubaan 3.97 .702
5 Pemantauan 4.10 .674
Jadual 8 di atas menunjukkan keputusan perbezaan motivasi dan kesediaan guru atas
melaksanakan pembelajaran dalam talian semasa pdpr. Dari segi min menunjukkan tiada
perbezaan ketara min bagi lima komponen Teori Resapan Inovasi. Antara item yang mempunyai
min yang paling tinggi ialah ‘Pemantauan’ (min = 4.10 dan sp = .674). Ini menunjukkan responden
lebih tinggi keupayaannya untuk jelas dilihat, lebih positif pengaruhnya ke atas proses penerimaan
tentang pembelajaran atas talian. Antara item yang mempunyai min yang paling rendah ialah
‘keserasian’ (min = 3.84 dan sp = .569). Ini menunjukkan kadar di mana inovasi diterima sebagai
konsisten dengan nilai semasa, pengalaman lepas dan keperluan para penerima yang berpotensi.
Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi dan kesediaan guru atas
melaksanakan pembelajaran dalam talian berdasarkan komponen Teori Resapan Inovasi.
18
9.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan tahap interpretasi min berpandukan interpretasi skor min yang
dicadangkan oleh Nunnaly & Bernstein (1994), didapati skor min berada pada tahap tinggi bagi
kesemua 2 aspek iaitu kerumitan dan pemantauan . Manakala 3 aspek mempunyai skor min yang
sederhana tinggi iaitu, kelebihan relatif, keserasian, dan kebolehcubaan. Motivasi dan kesediaan
guru atas melaksanakan pembelajaran dalam talian melalui teori resapan inovasi amat penting bagi
membantu negara membentuk masyarakat saintifik dan progresif dalam menyahut cabaran
Wawasan 2020 yang ke-enam. Daripada kajian ini boleh dikatakan guru berpendapat bahawa
menambahkan pembelajaran dalam talian sebagai norma baharu dalam pengajaran menyebabkan
mereka meluangkan lebih masa untuk merancang pelajaran dan tugas kolaboratif dalam talian.
Oleh itu, persepsi guru didapati positif terhadap pelaksanaan PdPc dalam talian.
Guru-guru membiasakan diri dengan teknologi PdPc dalam talian, masa perancangan dapat
dikurangkan. Penemuan ini mungkin menunjukkan bahawa guru muda lebih biasa dengan
teknologi semasa latihan perguruan. Tambahan pula, guru generasi ini lebih celik teknologi
walaupun kurang pengalaman mengajar, sedangkan guru dengan pengalaman lebih dari 25 tahun
harus berusaha untuk mengadaptasi teknologi baharu. Penggunaan platform pembelajaran atas
talian dapat meningkatkan kualiti guru dengan menghasilkan pembelajaran inovatif yang memberi
satu pengalaman yang terbaik. Tambahan pula, hasil kajian mengesahkan pembelajaran maya di
luar bilik darjah meningkatkan autonomi dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif berasaskan
pelajar.
Kesediaan dan motivasi guru melaksanakan PdPc dalam talian adalah satu penyelesaian
masalah dalam proses pembelajaran. Tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan pembelajaran
dalam talian adalah pada peringkat sederhana.Walaupun sebahagian guru tidak mengaplikasikan
penggunaan pembelajaran atas talian ini dalam pengajaran dan pembelajaran, tetapi mereka tahu
kegunaannya dalam membantu pengajaran di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan
responden kajian telah mendapat pendedahan awal tentang kegunaan pembelajaran dalam talian
serta kepentingannya dalam pendidikan. Sikap merupakan satu lagi aspek kesediaan yang perlu
diambil kira bagi menerapkan penggunaan pembelajaran dalam talian semasa pengajaran dan
pembelajaran. Pandangan yang berbeza-beza terhadap penggunaan pembelajaran atas talian ini
19
secara tidak langsung memberi kesan kepada proses perubahan yang berlaku. Walau
bagaimanapun, daripada hasil analisis didapati guru-guru ini mempunyai sikap yang positif dan
motivasi yang tinggi terhadap teknologi maklumat. Ini ditunjukkan dari nilai peratusan daripada
kajian. Namun begitu, guru-guru perlu lebih bersedia untuk meningkatkan tahap penggunaan
pembelajaran dalam talian terutamanya dari aspek pengetahuan dan sikap. Ini memandangkan
perubahan dalam teknologi maklumat berlaku dengan begitu pantas dan menyebabkan guru-guru
yang tidak bersedia akan ketinggalan. Ini tidak seharusnya berlaku kerana guru merupakan barisan
hadapan dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Oleh itu, para guru sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami
teknologi maklumat.
Sikap guru pula mestilah positif dan menerima teknologi maklumat sebagai satu faktor
penting untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kecemerlangan
pelajar. Menurut Dias dan Atkinson (2001), sebelum guru dapat menerapkan penggunaan
teknologi maklumat dalam bilik darjah, guru tersebut sendiri perlu bersikap positif dengan
meningkatkan kemahiran diri yang ada agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
lancar. Dalam kajian ini guru-guru mempunyai pandangan positif terhadap pembelajaran dalam
talian. Kebolehcubaan pembelajaran atas talian berada pada tahap sederhana. Guru-guru bersedia
dalam mencuba kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pembelajaran
atas talian . Guru-guru mula menggunakan dan mula mengenali kaedah-kaedah baharu, bahan-
bahan pembelajaran atas talian yang baru dalam pengajaran dan pemudahcaraan seharian.
Guru-guru juga mula meneroka pembelajaran dalam talian dalam pendidikan. Ini kerana
pelbagai medium pembelajaran dalam talian telah mula diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam kalangan guru-guru. Seperti Frog-vle, DELIMA, Moodle dan online
gaming. Guru-guru harus diberi kursus dan latihan insiatif dalam pengendalian pembelajaran
dalam talian supaya guru-guru dapat mempertingkatkan kemahiran ICT. Dalam kajian ini guru-
guru hilang motivasi disebabkan halangan teknologikal dan teknikal. Halangan teknologikal
adalah satu penyebab utama dalam mengikuti pembelajaran atas talian. Halangan teknologikal
merujuk kepada halangan mengenai teknologi pembelajaran. Halangan teknologikal merangkumi
rangkaian internet yang perlahan, pengaksesan e-pembelajaran dan perbelanjaan dalam
perkakasan, perisian pembaikian atau servis komputer. Halangan teknologikal yang lain termasuk
20
kualiti teknologi, kekurangan bantuan teknikal, kekurangan kemahiran teknikal, keselesaan
penggunaan teknologi, perubahan teknologi. Guru yang mempunyai komputer dan sambungan
internet mempengaruhi kekerapan dan kebolehan mengakses pembelajaran atas talian. Guru-guru
kurang menggunakan pembelajaran atas talian kerana masalah teknikal dan teknologikal. Oleh
itu, mereka selesa menggunakan kaedah tradisional iaitu lebih suka mengajar secara bersemuka.
Guru-guru juga mempercayai bahawa pembelajaran dalam talian membantu memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia kerana dalam pembelajaran atas talian mengandungi
pelbagai kemudahan seperti rakaman, animasi, teks menarik, muzik dan serta aksi pergerakan.
Guru-guru mudah dapat menghasilkan bahan pengajaran yang berasaskan pembelajaran dalam
talian . Dengan adanya pembelajaran atas talian pelajar tidak akan rasa bosan dan sentiasa aktif
dalam proses PdPc. Guru-guru mempunyai nilai kepercayaan yang tinggi terhadap pembelajaran
atas talian bahawa pembelajaran dalam talian dalam pendidikan membantu menjimatkan masa,
tenaga dan kos. pembelajaran atas talian mengurangkan bebanan tenaga pengajar, masa dan
penyediaan bahan pengajaran iaitu bahan bantu mengajar. Penggunaan pembelajaran atas talian
membantu menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Majoriti guru bersetuju
bahawa pembelajaran atas talian dapat menarik perhatian murid serta konsep pembelajaran dapat
dilihat secara lebih menyeluruh. Kandungan pelajaran dapat disampaikan secara menyeluruh
dengan adanya pembelajaran atas talian.
21
10.0 KESIMPULAN
Tahap motivasi dan kesediaan guru menggunakan pembelajaran dalam talian akan berterusan jika
tidak mengambil atau merancang strategik yang berkaliber. Maka, pendekatan pembelajaran
dalam talian dari peringkat rendah iaitu sekolah rendah sedang diperhebatkan bagi melahirkan
generasi yang celik ICT melalui penggunaan teknologi. Walaubagaimanapun, masih terdapat isu-
isu dan cabaran dalam pelaksanaan PdPC dalam talian yang perlu difokuskan untuk mencapai hasil
yang diharapkan. Faktor kesediaan dan motivasi guru, perkembangan kanak-kanak dan bahan
menjadi indikator mutlak dalam menilai keberkesanan pembelajaran dalam talian.
Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa
terdapat beberapa masalah dalam pelaksanaan pembelajaran dalam talian. Warga pendidik mula
menyedari tentang kepentingan dalam mengintegrasikan pendekatan atas talian dalam PdPc dan
dapat mengadaptasikan norma pengajaran baharu sedikit demi sedikit. Warga pendidik menilai
diri sendiri tahap keberkesanan pelaksanaan pembelajaran dalam talian dan dapat meningkatkan
keyakinan diri. Guru-guru menilai penerimaan teknologi yang baharu dalam pengajaran semasa
era ni. Oleh yang demikian, guru-guru harus mencari jalan penyelesaian dengan memantau
penggunaan kaedah PdPc dalam talian di peringkat sekolah. KPM hendak menyemak semula
sistem kurikulum terkini yang berpusatkan pelajar agar mereka boleh belajar secara mudah dan
menyesuaikan diri dengan PdPc dalam talian.
Kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan membuat perbandingan motivasi dan kesediaan
guru, melaksanakan pembelajaran dalam talian di kawasan bandar dan luar bandar. Semua pihak
dalam sektor pendidikan harus berganding bahu untuk melaksanakan sistem pembelajaran dalam
talian supaya murid tidak ketinggalan dalam pelajaran khususnya pasca pandemik penularan
covid-19. Guru-guru yang berkhidmat era globalisasi ini perlu lebih mahir dan bersedia untuk
melaksanakan PdPc dalam talian terutamanya selepas pandemik COVID-19 sebagai satu norma
baharu dalam proses PdPc baharu untuk meningkatkan keupayaan dalam persekitaran
pembelajaran digital demi kepentingan murid.
22
RUJUKAN
Ahmad Mahzan Ayob.1982. Kaedah penyelidikan sosioekonomi. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka.[ 10 November 2021].
Amala, J.I.J, & Geetha, S. 2020. Surrogation of classroom teachers by artificial intelligence
and Google Classroom. Studies in Indian Place Names (UGC Care Journal)
[ 10 November 2021]
AnchaleeNgampornchai, Jonathan Adams.2016. Students’ acceptance and readiness for
E-learning in Northeastern Thailand. International Journal ofEducational Technology in
Higher Education 13-34.
https://educationaltechnologyjournal.springeropen.com/articles/10.1186/s41239-016-
0034-x.[ 10 November 2021].
Apak, J., &Taat, M. S. 2018. Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap Pengurusan Bilik Darjah Abad
Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 3(4), 6- 22.
https://doi.org/https://doi.org/10.4 7405/mjssh. V3i4. I03.[ 10 November 2021].
Anis Azzyatybte Mokhtar,Fahmi Zaidi Abdul Razak.2021.E-campus usage: A descriptive study
on Malaysian setting.Journal of Physics: Conference Series1793(1),012009
https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1742-6596/1793/1/012009.
[ 10 November 2021].
Azzi Huck. 2020.Effects of COVID-19 in E-learning on higher education institution students: the
group comparison between male and female.[ 10 November 2021].
Basak, S.K., Wotto, M., Bélanger, P. (2016). A framework on the critical success factors of
e-learning implementation in higher education: International Journal of Social,
Behavioral, Educational, Economic, Business and Industrial Engineering 10:
2409–2414.[ 10 November 2021].
Bdiwi, R., Runzb C., Faizc S. & Ali C.A. (2019). Smart learning environment: teacher’s role in
assessing classroom attention. Research in Learning Technology 27: 2072
[ 10 November 2021].
Cassidy, S. (201)6. Virtual learning environments as mediating factors in students satisfaction
with teaching and learning in higher education. Journal of Curriculum and Teaching
5(1): 113-123.[ 10 November 2021].
Desplaces, David. 2005 A Multilevel Approach to Individual Readiness to Change. Journal of
Behavioral and Applied Management. 7. 25-39. 10.21818/001.c14568.
[ 10 November 2021].
23
Eastin, M. S. & LaRose, R. 2000. Internet Self-efficacy and the psychology of the digital divide.
Journal of Computer-Mediated Communication, 6(1).
http://www.ascusc.org/jcmc/vol6/issue1/eastin.html.[ 10 November 2021].
Emmanuel Aboagye,AkrokerriCollege 2020. COVID-19 And E-Learning The Challenges Of
Students In Tertiary Institutions In Ghana. [ 10 November 2021].
Fauzan & Fatkhul Arifin. (2019). The effectiveness of Google Classroom media on the students’
learning outcomes of Madrasah Ibtidaiyah Teacher Education Department. Al Ibtida:
Jurnal Pendidikan Guru MI 6(2): 271-285. [ 10 November 2021].
Gajanan, P.P. (2020). Google Classroom: An integrating technology tool in English language
teaching. Studies in Indian Place Names (UGC Care Journal) 40(57): 51-56.
[ 10 November 2021].
Gunawan, G., Suranti, N. M. Y., &Fathoroni, F. (2020). Variations of Models and Learning
Platforms for Prospective Teachers During the COVID-19 Pandemic Period. Indonesian
Journal of Teacher Education 1(2): 61-70. [ 10 November 2021].
Heggart, K. R., & Yoo, J. 2018. Getting the most from Google Classroom: a pedagogical
framework for tertiary educators. Australian Journal of Teacher Education
[ 10 November 2021].
Helmi Norman, Yogeswary Kuppusamy.2021. Kemahiran teknologi dan kesediaan
Melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa era pandemic
dalam kalangan guru di Sekolah Rendah Tamil. Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN:2682-826X | Vol. 3, No. 1, 428-441, 2021.
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12937 [ 10 November 2021].
Jamilah HJ.Ahmad, Rubiah Omar.2016. Kesedaran, penilaian dan penerimaan e- Pembelajaran
dalam kalangan ahli akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172.
http://journalarticle.ukm.my/215/ [ 10 November 2021].
Khadijah Abdul Razak,Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah.2020. Isu dan cabaran penggunaan
MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research, Policy &
Practice of Teachers and Teacher Education,10(1),78-95.
https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol10.1.6.2020 [ 10 November 2021].
Kaukab, A.A. & Nayab, I. 2018. Effectiveness of Google Glass room: Teachers’
perceptions.Prizren Social Science Journal. [ 10 November 2021] Mohd Anuar Abdul
Rahman, Muhammad Sukri Saud, Ting Kung Shiung.2017.
Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan Pelajar jurusan
pendidikan teknikal dan vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor.
24
Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia Faculty of Education
http://eprints.utm.my/id/eprint/6466/ [ 10 November 2021].
Muhammad, A., Ghalib, M.F.M.D., Ahmad, F., Naveed, Q.N. & Shah, A. (2016). A study to
investigate state of ethical development in E-learning. (IJACSA) International Journal of
Advanced Computer Science and Applications 7: 284–290.[ 10 November 2021].
Nicole A. Buzzetto-More.2008. Student perceptions of various e-learning components.
Interdisciplinary Journal of E-Learning and Learning Objectives Volume 4.
https://www.learntechlib.org/p/44851/.[ 10 November 2021].
Pollard, E., &Hillage, J. (Eds). 2001. Exploring e-learning. The Institute for Employment
Studies.Report No. 376. Brighton: UK [ 10 November 2021].
R.Radha. 2020.E-Learning during Lockdown of Covid-19 Pandemic: A Global Perspective.
[ 10 November 2021].
Rogers, E.M., 1983, Diffusion of Innovations, 3th Ed., New York: The Free Press.
[10 November 2021].
Rusdiana, A., Abdul Muin, Ara Hidayat& Yaya Suryana. 2020. POE2WE learning management
based on Google Classroom blended learning. International Journal of Psychosocial
Rehabilitation [ 10 November 2021].
Sahu, P. 2020. Closure of universities due to Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)
[ 10 November 2021].
Weiner, Bryan. 2009. A theory of organizational readiness to change. Implementation science:
IS.4.67.10.1186/1748-5908-4-67.[ 10 November 2021].
Windhiyana, E. 2020. Dampak Covid-19 Terhadap Kegiatan Pembelajaran Online Di Perguruan
Tinggi Kristen Di Indonesia.Perspektif Ilmu Pendidikan, 34(1), 1–8.
https://doi.org/10.21009/pip.341.1.[ 10 November 2021].
25