S P E 3 5 4 1 PEMAKANAN UNTUK PRESTASI SUKAN: RAGBI “ W H E R E A L L G E N T L E M E N P L A Y ” DISEDIAKAN OLEH: ADEEN ERFAN BIN MD BAHARUDIN
Unit 1: Pengenalan Unit 4: Metodologi Kajian Unit 2: Penyata Masalah Unit 5: Dapatan Kajian 5.1 Biodata Responden Unit 3: Objektif Kajian Unit 9: Rujukan 01 04 02 08 03 09 BY HENRIETTA MITCHELL & OLIVIA WILSON 02 LET'S TALK ABOUT FINANCE BASICS FOR YOUNG WOMEN WWW.REALLYGREATSITE.COM KANDUNGAN Unit 6: Cadangan Unit 8: Rumusan/Kesimpulan 07 05-06 Unit 7: Perbincangan 10
Ragbi Pemakanan Ragbi adalah satu sukan berpasukan yang melibatkan perlanggaran, merempuh, dan “tackle”. Sukan ragbi dikategorikan sebagai satu sukan yang agresif dan ganas disebabkan cara sukan ini dimainkan. Sukan ragbi juga terdapat dua variasi permainan iaitu 7 sebelah dan 15 sebelah. Selain itu, cara permainan sukan ragbi juga adalah dengan memeluk bola yang berbentuk bujur dan membawa lari bola tersebut dari pihak lawan. Setiap pasukan perlu melakukan “try” dikawasan pihak lawan yang memberikan mata sebanyak 5 mata. Sekiranya sepakan selepas “try” tersebut masuk ke dalam tiang berbentuk “H”, Dua mata tambahan akan diberikan. Walaupun dikenali sebagai sukan yang agresif, sukan ragbi juga memiliki peraturan yang begitu ketat bagi menggelakkan perkara yang serius berlaku kepada para pemain. Seperti yang kita tahu, sukan ragbi adalah satu sukan yang memerlukan tubuh dan otot yang besar. Pemain ragbi juga memerlukan tenaga, kekuatan, daya tahan kardiovaskular dan tahap pemulihan yang cepat dan baik untuk bermain pada tahap yang optimum. Pemain ragbi memerlukan karbohidrat yang kompleks serta nutrien yang mencukupi untuk menjana tenaga yang banyak dan mampu kekal konsisten sepanjang perlawanan. Seterusnya, pengambilan protein juga diperlukan bagi membantu dalam proses pemulihan disebabkan pemainan sukan ragbi ini melibatkan perlanggaran yang begitu kerap sepanjang 80 minit. Pemain Ragbi perlu kekal hidrasi setiap masa kerana pemainan yang berintensiti tinggi dan juga tahap pengambilan vitamin, mineral dan “supplement” juga penting dalam membantu proses pemulihan dan pembesaran tubuh badan. UNIT 1: PENGENALAN 01
UNIT 2: PENYATA MASALAH Pemakanan untuk meningkatkan prestasi dalam sukan ragbi amatlah penting kerana prestasi yang ditunjukkan akan mendatangkan kebaikkan kepada diri pemain. Pemain yang menjaga pemakanan mereka akan mencetuskan prestasi yang terbaik yang mampu mereka serlahkan kerana pemakanan adalah salah satu sebab utama prestasi seseorang pemain itu berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya, sekiranya prestasi pemain tidak berada pada tahap yang tertinggi, pemain perlu tahu punca dan sebab mengapa mereka mengalami masalah sedemikian. Masalah yang akan timbul dan pemain perlu tahu adalah salah satu puncanya dari pemakanan yang tidak sihat atau tidak seimbang kerana makanan yang telah mereka ambil tidak membantu dan tidak memberikan sebarang manfaat terhadap badan mereka. Makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang juga tidak menghasilkan tenaga yang tidak encukupi untuk membantu dalam menghasilkan nutrien yang sepatutnya kepada tubuh badan kerana pemain ragbi memerlukan nutrien yang banyak untuk bertahan sepanjang permainan Isu-isu utama dalam kajian ini adalah tentang pengambilan makanan daripada pemain ragbi sama ada yang “amature” atau “profesional”. Antara masalah yang mungkin dihadapi oleh pemain ragbi sekiranya prestasi mereka merosot adalah disebabkan oleh kekurangan tenaga, pemulihan yang kurang berkesan, masalah hidrasi, kekurangan sumber protein bagi membantu dalam proses pemulihan sistem badan dan banyak lagi. Ini adalah antara sebab-sebab serta punca-punca mengapa prestasi seseorang pemain ragbi itu merudum. Penyelesaian kepada isu ini mungkin melibatkan pendidikan tentang pemakanan yang betul, pelarasan dalam pengambilan nutrien, pelaksanaan rutin pemakanan sebelum dan selepas bersenam, dan bekerjasama dengan pakar pemakanan dan jurulatih sukan untuk mereka bentuk pelan pemakanan yang sesuai. 02
UNIT 3: OBJEKTIF KAJIAN Mengenalpasti amalan pemakanan yang diamalkan oleh pemain ragbi sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Menentukan keperluan tenaga dan nutrien untuk pemain ragbi berdasarkan aktiviti fizikal yang tinggi. Mengenalpasti kesan pemakanan yang diamalkan oleh pemain ragbi terhadap kecergasan mental dan kesejahteraan emosi. BY HENRIETTA MITCHELL & OLIVIA WILSON 09 LET'S TALK ABOUT FINANCE BASICS FOR YOUNG WOMEN WWW.REALLYGREATSITE.COM 03
12 UNIT 4: METODOLOGI KAJIAN Instrumen atau kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah soal selidik dan temuduga melalui aplikasi zoom. Pautan Zoom diberikan kepada pemain ragbi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Soalan yang diajukan adalah berkenaan dengan biodata pemain dan seterusnya soalan berbentuk pemakanan iaitu cara, kuantiti, masa dan jenis supplemen yang diambil bagi pemain ragbi Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam meningkatkan prestasi sukan beliau serta sejauh mana pengaruh pemakanan terhadap prestasi mereka ketika didalam sesuatu pertandingan. 12 04
UNIT 5: DAPATAN KAJIAN Pemakanan untuk prestasi meningkatkan prestasi sukan khususnya dalam sukan ragbi adalah bertujuan untuk memastikan pemain mendapat nutrien yang mencukupi untuk kecergasan, pemulihan dan prestasi pada tahap optimal. Setelah kajian dijalankan, dapatan kajian yang saya perolehi adalah merangkumi semua aspek pemakanan iaitu melibatkan cara makanan itu diambil, jumlah atau kuantiti yang dimakan dalam satu-satu masa, masa yang sesuai untuk mengambil jenis makanan mengikut keadaan serta jenis suplemen dan kesan suplemen tersebut terhadap prestasi beliau ketika didalam padang. Berdasarkan maklumat dari soal selidik yang saya perolehi, beliau akan mengambil karbohidrat dan protein dalam kuantiti yang banyak pada masa sebelum latihan dan pertandingan. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa karbohidrat membekalkan tenaga yang banyak dan protien membantu dalam mempercepatkan proses pemulihan. Oleh yang demikian, pemain ragbi lebih mengutamakan pengambilan karbohidrat dan protein. Selain itu, kuantiti air bagi pemain ragbi juga perlu dalam kuantiti yang banyak kerana kehilangan cecair melalui peluh boleh memberikan kesan kepada merosotnya prestasi mereka. Tidak dapat dinafikan, pemain ragbi juga memerlukan nutrien tambahan serta sokongan daripada suplemen kerana sukan ragbi adalah satu sukan yang agresif dan lasak. Oleh itu, pemain ragbi memerlukan sistem pertumbuhan otot yang cepat serta pemulihan dalam masa yang singkat untuk meneruskan permainan sehingga penamat. Seterusnya, makan pada waktu yang sepatutnya juga memberikan kesan atau pengaruh terhadap prestasi pemain ragbi. Hal ini demikian kerana pemakanan yang berat seperti nasi, roti dan sebagainya semasa pertandingan akan menyebabkan prestasi pemain ragbi merudum. Mereka sepatutnya makan makanan yang berprotein seperti pisang, coklat dan buah semasa dalam pertandingan kerana sifat protein membantu dalam memberikan tenaga dan juga proses pemulihan yang cepat. Akhir sekali, Penting untuk diingat bahawa keperluan nutrisi individu boleh berbeza-beza, dan penyesuaian perlu dibuat berdasarkan keperluan peribadi setiap pemain. Oleh itu, sesi latihan dan perlawanan harus menjadi faktor penting yang dipertimbangkan ketika merancang pelan pemakanan untuk prestasi sukan ragbi. 05
5.1 BIODATA RESPONDEN NAMA: MOHAMMAD ARIEF BIN DUHARIS UMUR: 23 TAHUN TEMPAT LAHIR: SABAH TARIKH LAHIR: 16 JANUARI 2001 UNIVERSITI: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) PENCAPAIAN DALAM SUKAN: 1) ASIA RUGBY 7's U18 2019 KUNMING, CHINA 2) ASIA RUGBY CHAMPIONSHIP 15's U19 2019 UPM, MALAYSIA 06
09 UNIT 6: CADANGAN Penting untuk kita memahami bahawa pemakanan yang baik adalah salah satu punca dalam peningkatan prestasi bagi semua atlet dari pelbagai sukan dan tidak terkecuali bagi sukan ragbi. Pemakanan yang baik juga dikategorikan sebagai kritikal kerana ianya memberikan impak yang besar terhadap tubuh badan pemain ragbi. Terdapat beberapa cadangan pemakanan bagi meningkatkan prestasi pemain ragbi ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut:- Mengambil keperluan tenaga yang mencukupi. 1. 2. Mengambil jumlah protein dan karbohidrat yang banyak. 3. Penghidratan pada tahap yang optimum bagi mengelakkan cramp atau strok haba, 4. Pengambilan suplemen dan mengikut sukatan yang betul. 5. Mendapatkan nasihat tentang cara pemakanan yang betul dari pakar pemakanan. 07
Dalam sukan ragbi, tubuh yang efisien juga memainkan peranan yang besar terhadap sukan ragbi oleh kerana perlanggaran yang begitu kerap sepanjang permainan.Beliau sebagai pemain ragbi juga perlu mengambil berat tentang keseimbangan berat badan iaitu komposisi badan mereka. Selain itu, pengambilan makanan yang sihat dan baik akan memberikan kelebihan yang ketara antara pemain ragbi yang tidak mengambil berat tentang aspek pemakanan dengan pemain ragbi yang menitikberatkan aspek pemakanan. Hal ini kerana keberkesanan bahan makanan yang telah pemain ragbi ambil dengan betul menyebabkan proses yang diperlukan oleh tubuh berjaya diuraikan dan dibahagikan dengan sempurna keseluruh tubuh badan. UNIT 7: PERBINCANGAN 08
UNIT 8: RUMUSAN DAN KESIMPULAN Dapat dirumuskan bahawa pemakanan yang baik mampu menjana prestasi yang baik ketika bertanding. Semakin kita berdisiplin dalam menjaga pemakanan, semakin meningkat prestasi dan cara permainan yang akan kita terjemahkan. Tidak dinafikan bahawa pemakanan bagi atlet ragbi yang profesional amat dijaga dan dipantau oleh kerana untuk menjaga keseimbangan dari semua aspek seperti lemak, komposisi badan, dan lain-lain. Aspek-aspek utama yang telah saya perkatakan diatas perlu diberi perhatian yang serius dalam pemakanan bagi pemainpemain ragbi. Pemain ragbi sebaiknya menjadikan pemakanan sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhan untuk mencapai prestasi yang optimum. 09
UNIT 9: RUJUKAN https://www.mdpi.com/2304-8158/10/1/7 https://www.mdpi.com/2075-4663/6/2/49 https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1186/1550-2783-10-9 https://journals.lww.com/nscajscr/fulltext/2015/02000/Quantification_of_Training_Load,_E nergy_Intake,.31.aspx https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1186/s12970-015- 0082-y 10 Di sini saya sertakan pautan temuduga saya bersama atlet ragbi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI. Pautan: https://youtu.be/VRi9CHzII1Y