PROGRAM ORIENTASI
MURID-MURID TINGKATAN 1 TAHUN 2021
Jom Kenali Sejarah
SMK RUSILA, MARANG TERENGGANU
SMK Rusila terletak di Daerah Marang. Jarak Sekolah ini ialah 13 km iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dari bandar
Kuala Terengganu. Dahulunya tapak sekolah ini merupakan suatu kawasan yang terkenal dan menjadi tumpuan
ramai kerana kawasan ini merupakan sebuah lombong tradisional yang lebih dikenali sebagai Lubuk Mandi.
SMK Rusila mula beroperasi pada 1 Januari 1997. Sekolah ini telah beroperasi selama 23 tahun. Sekolah saluran
ialah SK Rusila, SK Ru Rendang dan SK Medan Jaya.
Pengetua di SMK Rusila silih berganti bermula dengan Tuan Haji Mohamad @ Abdul Aziz bin Muda (1997-1999), diikuti
dengan Allahyarhamah Pn. Hjh Fatimah binti Abdullah (1999-2001), En. Ahmad @ Hamid bin Husain (2001-2013),
Allahyarhamah Pn. Hjh Zainun binti Muda (2003-2007), Hjh Timah binti Hamzah (2007-2010), Tn. Hj. Abdul Muie bin
Ngah (2010-2014) En. Nor Aslan bin Mohd Yusoff (2014-2016), Pn. Wan Rohana binti Wan Wan Mansor (2016-2018)
dan Tn. Hj Shukor bin Awang (2018 – sekarang)
Dari aspek fizikal, SMK sudah berubah wajah. 3 buah bangunan baharu telah dibina iaitu Makmal Komputer (2001) di
laluan masuk ke sekolah, Kafeteria Hjh Zainun (2003) di Bilik Masakan Katering dan Penyajian dan surau (2016) di
belakang Blok Efektif. Bilik Masakan Katering dan Penyajian telah dinaiktaraf sebagai bilik untuk mata pelajaran PVMA
Penyajian Makanan (2018). 4 buah bilik darjah di blok C pada aras bawah telah diubah suai untuk keperluan tersebut.
Pada tahun 2011 kelas program Pendidikan Khas (PPKI) telah dibuka di SMK Rusila. Bermula dengan sebuah kelas, kini
bertambah menjadi 5 buah kelas
Selain itu, taman dan replika telah memenuhi perkarangan sekolah. Antaranya replika ‘Aktiviti Mendulang Emas’ di
pintu masuk sekolah oleh En Kashfullah bin Hj Ramli. Replika ‘Pelita Ilmu Penyuluh Kehidupan’ dan ‘Iqra’ di laluan
masuk ke sekolah serta air pancutan ‘Rahim Ibu’ di perkarangan Makmal Sains oleh Allahyarham En. Mohamad
Zafriddin bin Makmon. Kolam ikan dikafeteria Rusila oleh En. Shamsul Bahrin bin Jusoh. Taman Herba oleh Tengku
Sharipah Zawiyah binti Tengku Embong dan ‘ Replika Batu Bersurat’ oleh En. Nor Aslan bin Mohd Yusoff.
Mulai 2015, SMK Rusila mencapai kejayaan mewakili Terengganu dalam Anugerah Surau Imarah dan Musolla
Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Penyertaan
pertama SMK Rusila mendapat hadiah saguhati. SMK Rusila sekali lagi menjadi wakil Terengganu dalam Anugerah
Surau Imarah dan Musolla dan telah Berjaya dinobatkan Naib Johan.
Daripada aspek Kurikulum murid-murid SMK Rusila sentiasa menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan PT3 dan SPM.
Pada tahun 2008 seorang murid telah berjaya mendapat semua A dalam SPM iaitu Nur Shahidah binti Ariffin dan tahun
2015 ialah Wan Nor Azita binti Wan Salleh. Manakala pada tahun 2019, Muhammad Firdaus bin Kamaruddin telah
berjaya merangkul semua A dalam SPM.
Dalam aktiviti kokurikulum SMK Rusila telah menunjukkan kecemerlangan dalam kejohanan sukan dan permainan
daerah Marang. Antaranya, pada kejohanan MSSD tahun 2020, SMK Rusila berjaya mendapat 3 Pingat Emas, 3 Gangsa
dan 3 kedudukan tempat ke 4. Begitu juga dalam Kejohanan Olahraga PPKI, SMK Rusila juga berjaya mencapai
kecemerlangan. Nor Fitrah binti Abdullah telah dinobatkan Atlit terbaik dan Olahragawati Kejohanan Olahraga PPKI
tahun 2020.
Kelas PPKI SMK Rusila juga terpilih mewakili Negeri Terengganu dalam pertandingan Kemahiran sempena
Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas. Pertandingan ini berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya pada 20 Ogos
2019. Pelajar yang terlibat ialah Noor Fitrah binti Abdullah dan Nor Aishah Syahirah binti Suhaimi. Kedua-duanya
telah menerima hadiah saguhati penyertaan.
SMK Rusila berpotensi untuk cemerlang pada masa depan, baik dalam bidang kurikulum, sahsiah mahupun
kokurikulum. Slogan ‘SEMRHU HEBAT’ menjadi kata-kata hikmah untuk menyuntik semangat warga sekolah untuk
berjaya
“SEMRHU HEBAT”
KE ARAH GENERASI AS-SYAKIRIN