The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by latifahakim221, 2021-09-28 22:28:12

BUKU PELAPORAN MESYUARAT AGUNG 2020

BUKU PELAPORAN MESYUARAT AGUNG 2020

1

KANDUNGAN MUKA SURAT

BIL PERKARA 3
4
1. Atur Cara Majlis 5
2. Notis Peringatan Mesyuarat Agung Kali Ke-20 11
3. Peringatan Minit Mesyuarat Agung Kali ke- 19 12
4. Senarai Nama AJK Sesi 2020 / 2021 13
5. Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sesi 14
15
2020/2021 16
6. Laporan Tahunan PIBG 17
7. Penyata Kewangan Tahun 2020 18
8. Bayaran Tambahan Persekolahan Tahun 2021
9. Maklum Balas Cadangan / Usul Yang Lepas
10. Cadangan / Usul

Penghargaan dan Terima Kasih

2

ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 20 TAHUN 2021
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RUSILA, MARANG
21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Tarikh : 30 September 2021
Hari : Khamis
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Medium : Google Meet http://meet.google.com/ggq-ihye-mcp

ATURCARA PROGRAM

9.30 pagi : Link google meet dibuka
: Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga / Guru

10.00 pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis
: Bacaan doa
Oleh : Ustaz Mohd Yusof bin Mahmud
: Persembahan Multimedia
: Ucapan Pengetua SMK Rusila
: Oleh : Tn. Hj Shukor bin Awang
Ucapan YDP PIBG SMK Rusila
: Oleh : Encik Wahad bin Osman
Ucapan dan Perasmian
Oleh : Encik Abd Aziz bin Yusof

Pegawai Perhubungan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Marang
Persembahan Multimedia
Penutup majlis perasmian

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20

11.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 bermula ;
1.0 Ucapan YDP
2.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu
3.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
4.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata

Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
5.0 Maklum balas Cadangan/Usul Mesyuarat Agung yang

lepas
6.0 Membahaskan cadangan usul
7.0 Ucapan Penangguhan
8.0 Cabutan Bertuah

3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)  : 09-6178546
SMK RUSILA, MARANG FAKS : 09-6178136
21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

Ruj. Kami: SMKR 100-10/6/1 Jld. 2 ( )
Tarikh : 9 SEPTEMBER 2021

YB Dato‘ / Datin / Tuan / Puan
Ibu Bapa / Penjaga
Murid-murid SMK Rusila

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMK RUSILA KALI KE-20

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki,

2. Berhubung perkata di atas, pihak sekolah menjemput YB Dato’ / Datin / Tuan / Puan
untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Rusila kali ke-20 yang akan diadakan seperti
butiran berikut:-

Tarikh : 30 September 2021 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman sendiri
Medium : Google meet http://meet.google.com/ggq-ihye-mcp

3. Bersama-sama ini disertakan link google form usul untuk dibincangkan dalam
Mesyuarat Agung tersebut. Semua usul mesti dihantar selewat-lewatnya pada 16 September
2021 (Khamis).

https://forms.gle/XbRBdn9Tbv7TiX5a9

4. Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan
jika YB Dato‘ / Datin / Tuan / Puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk

membantu meningkatkan kecemerlangan para pelajar amat digalakkan.

5. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, marilah kita bersama-
sama berganding bahu untuk kecemerlangan SMK Rusila. Kehadiran YB Dato‘ / Datin / Tuan /

Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN”

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………
(EN. WAHAD BIN OSMAN)
PENGERUSI PIBG SMK RUSILA.

4

PERINGATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 2020
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RUSILA, MARANG, TERENGGANU

Tarikh : 13 Februari 2019

Hari : Khamis

Masa : 9.30 Pagi

Perasmi : En. Mat Nasir bin Draman

Timbalan PPD Sektor Pengurusan Murid,

Pejabat Pendidikan Daerah Marang

AGENDA 1
UCAPAN PENGETUA
TUAN HAJI SHUKOR BIN AWANG

Beliau memulakan ucapan aluan kepada semua yang hadir iaitu En. Mat Nasir bin
Draman, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Murid, wakil Tuan Haji Mohamad Nawawi bin Rani,
Pegawi Pendidikan Daerah Marang. Seterusnya, Encik Wahad bin Osman, YDP PIBG SMK
Rusila, Inspektor Nurul Awanis binti Dzulkifli, Pegawai Bahagian Perhubungan Sekolah, IPD
Marang, Cg. Mohd Zainuddin bin Mohd Ali, PK Pentadbiran, Cg. Ibrahim bin Mohd Amin, PK
HEM, Cg. Mohamed Sukri bin Jusoh, PK Kokurikulum, Cg. Zainab binti Abu Bakar, PK PPKI,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, AJK PIBG, guru-guru SMK Rusila dan para ibu bapa yang
hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 tahun 2020.

Pertamanya, beliau menyuarakan rasa syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat
agung bersama Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan. Beliau juga menyampaikan
salam daripada Pegawai Pendidikan Daerah Marang yang tidak dapat hadir kerana terpaksa
menghadiri satu tugas rasmi di Kuala Lumpur. Seterusnya, beliau amat berterima kasih kepada
ibu bapa yang menunjukkan kecaknaan dan sanggup mengorbankan masa sebagai tanda
sokongan kepada pihak sekolah.

Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa seramai 345 pelajar layak menerima bantuan
awal persekolahan sebanyak RM100 pada tahun ini. Pelajar-pelajar yang layak menerima
bantuan merupakan pelajar-pelajar yang mempunyai pendapatan ibu bapa RM3000 ke bawah.
Harapan beliau agar bantuan yang diterima dapat memberi manfaat dan perangsang kepada
anak-anak pelajar untuk melengkapkan keperluan pembelajaran di sekolah.

Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi beliau mengharapkan ibu bapa sentiasa
memberi kerjasama demi kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Beliau
mengharapkan SMK Rusila terus menempa kejayaan dalam peperiksaan awam terutamanya
dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas
keprihatinan dan komitmen semua pihak dalam memastikan kecemerlangan para pelajar SMK
Rusila serta memberi kerjasama yang begitu baik kerana menghadirkan diri ke majlis
Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini.

AGENDA 2
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
EN. WAHAD BIN OSMAN

Beliau memulakan ucapan aluan kepada semua yang hadir iaitu En. Mat Nasir bin
Draman, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Murid, wakil Tuan Haji Mohamad Nawawi bin Rani,
Pegawi Pendidikan Daerah Marang. Seterusnya, Tn. Hj. Shukor bin Awang, Pengetua SMK
Rusila, Inspektor Nurul Awanis binti Dzulkifli, Pegawai Bahagian Perhubungan Sekolah, IPD
Marang, Cg. Mohd Zainuddin bin Mohd Ali, PK Pentadbiran, Cg. Ibrahim bin Mohd Amin, PK

5

HEM, Cg. Mohamed Sukri bin Jusoh, PK Kokurikulum, Cg. Zainab binti Abu Bakar, PK PPKI,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, AJK PIBG, guru-guru SMK Rusila dan para ibu bapa yang
hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 tahun 2020.

Beliau mengingatkan ibu bapa agar tidak mengambil tindakan melulu apabila menerima
sebarang aduan daripada anak-anak. Beliau mengharapkan agar ibu bapa datang ke sekolah
dan berbincang dengan pihak sekolah jika timbul sebarang masalah berkaitan anak-anak
mereka di sekolah. Seterusnya, ibu bapa hendaklah sentiasa memantau anak-anak agar tidak
ponteng dan hadir ke sekolah. Akhir sekali, beliau mengingatkan ibu bapa untuk memastikan
anak-anak yang datang ke sekolah dengan bermotosikal agar memakai topi keledar. Beliau
turut mendoakan agar anak-anak SMK Rusila sentiasa cemerlang di dunia dan juga akhirat.

AGENDA 3
UCAPAN PERASMIAN OLEH ENCIK MAT NASIR BIN DRAMAN, TIMBALAN PPD SEKTOR
PENGURUSAN MURID, WAKIL TN. HAJI MOHAMAD NAWAWI BIN RANI, PEGAWAI
PENDIDIKAN DAERAH MARANG

Beliau memulakan ucapan salam dan turut menyampaikan salam daripada Tn. Hj.
Mohamad Nawawi bin Rani, Pegawai Pendidikan Daerah Marang yang tidak hadir disebabkan
ada urusan rasmi di Kuala Lumpur. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Encik Wahad bin
Osman yang telah dilantik sebagai YDP PIBG SMK Rusila. Seterusnya, ucapan aluan kepada
Tn. Hj. Shukor bin Awang, Pengetua SMK Rusila, Inspektor Nurul Awanis binti Dzulkifli,
Pegawai Bahagian Perhubungan Sekolah, IPD Marang, Cg. Mohd Zainuddin bin Mohd Ali, PK
Pentadbiran, Cg. Ibrahim bin Mohd Amin, PK HEM, Cg. Mohamed Sukri bin Jusoh, PK
Kokurikulum, Cg. Zainab binti Abu Bakar, PK PPKI, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, AJK
PIBG, guru-guru SMK Rusila dan para ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-19 tahun 2020.

Pertamanya, beliau mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang telah memberi
komitmen terhadap pendidikan anak-anak bagi memastikan kecemerlangan anak-anak dalam
akademik. Sesungguhnya tanpa komitmen ibu bapa tidak mungkin anak-anak dan pihak
sekolah mampu mencapai kejayaan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada SMK Rusila
atas beberapa kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2019. Harapan beliau agar salah
seorang pelajar target SMK Rusila akan mendapat straight A dalam SPM yang akan
diumumkan tidak lama lagi.

Beliau turut menyampaikan pesanan daripada PPD Marang untuk menjelaskan slogan
PPD Marang iaitu “MARANG MEGANG”. “MEGANG” membawa makna mengungguli,
mendepani, berprestasi tinggi, mantap, konsisten, menjadi pemimpin perubahan, keterbilangan
dalam semua aspek dan memiliki ciri-ciri sebagai juara. Harapan dan azam PPD Marang
adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.

Seterusnya, beliau turut menyentuh tentang hasrat dan harapan pengarah Jabatan
pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) yang baharu, Encik Salim bin Ab Ghani berkaitan hala
tuju JPNT iaitu “MENDEPANI PENDIDIKAN GLOBAL” (MPG). Sehubungan itu,beliau
mengharapkan para pelajar dapat mendepani pendidikan alaf baru sesuai dengan perubahan
dunia pada hari ini. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk
menyediakan anak-anak ke arah pendidikan global. Namun begitu, ibu bapa juga hendaklah
menekankan pendidikan rohani anak-anak agar kejayaan yang dicapai oleh anak-anak bukan
sekadar kejayaan di dunia tetapi mereka juga memiliki ilmu agama dan sahsiah yang tinggi.

6

Anak-anak yang mempunyai jati diri yang tinggi ibarat ikan-ikan di lautan yang tidak pernah
masin walaupun air laut itu masin. Beliau turut memberi contoh pelajar-pelajar di sekolah Imtiaz
yang bukan sahaja bijak dalam akademik tetapi juga menguasai ilmu agama yang sangat
tinggi. Justeru, beliau menyeru agar ibu bapa sentiasa berani menghadapi cabaran semasa
kerana seandainya ibu bapa ketinggalan dalam perkembangan global pada hari ini,
kemungkinan anak-anak mereka juga akan jauh ketinggalan ke belakang.

Akhir sekali, beliau turut memberitahu kepada ibu bapa agar sentiasa memberi peluang
kepada anak-anak untuk menimba ilmu pengetahuan. Seandainya ada dalam kalangan anak-
anak tidak mampu menguasai bidang akademik, ibu bapa boleh menghantar anak-anak
mereka mempelajari pelbagai kemahiran di kolej-kolej atau institusi yang menyediakan pelbagai
kemahiran untuk anak-anak yang gagal dalam bidang akademik. Sebagai contoh KT Skill di
Chendering, telah berjaya melahirkan ramai tenaga mahir dalam kalangan anak-anak yang
kurang berminat dalam bidang akademik. Walau bagaimanapun, bagi anak-anak yang
mempunyai peluang untuk lulus dalam peperiksaan SPM, mereka hendaklah mengambil
peperiksaan SPM terlebih dahulu kerana peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi adalah semakin luas berbanding pelajar-pelajar yang tidak
mempunyai sijil SPM. Selain itu, beliau turut menyentuh tentang aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah-sekolah. Beliau amat menekankan agar anak-anak melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum kerana setiap penglibatan mereka akan dikira markah bagi
permohonan ke IPT selepas tamat SPM.

Sebagai penutup bicara, sekali lagi beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan
mengadakan mesyuarat agung PIBG pada hari tersebut. Beliau turut mendoakan agar SMK
Rusila terus cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada dari segi sahsiah mahupun
akademik.

AGENDA 4 : MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 2020/1441H

Tarikh : 13 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Dewan Hikmah SMK Rusila
Pengerusi : Encik Jazan bin Mohd Noor

Agenda 4.1 Ucapan Naib Yang DiPertua PIBG
- Pertamanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang
hadir dalam mesyuarat agung pada kali ini.
- Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar sentiasa menghormati para guru untuk
dijadikan contoh kepada anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu, jika timbul
sebarang masalah, beliau meminta agar ibu bapa datang ke sekolah berbincang
dengan para guru dan bukannya mengambil tindakan melulu.
- Beliau amat kesal dengan tindakan segelintir ibu bapa pada hari ini yang terus
mengambil tindakan mahkamah tanpa berbincang dengan pihak sekolah.
- Beliau turut meminta agar ibu bapa sentiasa membuat pemantauan terhadap anak-anak
terutama dari segi pemakaian topi keledar dan kehadiran ke sekolah tepat pada masa
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Beliau mendoakan agar suatu hari nanti SMK Rusila akan menjadi sebuah sekolah yang
cemerlang di daerah Marang
- Akhir sekali, beliau turut meminta agar ibu bapa sentiasa bertegas kepada anak-anak
yang tidak mengambil berat terhadap solat sebagaimana mereka amat bertegas dan
mengambil tindakan apabila anak-anak mereka gagal dalam pelajaran.

7

Agenda 4.2 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu
- En. Jazan bin Mohd Nor (Mantan Setiausaha PIBG) membentangkan minit Mesyuarat
Agung kali ke-18 sesi 2019 sebagaimana yang tercatat pada muka surat 4 hingga muka
surat 11 untuk diterima dan disahkan oleh ahli mesyuarat.
- Cadangan pengesahan oleh Tn. Hj. Azham bin Muda dari Kampung Rusila dan
disokong oleh Pn. Zarhanam binti Besar dari Kampung Rhu Rendang.

Agenda 4.3 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
- Mantan Setiausaha memaklumkan bahawa terdapat banyak aktiviti yang diadakan di
sekolah. Namun, hanya aktiviti yang penting sahaja disenaraikan dalam buku pelaporan
sebagaimana tercatat pada muka surat 12.
- En. Abdul Malik bin Mahmud, MPKK Taman Medan Jaya mencadangkan agar laporan
aktiviti tahunan PIBG Sesi 2019 diterima sebulat suara. Cadangan tersebut disokong
oleh En. Mohd Shaari bin Sidek.

Agenda 4.4 Membentang , Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Yang Berakhir
Pada 31 Disember 2019

- Puan Fauziah binti Abd Rahman, Bendahari PIBG telah membentangkan penyata
kewangan yang bermula 1/1/2019 dan berakhir pada 31/12/2019.

- Beliau meminta ahli mesyuarat merujuk lampiran kewangan yang dikepilkan bersama
buku pelaporan pada muka surat 13.

- Semua ahli mesyuarat berpuas hati dengan penyata kewangan yang telah dibentang
- Cadangan pengesahan telah dibuat oleh Pn. Hasnah binti Awang dari Taman Medan

Jaya dan telah disokong oleh En. Mohd Shukri bin Embong dari Kampung Sungai
Kerak.

Agenda 4.5 Penetapan Bayaran Tambahan Persekolahan Tahun 2020

- Ahli mesyuarat diminta merujuk muka surat 14 berkaitan cadangan bayaran tambahan

persekolahan tahun 2020.

- Pengetua memberi penjelasan bahawa dana yang dibekalkan oleh pihak kerajaan tidak

mencukupi untuk menampung pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Oleh itu, pihak sekolah memerlukan dana tambahan untuk membantu dalam

menjayakan aktiviti-aktiviti peningkatan akademik dan sahsiah murid-murid di sekolah

seperti Kem Kepimpinan Pemimpin-pemimpin pelajar yang akan diadakan pada bulan

Mac nanti.Seterusnya, beliau turut menjelaskan bahawa jumlah kutipan Projek SPM

lebih besar berbanding dengan tingkatan lain memandangkan program-program yang

melibatkan pelajar-pelajar SPM adalah paling banyak kerana peperiksaan SPM

merupakan peperiksaan yang paling penting.

- Semua ahli mesyuarat bersetuju menerima cadangan bayaran tambahan yang telah

ditetapkan seperti berikut:

- Sumbangan PIBG (satu keluarga) - RM50.00

Sumbangan Surau (satu keluarga) - RM15.00

Majalah Sekolah (satu keluarga) - RM15.00

Projek Kecemerlangan (Setiap pelajar)

-Tingkatan 1,2 dan 4 -RM30.00

-Tingkatan 3 -RM50.00

-Tingkatan 5 -RM70.00

Agenda 4.6 Maklum balas Cadangan/ Usul Mesyuarat Agung yang lepas
- Dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-18 tahun 2019, terdapat tiga cadangan usul yang
dikemukakan.
- Cadangan usul pertama agar pihak kantin sekolah mempelbagaikan variasi (jenis)
makanan dengan mengambil kira harga makanan yang berpatutan dan kuantiti
sepatutnya. Usul ini telah diambil tindakan oleh pihak pengurusan dengan mengadakan
perbincangan dengan jawatankuasa kantin sekolah dan pengusaha kantin sendiri.
Harga makanan di kantin telah diselaraskan.

8

- Cadangan usul kedua supaya kemudahan telefon awam dibaik pulih. Usul ini juga telah
diambil tindakan oleh pihak pengurusan dengan menghubungi pihak yang berkaitan.
Kemudahan telefon awam telah dibaik pulih dan boleh digunakan.

- Cadangan usul ketiga adalah supaya pihak sekolah memohon sumbangan kertas A4
daripada ibu bapa atau penjaga untuk kegunaan pelajar. Mantan setiausaha
memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima sumbangan sebanyak 18 rim
kertas A4 dan telah diguna pakai.

Agenda 4.7 Membahaskan Cadangan Usul
- Pengerusi memaklumkan bahawa tidak ada cadangan usul daripada ibu bapa dan AJK
PIBG untuk dibahaskan.
- Encik Mohd bin Ismail telah mengemukakan satu cadangan secara spontan dan
berharap cadangan tersebut menjadi satu usul yang boleh dibincangkan dan
dibahaskan secara bersama. Beliau mencadangkan agar gejala ponteng yang
melibatkan segelintir murid-murid SMK Rusila berhampiran Taman Medan Jaya diambil
tindakan segera sebelum gejala tersebut menjadi lebih serius. Isu tersebut dibangkitkan
kerana pihak PIBG pernah mendapat maklumat daripada penduduk setempat yang
memaklumkan bahawa terdapat dalam kalangan murid-murid SMK Rusila ponteng pada
waktu persekolahan. Sehubungan maklumat tersebut, pihak PIBG dengan kerjasama
MPKK Taman Medan Jaya pernah beberapa kali membuat serbuan di kawasan yang
menjadi tumpuan kegiatan ponteng. Namun, hanya sekali mereka menjumpai motosikal
dan beg sekolah tetapi tidak pernah bertembung dengan murid-muri yang ponteng.
Walaupun masalah ponteng tidak begitu serius, tetapi beliau amat berharap agar
tindakan menangani gejala ponteng dapat dilakukan oleh pihak sekolah.
- Cadangan Encik Mohd bin Ismail telah mendapat respon daripada Encik Malik, MPKK
Taman Medan Jaya. Dalam menangani gejala ponteng, beliau memaklumkan bahawa
masyarakat Taman Medan Jaya telah pun membuat perancangan bagi menangani
gejala tersebut. Namun begitu, beliau berharap agar pihak sekolah dan PIBG turut
melibatkan agensi luar seperti pihak polis kerana setiap tindakan yang diambil
hendaklah berlandaskan undang-undang. Dalam hal ini, beliau turut berharap ibu bapa
sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan PIBG bagi membasmi gejala
tersebut.

Agenda 4.8 Pembubaran Jawatankuasa
- NYDP PIBG telah membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019.

Agenda 4.9 Melantik Seorang Pengerusi Sementara
- Ahli mesyuarat sebulat suara melantik Encik Jazan bin Mohd Noor sebagai pengerusi
sementara bagi mengendalikan pemilihan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021.

Agenda 4.10 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2020/2021
- Puan Jamilah binti Abdullah telah mencadangkan Encik Wahad bin Osman sebagai
Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2020/2021. Cadangan tersebut tersebut diterima sebulat
suara oleh ahli mesyuarat.
- En Jazan bin Mohd Noor mencadangkan Encik Mohd bin Ismail sebagai Naib Yang
Dipertua PIBG bagi sesi 2020/2021. Cadangan tersebut juga diterima sebulat suara
oleh ahli mesyuarat.
- Tn. Hj. Azham bin Muda mencadangkan agar empat orang MPKK iaitu MPKK Kampung
Rhu Renggeh, MPKK Kampung Rusila, MPKK Kampung Rhu Rendang dan MPKK
Taman Medan Jaya turut dimasukkan dalam jawatankuasa PIBG. Cadangan tersebut
telah diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
- Ahli mesyuarat juga memutuskan agar AJK lama dikekalkan.
- Senarai lengkap AJK PIBG sesi 2020/2021 akan dimaklumkan semula disebabkan
terdapat beberapa orang AJK PIBG yang lama tidak hadir atas beberapa urusan dan
mereka tdak memaklumkan sama ada ingin kekal ataupun menarik diri daripada AJK
PIBG bagi sesi 2020/2021.

9

Agenda 4.11 Memilih Dua Orang Juruaudit Dalaman
- Pemilihan dua orang juruaudit dalaman tidak dibuat dalam mesyuarat agung dan akan
dipilih dalam kalangan guru.

Agenda 4.12 Ucapan Penangguhan
- Encik Azman bin Abd Hadi, guru besar SK Rusila telah mengucapkan tahniah kepada
AJK baharu yang telah dilantik dalam mesyuarat agung PIBG kali ke-19 bagi sesi
2020/2021.
- Beliau turut mengucapkan tahniah kepada SMK Rusila kerana pada tahun 2020, SMK
Rusila telah menerima murid-murid tingkatan 1 yang berkualiti serta menguasai
kemahiran membaca dan menulis dengan baik.Hal ini kerana tiga buah sekolah yang
menjadi “feeder school” SMK Rusila merupakan antara sekolah yang mendapat
keputusan UPSR terbaik daerah Marang tahun 2019.
- Sehubungan dengan itu, beliau berharap SMK Rusila dapat meningkatkan
kecemerlangan murid-murid dan sekali gus dapat bersaing dengan SMK Agama Durian
Guling.
- Selain itu, beliau turut meminta agar pihak sekolah dapat memantapkan unit beruniform
khususnya dalam usaha memupuk minat murid-murid dalam unit uniform.Malah beliau
juga berharap pihak sekolah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti bagi melayakkan
murid-murid mendapat pelbagai lencana dalam unit-unit uniform yang disertai oleh
mereka.
- Encik Mohd Zainuddin bin Mohd Ali, PK Pentadbiran SMK Rusila turut mengucapkan
tahniah dan terima kasih atas segala usaha bagi membantu kecemerlangan pihak
sekolah sama ada dalam akademik, hal ehwal murid dan juga kokurikulum.
- Beliau turut mengucapkan tahniah kepada AJK yang baharu dilantik pada tahun ini dan
berharap mereka terus memberi sokongan dalam membantu pihak sekolah terutama
dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
- Akhir sekali,beliau berharap segala jasa yang dicurahkan oleh guru-guru dalam
mendidik anak-anak murid di sekolah sentiasa mendapat keredaan dan rahmat
daripada Allah SWT.

Disediakan oleh : Disemak oleh

……………………. ………………………
AZLIMAN BIN AZIZ WAHAD BIN OSMAN
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SMK Rusila, Marang, SMK Rusila, Marang,

10

AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020 / 2021
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RUSILA, MARANG

BIL NAMA JAWATAN
1 CIKGU TN HJ SHUKOR BIN AWANG PENGETUA
2 EN. WAHAD BIN OSMAN YANG DIPERTUA
3 EN. MOHD BIN ISMAIL NAIB YANG DIPERTUA
4 CIKGU AZLIMAN BIN AZIZ SETIAUSAHA
5 CIKGU LATIFAH BINTI HASHIM PENOLONG SETIAUSAHA
6 CIKGU ZALEHA BINTI MUDA SETIAUSAHA PIBKS
7 CIKGU HASMAH BINTI SAID BENDAHARI
8 CIKGU NURALAIMIE BINTI RAZALI
9 TUAN HAJI AHMAD ROSLIM BIN JA’AFAR PENOLONG BENDAHARI
10 TUAN HAJI MOHD KAMAL BIN ABDULLAH
11 EN. ABDUL MALEK BIN MAHMUD AJK IBU BAPA
12 EN. ABU BAKAR @ EMBONG BIN MOHD AJK IBU BAPA
13 EN. WAN NELANG BIN ABD RAHMAN AJK IBU BAPA
14 EN. MOHD AZHAN BIN MUDA AJK IBU BAPA
15 TUAN HAJI MOHD YUSOF BIN ABDUL RAHMAN AJK IBU BAPA
16 PUAN HAJAH JAMILAH BINTI ABDULLAH AJK IBU BAPA
17 EN MUSTAFFA BIN ABDULLAH AJK IBU BAPA
18 ENCIK ZAKARIA BIN NGAH AJK IBU BAPA

19 CIKGU JAWARIAH BINTI MOHAMMED AJK IBU BAPA
AJK IBU BAPA
20 USTAZAH ROSLIZA BINTI ABDUL RAZAK AJK GURU
(PEMBANGUNAN SEKOLAH)
21 CIKGU AHMAD REDZUAN BIN MOHD AZMI AJK GURU
(SETIUSAHA SURAU)
22 CIKGU ZAINUN BT. IBRAHIM AJK GURU
(SETIAUSAHA DISIPLIN)
AJK GURU
(PENYELARAS KUTIPAN TABUNG
SURAU)

11

KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2020 / 2021
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RUSILA, MARANG

NAMA JAWATAN 25.6.2020 12.7.2020 JUM

1 CIKGU TN HJ SHUKOR BIN AWANG PENGETUA / /2
/ /2
2 EN. WAHAD BIN OSMAN YANG DIPERTUA / /2
/ -1
3 EN. MOHD BIN ISMAIL NAIB YANG DIPERTUA
/ /2
4 CIKGU HJH WAN ASMAH BINTI WAN MANTAN SETIAUSAHA / /2
ISMAIL (TELAH BERSARA) / /2
/ /2
5 CIKGU AZLIMAN BIN AZIZ SETIAUSAHA
- --
6 CIKGU LATIFAH BINTI HASHIM PEN SETIAUSAHA - --
/ /2
7 CIKGU ZALEHA BINTI MUDA SETIAUSAHA PIBKS
/ /2
8 CIKGU FAUZIAH BINTI ABDUL MANTAN BENDAHARI
/ /2
RAHMAN (TELAH BERTUKAR) / /2

9 CIKGU HASMAH BINTI SAID BENDAHARI BAHARU / /2
/ /2
10 CIKGU NURALAIMIE BINTI RAZALI PENOLONG BENDAHARI / /2

11 TUAN HAJI AHMAD ROSLIM BIN AJK IBU BAPA / /2
JA’AFAR
- --
12 TUAN HAJI MOHD KAMAL BIN AJK IBU BAPA - -0
ABDULLAH / /2

13 EN. ABDUL MALEK BIN MAHMUD AJK IBU BAPA / /2

14 EN. ABU BAKAR @ EMBONG BIN AJK IBU BAPA / /2
MOHD
/ /2
15 EN. WAN NELANG BIN ABD RAHMAN AJK IBU BAPA

16 EN. MOHD AZHAN BIN MUDA AJK IBU BAPA

17 TUAN HAJI MOHD YUSOF BIN ABDUL AJK IBU BAPA
RAHMAN

18 PUAN HAJAH JAMILAH BINTI AJK IBU BAPA
ABDULLAH

19 EN MUSTAFFA BIN ABDULLAH AJK IBU BAPA

20 ENCIK ZAKARIA BIN NGAH AJK IBU BAPA

21 CIKGU JAWARIAH BINTI MOHAMMED AJK GURU
(PEMBANGUNAN SEKOLAH)

22 USTAZAH ROSLIZA BINTI ABDUL AJK GURU

RAZAK (SETIUSAHA SURAU)

23 CIKGU AHMAD REDZUAN BIN MOHD AJK GURU

AZMI (SETIAUSAHA DISIPLIN)

AJK GURU

24 CIKGU ZAINUN BT. IBRAHIM (PENYELARAS KUTIPAN

TABUNG SURAU)

12

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG)
SMK. RUSILA, MARANG SESI 2020/2021

Kegiatan PIBG Sesi 2020/2021

Penglibatan PIBG dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah amat baik
walaupun dalam musim pandemik. Kehadiran AJK PIBG dalam aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah diharapkan dapat mengukuhkan hubungan erat antara pihak
sekolah dan juga ibu bapa. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
sekolah juga amat baik. Sambutan dan kerjasama ibu bapa terhadap aktiviti sekolah terutama
yang melibatkan anak-anak pelajar diharapkan dapat membantu dan menjadi pemangkin
kecemerlangan anak-anak.

Antara aktiviti yang disertai ialah :

BIL TARIKH KEGIATAN / AKTIVITI CATATAN
1 1 Januari 2020 Pemantauan Pembukaan Sekolah
2 12 Januari 2020 Majlis Meraikan Kenaikan Pangkat dan
Pertukaran Cikgu Hj Azman bin Tawang
3 2 Februari 2020 (Mantan Penolong Kanan Pentadbiran) ke
4 11 Februari 2020 SMK Seri Serating sebagai Pengetua.
5 13 Februari 2020 Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid
6 18 Februari 2020 Sambutan Jubli Emas SMK Bukit Sawa di
7 2-3 Mac 2020 padang SMK Bukit Sawa
8 18 Mei 2020 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 19 dan
Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan
9 20 Mei 2020 Kejohanan Sukan Sekolah
10 24 Jun 2020 Kem Kepimpinan dan Jati Diri Pemimpin
11 15 Julai 2020 Pelajar
12 8 Oktober 2020 Sambutan Hari Guru secara dalam talian
13 29 Disember 2020 dan Penyampaian Laptop kepada pelajar
yang mendapat semua A dalam SPM
2019 (Muhammad Firdaus bin Kamarudin)
Majlis Penyampaian Sumbangan Prihatin
Pemantauan Pematuhan SOP
Pembukaan Sekolah (Ting 5)
Pemantauan Pematuhan SOP
Pembukaan Sekolah (Ting 1- 4)
Majlis Persaraan Cikgu Hj Md Nasir bin
Omar
Kem Kecemerlangan SPM 2020 di Pasti
Rusila

Disediakan oleh,

...............................

(AZLIMAN BIN AZIZ)
Setiausaha PIBG
SMK Rusila

13

PENYATA KEWANGAN TAHUN 2020
14

BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

Bayaran tambahan persekolahan ini adalah seperti tahun 2020 mengikut surat siaran bertarikh
12 April 2022 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT)

Bil Perkara PPKI TING. 1 TING. 2 TING. 3 TING. 4 TING. 5

1 Sumbangan PIBG (satu RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM50

keluarga)

2 Sumbangan Surau RM15 RM15 RM15 RM15 RM15 RM15

(satu keluarga)

3 Projek Kecemerlangan RM30 RM30 RM30 RM30 RM30 RM70

(setiap sekolah)

JUMLAH RM95 RM95 RM95 RM95 RM95 RM135

15

MAKLUM BALAS CADANGAN DAN USUL
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 19 TAHUN 2019

- Dalam mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 tahun 2020 terdapat satu usul dikemukakan.
- Usul daripada Encik Mohd bin Ismail agar gejala ponteng yang melibatkan murid-murid

SMK Rusila berhampiran Taman Medan Jaya diambil tindakan segera. Usul ini telah
diambil tindakan dengan mengadakan perbincangan dengan pegawai polis
perhubungan sekolah dan dalam makluman dan tindakan beliau.

16

CADANGAN / USUL
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 20 TAHUN 2020

Usul 1
Puan Nurul Akmal binti A. Razak @ Awang mencadangkan usul meminda perlembagaan
kaedah F iaitu kuasa bagi membelanjakan wang persatuan.
Bilangan (ii) iaitu bendahari kehormat dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada
RM 50.00 pada sesuatu masa dan memasukkan semua wang yang lebih ke dalam bank yang
diluluskan oleh jawatankuasa. Akaun bank hendaklah di atas nama persatuan.
Dipinda kepada:

1. Simpanan tunai di tangan bendahari kehormat terhad kepada maksimum RM500.
(Perubahan daripada RM50 kepada RM500 kerana mengambil kira bayaran tambahan
pelajar sekarang iaitu minimum RM95.00 dan maksimum RM135.00 bagi pelajar
tingkatan 5)

2. Duit PIBG yang lebih daripada RM500 perlu di simpan ke dalam akaun PIBG pada
keesokan hari atau dalam tempoh 48 jam kecuali penerimaan duit pada hari khamis
boleh di simpan di bank selewat-lewatnya pada hari ahad.

17

PENGHARGAAN

Semua AJK PIBG dan warga sekolah SMK Rusila merakamkan ucapan
terima kasih
kepada

Cikgu Abd Aziz bin Yusof
Pegawai Perhubungan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Marang,
Barisan Pengurusan Sekolah,

para ibu bapa,
guru-guru
dan

semua individu
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan majlis ini.
Terima kasih.

18


Click to View FlipBook Version