PEMERDAGANGAN MANUSIA LOH CHIN HUI
PENGHARGAAN 03 1.0 PENGENALAN 04 02 ISI KANDUNGAN 2.1 DEFINISI PEMERDAGANGAN MANUSIA 2.2 JENIS DAN BENTUK PEMERDAGANGAN MANUSIA 2.3 BAGAIMANAKAH PEMERDAGANGAN MANUSIA DIJALANKAN? 2.0 ANALISIS TERHADAP ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA 07 08 06 05 3.1 PERANAN PIHAK KERAJAAN 3.2 PERANAN PIHAK MEDIA MASSA 3.3 MELALUI PENDIDIKAN DI SEKOLAH 3.4 KAWALAN SEMPADAN YANG KETAT 3.0 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA 10 09 11 12 13 KESIMPULAN 14 RUJUKAN 15
PENGHARGAAN Salam Sejahtera dan bersyukur saya kepada Tuhan, kerana saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus bagi kursus Pendidikan Moral dengan kod kursus GPML1022. Tugasan ini merupakan penulisan akademik dalam bentuk digital (eBook) mengenai isu-isu moral dalam mengharungi cabaran kehidupan sosial dan cara penyelesaiannya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggitinggi terima kasih kepada En Ismail Bin Jaafar, pensyarah Pendidikan Moral kerana beliau telah banyak meluangkan masa dan memberi bimbingan untuk membantu saya menyiapkan tugasan ini. Beliau juga memberikan nasihat dan galakkan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Seterusnya, tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat kedua-dua ibu bapa saya iaitu En Loh Kee Yoon dan Pn Koo Fwee Yee yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan kepada saya sepanjang tugasan ini dijalankan. Di samping itu, terima kasih juga kepada ahli keluarga saya yang banyak memberikan pendapat kepada saya dalam pelaksanaan tugasan ini. Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada rakanrakan saya serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu saya menjayakan tugasan ini. Sekian, terima kasih. 03
04 Masalah pemerdagangan manusia adalah sesuatu masalah yang berlaku di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pemerdagangan manusia berlaku. Antara faktor-faktor yang menyebabkan pemerdagangan manusia berlaku termasuklah kimiskinan, tahap kesedaran masyarakat mengenai pemerdagangan manusia yang rendah, permintaan tenaga buruh yang tinggi dan lain-lain. Pemerdagangan manusia boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya adalah keselamatan dan keamanan negara terancam, imej negara terjejas dan lain-lain. Pemerdagangan manusia akan mengancam keselamatan dan keamanan negara kerana sindiket pemerdagangan manusia kini menyasarkan rakyat negara kita terutamanya golongan belia. Hal ini kerana golongan belia biasanya tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, tiada pendapatan atau masih belajar di universiti, mereka yang ingin mendapat pendapatan lumayan akan mudah ditipu oleh sindiket pemerdagangan manusia. Jelaslah bahawa pemerdagangan manusia akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Oleh itu, tindakan perlu diambil untuk membanteras kegiatan pemerdagangan manusia. 1.0 PENGENALAN
2.0 ANALISIS TERHADAP ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA 2.0 05
Apa itu pemerdagangan manusia? Menurut Laman Web Rasmi Kementerian Dalam Negeri, pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang. 2.1 DEFINISI PEMERDAGANGAN MANUSIA 06
07 2.2 JENIS DAN BENTUK PEMERDAGANGAN MANUSIA Terdapat juga pelbagai jenis dan bentuk pemerdangangan manusia. Antaranya termasuklah eksploitasi seks, buruh terikat, pengabdian dan permindahan organ. Mangsa eksploitasi seks dipaksa untuk melacurkan diri kerana terjatuh ke dalam perangkap dan penipuan sindiket pemerdagangan manusia. Buruh terikat adalah mangsa penyeludupan yang dipaksa melakukan kerja yang melampau tanpa menerima gaji, mereka biasanya akan didera dan diugut. Permindahan organ atau pemerdagangan organ manusia dilakukan melalui pengeksploitasian mangsa domestik atau mangsa yang diseludup.
Pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran dilakukan melalui laluan darat, laut dan udara. Sindiket pemerdagangan manusia akan menjadikan sesuatu negara sebagai negara transit dan negara penerima (negara destinasi) pemerdagangan manusia. Menurut informasi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), negara transit maksudnya suatu negara yang darinya, atau yang ke dalam atau melaluinya, orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup, mengikut manamana yang berkenaan, dibawa atau membuat perjalanan melalui darat, laut atau udara atau tinggal secara sementara di dalamnya sebagai sebahagian daripada perbuatan pemerdagangan orang atau penyeludupan migran. Manakala, negara penerima maksudnya suatu negara yang ke dalamnya orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup dibawa sebagai sebahagian daripada perbuatan pemerdagangan orang atau penyeludupan migran, mengikut mana-mana yang berkenaan. Terdapat lima agensi penguatkuasa di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkasaan Maritim Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja. 2.3 BAGAIMANAKAH PEMERDAGANGAN MANUSIA DIJALANKAN? 08
3.0 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA 3.0 09
3.1 Antara cara penyelesaian masalah pemerdagangan manusia adalah peranan pihak kerajaaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak kerajaan sentiasa berusaha dalam membanteras kegiatan pemerdagangan manusia. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran yang berkaitan dengan jenayah pemerdagangan manusia untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terutamanya belia mengenai pemerdagangan manusia. Pihak Kerajaan juga boleh bekerjasama dengan negara lain dalam membanteras kegiatan pemerdagangan manusia. Ini adalah selaras dengan nilai kerjasama, di mana kita seharusnya bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Dengan kerjasama antarabangsa, aktiviti pemerdagangan manusia dapat dibanteras dengan lebih berkesan. PERANAN PIHAK KERAJAAN 10
3.2 Selain itu, pihak media massa juga boleh memainkan peranan mereka dalam mengatasi masalah pemerdagangan manusia. Salah satu faktor aktiviti pemerdagangan manusia ini boleh berlaku adalah disebabkan kesedaran masyarakat yang rendah mengenai jenayah pemerdagangan manusia. Ramai orang menjadi mangsa pemerdagangan manusia kerana kemiskinan, penipuan dan lain-lain. Oleh itu, pihak media massa mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aktiviti pemerdagangan manusia melalui pelbagai saluran seperti surat khabar. Masyarakat perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi mengenai jenayah pemerdagangan manusia dan perlu mengetahui cara bagaimana mengelakkan diri sendiri daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Pihak media massa haruslah mengamalkan nilai bertanggungjawab, iaitu melaksanakan tugasan mereka dengan baik. PERANAN PIHAK MEDIA MASSA 11
Di samping itu, cara untuk membanteras aktiviti pemerdagangan manusia adalah melalui pendidikan di sekolah. Untuk mengelakkan aktiviti pemerdagangan manusia ini terus berleluasa, masyarakat haruslah diberi kesedaran dan pendidikan mengenai jenayah pemerdagangan manusia sejak bangku sekolah lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat terutamanya generasi muda kini perlulah mengetahui kesan pemerdagangan manusia agar mereka tidak mudah terjatuh ke dalam perangkap sindiket pemerdagangan manusia. Generasi muda kini seharusnya mengamalkan nilai rasional, iaitu boleh berfikir berasaskan alasan sebelum sesuatu keputusan atau tindakan diambil. 3.3 MELALUI PENDIDIKAN DI SEKOLAH 12
3.4 KAWALAN SEMPADAN YANG KETAT Tambahan pula, aktiviti pemerdagangan manusia juga boleh dibanteras dengan kawalan sempadan yang ketat. Kawalan sempadan yang ketat dapat mengelakkan warga asing memasuki negara kita secara haram dan juga mengelakkan penyeludupan migran berlaku. Kawasan sempadan adalah sangat penting kepada negara. 13 Kawasan sempadan negara kita agak luas kerana negara kita mempunyai sempadan darat dan sempadan laut yang luas. Dengan kawalan sempadan yang ketat, sindiket pemerdagangan manusia tidak akan mendapat sebarang peluang untuk melakukan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di negara kita. Agensi-agensi yang menjaga sempadan negara kita telah mengamalkan nilai keberanian, mereka sanggup mengambil risiko dan mengorbankan masa mereka untuk bertugas di sempadan negara.
4.0 Kesimpulannya, kegiatan pemerdagangan manusia membawa pelbagai kesan buruk dan negatif kepada negara dan masyarakat. Pemerdagangan manusia merupakan sesuatu jenayah yang menyalahi undangundang dan ia juga salah dari segi moral. Masalah ini tidak boleh dipandang rendah dan tidak boleh diabaikan oleh semua pihak. Sesiapa yang mendapati aktiviti pemerdagangan manusia berlaku perlu menghubungi talian kecemasan iaitu 999 dengan segera. Semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras pemerdagangan manusia untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin. KESIMPULAN 14
RUJUKAN 15 Arnakim, L. Y., & Muhamad, Z. (2021, Jun 28). RESPON KERAJAAN MALAYSIA TERHADAP PEMERDAGANGAN MANUSIA, 2010-2015. Malaysian Online Journal of Educational Management. https://mojem.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/30787/1317 9 Bernama. (2016, Mac 22). Malaysia Negara destinasi Pemerdagangan Manusia. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/03/136221/malaysianegara-destinasi-pemerdagangan-manusia-zahid Bernama. (2021, Ogos 2). MAPO Perhebat Usaha Banteras Jenayah Pemerdagangan Orang. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mapo-perhebat-usahabanteras-jenayah-pemerdagangan-orang-311778 Husin, M. M. (2023, Februari 18). Lima Mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar Pulang Esok. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/245885/berita/nasional/limamangsa-pemerdagangan-manusia-di-myanmar-pulang-esok Ismail, I. S. (2023, Jun 16). Laporan Pemerdagangan manusia 2023: Malaysia Perlu Penuhi 15 Syor Perkukuh Kedudukan. Berita Harian. https://api.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1115227/laporanpemerdagangan-manusia-2023-malaysia-perlu-penuhi-15-syor Kementerian Dalam Negeri. (n.d.-b). Definisi Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran 2007. https://www.moha.gov.my/index.php/ms/akta-antipemerdaganganorang-dan-penyeludupan-migran-2007/sekretariat-akta-definisi
RUJUKAN 16 Kementerian Dalam Negeri. Statistik Kes Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2012. (n.d.). https://www.moha.gov.my/index.php/ms/sekretariat-statistik Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran Kementerian Dalam Negeri. (n.d.). INFORMASI ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN. https://www.moha.gov.my/images/maklumat_bahagian/MAPO/INFOR MASI_MAPO.pdf Suhaini, N.A. (2021, November 9). 3 remaja mangsa eksploitasi seks diselamatkan. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/775502/3-remajamangsa-eksploitasi-seks-diselamatkan
17 SEKIAN TERIMA KASIH