STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN / BENCANA TASKA & TADIKA BAYU MEWAH 1.0 TUJUAN STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) SOP ini disediakan bertujuan untuk : 1.1 Pegawai / kakitangan dan kanak-kanak dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa kecemasan / bencana seperti kebakaran atau gempa bumi yang memerlukan tindakan pengungsian bangunan premis taska dan tadika. 1.2 Warga BAYU MEWAH dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat dan teratur semasa berlaku kecemasan / bencana 1.3 Kemudahan dan peralatan yang sedia ada dapat digunakan mengikut perancangan untuk menyelamatkan diri
MukaSurat | 2 1.4 Pemindahan keluar daripada bangunan dapat dilakukan dengan teratur dan pantas. 2.0 KUMPULAN SASARAN PENGGUNA SOP 2.1 Pengurus 2.2 AJK Keselamatan Pengurusan 2.3 Kakitangan 2.4 Kanak-kanak 2.5 Orang awam / Pelawat yang berada di bangunan premis taska dan TADIKA BAYU MEWAH 3.0 PENGGUNAAN DAN SKOP SOP 3.1 SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan ketika kecemasan / bencana dilaksanakan secara jelas, seragam, terancang dan memenuhi segala prosedur keselamatan di manamana lokasi atau bangunan premis taska dan TADIKA BAYU MEWAH
MukaSurat | 3 4.0 RINGKASAN PROSEDUR Secara umumnya, jika berlaku kecemasan / bencana, tindakan-tindakan berikut perlu diambil dengan segera iaitu : 4.1 Memastikan bunyi alarm automatik / membunyikan alat pengera manual 4.2 Cuba lawan kebakaran jika kebakaran yang berlaku adalah kecil 4.3 Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat / Pengawal Keselamatan 4.4 Menghentikan mesin / proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa 4.5 Memastikan semua dokumen penting disimpan dan dikunci dengan selamat 4.6 Mengosongkan bangunan (pengungsian) dengan teratur dan pantas 4.7 Bergerak ke tempat berkumpul atau Assembly Point dengan teratur dan pantas
MukaSurat | 4 4.8 Mengambil kedatangan untuk dilaporkan kepada Pengurus 4.9 Pengurus perlu menyampaikan keseluruhan maklumat kecemasan / bencana kepada Komander Operasi Bomba yang tiba di lokasi 5.0 PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Prosedur kecemasan ini hendaklah digunapakai semasa kebakaran. Ia menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa kebakaran bagi tujuan mengatasi semua jenis kemalangan yang berlaku. Berikut adalah tindakan ketika berlaku kecemasan. 6.1 TINDAKAN MENYELAMATKAN DIRI Apabila kedengaran loceng penggera (isyarat kecemasan kebakaran), semua warga BAYU MEWAH dan orang awam / pelawat hendaklah : i. Hentikan kerja serta-merta dan matikan semua punca elektrik berdekatan anda serta cabutkan plug ii. Hendaklah KELUAR IKUT LALUAN PELAN KECEMASAN iii. Jangan berlari, tolak-menolak dan panik
MukaSurat | 5 iv. Jangan berpatah-balik untuk mengambil barang yang tertinggal v. Berikan kerjasama sepenuhnya dan patuhi arahan Pasukan Quick Response Team (QRT) vi. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan iaitu di kawasan lapang (Assembly Point) vii. Sila hubungi Balai Bomba terdekat di talian dail TALIAN KECEMASAN 999 6.2 PANDUAN MENYELAMATKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN i. Cara-cara Bergerak Semasa Terperangkap Di Dalam Asap Ketika kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahului api, panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaran asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
MukaSurat | 6 1. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah. 2. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup. Cari jalan lain untuk menyelamatkan diri. 3. Jika terperangkap dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat) 4. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan/ mengaburkan pandangan. Dalam keadaan sedemikian, gunakan belakang tangan untuk meraba jalan menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar.
MukaSurat | 7 ii. Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar Jika anda terperangkap di dalam bangunan semasa berlaku kebakaran, anda hendaklah bertindak seperti berikut: 1. Cuba buka seberapa banyak pintu bertutup antara jarak anda dengan api. 2. Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi penyelamat nyawa anda. Tutupkan pintu di belakang anda dan jauhkan diri dari asap dan bahang. Sumbat celah-celah pintu dan lubang angin dengan kain atau apa sahaja bahan yang sesuai bagi mengelakkan asap masuk (pilih bilik bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan) 3. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat minta bantuan 4. Buka tingkap di atas dan di bawah untuk membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih masuk
MukaSurat | 8 5. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki dengan baju, carpet atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan kepanasan 6. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai orang terbunuh kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan penyelamat, jika benarbenar tiada jalan lain lagi. 6.3 PROSEDUR KESELAMATAN BAGI PEMEGANG KUNCI KESELAMATAN Kunci merupakan satu alat penting dalam menentukan keselamatan sesebuah Jabatan. Beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan kunci pejabat adalah seperti berikut : 1. Pemegang kunci induk keseluruhan BAYU MEWAH adalah dipegang oleh Pegawai yang dilantik sahaja yang akan memegang semua kunci jabatan dan unit di premis taska dan tadika. Setiap pengguna perlu mengisi Buku Rekod Kunci BAYU MEWAH jika terdapat keperluan sahaja.
MukaSurat | 9 5.1 JENIS-JENIS KELENGKAPAN/ PERALATAN BENCANA YANG TERDAPAT DI BAYU MEWAH : BIL JENIS 1. Sistem Penggera Manual 2. Peralatan Melawan Kebakaran Alat Melawan Kebakaran Manual: • Alat Pemadam Api Mudah-Alih • Pili Bomba • Gelung Hos
MukaSurat | 10 9.0 PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan mencegah dan melawan kebakaran perlu diikuti bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia terjamin. BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/ SENARAI SEMAK 1. Memaklumkan dengan segera kepada Pengurus tentang kecemasan/ bencana yang berlaku untuk tindakan . Kakitangan yang berhampiran kawasan bencana
MukaSurat | 11 BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/ SENARAI SEMAK 2. Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berserta maklumat seperti berikut: • Maklumat ringkas pengadu • Lokasi bencana • Peringkat bencana • Maklumat ringkas berkaitan bencana /maklumat mangsa yang tercedera Pengurus
MukaSurat | 12 BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/ SENARAI SEMAK 4. Memastikan loceng penggera yang berbunyi berterusan (sebagai isyarat mengosongkan bangunan). Pengurus 5. Bergerak dengan segera ke tempat berkumpul (Assembly Point) mengikut Pelan Laluan Kecemasan di kawasan lapang Kakitangan
MukaSurat | 13 BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/ SENARAI SEMAK 7. Mengaturkan dan memastikan proses pengungsian bangunan berlaku di setiap aras dan blok Kakitangan 8. Keluar daripada bilik kerja dan memastikan perkara berikut diberi perhatian sebelum menyelamatkan diri ke tempat berkumpul (bergantung kepada situasi) : Kakitangan
MukaSurat | 14 i. Wang tunai dan dokumendokumen penting dimasukkan ke dalam kabinet besi dan dikunci; dan ii. iii. Tutup semua peralatan komputer atau matikan suis elektrik
MukaSurat | 15 BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/ SENARAI SEMAK 9. Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik jangan berbuat bising, bertolaktolak atau berlari Kakitangan 10. Bertenang dan tinggalkan tempat itu dengan secepat mungkin. Kakitangan 11. Bergerak dengan posisi membongkok, jika anda terpaksa bergerak melalui kawasan berasap . Kakitangan
MukaSurat | 16 BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/ SENARAI SEMAK 12. Jangan memecahkan barisan semasa mengungsi, jangan berlari potongmemotong. Kakitangan 13. Laporkan diri di tempat berkumpul dan jangan tinggalkan tempat berkumpul sehingga diarahkan berbuat demikian Kakitangan
MukaSurat | 17 BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/ SENARAI SEMAK 14. Pastikan berkumpul di tempat yang telah dikhaskan (Assembly Point) dan mengambil kehadiran. Kakitangan 15. Menyemak senarai kakitangan dan kanak-kanak yang berkumpul. Kakitangan 16. Melaporkan keadaan kepada Pegawai Bomba dan Ketua Keselamatan Jabatan Pengurus
MukaSurat | 18 BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/ SENARAI SEMAK 17. Memberikan rawatan awal kepada mangsa yang tercedera Kakitangan 18. Bersedia bertindak membantu pihak bomba jika diperlukan misalnya bantuan peralatan, maklumat tentang tekanan air dan saluran bekalan elektrik Kakitangan
MukaSurat | 19 10.0 CADANGAN KURSUS DAN LATIHAN 10.1 Semua warga BAYU MEWAH dicadangkan untuk menjalani latihan secara berkala. Latihan hendaklah merangkumi: • Pencegahan Kebakaran/Bencana • Tindakan Apabila Mendengar Bunyi Penggera • Cara Menghubungi Perkhidmatan Bomba Dengan Betul • Lokasi Dan Cara Mengguna Peralatan • Laluan Menyelamatkan Diri • Tempat Berkumpul • Mengambil Kedatangan 10.2 Latihan (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih dahulu) hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. Latihan dianggap berjaya jika semua pekerja dapat mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul dalam masa 25 MINIT selepas loceng penggera berbunyi.
MukaSurat | 20 10.3 Kakitangan perlu diberikan kursus dan latihan asas supaya sentiasa sentiasa bersedia jika berlaku bencana. Kursus dan latihan tersebut boleh dilakukan satu (1) tahun sekali. 10.4 Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai alat pencegahan kebakaran dan selok-belok bangunan iaitu: • Kedudukan alat pemadam api yang paling berhampiran dan tahu cara untuk menggunakannya. • Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan keluar • Bagi keselamatan, laporkan kepada Pegawai Berkenaan jika anda tidak mendengar isyarat amaran semasa ujian pengungsian bangunan. a) Jika mana-mana pintu keluar atau jalan keluar di halang dengan longgokan barang-barang b) Jika sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan atau tidak boleh digunakan lagi c) Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang
MukaSurat | 21 11.0 PENJAGAAN KAWASAN BANGUNAN 11.1 Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih dan teratur 11.2 Bersihkan dan buang sampah sarap 11.3 Penyimpanan yang betul bahan-bahan mudah terbakar