The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by czulkifly, 2021-08-27 22:58:48

Surat Perjanjian Sewa Rumah Seroja

Surat Perjanjian Sewa Rumah Seroja

SURAT
PERJANJIAN SEWA

RUMAH

(Alamat Rumah Sewa)

NO. 5, JALAN SEROJA 3A/5,
SEKSYEN B36 BUKIT SENTOSA 2,
48300 RAWANG, SELANGOR.

Nama Penuh Tuan Rumah: NOR FAIZA BINTI KHOJALI

Nama Penuh Penyewa:

Nama Penuh Pasangan / Penyewa Bersama:

(sekiranya ada) :

Tarikh:

Tandakan ( / ) pada pemilik dokumen ini.

☐ Salinan Tuan Rumah ☐ Salinan Penyewa

SULIT

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 - MAKLUMAT PENYEWA.............................................4
BAHAGIAN 2 - MAKLUMAT PASANGAN / PENYEWA BERSAMA ....5
BAHAGIAN 3 - MAKLUMAT SEWAAN ...............................................6
BAHAGIAN 4 - SENARAI INVENTORI ................................................7
BAHAGIAN 5 -PERSETUJUAN PERJANJIAN ..................................8
BAHAGIAN 6 - TANGGUNGJAWAB PENYEWA ...............................9

Perkara 6.1 – Cagaran / Deposit..............................................................9
Perkara 6.2 – Bil Utiliti .............................................................................9
Perkara 6.3 – Pembayaran Sewa dan Caj Lain-Lain............................. 10
Perkara 6.4 - Penjagaan Inventori......................................................... 10
Perkara 6.5 - 6.6 – Aktiviti Larangan ..................................................... 10
Perkara 6.7 – Sewaan Ke Atas Orang Lain (Sublet) ............................. 11
Perkara 6.8 – 6.9 – Pengubahsuaian Rumah........................................ 11
Perkara 6.10 – Haiwan Peliharaan........................................................ 12
Perkara 6.11 – Bahan Merbahaya ........................................................ 12
Perkara 6.12 – Pihak Pengurusan ........................................................ 12
Perkara 6.13 - 6.14 – Kebersihan Rumah ............................................. 13
Perkara 6.15 – Laporan Kerosakan ...................................................... 13
Perkara 6.16 - 6.17 – Keselamatan....................................................... 13
Perkara 6.18 - 6.19 – Adab Berjiran ...................................................... 14
Perkara 6.20 – Pemeriksaan................................................................. 15
Perkara 6.21 – Pembaikan Kerosakan oleh Penyewa .......................... 15
Perkara 6.22 – 6.24 – Pindah Keluar..................................................... 15
Perkara 6.25 – Upacara Ghaib..............................................................16

Tandatangan Penyewa: |2

SULIT

BAHAGIAN 7 - TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH .......................17
Perkara 7.1 – Pembayaran oleh Tuan Rumah ...................................... 17
Perkara 7.2 - 7.3 – Hak Penjagaan Rumah Sewa ................................. 17
Perkara 7.4 – Insurans .......................................................................... 18
Perkara 7.5 – Pembaikan Kerosakan olehTuan Rumah ...................... 18
Perkara 7.6 – Pemulangan Wang Deposit ............................................ 18
Perkara 7.7 – Keselamatan Rumah ...................................................... 19
Perkara 7.8 – Pelanggaran Syarat ........................................................ 19
Perkara 7.9 – Notis Masuk Rumah........................................................ 20
Perkara 7.10 – Penguncian Pintu Utama .............................................. 20
Perkara 7.11 – Kos Penyediaan Kontrak...............................................20

BAHAGIAN 8 - TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH – PENYEWA ..... 21
Perkara 8.1 – Tempoh Sewaan............................................................. 21
Perkara 8.2 - 8.3 – Serahan Kunci Rumah Sewa .................................. 21
Perkara 8.4 – Kenaikan Kadar Sewa .................................................... 21
Perkara 8.5 – Kaedah Pembayaran ...................................................... 22
Perkara 8.6 – Tunggakan Sewa............................................................ 22
Perkara 8.7 - 8.9 – Pembaharuan Kontrak ............................................ 23
Perkara 8.10 - 8.11 – Penamatan Kontrak ............................................ 23
Perkara 8.12 – Perubahan Undang-Undang......................................... 24
Perkara 8.13 – Pengeluaran Notis ........................................................ 24
Perkara 8.14 – Tempat Letak Kereta ................................................... 24

BAHAGIAN 9 - RUMUSAN ...............................................................25

Lampiran A ........................................................................................26

Tandatangan Penyewa: |3

SULIT

BAHAGIAN 1

MAKLUMAT PENYEWA

Nama
No. Kad Pengenalan
No. Tel. Bimbit
Emel
Media Sosial
Alamat Tetap / Asal

No. Tel. Rumah Alamat
Tetap / Asal
Pekerjaan
Alamat Pejabat

No. Tel. Pejabat

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SULIT DAN HANYA AKAN DIGUNAKAN UNTUK
URUSAN PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH KEDIAMAN INI SAHAJA. PIHAK TUAN RUMAH JUGA
BERTANGGUNGJAWAB MEMASTIKAN MAKLUMAT DI ATAS TIDAK DIBERIKAN KEPADA MANA-MANAPIHAK
KETIGA TANPA KEBENARAN PENYEWA.

“Dengan ini saya sebagai Penyewa, mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan di
atas adalah benar. Sekiranya saya didapati memberi maklumat palsu, pihak Tuan Rumah berhak
mengambil tindakan undang-undang ke atas saya.”

Tandatangan Penyewa Tandatangan Tuan Rumah

_ _
Nama: Nor Faiza Binti Khojali
Nama: Tarikh:
Tarikh:
Tandatangan Penyewa:
|4

SULIT

BAHAGIAN 2

MAKLUMAT PASANGAN / PENYEWA BERSAMA (Sekiranya Ada)

Nama
No. Kad Pengenalan
No. Tel. Bimbit
Emel
Media Sosial
Alamat Tetap / Asal

No. Tel. Rumah Alamat
Tetap / Asal
Pekerjaan
Alamat Pejabat

No. Tel. Pejabat

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SULIT DAN HANYA AKAN DIGUNAKAN UNTUK
URUSAN PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH KEDIAMAN INI SAHAJA. PIHAK TUAN RUMAH JUGA
BERTANGGUNGJAWAB MEMASTIKAN MAKLUMAT DI ATAS TIDAK DIBERIKAN KEPADA MANA-MANA PIHAK
KETIGA TANPA KEBENARAN PENYEWA.

“Dengan ini saya sebagai Penyewa, mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan di atas
adalah benar. Sekiranya saya didapati memberi maklumat palsu, pihak Tuan Rumah iaitu berhak
mengambil tindakan undang-undang ke atas saya.”

Tandatangan Penyewa Tandatangan Tuan Rumah

_ _
Nama: Nor Faiza Binti Khojali
Nama: Tarikh:
Tarikh:
Tandatangan Penyewa:
|5

SULIT

BAHAGIAN 3

MAKLUMAT SEWAAN

Tarikh Perjanjian NOR FAIZA BINTI KHOJALI
Maklumat Tuan Rumah (Nama,
IC, No. Telefon) NO. 5, JALAN SEROJA 3A/5,
Maklumat Penyewa (Nama, IC, SEKSYEN B36 BUKIT SENTOSA 2,
No. Telefon) 48300 RAWANG, SELANGOR
1 TAHUN
Alamat Rumah Sewa 1 OKTOBER 2021
30 SEPTEMBER 2022
Tempoh Sewaan RM 550 (BERMULA TARIKH MULA SEWAAN)
Tarikh Mula Sewaan PADA 1HB SETIAP BULAN
Tarikh Tamat Sewaan RM 20
Kadar Sewaan Bulanan TELAH TERSEDIA
Jadual Pembayaran
Denda Lewat Bayar (Harian)
Tapak Tempat Letak Kereta (Lot)

Cagaran / Deposit Cagaran / Deposit Sekuriti: RM 1100 (2 BLN SEWA)
Tarikh Pulangan Cagaran/Deposit
Cagaran / Deposit Utiliti: RM 500
Maklumat Bank Tuan Rumah ANGGARAN SEBULAN DARI TARIKH TAMAT
Kegunaan Sewaan SEWAAN. SETELAH DITOLAK BAIKPULIH
KEROSAKAN (SEKIRANYA ADA).
TUNAI KE AKAUN BANK RAKYAT
NO. AKAUN : 22223 06561

Untuk kediaman PENYEWA BERDAFTAR sahaja.

Jumlah Penghuni 2 DEWASA (SUAMI DAN ISTERI)
1 KANAK-KANAK (ANAK)

Tandatangan Penyewa: |6

SULIT

BAHAGIAN 4

SENARAI INVENTORI

No Inventori Bilangan Senarai Semak Catatan

1 Lampu Pindah Masuk Pindah Keluar
2 Kipas
3 Sinki 11 ☐ ☐
4 Mangkuk Tandas Duduk 2☐ ☐
5 Tandas Cangkung 1☐ ☐
6 Kepala Paip 1☐ ☐
7 Awning (belakang rumah) 1☐ ☐
8 Plug 4☐ ☐
9 Shower 1☐ ☐
10 Anak Kunci 7☐ ☐
2☐ ☐
10.1 Pintu Hadapan
10.2 Gril Pintu Hadapan 1☐ ☐
10.3 Sliding Door 1☐ ☐
10.4 Gril Sliding Door 1☐ ☐
10.5 Pintu Dapur
10.6 Gril Pintu Dapur ☐☐
10.7 Pintu Bilik Utama 1☐ ☐
10.8 Gril Tingkap Bilik Utama 1☐ ☐
10.9 Pintu Bilik Tengah 1☐ ☐
1☐ ☐
1☐ ☐

Tandatangan Penyewa: |7

SULIT

BAHAGIAN 5

PERSETUJUAN PERJANJIAN

Perjanjian (yang dirujuk sebagai “Perjanjian” atau “Kontrak”) ini akan bermula dan tamat pada
tarikh yang telah ditetapkan pada Bahagian 3 (Maklumat Sewaan) dan dipersetujui oleh kedua
belah pihak iaitu di antara pihak pemilik rumah (yang dirujuk sebagai “Tuan Rumah”) dan pihak
yang menyewa rumah (yang dirujuk sebagai “Penyewa”).
Manakala

a) Tuan Rumah adalah pemilik yang sah pada keseluruhan rumah beralamat seperti yang
ditulis pada Bahagian 3 (Maklumat Sewaan) pada Perjanjian ini (yang dirujuk sebagai
“Rumah Sewa”).

b) Tuan Rumah telah bersetuju untuk menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa
bersetuju untuk mengambil keseluruhan Rumah Sewa tersebut dengan tanggungjawab
yang telah disenaraikan di dalam Perjanjian ini.

Tandatangan Penyewa: |8

SULIT

BAHAGIAN 6

TANGGUNGJAWAB PENYEWA

Dengan ini, pihak Penyewa bersetuju dengan Tuan Rumah untuk mematuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan seperti berikut:

Perkara 6.1 – Cagaran / Deposit dan Sewa Bulanan

6.1 Membayar duit Cagaran / Deposit dan Sewa Bulanan seperti mana yang telah
dipersetujui bersama pihak Tuan Rumah pada Bahagian 3. Cagaran / Deposit Sekuriti
akan digunakan sebagai perlindungan terhadap Tuan Rumah daripada sebarang
pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian ini oleh Penyewa.
Cagaran / Deposit Utiliti akan digunakan sekiranya Penyewa gagal dalam melaksanakan
tanggungjawab pada Perkara 6.2. Wang Cagaran / Deposit tidak boleh digunakan
sebagai pembayaran sewa rumah.

Perkara 6.2 – Bil Utiliti

6.2 Bertanggungjawab membayar kesemua jenis bil utiliti termasuk bil air, elektrik, bil
Indah Water, telefon, Internet dan lain-lain yang dikenakan pada rumah tersebut
sepanjang tempoh sewaan kecuali beberapa jenis pembayaran lain yang harus
ditanggung oleh Tuan Rumah seperti yang tertulis pada Perkara 6.1. Tuan Rumah
berhak menggunakan atau melaksanakan pemotongan terhadap utiliti yang berkenaan
sehingga Penyewa melangsaikan ke semua tunggakan tersebut.

Tandatangan Penyewa: |9

SULIT

Perkara 6.3 – Pembayaran Sewa dan Caj Lain-Lain

6.3 Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama Penyewa lain untuk
membayar bayaran sewa dan bayaran pada Perkara 6.1 di atas pada tarikh yang telah
dipersetujui oleh pihak Tuan Rumah seperti dinyatakan pada Bahagian 3 (Maklumat
Sewaan).

Perkara 6.4 - Penjagaan Inventori

6.4 Mengekalkan bilangan dan kualiti inventori yang telah disediakan dalam Bahagian 4
atau lampiran bersama (jika berkenaan) surat Perjanjian ini dalam keadaan yang baik.
Penyewa perlu menggantikan setiap barangan yang rosak atau hilang kepada keadaan
yang asal. Sekiranya Penyewa gagal memperbetulkan keadaan, Tuan Rumah berhak
untuk mengenakan caj terhadap sebarang kerosakan dan kehilangan pada mana-mana
perkara yang disenaraikan di dalam senarai inventori tersebut.

Perkara 6.5 - 6.6 – Aktiviti Larangan

6.5 Rumah Sewa dan kawasan sekitarnya tidak boleh digunakan oleh pihak Penyewa
dan/atau mana-mana pihak untuk melakukan perbuatan tersenarai di bawah sepanjang
tempoh sewaan.
a. Menjalankan aktiviti perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
b. Menjalankan sebarang bentuk kegiatan haram
c. Melakukan apa-apa perbuatan menyalahi undang-undang atau tidak bermoral
d. Menjalankan perniagaan haram atau perjudian
e. Membeli, menjual, mengambil atau apa-apa aktiviti yang melibatkan dadah

Tandatangan Penyewa: | 10

SULIT

f. Memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang di dalam rumah tersebut

6.6 Dilarang melakukan perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil
atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan
rumah tersebut adalah dilarang sama sekali. Tindakan undang-undang sewajarnya
berhak diambil oleh Tuan Rumah sekira ianya berlaku.

Perkara 6.7 – Sewaan Ke Atas Orang Lain (Sublet)

6.7 Memaklumkan serta harus mendapatkan kebenaran bertulis tidak kurang dari empat
belas (14) hari daripada pihak Tuan Rumah sekiranya terdapat penambahan bilangan
penyewa rumah (termasuk menyewakan sebahagian atau seluruh rumah sewa kepada
orang lain). Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penambahan penyewa
tersebut dan mereka harus mematuhi segala tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh
Tuan Rumah melalui Perjanjian ini.

Sekiranya Penyewa melanggar Perkara 6.7 ini maka pihak Tuan Rumah berhak
mengutip kesemua bayaran sewa yang harus dibayar oleh Penyewa tambahan tersebut
dan/atau pihak Tuan Rumah berhak membuat potongan Deposit Sekuriti sekiranya
perlu.

Perkara 6.8 – 6.9 – Pengubahsuaian Rumah

6.8 Tidak melakukan sebarang perubahan berbentuk pertambahan atau pengurangan
terhadap reka bentuk serta struktur asal Rumah Sewa tanpa persetujuan bertulis
daripada pihak Tuan Rumah. Perkara ini merangkumi bahagian luar dan dalam
bangunan Rumah Sewa.

Tandatangan Penyewa: | 11

SULIT

6.9 Tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja pengubahsuaian reka bentuk dalaman
seperti menebuk dinding, siling atau lantai untuk tujuan dekorasi melainkan mendapat
persetujuan daripada pihak Tuan Rumah. Sekiranya dibenarkan, pergantungan bingkai
gambar hendaklah menggunakan ‘wallplug’ yang ditebuk ke dalam dinding serta/atau
mengikut syarat-syarat yang diberikan oleh Tuan Rumah.

Perkara 6.10 – Haiwan Peliharaan

6.10 Tidak akan membela, menternak dan/atau membiak apa-apa jenis haiwan dalam
kawasan Rumah Sewa kecuali dengan kebenaran pihak Tuan Rumah. Sekiranya
kebenaran diberikan, Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya memastikan
keselesaan penduduk sekitar kawasan perumahan dan mengekalkan kebersihan rumah
sepanjang masa.

Perkara 6.11 – Bahan Merbahaya

6.11 Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam rumah apa jua jenis senjata, bahan
letupan, mercun, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup
dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi peraturan undang-undang
untuk berbuat demikian serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang
terbabit dan seterusnya mendapat kebenaran bertulis pihak Tuan Rumah.

Perkara 6.12 – Pihak Pengurusan (Joint Management Body, JMB)

6.12 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan
Apartmen/Flat/Taman atau lain-lain jenis perumahan (sekiranya ada).

Tandatangan Penyewa: | 12

SULIT

Perkara 6.13 - 6.14 – Kebersihan Rumah

6.13 Bertanggungjawab menjaga kebersihan keseluruhan persekitaran luar dan dalam
bangunan Rumah Sewa termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan di
sekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah, pegawai-
pegawai yang terbabit dan/atau wakil Tuan Rumah yang diberi kuasa olehnya.

6.14 Memelihara keadaan Rumah Sewa sepanjang tempoh Penyewaan sentiasa berada
dalam keadaan yang baik dan selesa untuk didiami. Sebarang kerosakan yang berlaku
disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, ribut taufan atau lain-lain bencana
alam adalah dikecualikan.

Perkara 6.15 – Laporan Kerosakan

6.15 Memaklumkan kepada Tuan Rumah tentang kerosakan yang bukan di bawah
senarai inventori atau tanggungjawab Penyewa yang telah ditetapkan oleh Tuan Rumah
tidak kurang dari satu (1) hari selepas kerosakan tersebut berlaku. Tuan Rumah berhak
mengenakan kos tambahan atau penalti kepada Penyewa sekiranya Penyewa gagal
dalam memberi notis pada waktu yang ditetapkan.

Perkara 6.16 - 6.17 – Keselamatan

6.16 Penyewa tidak dibenarkan memasang peralatan keselamatan tambahan seperti
mangga pagar, jeriji besi dan menukar tombol pintu atau tingkap yang baru tanpa
kebenaran bertulis daripada pihak Tuan Rumah setelah ianya disediakan oleh pihak
Tuan Rumah dan masih berada dalam keadaan yang baik. Tuan Rumah juga perlu
menerima semua jenis salinan kunci tambahan dalam tempoh tidak melebihi tujuh (7)
hari setelah ianya dipasang. Pembiayaan untuk pertambahan peralatan tersebut juga

Tandatangan Penyewa: | 13

SULIT

hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Penyewa sekiranya dibenarkan oleh
pihak Tuan Rumah untuk berbuat demikian.

6.17 Memaklumkan dan mendapat kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah sekiranya
ingin menambah sistem pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan
keselamatan sekiranya ia tidak disediakan oleh pihak Tuan Rumah. Kos pembiayaan
hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Penyewa melainkan atas budi bicara Tuan
Rumah.

Perkara 6.18 - 6.19 – Adab Berjiran

6.18 Tidak melakukan dan/atau membenarkan penghuni rumah melakukan apa-apa
perbuatan salah laku atau kesalahan di sisi undang-undang dalam kawasan Rumah
Sewa, yang mana ianya boleh menganggu-gugat suasana atau ketenteraman dalam
kalangan jiran / penduduk di sekitar kawasan Rumah Sewa. Perkara 6.18 ini juga
merangkumi perbuatan seperti membuat bising, memasang muzik yang kuat, dan
segala aktiviti-aktiviti yang menyebabkan ketenteraman jiran terganggu.

6.19 Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan atau pergaduhan
dengan jiran secara aman dan profesional. Segala kerosakan disebabkan
pertelingkahan ini perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak Penyewa. Pihak Tuan
Rumah tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara tersebut.

Tandatangan Penyewa: | 14

SULIT

Perkara 6.20 – Pemeriksaan

6.20 Membenarkan pihak Tuan Rumah atau wakilnya yang telah diberi kuasa untuk
memasuki Rumah Sewa bagi membuat pemeriksaan berkala atau melakukan kerja
baik pulih/ubah suai terhadap rumah tersebut sekiranya ia dirasakan perlu dan
munasabah oleh Tuan Rumah. Tuan Rumah akan memberi notis tidak kurang dari tujuh
(7) hari sebelum membuat pemeriksaan atau setelah mendapat kebenaran daripada
Penyewa. Pemeriksaan boleh juga menggunakan medium seperti video call atau
penghantaran gambar melalui whatsapp.

Perkara 6.21 – Pembaikan Kerosakan oleh Penyewa

6.21 Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan peralatan atau kemudahan
dalam dan luar Rumah Sewa yang disebabkan oleh mana-mana pihak Penyewa secara
sengaja atau tidak sengaja kecuali disebabkan oleh bencana alam. Sekiranya pihak
Penyewa gagal berbuat demikian, Penyewa perlu membayar ganti rugi kepada Tuan
Rumah bagi menampung perbelanjaan yang digunakan untuk membaiki kerosakan
tersebut. Wang Cagaran / Deposit juga boleh digunakan oleh pihak Tuan Rumah untuk
membaiki kerosakan tersebut dan Tuan Rumah berhak menamatkan tempoh sewaan
sekiranya Penyewa enggan bekerjasama.

Perkara 6.22 – 6.24 – Pindah Keluar

6.22 Penyewa perlu memberi notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan kepada Tuan

Rumah sekiranya Penyewa ingin keluar daripada Rumah Sewa lebih awal daripada

tarikh tamat tempoh Perjanjian atas persetujuan Tuan Rumah. Sekiranya Penyewa

gagal untuk melaksanakan yang sedemikian, wang Cagaran / Deposit tidak akan

dikembalikan kepada Penyewa. Tuan Rumah berhak mengenakan caj tambahan

sekiranya terdapat sebarang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak Tuan

Rumah disebabkan oleh Perkara 6.22 ini.

Tandatangan Penyewa: | 15

SULIT

6.23 Sepanjang tempoh satu (1) bulan notis Keluar Rumah diberikan oleh Penyewa
melainkan Penyewa bersetuju untuk menyambung tempoh sewaan, individu yang
telah diberi kebenaran bertulis oleh Tuan Rumah dibenarkan untuk melawat dan
memasuki Rumah Sewa dengan notis tidak kurang dari tiga (3) hari kepada Penyewa.

6.24 Penyewa harus melangsaikan semua bayaran sewa, bil dan pembiayaan berkaitan
Rumah Sewa tersebut yang tertunggak kepada Tuan Rumah seperti yang dinyatakan
dalam Perjanjian ini sebelum menamatkan Kontrak.

Perkara 6.25 – Upacara Ghaib

6.25 Penyewa tidak dibenarkan untuk mengamalkan sebarang upacara yang
melibatkan aktiviti-aktiviti ilmu hitam seperti pemujaan pada perkara ghaib, servis
bomoh, tilik nasib, jampi, penyembelihan, ilmu sihir upacara-upacara keagamaan yang
salah dari sisi undang-undang negara dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.

Tandatangan Penyewa: | 16

SULIT

BAHAGIAN 7

TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH

Dengan ini, pihak Tuan Rumah bersetuju dengan Penyewa untuk mematuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan seperti berikut:

Perkara 7.1 – Pembayaran oleh Tuan Rumah

7.1 Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah yang dikenakan ke atas rumah yang
beralamat seperti di Bahagian 3 sepanjang tempoh Penyewaan.

Perkara 7.2 - 7.3 – Hak Penjagaan Rumah Sewa

7.2 Memberi hak sepenuhnya ke atas penjagaan Rumah Sewa kepada Penyewa dan
memberi ruang kepada Penyewa untuk duduk di dalam Rumah Sewa tersebut secara
aman dan tenteram, tanpa di ganggu oleh Tuan Rumah atau mana-mana pihak yang
mempunyai kaitan dengan Tuan Rumah. Sekiranya Penyewa melanggar mana-mana
peraturan di dalam Perjanjian ini, maka Perkara 7.2 ini terbatal dengan sendirinya.

7.3 Sekiranya Penyewa telah membayar sewa, menyelesaikan semua jenis bil serta
menjaga keadaan keseluruhan rumah dengan baik, Penyewa berhak mendapat
kebebasan untuk menggunakan rumah tersebut tanpa diganggu oleh pihak Tuan
Rumah sepanjang tempoh sewaan.

Tandatangan Penyewa: | 17

SULIT

Perkara 7.4 – Insurans

7.4 Memastikan Rumah Sewa dilindungi dengan Insurans daripada kerosakan atau
kemusnahan yang berlaku akibat dan tidak terhad kepada Kebakaran atau bencana-
bencana alam yang lain.

Perkara 7.5 – Pembaikan Kerosakan oleh Tuan Rumah

7.5 Membaiki sebarang kerosakan yang melibatkan struktur dan sistem utiliti rumah
seperti dan tidak terhad kepada bahagian atap, dinding utama, lantai (termasuk jubin),
siling, perpaipan dan pendawaian yang bukan disebabkan oleh Penyewa. Pihak Tuan
Rumah juga bertanggungjawab untuk memperbaiki apa-apa kerosakan yang
disebabkan oleh bencana alam, dimakan oleh serangga, faktor usia atau sesuatu yang
tidak dapat dijangka. Segala kerosakan akan dibaiki oleh Tuan Rumah dalam tempoh
tidak melebihi empat belas (14) hari selepas notis kerosakan dikeluarkan oleh Penyewa.

Perkara 7.6 – Pemulangan Wang Cagaran / Deposit

7.6 Tuan Rumah akan memulangkan wang Cagaran / Deposit kepada Penyewa di
penghujung tempoh Penyewaan ini iaitu seperti yang dinyatakan pada Bahagian 3,
tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Wang Cagaran / Deposit juga
akan digunakan sekiranya Penyewa gagal berbuat yang demikian:

a. Membayar tunggakan sewa rumah

b. Membayar bil-bil tertunggak seperti yang dinyatakan dalam Perkara 6.2

Tandatangan Penyewa: | 18

SULIT

c. Membaiki segala kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan sengaja atau
kecuaian Penyewa kecuali kerosakan disebabkan bencana alam seperti yang
dinyatakan pada Perkara 6.21.

d. Membersih, mengemas dan memastikan keadaan rumah dalam keadaan yang
baik dan boleh sewa sebelum rumah diserahkan semula kepada Tuan Rumah.

Perkara 7.7 – Keselamatan Rumah

7.7 Memastikan sistem keselamatan rumah telah disediakan sebelum Penyewa
mendiami rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap serta berada
dalam keadaan baik. Sistem pendawaian rumah dan bekalan air juga harus boleh
digunakan dengan lancar dan selamat. Sekiranya pihak Tuan Rumah gagal memenuhi
Perkara 7.7 ini, pihak Penyewa berhak menambah peralatan ciri-ciri keselamatan yang
dirasakan perlu dengan persetujuan Tuan Rumah kecuali sistem pemantauan kamera
litar tertutup (CCTV). Kos pembiayaan penambahan alatan keselamatan tersebut juga
perlu ditanggung oleh Tuan Rumah sekiranya ia gagal disediakan oleh Tuan Rumah
dalam keadaan yang baik.

Perkara 7.8 – Pelanggaran Syarat

7.8 Penyewa berhak menamatkan tempoh sewaan dan mengosongkan kediaman
Rumah Sewa dengan notis tidak kurang dari satu (1) bulan sekiranya Tuan Rumah
gagal memenuhi syarat-syarat dan tanggungjawab yang termaktub dalam Perjanjian ini.

Tandatangan Penyewa: | 19

SULIT

Perkara 7.9 – Notis Masuk Rumah

7.9 Memberi Notis Masuk Rumah Sewa tidak kurang dari tujuh (7) hari atau tempoh
yang telah dipersetujui bersama Penyewa sebelum memasuki sebahagian atau
keseluruhan Rumah Sewa.

Perkara 7.10 – Penguncian Pintu Utama

7.10 Tuan Rumah tidak dibenarkan untuk menukar kunci pintu utama atau mana-mana
bahagian rumah yang menyebabkan Penyewa tidak boleh masuk atau keluar ke/dari
rumah tersebut tanpa kebenaran Penyewa. Sekiranya didapati Tuan Rumah melanggar
Perkara 7.10 ini, Penyewa berhak menuntut ganti rugi yang berkaitan.

Perkara 7.11 – Kos Penyediaan Kontrak

7.11 Tuan Rumah harus menanggung segala kos yang berkaitan dengan penyediaan
Kontrak ini supaya ia sah digunakan di sisi undang-undang negara Malaysia dan boleh
dibawa ke mahkamah untuk tujuan menyelesaikan isu berbangkit mengenai sewaan
Rumah Sewa.

Tandatangan Penyewa: | 20

SULIT

BAHAGIAN 8

TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH – PENYEWA

Perkara 8.1 – Tempoh Sewaan

8.1 Perjanjian ini adalah sah sepanjang tempoh sewaan sahaja seperti yang telah
ditetapkan pada Bahagian 3 dan akan terbatal secara sendirinya tanpa perlu
mempunyai sebarang kebenaran dari Tuan Rumah atau Penyewa.

Perkara 8.2 - 8.3 – Serahan Kunci Rumah Sewa

8.2 Tuan Rumah hendaklah menyerahkan kunci Rumah Sewa kepada Penyewa selepas
Penyewa membayar wang Cagaran / Deposit dan Sewa Bulan Pertama melainkan
dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak untuk menangguh atau mempercepatkan
tempoh penyerahan kunci tersebut.

8.3 Sekiranya Perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah
menjadi tanggungjawab Penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan
Rumah atau wakilnya dengan kadar segera di kediaman tersebut agar perbincangan
kerosakan inventori pada Bahagian 4 Perjanjian ini dapat diputuskan bersama. Jika
tidak, ini bermakna Penyewa bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh Tuan Rumah.

Perkara 8.4 – Kenaikan Kadar Sewa

8.4 Tuan Rumah bersetuju untuk tidak menaikkan kadar sewa rumah sepanjang tempoh
sewaan yang telah ditetapkan pada Bahagian 3 Perjanjian ini. Sekiranya Tuan Rumah
bertindak untuk menaikkan kadar sewa rumah, Perjanjian ini akan terbatal serta-merta
dan Penyewa mempunyai hak untuk keluar daripada rumah tersebut dalam tempoh
empat belas (14) hari dari notis pemberitahuan kadar sewa rumah yang baru.

Tandatangan Penyewa: | 21

SULIT

Perkara 8.5 – Kaedah Pembayaran

8.5 Segala pembayaran perlu dibuat melalui transaksi atas talian kepada maklumat
bank Tuan Rumah yang dinyatakan pada Bahagian 3 oleh pihak Penyewa sama ada
melalui Online Transfer, FPX atau pemindahan wang melalui mesin ATM melainkan
kaedah pembayaran yang berbeza telah ditetapkan oleh Tuan Rumah. Pembayaran
yang terlibat dalam Perkara 8.5 ini adalah pembayaran sewa, tunggakan sewa, Cagaran
/ Deposit dan lain-lain pembayaran yang telah dituntut oleh Tuan Rumah.

Perkara 8.6 – Tunggakan Sewa

8.6 Penyewa bertanggungjawab membayar segala tunggakan sewa pada tarikh yang
dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah.

Sekiranya tiada bayaran diterima selepas satu (1) hari daripada tarikh yang telah
dipersetujui, Tuan Rumah perlu mengeluarkan Notis Amaran atau Notis Tuntutan
kepada Penyewa untuk melangsaikan tunggakan sewa tersebut.

a. Sekiranya tiada bayaran diterima selepas tujuh (7) hari daripada tarikh yang
telah dipersetujui, Tuan Rumah berhak mengenakan caj tambahan yang dikenali
sebagai Denda Lewat Bayar (seperti yang dinyatakan pada Bahagian 3) kepada
Penyewa dengan jumlah yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

b. Sekiranya tiada bayaran diterima selepas tiga puluh (30) hari daripada tarikh
yang telah dipersetujui, Tuan Rumah atau wakil berhak untuk melakukan
tindakan undang-undang terhadap Penyewa dan segala kos melibatkan
prosedur mahkamah hendaklah ditanggung oleh Penyewa.

Tandatangan Penyewa: | 22

SULIT

Perkara 8.7 - 8.9 – Pembaharuan Kontrak

8.7 Sekiranya Penyewa ingin perbaharui tempoh Penyewaan setelah tamatnya
Perjanjian ini, maka Penyewa mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan
Rumah tidak kurang satu (1) bulan sebelum tamat tempoh Penyewaan tersebut.

8.8 Pihak Tuan rumah berhak memegang wang Cagaran / Deposit dengan nilai seperti
yang dinyatakan pada Bahagian 3 sekiranya Penyewa bersetuju untuk memperbaharui
Kontrak ini. Tuan Rumah dan Penyewa bersetuju untuk menggunakan wang Cagaran /
Deposit ini dijadikan sebagai Cagaran / Deposit pada Kontrak penyewaan yang
seterusnya. Tuan Rumah juga berhak menaikkan Cagaran / Deposit atau/dan kadar
sewa bulanan pada kontrak yang baharu.

8.9 Pihak Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh Penyewaan atas
alasan yang munasabah dan relevan setelah tempoh sewaan tamat seperti prestasi
penyewa membayar sewa dan bil-bil kediaman dan/atau lain-lain.

Perkara 8.10 - 8.11 – Penamatan Kontrak

8.10 Pihak Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh Penyewaan sekiranya
berlaku pelanggaran pada mana-mana syarat dalam surat Perjanjian ini atau/dan
sekiranya Tuan Rumah ingin semula rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan
mengemukakan tidak kurang dari dua (2) bulan notis bertulis kepada Penyewa dan
Penyewa tidak berhak untuk mempertikaikannya.

8.11 Sekiranya Penyewa ingin menamatkan Kontrak Penyewaan lebih awal daripada
tarikh seperti ditulis pada Bahagian 3, Penyewa perlu melunaskan baki sewaan yang
belum dibayar kepada pemilik rumah sepanjang tempoh Penyewaan yang telah
ditetapkan di dalam Perjanjian ini.

Tandatangan Penyewa: | 23

SULIT

Perkara 8.12 – Perubahan Undang-Undang

8.12 Sekiranya berlaku perubahan pada undang-undang sedia ada atau peraturan-
peraturan baru yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa yang boleh memberi impak
kepada Perjanjian ini, Tuan Rumah berhak menjalankan tanggungjawabnya untuk
mematuhi segala perubahan yang telah ditetapkan dan meminda syarat-syarat di dalam
Perjanjian ini. Penyewa berhak untuk meneruskan atau menamatkan Kontrak dengan
notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Rumah.

Perkara 8.13 – Pengeluaran Notis

8.13 Segala Notis yang dikeluarkan di bawah Perjanjian ini harus dalam bentuk
bertulis. Medium penghantaran Notis perlu dilakukan melalui emel, surat, sistem
pesanan ringkas (SMS), segala aplikasi mempunyai fungsi SMS seperti dan tidak terhad
kepada WhatsApp, Messenger atau Telegram, atau mana-mana medium yang
mempunyai fungsi penghantaran mesej melalui tulisan.

Perkara 8.14 – Tempat Letak Kereta

8.14 Sekiranya ada, Tuan Rumah perlu menyediakan tempat letak kereta untuk
kegunaan Penyewa sepanjang tempoh sewaan pada tapak yang telah disediakan
seperti dinyatakan pada Bahagian 3. Penyewa bersetuju untuk menjaga tapak tempat
letak kereta dengan baik tanpa merosakkan atau menempatkan sesuatu yang lain selain
daripada kenderaan persendirian melainkan mendapat persetujuan daripada Tuan
Rumah.

Tandatangan Penyewa: | 24

SULIT

BAHAGIAN 9

RUMUSAN

1. Segala maklumat yang telah terkandung di dalam surat Perjanjian ini telah diteliti oleh
kedua-dua belah pihak dan adalah BENAR. Sekiranya berlaku sebarang
perubahan/perlanggaran Perjanjian, Tuan Rumah atau/dan Penyewa berhak untuk
meminda semula Perjanjian ini, bergantung pada budi bicara kedua-dua belah pihak.

2. Perjanjian ini adalah SULIT dan Tuan Rumah serta Penyewa dan/atau pasangan
dan/atau Penyewa bersama BERSETUJU untuk tidak mendedahkan mana-mana
maklumat yang terkandung di dalam surat Perjanjian ini kepada mana-mana pihak
ketiga.

3. Dengan ini, kedua-dua belah pihak BERSETUJU untuk melaksanakan semua perkara
yang telah termaktub di dalam surat Perjanjian ini sepanjang tempoh Penyewaan rumah
beralamat seperti tertulis dalam Bahagian 3 Perjanjian ini. Sekiranya mana-mana pihak
gagal mematuhi Perjanjian yang telah ditetapkan, pihak tersebut berhak dikenakan
tindakan seperti yang telah dipersetujui di dalam surat Perjanjian ini.

PENYEWA _ _
Nama: _
Tarikh: TUAN RUMAH
Nama: NOR FAIZA BT KHOJALI
SAKSI Tarikh:
Nama:
Tarikh: _

SAKSI
Nama:
Tarikh:

Tandatangan Penyewa: ______________ | 25

SULIT

Lampiran A

(Salinan Kad pengenalan
Penyewa dan Pasangan

Penyewa)

Tandatangan Penyewa: | 26

SULIT

Lampiran B

(Salinan Senarai Semak
Pemeriksaan Rumah)

Tandatangan Penyewa: | 27


Click to View FlipBook Version