Menarik di Dunia Dihasilkan oleh Ilham Sofea Binti Mohamad Zulkiffli 4 Ideal
PRAKATA Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat ALLAH kerana atas kudrat dan iradat-Nya jualah, saya diberi kemampuan dan peluang untuk melaksanakan e-buku ini. Salawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan juga para sahabat. Perpustakaan merupakan ruang kegemaran saya, dan buku merupakan hidup saya. Jujurlah, siapa sahaja yang tidak mahu berkeliaran ke alam baharu? Dengan membaca, seseorang pembaca dapat merewang ke dunia lain. Untungnya sang pembaca, betapa banyak ilmu diperolehnya! Oleh itu, rajinrajinlah menjenguk perpustakaan kerana di perpustakaan, terdapat buku dan di dalam buku, terdapat alam baharu. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ibu saya, Azlina Binti Amir dan juga kakak saya, Intan Natasya Binti Mohamad Zulkiffli. Kerana tanpa mereka, saya tidak dapat mengetahui kemegahan sebuah perpustakaan yang bertapak di Mesir. Akhir sekali, terima kasih buat Arwah Mohamad Zulkiffli Bin Ambak, bapa saya atas jasa beliau. Kasih sayang buat beliau semata-mata kerana ALLAH. Buat yang membaca E-Buku ini, Selamat membaca. LIBRARY OF ALEXANDRIA
Di Alexandria, Mesir terdapat sebuah perpustakaan yang menarik. Ia lebih dikenali sebagai Library of Alexandria. Tetapi lebih manis menyebut namanya, Biblioteka Alexandrina. Bibiloteka Alexandrina mempunyai banyak rak buku di dalamnya, kira-kira dapat memuat 8,000,000 buah buku. Hampir setiap rak buku telahpun Gambar dalaman Biblioteka Alexandrina penuh. Peta terletaknya Biblioteka Alexandrina Perpustakaan ini terletak di persisiran pantai Laut Mediterranean di bandar raya Iskandariah Mesir. Oleh itu, anda boleh melihat laut mediterranean di luar perpustakaan.
Perpustakaan ini mempunyai seni bina yang sungguh cantik. Ia mempunyai sebelas tingkat melata. Di perpustakaan ini juga terdapat kawasan khas buat golongan buta, kanak-kanak, 15 pameran yang kekal, 4 pameran yang tidak kekal, 4 buah muzium, sebuah planetarium dan makmal untuk pemulihan manuskrip lama. Di mana terdapat campuran 120 skrip. Dinding di pintu masuk utama Biblioteka Alexandrina
Patung Alexander The Great Mushaf lama sarkofagus kepunyaan Aba Bumbung Biblioteka
Pada 332 SM, Alexander the Great berhasil menakluki kota Alexandria dan merintis berdirinya perpustakaan Alexandria. Namun, Alexander the Great menemui ajalnya sebelum perpustakaan Alexandria sempat dibangunkan. Perpustakaan Alexandria akhirnya dibangunkan pada pemerintahan Ptolemus II, tetapi buat masa ini perpustakaan yang asalnya tidak diketahui dimana ia sebenarnya bertapak. karya O. Von Corven
Perpustakaan Alexandria ini seringkali dibakar. Sejarah, manuskrip, dan pelbagai ilmu akhirnya musnah dijilat api. Sejarah mengatakan bahawa punca kebakaran yang utama adalah Julius Caesar. Julius Caesar hanya memerintah untuk membakar bot-bot orang Mesir tetapi ia merebak pula ke kota dan juga perpustakaan tersebut. Tetapi, terdapat banyak khilaf dalam sejarah tentang kisah yang sebenar di sebalik kebakaran perpustakaan Alexandria ini. Semuanya yang benar diketahui Tuhan, dan semoga segala persoalan kita akhirnya terjawab suatu hari nanti.
Pada tahun 1974, sebuah golongan pemerintah Universiti Alexandria merancang untuk membaik pulih perpustakaan kuno tersebut. Akhirnya, pada tahun 2002 terhasillah Biblioteka Alexandrina yang berdiri megah sehingga kini.
Terima kasih kepada para pembaca kerana mencapai tahap ini! Setelah saya menceritakan tentang sejarah perpustakaan Alexandria dan memperkenalkan kepada semua,kini saya ingin menceritakan pengalaman saya sendiri ketika berada di Biblioteka ini!
24 April 2023 Kami memulakan perjalanan pada awal pagi, seawal jam 8 kerana teruja untuk menziarahi biblioteka. Ruparupanya, biblioteka memulakan operasi pada jam 10 pagi. Sementara menantu jam 10 pagi, kami menziarahi makam Nabi Daniel dan Luqman-Al Hakim terlebih dahulu! Seterusnya, kami mengunjungi Roman Theatre yang terletak tidak berapa jauh dari lokasi makam tadi. Di Roman Theatre Pameran Roman Theatre
’View’ luar Biblioteka Syukur ke hadrat Ilahi, pada jam 10:46 pagi kami tiba di Biblioteka. Saya teruja dengan seni binanya yang sungguh indah. Dari luar, ia tidaklah kelihatan terlalu besar. Ketika berada di perkarangan Biblioteka, saya berasa kagum kerana begitu ramai orang mengunjungi perpustakaan sedangkan masih awal pagi. Bahkan ia baru sahaja dibuka beberapa minit lepas! Untuk memasuki Biblioteka, ia memerlukan tiket. Tour guide keluarga kami menguruskan proses pembelian tiket tersebut. Malangnya saya tidak ingat berapa harga sebenar tiket tersebut, tetapi menurut website Biblioteka Alexandrina sendiri, buat bukan warganegara Mesir adalah 70EGP bagi dewasa dan 10EGP untuk kanak-kanak dan pelajar, iaitu harga masing-masing sekitar RM10.50 dan RM1.50.
Semasa kami hendak memasuki perpustakaan itu, adik saya yang berusia 9 tahun dilarang memasuki ke ruang utama perpustakaan kerana kami tidak diiringi oleh “tour guide” khas dari pihak perpustakaan ini. Namun kami tidak risau kerana adik saya ibarat untuk sabut. Tuah sentiasa mendampinginya, “tour guide” kami membawa adik saya ke kawasan khas buat kanak-kanak yang sungguh selesa. Kami melangkah masuk ke ruang utama perustakaan. Ma Syaa Allah! Kami teruja dengan keluasan perpustakaan dan mempunyai konsep dalaman yang sungguh cantik. Penuh dengan artifak, patung ukiran, pameran karya-karya islamik, rak buku bertingkat-tingkat. Ah, macam- macam ada di dalam perpustakaan ini! Kelihatan ramai pelajar yang sedang mengulang kaji di perpustakaan ini. Walaupun agak sedikit bising kerana ramai pelancong sedang menziarahi, namun ia tidak menjejaskan pelajar tadi kerana suasana yang sungguh indah dan kondusif. Lalu, saya membayangkan diri saya sebagai pelajar di Alex dan alangkah indahnya mengulang kaji di sini sambil menikmati secawan koko panas. Seronoknya! Berangan itu percuma. Hehe.
Memandangkan masa di sini agak singkat, saya hanya dapat membelek beberapa buah buku sahaja. Saya tertumpu pada buku-buku sejarah. Antaranya berkenaan dengan Terusan Suez dan Mesir Purba. Malangnya, saya telah apa yang telah dibaca. Hehe. Antara yang menariknya, terdapat banyak buku berkenaan Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad di perpustakaan ini. Bahkan berjilid-jilid! Ia sungguh mengagumkan. Jelas betapa besarnya perpustakaan ini. Penutup kata, semoga anda dapat ke sini juga! In Syaa Allah! gambar kakak saya di Biblioteka
PENUTUP Secara keseluruhannya, perpustakaan di Alexandria ini perlulah diketahui orang ramai. Perpustakaan ini sungguh cantik dan menimbulkan rasa minat yang tinggi untuk menziarahi lebih banyak perpustakaan di seluruh dunia. Biblioteka Alexandria ini hanyalah sebagai pilihan saya sebagai perpustakaan menarik di dunia. Semoga kalian menyukai e-buku skrap saya. Saya memohon maaf sekiranya saya telah menyampaikan maklumat yang kurang tepat. Namun saya berharap ianya dapat memberi manfaat kepada semua Semoga dengan perkongsian ini, akan menimbulkan rasa minat kepada semua untuk menziarahi perpustakaan dan juga sekaligus membina generasi yang pintar dengan ilmu. In Syaa Allah. Sekian.