BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA *GAYA KESANTUNAN BAHASA, KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA DAN ISU KESANTUNAN BERBAHASA* DISEDIAKAN OLEH : SITI NURAINI BINTI MOHAMMAD (PPISMP BM4)
PENSYARAH EN. ZALHISHAM BIN ABDUL GHAIZI EN. NORUDDIN BIN ABDUL AZIZ PUAN SALIZA BINTI MOHD SHAFII
DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA Secara umumnya, kesantunan bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan pribadi yang mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Menurut Grice, mendefinisikan kesantunan kepada komunikasi secara santun dan hendaklah memperlihat prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan. Oleh yang demikian, kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun.
GAYA KESANTUNAN BERBAHASA 01
BAHASA TERBALIK 01 02 03 04 BAHASA KIASAN PERIBAHASA BAHASA SAPAAN 05 PENGURUSAN AIR MUKA 06 PANTUN
BAHASA TERBALIK Digunakan untuk menyatakan maksud tersirat atau berlawanan dengan apa yang berlaku dan apa yang ingin diberitahu. Namun, orang dapat memahami maksud yang sebenar. Za 'ba (1965) menjelaskan bahasa terbalik sebagai bahasa yang menggunakan kata berakas atau terbalik daripada maksud yang dikehendakkan dan orang tersebut memahami maksudnya. Contoh situasi : "Bangun la lambat lagi" , kata ibu kepada abang yang telah lewat untuk ke sekolah.
BAHASA KIASAN Susunan kata atau bentuk bahasa yang memberitahu sesuatu dengan mengiaskannya kepada perkara yang lain sama ada dengan menyebutkan bandingannya atau tidak. Keris Mas (1990) berpendapat bahawa bahasa kiasan ialah analogi, iaitu membandingkan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain. Fungsi : Mengelakkan sesuatu perkara yang tidak manis daripada disebut secara terus terang, menguatkan maksud yang diperkatakan dan menambahkan kejelasan perkara yang diperkatakan.
CONTOH PENGGUNAAN BAHASA KIASAN SIMILE Contoh: Badannya kurus macam lidi METONIMI Contoh: Ahli-ahli politik bimbang dengan sasterawan itu kerana penanya sungguh tajam PERSONIFIKASI Contoh: Cinta itu buta METAFORA Di rumahmu, ada sekuntum melati SINEDOKI Contoh: Penduduk Kota Bharu menyambut kedatangan Perdana Menteri. HIPERBOLA Contoh: Lautan api sanggup kurenangi
PERIBAHASA Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Za 'ba (1965) menjelaskan peribahasa ialah rangkaian kata yang tetap, tersimpul dan terbeku dengan susunan khas dan dipakai dengan erti yang khas berlainan daripada asalnya. Wolfgang dan Mieder (2004) pula mendefinisikan peribahasa sebagai ayat pendek yang mengandungi peraturan berkaitan kebijaksanaan, kebenaran dan moral.
JENIS PERIBAHASA Makna selapis ialah peribahasa yang mempunyai makna yang dapat difahami dengan mudah, terus dan cepat selepas membacanya. Terdiri daripada empat jenis iaitu bidalan, pepatah, lidah pendeta (percakapan umum dan bentuk ringkas) dan perbilangan . PERIBAHASA MAKNA SELAPIS Makna berlapis ialah peribahasa yang mempunyai gambaran lain bagi membayangkan maksudnya. Terdiri daripada empat jenis iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, kiasan, tamsil dan ibarat. PERIBAHASA MAKNA BERLAPIS
PANTUN Secara umumnya, pantun ialah puisi tradisional yang mempunyai bahagian pembayang dan bahagian maksud. Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1996) menjelaskan pantun memiliki dua bahagian utama, iaitu pembayang dan maksud, tertaut secara integritif sehingga tertera sebagai pengucapan yang indah. Fungsi pantun ialah sebagai alat komunikasi dalam anggota masyarakat untuk menyatakan emosi cinta dan kasih sayang. Pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat dan pantun berkait.
BAHASA SAPAAN Kesantunan berbahasa atau bahasa banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat. Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang. Mesti digunakan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi supaya menjaga air muka orang lain. Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Terdapat sekatan sosial dalam pergaulan seharian antara ahli masyarakat itu. Contohnya: sekatan pangkat atau status seseorang itu. Pembahagian dibuat seperti: panggilan dalam keluarga, panggilan dalam masyarakat dan panggilan dalam protokol.
Panggilan dalam keluarga melibatkan kata ganti nama dalam susunan kekeluargaan yang terdiri daripada: keluarga sedarah (ayah), keluarga suku/perut (bang long), keluarga turun-temurun (moyang), keluarga semenda (ayah Liza) dan keluarga angkat (pak cik). Panggilan dalam masyarakat pangkat dan status seseorang yang terdiri daripada gelaran pergaulan tak sengaja (tuan), gelaran warisan (tengku), gelaran kurniaan kerajaan (tun), gelaran kurniaan ikhtisas (profesor) dan gelaran keagamaan (haji). PANGGILAN DALAM KELUARGA PANGGILAN DALAM MASYARAKAT PANGGILAN DALAM PROTOKOL Panggilan dalam protokol melibatkan panggilan hormat dalam majlis rasmi yang terdiri daripada gelaran diraja (Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, gelaran turun-temurun (Yang Mulia), gelaran kurniaan darjah kebesaran (Yang Berhormat), gelaran kurniaan ikhtisas (Yang Bahagia) dan gelaran keagamaan (Al-Fadhil)
PENGURUSAN AIR MUKA Penutur menjaga mimik muka sewaktu bertutur demi menjaga perasaan orang yang mendengar di samping memelihara maruah diri sendiri. Muka dikaitkan dengan maruah diri kerana apa yang tersirat di hati tersurat di wajah. Penggunaan simpulan bahasa berkaitan air muka: talam dua muka, muka tembok dan tebal muka Spenser-Oatey (2008) menyatakan bahawa konsep wajah berkaitan dengan keperibadian seseorang, hubungan dan nilai sosial malah merangkumi perasaan, nilai, maruah dan reputasi. Jenis gaya pengurusan air muka: baik pulih air muka, jaga air muka, tuntutan air muka dan beri muka.
KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA 02
DEFINISI SISTEM BAHASA Sistem bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. 01 02 03 04 Binaan Ayat Sebutan dan Intonasi Ejaan dan Tanda Baca Binaan Kata
KESANTUNAN BERBAHASA DALAM BINAAN KATA Kata ialah unit tatabahasa yang terkecil dan bebas serta mempunyai makna. Kata dibina melalui proses morfologi iaitu pemgimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Dalam bahasa Melayu, kata atau perkataan hendaklah digunakan mengikut kesantunan berbahasa yang betul supaya tidak berlaku kesalahfahaman atau ketidaksopanan. KONSEP KATA
- KESANTUNAN BERBAHASA DALAM BINAAN AYAT - Ayat tunggal ialah ayat yang terdiri daripada satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua klausa atau lebih. Dibina dengan mencantumkan dua atau lebih klausa bebas atau gabungan beberapa ayat tunggal. AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK
TANDA BACA Tanda baca adalah simbol yang tidak berhubungan deengan suara, kata dan frasa pada suatu bahasa melainkan berperanan untuk menunjukkan struktur dan organisasi pada suatu tulisan dan juga intonasi serta jeda yang dapat diamati sewaktu pembacaan. : Misalnya, tanda koma dan tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan.
INTONASI Sebutan dalam bahasa Melayu adalah berasaskan sostem sebutan baku. Baku bermaksud standard atau piawai. Sistem baku bermakna perkataan dibunyikan seperti mana ia dieja. Bagaimana sesuatu perkataan itu dieja, begitulah cara sebutannya (dibunyikan). CONTOH: bela (pelihara) - bela (mempertahankan) perang (sejenis warna) - perang (pergaduhan besar) rendang (sejenis makanan) - rendang (rimbun)
INTONASI Intonasi ialah nada turun naik dalam sesuatu ayat. Intonasi berbeza-beza mengikut jenis-jenis ayat yang digunakan. Intonasi yang betul boleh membezakan maksud dan objek dalam sesuatu pengucapan. Dalam bahasa penulisan, intonasi digambarkan dengan penggunaan tanda baca tanya (?) atau seruan (!) atau kedua-duanya sekali. Intonasi pengucapan dengan jelas dapat dilihat melalaui ayat-ayat berikut : Ayat penyata, Ayat tanya, Ayat perintah dan Ayat seruan.
INTONASI DARI SEGI PENGUCAPAN Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu pernyataan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata berakhir dengan tanda noktah(.). Nada rendah digunakan dalam ayat-ayat penyata. Tiada penegasan nada atau nada tinggi dalam penggunaan ayat penyata. Contoh : Adik sedang bermain bola sepak. AYAT PENYATA Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu atau bertanyakan seseorang. Ayat tanya disertai dengan tanda tanya (?). Misal : Mengapakah kamu lambat ke sekolah? AYAT TANYA
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan untuk melahirkan gambaran tentang perasaan seperti takut, marah, geram, sakit, hairan dan yang sama dengannya. Intonasi seruan diagambarkan dengan tanda baca seruan (!) pada hujung ayat. Contoh: Tahniah, awak berjaya memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang! AYAT SERUAN Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya melakukan sesuatu. Ayat perintah mempunyai nada tinggi dan tegas bergantung kepada jenis ayat perintah. AYAT PERINTAH
ISU KESANTUNAN BERBAHASA 03
ISU BAHASA Berbicara dengan kurang sopan dan menghina sehingga menyebabkan pihak lawan tersinggung. Contoh : bodoh, lembab,gemuk dan sebagainya Individu perlu berbicaa dengan sopan di manamana sahaja kepada semua orang. Contohnya menggunakan bahasa yang sopan dengan guru tetapi menggunakan bahasa kasar dengan kawan. Apabila bercakap dengan sopan, setiap masalah dapat diselesaikan dan orang yang suka bercakap kasar akan menimbulkan masalah
ISU BUDAYA Negara kita hidup dalam keadaan masyarakatnya berbilang kaum. Kita perlu mengetahui agama dan budaya kaum agar tidak menyentuh sensitif kaum mereka. Dapat mengekalkan perpaduan antara kaum. Contohnya apabila berbual dengan kawan yang berlainan kaum atau bangsa jangan sesekali menyentuh perkara yang sensitif seperti isu keagamaan mereka. SebagAai rakyat Malaysia, kita perlulah saling menghormati kepercayaan antara satu sama lain.
ISU SOSIAL Kemunculan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain menjejaskan kesantunan berbahasa. Penggunaan kata-kata kasar dan kuran sopan menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna IT. Contohnya, mereka membahaskan orang yang lebih tua atau lebih berpangkat dengan kata ganti " awak" , " engkau " dan "kamu ". Seharusnya menggunakan kata ganti nama yang sopan dan halus seperti " pak cik" , " mak cik" dan " saudara " dalam perbualan seharian sama ada dalam alam maya mahupun di alam realiti.
Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk berkomunikasi dalam alam maya. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyumbang kepada penggunaan perkataan singkatan dengan meluas. Contohnya, penggunaan " aq " yang membawa maksud " aku " atau " sbb" membawa maksud " sebab". Kesannya, perkara ini mempengaruhi penulisan dalam urusan rasmi dan ini mencerminkan peribadi yang tidak baik.
RUJUKAN Asmah Omar. (2018). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media. Dewan Bahasa dan Pustaka. Agung Pramujiono et al. (2020). Kesantunan berbahasa, pendidikan karakter dan pembelajaran yang humanis. Indocamp. Awang Sariyan. (2015). Santun berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Jazeri dan Nany Soengkono Madayani. (2020). Kesantunan berbahasa, dosen dan mahasiswa dalam interaksi kuliah. Akademia Pustaka. Rahman Shaari. (1993). Memahami gaya bahasa: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1077-16-athirah. (2022, May 31). Kesantunan Berbahasa BMMB1144 - Flip eBook Pages 1-24 | AnyFlip | 1077-16- athirah. Anyflip.com; 1077-16-athirah. https://anyflip.com/ojoae/czag/basic ash.dylane. (2022, May 14). Isu Kesantunan Berbahasa - Flip eBook Pages 1-14 | AnyFlip | ash.dylane. Anyflip.com; ash.dylane. https://anyflip.com/bqcpf/bruc/basic
SEKIAN, TERIMA KASIH.