KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Yang Betul Menggunakan Teknik K-Smart Table Oleh Kamariah Nor Ab Kadir Sekolah Rendah Islam Sri Johor Bahru Kompleks Pekan Rabu 81200 Johor Bahru Johor Darul Takzim 27 Januari 2024
2 ABSTRAK Bahasa Inggeris merupakan satu mata pelajaran yang menarik kerana menngandungi pelbagai kemahiran yang mekibatkan aktiviti yang aktif iaitu Listening, Speaking, Reading, Writing Dan Langage Arts. Namun begitu kekeliruan dalam membina ayat boleh menurunkan tahap motivasi murid-murid untuk belajar mata pelajaran ini. Kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membina ayat yang betul dalam kalangan murid tahun 2. Pemerhatian awal telah dilakukan melalui semakan latihan murid dan soal jawab di dalam bilik darjah. Hasil pemerhatian, sebahagian murid masih keliru dalam membina ayat berdasarkan gambar walaupun mereka telah mempelajari ayatayat Present Simple dan Present Continuous Tense secara tidak langsung di dalam latihanlatihan melengkapkan ayat dan juga pemahaman. Tatabahasa yang dipilih dalam kajian ini ialah Present Contiuous Tense. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid-murid tahun 2 telah mempelajari kemahiran mendengar, bertutur, membaca, melengkapkan ayat Present Simple dan Present Continuous Tense , di dalam buku aktiviti Super Minds. Latihan berulang dengan pilihan jawapan telah tersedia membolehkan muridmurid menjawab soalan dengan baik. Namun begitu, didapati sebahagian murid mula keliru ketika membina ayat bebas berdasarkan gambar. Sebahagian murid membina ayat dengan struktur ayat serta tatabahasa yang salah atau bercampur konsep akibat kekeliruan pengunakan bentuk kata kerja ( verb form yang tepat ). Present simple: On Sundays, I wash my shoes. On Thursdays, We go swimming Present Continuous Tense: It is riding a bike. They are dancing. Contoh kesilapan yang yang berlaku adalah seperti berikut : It is ride a bike. ( x ) It is make sandcastles. ( x ) Haikal and Adam is make sandcastles. ( x ) Berdasarkan latihan murid, menunjukkan antara masalah ialah: mengenal pasti penggunaan verb form yang betul . mengenal pasti kata kerja yang sepadan dengan subjek. Menyusun idea dengan teratur
3 Masalah lain yang berkaitan ialah, lewat dalam menyelesaikan tugasan kerana tidak dapat menyusun idea dengan baik. Bagi membetulkan kesilapan lazim ini, guru menerangkan semula kepada murid dan ini berlaku berulang kali menjadikan sesi pembelajaran dalam kemahiran penulisan kurang efektif dan kurang menarik. Justeru satu langkah segera perlu diambil. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini memfokuskan penggunaan Teknik K-Smart Table dalam membantu mengatasi kekeliruan dalam menentukan verb form dan membantu murid mendapatkan idea dengan lebih cepat. Kajian ini memfokuskan kemampuan murid yang berbeza dengan memberi latihan yang sama dengan beberapa formula yang terdapat dala K-Smart Table. 3.0 OBjEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan teknik K-Smart Table terhadap kebolehan murid membina ayat dengan struktur ayat yang betul. 3.2 Objektif Khusus Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sama ada penggunaan teknik K-Smart Table boleh: Meningkatkan kemahiran murid membina ayat Present Continuous Tense, dengan struktur yang betul. Mengenal pasti VERB FORM yang sepadan subjek dengan mudah Menentukan idea untuk membina ayat dengan lebih pantas. 4.0 KUMPULAN SASARAN Sasaran penggunaan Teknik K-Smart Table adalah seramai 3 orang murid dari tahun 2 Imam Hanbali yang terdiri daripada murid yang masih melakukan kesilapan berulang dan lambat dalam membina ayat.
4 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Tinjauan masalah Hasil pemerhatian didapati, keseluruhan murid sangat aktif dalam sesi pembelajaran , Listening, Speaking, Reading dan Language Arts namun ianya berbeza ketika sesi pembelajaran kemahiran menulis. Hasil perbualan dengan rakan guru yang mengajar dalam kelas tersebut, keseluruhan murid aktif dan hanya beberapa orang murid yang masih lambat menyelesaikan tugasan namun murid-murid ini bukan dari kalangan murid yang lemah. Hasilnya, telah menyuntik semangat saya untuk melaksanakan satu kajian bagi mengatasi masalah murid dalam membina ayat dengan betul . 5.2 Analisis tinjauan masalah Berdasarkan permerhatian terhadap hasil kerja murid, didapati murid belum boleh membina ayat dengan struktur yang tepat, sepenuhnya. Berdasarkan soal-jawab dengan beberapa orang murid, mereka masih keliru bagaimana menggunakan VERB FORM dalam situasi tertentu samada perbuatan yang sedang berlaku atau perbuatan yang selalu dilakukan. Mereka juga masih kurang yakin membina ayat secara spontan berdasarkan gambar. 5.3Tindakan yang dijalankan Dalam kajian ini maklumat kesan teknik K-Smart Table ke atas pembelajaran murid diperolehi melalui latihan di dalam bilik darjah, pemerhatian dan temubual. Aktiviti 1: Latihan diberikan untuk melihat tahap kebolehan murid membina ayat berdasarkan gambar menggunakan Present Continuous Tense. Rajah 1. Gambar yang diberikan dan ditayangkan kepada murid.
5 Pemerhatian: Rajah 2 Rajah 3
6 Rajah 4. Rajah 2,3 dan 4 menunjukkan murid menulis dengan kesilapan yang berulang. Refleksi; Penulisan murid menunjukkan bahawa mereka tidak dapat membina ayat dengat struktur ayat yang betul. Aktiviti 2: Latihan diberikan selepas pengenalan kaedah menulis ayat menggunakan KSmart Table. Rajah 5. Menunjukkan K-Smart Table
7 Rajah 6: Menunjukkan murid mula fokus membina ayat mengunakan K-Smart Table Refleksi: Selepas pengenalan kaedah K-Smart Table , didapati murid lebih mudah membina ayat.murid juga lebih pantas menyiapkan tugasan. Latihan menulis dengan kaedah K-Smart Table menunjukkan, murid boleh membina ayat Simple Present tense dan Present Continuous Tense dengan betul dengan bimbingan yang minimim
8 Rajah 7.
9 Rajah 8
10 Rajah 9 Rajah 7,8 dan 9: Menunjukkan hasil kerja murid menggunakan K-Smart Table , kali pertama.
11 Rajah 10
12 Rajah 11 Rajah 12 Rajah 10,11 dan 12 menunjukkan hasil kerja murid menggunakan K-Smart Table kali ke dua.
13 Hasil pemerhatian berdasarkan latihan kali pertama menggunakan K-Smart Table dan Kali ke dua menggunakannya menunjukkan murid-murid berupaya menulis dengan baik. 5.4 Penilaian 5.4.1 Perbandingan hasil kerja murid : membina ayat menggunakan K-Smart Table Kali pertama dan kali ke dua. Sampel kajian Kali pertama Kali ke 2 Murid 1 Boleh membina ayat secara berdikari namun tidak yakin untuk memberi alasan apabila di tanya berkenaan perkataan yang ditulis. Menulis secara berdikasi dan lebih pantas. Boleh memberi respon dengan Murid 2 lebih baik Masih merujuk guru untuk memastikan verb form yang dipilih adalah betul Murid 3 Masih merujuk guru untuk memastikan verb form yang dipilih adalah betul. Jadual di atas menunjukkan rumusan perbandingan hasil kerja murid kali pertama dan kali ke dua. 5.4.2 Berdasarkan semakan latihan-latihan yang diberikan, didapati murid-murid berjaya menulis dengan baik dan lebih pantas. Seramai tiga orang murid telah dinilai melalui latihan di dalam bilik darjah . Satu latihan membina lima ayat berdasarkan gambar telah diberikan. Hasil kerja Murid 1, 2 dan 3 ialah ke semua lima ayat yang ditulis, mengandungi banyak kesalahan. Mereka sering bertanya kepada guru dan rakan serta lambat menyiapkan tugasan tersebut. Kemudian, selepas memperkenalkan teknik K-Smart Table, murid 1 ,2 dan 3 boleh membina ayat berdasarkan gambar menggunakan Present Continuous Tense dengan betul dan boleh memberi alasan apabila ditanya berkenaan Subject, verb, object atau complement yang dipilih. Untuk mengukur sejauh mana ke tiga-tiga murid ini faham, mereka sekali disoal tentang alasan mereka memilih verb form tertentu dalam ayat yang telah mereka bina.
14 Berdasarkan latihan dan soal jawab ini, didapati ke tiga-tiga murid telah berjaya membina ayat dengan teknik K-Smart Table dalam masa yang lebih pantas, yakin dan berdikari. Secara tidak langsung murid-murid dapat memahami Subject Verb Agreement dan pengenalan kepada Part of Speech. 5 .4.3Persepsi murid. Selesai latihan kali ke 2, dan soaljawab tentang ayat yang telah dibina, refleksi murid dibuat secara temubual bagi mengetahui perasaan murid dan pandangan murid terhadap kemahiran menulis khasnya dan subjek Bahasa Inggeris amnya. Responden –responden menyatakan bahawa sebelum menggunakan K-Smart Table , mereka fikir penulisan itu agak susah kerana sering kali dibetulkan oleh guru. Mereka juga sukar mendapatkan idea untuk membina ayat.Setelah menggunakan K-Smart table ianya menjadi mudah kerana mereka hanya perlu rujuk petunjuk atau formula yang tercatat. Setelah memahaminya, mereka boleh menulis tanpa kotak dengan hanya merujuk K-Smart Table. Mereka bersetuju apabila saya katakana bahawa penulisan dengan hanya murujuk kepada K-Smart table tanpa menggunakan kotak menampakan mereka murid yang mahir dan jika terus dipraktikkan latihan seperti ini mereka akan dapat membina ayat secara berdikari ketika mereka di darjah tiga nanti. 6.0 REFLEKSI KAJIAN Hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid yang lambat menyiapkan tugasan , atau murid yang mengalami masalah dalam penulisan bukanlah murid yang ketinggalan namun , setiap murid memerlukan kaedah tertentu yang membolehkan mereka semua berada di tahap cemerlang. Masalah yang sedikit jika tidak diatasi dengan segera, akan menjadi semakin banyak dan boleh menjatuhkan motivasi diri anak-anak. Dengan terhasilnya Teknik K-Smart Table, Alhamdulillah masalah ini dapat diselesaikan dalam masa singkat. Secara tidak langsung, meningkatkan lagi minat mereka terhadap subjek. Teknik ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang sama dalam menulisayat menggunakan Tenses yang lain. Idea ini muncul setelah merujuk pelbagai sumber dalam mengatasi masalah murid tidak dapat menulis dengan baik, termasuklah methodologi pendidikan kaedah rasululullah yang mempunyai kepelbagaian pendekatan dalam pengajaran. Antara yang diambil dalam kajian ini ialah, pengulangan, mengajar sesuatu secara beransur-ansur dan lakaran.
15 7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA. Bagi cadangan akan datang, saya berpendapat bahawa pengunaan teknik-teknik dan formula-formula tertentu secara ringkas dan menarik akan membolehkan murid mengingati verb form berdasarkan empat asas tenses dengan mudah. Untuk menjadikanya lebih menarik minat, elemen language art perlu dimasukkan seperti ritma Choral Speaking atau pun Nursery Rhyme.
16 RUJUKAN Kaedah dan teknik pengajaran Rasulullah. https://online.anyflip.com/idoov/tifd/mobile/ Koleksi Kajian Tindakan SEPAI 2022-2023 https://fliphtml5.com/btmki/togy/KOLEKSI_KAJIAN_TINDAKAN_SEPAl_2022_-2023/ The 4 Types of Sentence Structure | Grammar | EnglishClub https://www.englishclub.com/grammar/sentence/sentence-structure.php The Fundamentals of Good Sentence Structure https://edukatepunggol.com/the-fundamentals-of-good-sentence-structure-primary-1-english/ 8 Easy ways to teach essay writing skills https://galleryteachers.com/2023/01/easy-ways-to-teach-essay-writing-skills/ Effective Writing Practices Tutorial https://www.niu.edu/writingtutorial/grammar/subject-verb-agreement.shtml