The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Firzanahabidin144, 2023-03-05 09:04:12

BMMB1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

TUGASAN 1

Keywords: Pantun

BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR PPAANNTTUUNN


Nama: Nur Firzanah binti Noor Abidin Unit: BMMB2 Ambilan: PPISMP Jun 2022 Nama pensyarah: Mohd Izan bin Hj. Yusof Biodata diri


TAKRIF PANTUN Pantun ialah sejenis puisi yang terikat yang terdiri daripada empat baris serangkap dan mempunyai rima akhir a-b-a-b. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap pantun tidak dapat berdiri sendiri kerana ianya memerlukan rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Pantun merupakan karya seni bahasa melayu yang tulen. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi.


Jenis- jenis pantun Pantun nasihat Pantun jenaka Pantun agama Pantun adat Pantun jenaka Pantun teka teki Pantun hiburan Pantun pendidikan Pantun kritikan sosial


Ciri-ciri pantun Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud. Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud. Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a' . Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b' .


Anafora-pengulangan kata di depan baris Metafora- penggunaan bahasa kiasan Repitisi- pengulangan perkataan Responsi-pengulangan kata di tengah baris Epifora-Pengulangan perkataan atau frasa di akhir baris pantun Inversi-pembalikan susunan kata. Imej alam-contohnya: sungai, embun, bumi Sinkof- Singkatan perkataan Unsur bunyi- a) Asonasi- pengulangan vokal (a,e,i,o,u) b) Aliterasi- pengulangan konsonan GAYA BAHASA


Fungsi Kesusasteraan Melayu Hiburan Fungsi kesusasteraan dalam hiburan terhasil melalui kehadiran kata-kata yang diungkapkan, irama dan rentak yang tersusun. Hal ini telah melahirkan minat kepada masyarakat kerana ianya menimbulkan kegembiraan dalam diri pembaca dan pendengar. Pendidikan Fungsi kesusasteraan dalam pendidikan adalah memberi pengajaran, nasihat dan pesanan kepada masyarakat. Merupakan satu alat untuk mendidik masyarakat dalam mengubah pemikiran yang lebih baik.


Kritikan sosial Kesusasteraan berfungsi untuk mempengaruhi tindakan atau perbuatan manusia yang bertujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dakwah Fungsi kesusasteraan dalam dakwah memberi kesan yang mendalam di mana sastera digunakan untuk menyampaikan pesan suci Tuhan.


Pantun Pertama


Pergi ke pekan Danau Kota , Pergi ke sana hari Selasa; Manusia perlu menjaga kata, Menjaga adab ketika berbahasa. Tema: Nasihat Analisis kajian pantun Jenis pantun: pantun 4 kerat Jumlah baris: 4 baris Jumlah kata: 4-5 kata sebaris Jumlah suku kata: 10-11 suku kata sebaris Rima akhir: a,b,a,b Persoalan : Menjaga tutur kata dalam pertuturan Bentuk : Nasihat


Asonasi : Pengulangan bunyi vokal 'a' Pergi ke sana hari selasa Aliterasi Pengulangan bunyi konsonan 'm' Sebagai manusia mestilah mendengar kata Gaya Bahasa Mesej : Setiap manusia perlulah menjaga pertuturan dalam berbahasa bagi mengelakkan salah faham berlaku Pantun ini memberi nasihat supaya kita menjaga adab dalam pertuturan. Sikap menjaga pertuturan ketika bertutur perlu diterapkan. Beradab sopan ketika berbicara dengan menggunakan bahasa yang sopan Fungsi kesusateraan melayu dalam aspek kritikan sosial


PANTUN KEDUA


Pergi bermain di rumah Haikal, Berlari-lari di tanah rata; Janganlah kamu nakal-nakal, Jadilah anak yang mendengar kata. Tema: Pantun kanak-kanak Jenis pantun: pantun 4 kerat Jumlah baris: 4 baris Jumlah kata: 4-5 kata sebaris Jumlah suku kata: 10-11 suku kata sebaris Rima akhir: a,b,a,b Persoalan : Mentaati perintah ibubapa Bentuk: Pantun kanak-kanak


Gaya Bahasa Belari-lari di tanah rata Asonansi: Pengulangan vokal 'a' Janganlah kamu nakal-nakal Aliterasi: Pengulangan konsonan 'k' Berlari-lari di tanah rata Diksi : Penggunaan kata ganda Mesej : Sebagai seorang anak kita mestilah mendengar kata ibu bapa untuk membentuk kendiri yang cemerlang. Pantun ini memberi nasihat terhadap anak-anak supaya mendengar kata ibu bapa. Sikap mendengar kata perlu diterapkan dalam diri seseorang anak agar dapat menjalani kehidupan dengan sejahtera. Fungsi kesusateraan melayu dalam aspek kritikan sosial


PANTUN KETIGA


Jenis pantun: pendidikan Jumlah baris: 4 baris Jumlah kata: 4 perkataan sebaris Jumlah suku-kata: 9-11 suku kata sebaris Rima akhir: a,a,a,a Persoalan: Kegigihan dalam mencari ilmu dalam kehidupan Jika kamu tertinggal buku, Pastinya susah menimba ilmu; Jika kamu tidak membaca buku, Terasa peritnya tidak berilmu. Tema: Pendidikan Bentuk : Pendidikan


Mesej : Kita mestilah berusaha dengan gigih dalam mencari ilmu kerana ilmu tidak datang dengan sendiri dan ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Jika kamu tidak membaca buku Responsi: Pengulangan kata di tengah ayat iaitu pengulangan kata tidak Terasa peritnya tidak berilmu Gaya Bahasa Jika kamu tertinggal buku Jika kamu tidak membaca buku Anafora : pengulangan kata di awal ayat Jika kamu tidak membaca buku Asonansi : Pengulangan vokal 'a' Pastinya susah menimba ilmu Aliterasi: Pengulangan konsonan 'm' Memberi nasihat agar seseorang itu perlu bersungguh-sunggguh dalam menacari ilmu Ilmu sangat penting kerana dapat melahirkan individu yang berkemahiran tinggi. Fungsi kesusasteraan melayu dalam aspek pendidikan


PANTUN KEEMPAT


Duduk di pangkin sambil makan , Makan durian dan belimbing; Saling membantu sesama rakan, Bagai aur dengan tebing. Tema : Peribahasa Persoalan: Amalan saling membantu antara satu sama lain. Bentuk: Peribahasa Jenis pantun: pantun 4 kerat Jumlah baris: 4 baris Jumlah kata: 4-5 kata sebaris Jumlah suku kata: 7-9 suku kata sebaris Rima akhir: a,b,a,b


Asonansi Aliterasi pengulangan konsonan 'g' Bagai aur dengan tebing Peribahasa Bagai aur dengan tebing Simile GAYA BAHASA pengulangan vokal 'a' Saling membantu sesama rakan, Bagai aur dengan tebing. Kiasan yang membandingkan dua benda berbeza tetapi ada persamaan. Contohnya perkataan bagai dalam baris keempat. Mesej:Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama. Selain meringakan beban kita juga dapat mengeratkan sillaturrahim. Memberi nasihat supaya pembaca menerapkan sikap tolong menolong. Memberi kesedaran dalam kehidupan bermasyarakat. Fungsi kesusasteraan melayu


PANTUN KELIMA


Pokok kemboja pokok semalu, Baunya wangi menusuk kalbu; Dengar kata mesti selalu, Jangan ingkar nasihat ibu. Tema : nasihat Persoalan : Setiap anak perlu mendengar kata orang tuanya. Bentuk :Nasihat Jenis pantun: pantun 4 kerat Jumlah baris: 4 baris Jumlah kata: 4 kata sebaris Jumlah suku kata: 9-10 suku kata sebaris Rima akhir:a,a,a,a


Gaya Bahasa Imej alam : pokok baris pertama Pokok kemboja pokok semalu Repitisi Pokok kemboja pokok semalu Pengulangn perkataan pokok Asonansi Jangan ingkar nasihat ibu Pengulangan vokal ‘a’ Aliterasi Pokok kemboja pokok semalu Pengulangan konsonan ‘k’ Mesej:Kita hendaklah mendengar kata kedua orang tua agar hidup dalam kehidupan agar hidup sentiasa diberkati dan dipermudahkan. Pantun ini merupakan teguran terhadap anakanak supaya mendengar kata serta nasihat ibu-bapa Menurut kata ibu-bapa merupakan amalan mulia Fungsi kesusasteraan melayu


Abidin.Z.(2022 Ogos 8). Bicara pantunn melayu.Dewan Sastera. https://dewansastera.jendeladbp.my/2022/08/08/5049/. Muhammad, B.J. & Razak.A.,(2011). Juara Pantun. Selangor. Giga Wise Network Adenium. (2019 Januari 23).Bentuk dan Ciri Pantun.Harum Ceria. https://harumceria.wordpress.com/2019/01/23/bentuk-dan-ciri-ciri-pantun/ Aswiza. (2022 November 23).Fungsi Satera Melayu. Slideshare.https://www.slideshare.net/aswiza/2-fungsi-sastera-melayupptx Fakhri.Z. (2022 Ogos 8). Rima Akhir Pantun Yang Sama Tinggi Kualitinya. Dewan Sastera. https://dewansastera.jendeladbp.my/2022/08/08/5049/ Haikal. A. (2015 Januari 19). Pantun Empat Kerat. Slideshare.https://www.slideshare.net/AHaikal04/pantun-empat-keratmuafakat Hassan.Z. (2017 Disember 10).Bahasa Menulis Pantun Dan Panduan Menulis Pantun.Blogger. http://zurinah1306.blogspot.com/2017/12/bahasa-dalampantun-dan-panduanmenulis.html#:~:text=BEBERAPA%20PANDUAN%20MENULIS%20PANTUN%20Y ANG,rima%20tengah%20dan%20rima%20awal. Idayu.N.(2009 Oktober 22). Gaya Bahasa dalam Komsas.Blogspot. http://cikguidayu.blogspot.com/2009/10/gaya-bahasa-dalam-komsas.html Simple.M (2012 Jun 18). Gaya Bahasa dan Funsinya. Blogspot. http://ransnasir.blogspot.com/2012/06/gaya-bahasa-danfungsinya.html Rajab. R.(2011 September 12). Gaya Bahasa Dalam Komsas. Blogspot. http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/09/gaya-bahasa-dalam-komsas.html Razak. (2017 Jun 10). Pantun Budaya.Blogspot.https://personajohor.blogspot.com/2010/06/pantunbudaya.html RUJUKAN


Click to View FlipBook Version