The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Originality, alignment with the current news in UIS, effective use of InDesign tools like paths and shapes, text composition, color usage, and export quality.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MASYITAH ZAHIDAH BT MUZLIPA, 2024-05-09 09:17:36

BULETIN UIS

Originality, alignment with the current news in UIS, effective use of InDesign tools like paths and shapes, text composition, color usage, and export quality.

“Semerbak Mewangi Seharum Kasturi” Duta Azerbaijan di Malaysia Kunjungi Universiti Islam SeYAB Dato’ MB Selangor Raikan Warga UIS di Program Qiamullail Perdana, m/s 1 BULETIN UIS DUTA AZERBAIJAN DI MALAYSIA KUNJUNGI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR 23 FEBRUARY 2024 - Hari ini Naib Canselor Universiti Islam Selangor, Dato’ Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah dikunjungi tetamu istimewa dari kedutaan Arzebaijan di Malaysia, HE Irfan Davudov Ambassador of The Republic of Azerbaijan. Turut bersama ialah En. Fadhil Yusni, Chairman of Malaysia-Azerbaijan Friendship Association. Kunjungan ini membincangkan peluang-peluang kerjasama antara dua negara khusus dalam bidang pendidikan tinggi, kolaborasi penyelidikan dan pertukaran pelajar.


“Semerbak Mewangi Seharum Kasturi” 7 Mac 2024 - Demikianlah untaian kata yang sesuai diungkapkan terhadap para penyumbang dana bantuan dan pembayar zakat kepada Universiti Islam Selangor bagi tahun 2023. Bagi menghargai para penyumbang dan penderma yang telah menceriakan kehidupan pelajar-pelajar asnaf dan B40 Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS), Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Yayasan KUIS telah menganjurkan Majlis Apresiasi Bersama Penyumbang pada 7 Mac 2024. Majlis yang diadakan di Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi dihadiri oleh kira-kira 41 orang para penyumbang yang mewakili badan-badan korporat seperti Bank Islam Berhad, Maybank Islamic Berhad, Bank Rakyat, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Dana Asy-Syakirin 2, Permodalan Nasional Berhad, Pelaburan Hartanah Berhad, Yayasan Islam Darul Ehsan, Yayasan Takwa Wilayah Persekutuan dan lain-lain lagi. Selain itu, turut dijemput adalah penyumbang perseorangan yang membuat pembayaran zakat perniagaan di UIS. Naib Canselor UIS, YBhg. Dato’ Prof Madya Dr. Mohd Farid Ravi dalam ucapan pembukaannya menzahirkan penghargaan yang tinggi di atas budi luhur para penyumbang terhadap para pelajar UIS. Beliau turut menjelaskan bahawa melalui dana-dana yang disumbangkan, pihak UIS telah melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan seperti program Dapur Asnaf yang bertujuan untuk memastikan pelajar-pelajar asnaf dan B40 tidak dipinggirkan keperluan asas mereka. Dengan slogan, “Tiada pelajar UIS kelaparan” Pihak UIS telah menyalurkan RM15 melalui e-kupon setiap hari kepada pelajar-pelajar terpilih bagi memastikan mereka dapat menikmati makanan secara percuma di kafe-kafe di UIS. Majlis juga turut diserikan dengan gimik pelancaran Biasiswa Peribumi dan Biasiswa Komuniti yang merupakan usaha awal pihak UIS menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar asnaf dan B40. Berbekalkan dana sedia ada serta sokongan sumbangan badan-badan korporat, Biasiswa Peribumi dan Biasiswa Komuniti kini memberi tajaan penuh kepada 4 orang pelajar. Dalam ucapan penutupnya, YBhg. Dato’ Naib Canselor sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada para penyumbang dan mengharapkan agar dapat terus berkongsikan rezeki yang dikurniakan bagi melestarikan pendidikan dan kebajikan para pelajar B40 dan fakir miskin yang sedang menjalani sesi pembelajaran di UIS. Majlis Berbuka Puasa Santuni Golongan Muallaf Universiti Islam Selangor - Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kepada golongan asnaf muallaf telah diadakan di Masjid AlAzhar Universiti Islam Selangor. Majlis dihadiri muallaf-muallaf daripada MIRA (Malaysian Indian Reverted Association) dan diraikan oleh Yang Berbahagia Dato Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Naib Canselor UIS yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal ehwal Muallaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


YAB Dato’ MB Selangor Raikan Warga UIS di Program Qiamullail Perdana, Sahur & Subuh Berjemaah UIS 31 Mac 2024 - YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor berbesar hati menerima undangan UIS ke Program Qiamullail Perdana, Sahur dan Subuh Berjemaah UIS di Masjid Al-Azhar UIS pada tahun ini. Majlis anjuran bersama Pejabat Dato Menteri Besar Selangor, UIS dan Sekretariat Bandar Ilmu Putra Mahkota ini diadakan bagi menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia ini di samping mengeratkan hubungan silaturrahim yang utuh dalam kalangan warga UIS dan warga setempat. Program dimulakan dengan Qiamullail diketuai oleh Imam I Masjid AlAzhar UIS, Ustaz Muhammad Syafee Salihin Bin Hasan. Seusai qiamullail, semua warga bersama-sama bersahur dan menunaikan solat subuh berjemaah dipimpin oleh YBhg Naib Canselor, Dato Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah yang turut menyampaikan Kuliah Subuh bertajuk ‘Di Bawah Teduhan Al- Quran’ bersempena Hari Nuzul Al-Quran yang baharu sahaja berlalu. Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari kepada 57 orang pelajar asnaf UIS dan anak yatim. Secara keseluruhan, majlis ini dihadiri lebih kurang 300 orang tetamu yang terdiri daripada pegawai-pegawai Pejabat Dato Menteri Besar Selangor, Warga Universi-


UNFPA Malaysia, UIS & Yayasan KUIS Partner to Empower Domestic Violence Survivors Through Islamic Financing Solutions Selangor, 22 February - Ending gender-based violence often begins with breaking the cycle. With that in mind, the United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia has partnered with Selangor Islamic University (UIS) and Yayasan KUIS to empower survivors of domestic violence and finance the education of children of the survivors. The partnership charts the way forward for innovative solutions such as the Orange Perpetual Fund and the Work Kafalah programme. Together, these intervention and development funds and programmes aim to contribute to the safety, recovery and empowerment of individuals impacted by domestic violence. The Orange Perpetual Fund, jointly operated by UNFPA Malaysia and Yayasan KUIS, is a scholarship programme backed by seed funding from both parties aimed at supporting tertiary education for children of domestic violence survivors. The Work Kafalah programme, a collaboration between UNFPA Malaysia and the International Research Centre of Islamic Economics and Finance (IRCEIF) at UIS, aims to empower survivors with the skills and knowledge necessary to rebuild and reclaim control of their lives via economic empowerment and financial literacy. The Memorandum of Understanding (MoU) signing ceremony between the United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia and Selangor Islamic University (UIS), and Yayasan KUIS also saw a panel discussion titled, “The Role of Islamic Social Finance in Empowering Domestic Violence Survivors”, with Professor Aishath Muneeza, Islamic Financing Consultant, UNFPA Malaysia; Puan Nurul Balqis, Shariah Banking Operations, Vice President, Bank Rakyat; Mr Mohd Faiz bin Rahim, Shariah Department Head, Affin Islamic Bank; Dr Fatin Nur Majdina Nordin, Vice President, Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM). The timely discussion, ahead of this year’s International Women’s Day on March 8th themed, Invest in Women: Accelerate Progress, focused on shedding some light on how the infrastructure of Islamic social financing can effectively address the challenges domestic violence survivors face, empower them and ensure the rights and choices of survivors and their children. As highlighted by Dr Asa Torkelsson, UNFPA Malaysia Country Representative, “Addressing gender-based violence requires a multi-pronged approach, and this is a key area in which UNFPA works relentlessly in - and it is timely, considering the high number of domestic violence cases in Selangor (4,690) just within 2020 to August 2023, according to the Royal Malaysia Police (PDRM).” Across the globe, the UNFPA works in more than 150 countries and territories to respond to and reduce gender-based violence.


IRCIEF UIS - ENOKU Meterai MoU Memperkasa Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) & Autisme 2 April 2024 – Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dan Majlis Iftar Bersama Individu Autisme. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr Abdul Razif Bin Zaini, Timbalan Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mewakili Naib Canselor UIS. Majlis menandatangani MoU pada hari ini adalah bersempena dengan Hari Autisme Sedunia iaitu pada 2hb April setiap tahun. MoU telah ditandatangani oleh YBrs Dr. Latifa Bibi Binti Musafar Hameed, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri disaksikan oleh YBrs Encik Ahmad Yani Bin Ismail, Pemangku Pengarah IRCIEF manakala pihak ENOKU diwakili oleh YBrs. Puan Lily Azura Binti Khairil Anuar, CEO ENOKU dan disaksikan oleh Puan Sarah Razan Nabihah Binti Azlan Hamzah, CBO ENOKU. UIS dan ENOKU meneruskan iltizam memperkasakan Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Autisme menerusi MoU ini dalam memberikan kesedaran kepada organisasi dan masyarakat membantu mereka dan ibu bapa yang mempunyai anak autisme. Majlis diserikan dengan bacaan Al-Quran, doa dan persembahan nyanyian daripada anak autisme. Seramai 20 orang anak autisme turut menerima sumbangan hari raya daripada ENOKU dan Nasi Kandar Express yang telah disampaikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan. Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di Masjid Al-Azhar UIS. YB Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan turut menyarankan agar syarikat-syarikat atau industri yang beroperasi di Malaysia untuk mengambil golongan Autisma bekerja agar mereka juga dapat hidup berdikari dalam dunia yang penuh cabaran. Walaupun mereka mempunyai ASD (Autisme Spectrum Disorder) namun mereka juga mempunyai bakat dan kelebihan yang tersendiri. Majlis yang dianjurkan ini di bawah program Bandar Ilmu Putra Mahkota dengan kerjasama International Research Centre of Islamic Economics and Finance (IRCIEF) UIS, Yayasan KUIS dan ENOKU.


Click to View FlipBook Version