KANDUNGAN MISI DAN VISI SEKOLAH 2 ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 3 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR 4 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 5 SENARAI AJK KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 6-8 AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-39 9 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-38 10-16 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022 17-18 CADANGAN/USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 18 SEKALUNG BUDI 19
VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
ATURCARA MAJLIS 9.30 pagi : Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru 10.00 pagi : Ketibaan jemputan / Perasmi Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan aluan Guru besar Ucapan aluan YDP PIBG Ucapan aluan Perasmian Persembahan Penyampaian cenderamata kepada perasmi 11.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG bermula Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-38 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Laporan dan Pengesahan Kewangan Pembentangan Usul dan Cadangan 12:30 tengahari : Cabutan Bertuah 1:00 petang: Bersurai
UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Bandar Easter sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. En Abd Izam bin Samsudin Guru Besar Sk Bandar Easter
UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Bandar Easter sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. En Zaini bin Ismail YDP PIBG Sk Bandar Easter
JAWATANKUASA KERJA AJK PIBG 2022-2024 PENASIHAT : EN ABD IZAM BIN SAMSUDIN YDP PIBG : EN ZAINI BIN ISMAIL NAIB YDP : PN ZUNAINAH BT YUSOFF SETIAUSAHA : PN SALMAH BT AYA NAIB SETIAUSAHA : EN MOHD YUSOF BIN KASMON BENDAHARI : EN KHAIRUL IZURI BIN KASMURI NAIB BENDAHARI : PN RINDA BT HAMIN AJK FELDA SIMPANG WAHA 1. En. Muhammad Khairulnizam Bin Abd Rahman 2. Pn. Zuraini Binti Othman 3. Pn. Nudia Binti Jaffar 4. Pn. Salina Binti Mat Ali AJK FELDA BUKIT EASTER 1. En. Mohd Nizammudin Bin A. Halim 2. Pn. Norhaza Marlia Binti Hassan 3. Pn. Fadilah Binti Mohamad Hamidun AJK FELDA BUKIT WAHA 1. Pn. Sarimah Binti Ali 2. Pn. Siti Rahayu Binti Abd Razak AJK KALANGAN GURU SKBE 1. Pn Dalila bt Sukar 2. Pn. Siti Nurhuda Binti Misni 3. Pn. Hairayu Binti Haron
LANTIKAN BAHARU AJK PIBG 1. En Mohd Fadzli bin Ismail 2. Pn Norseha bt Samian 3. En Mohd faizul bin Abd Rahim 4. Pn Norlili bt Tukimin 5. En Mohd Faizul bin Abd Samad AJK PELAKSANA PENGERUSI : EN. ABD IZAM BIN SAMSUDIN N. PENGERUSI I : EN. ZAINUDDIN BIN HJ. NOH N. PENGERUSI II : PN. FAZILAWATI BINTI SAMSUDIN N. PENGERUSI III : EN. MOHAMAD HALIM BIN ISA SETIAUSAHA : PN SALMAH BT AYA NAIB SETIAUSAHA : EN MOHD YUSOF BIN KASMON BENDAHARI : EN.KHAIRUL IZURI BT KASMURI NAIB BENDAHARI : PN RINDA BT HAMIN Protokol dan Sambutan: Salmah bt Aya Mohd Yusof bin Kasmon Cenderamata Perasmi: Nurul Aida Syarafana bt Daud Nurfazrina bt Jamal Bacaan Doa : Mohamad Sobirin bin Mohd Azehar Buku Program: Mohamad Farid bin Md Daris Khairul Izuri bin Kasmuri Mohd Saifful bin Salman Razman bin Kassim Pendaftaran : Abhirahmih A/P Rajan Zainowawi bin Izani Norhaza Marlia bt Hassan Jamuan Ibu bapa: Izunie bt Yusof Nurfaraain bt Abdullah Siti Amirah Atiqah bt Azman Nudia bt Jaafar Fadilah bt Mohamad Hamidun Jamuan Guru & VIP Nurfirdaus bt Md Nor Jasminarti bt Abd Latif Ainul Mardhiah bt Mohd Yusoff Nur Asekin bt Ab Rahman Nurlili bt Tukimin Salina bt Mat Ali Pencatat Minit : Wan Syamimi Aina bt Wan Md Sukri Qamarul Ariffah bt Abd Razak
Persiapan Dewan : Mohd Asyraf bin Ismail Muhammad A’abdurrohman bin Zulkiflee Persiapan Pentas : Nur Rasyidah bt Abd Rahman Sahlanni Kumari A/P Mooruhaya Yagneswary A/P Sundran Rinda bt Hamin Zuraini bt Othman Muhamad Khairulnizam bin Abd Rahman Perakam Peristiwa : Mohamad Amirul bin Mohd Yazid Mohd Faizul bin Abd Samad Hadiah Cabutan Bertuah: Siti Zulaikha bt Awang Omar Hairayu bt Haron Dalila bt Sukar Mohd Fadzli bin Ismail Mohd Faizul bin Abd Rahim Norseha bt Samian Sarimah bt Ali Persembahan Murid : Nurfaraain bt Abdullah Kompang: Afandi bin Salam PA Sistem : Mohd Johar bin Jatri
AGENDA MESYUARAT Ucapan alu-aluan Guru Besar bagi Mesyuarat Agung Kali ke-39 Ucapan alu-aluan YDP PIBG bagi Mesyuarat Agung Kali ke-39 Ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-39 Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38 Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan Perbahasan Usul Cabutan Bertuah Mesyuarat bersurai
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANDAR EASTER KALI KE-38 TAHUN 2022 TARIKH : 16 JUN 2022 MASA : 10.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR EASTER 1.0 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA(YDP) PIBG 1.1 Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa, penjaga dan semua yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini. 1.2 Pihak PIBG SK Bandar Easter merakamkan jutaan tahniah atas kerjasama yang erat daripada kalangan ibu bapa dalam menjayakan program yang dirancang. 1.3 Memaklumkan bahawa akan dilaksanakan pemilihan jawatankuasa yang baru bagi sesi 2022 setelah tiada permilihan jawatankuasa PIBG pada tahun lepas. 1.4 Akan diusahakan untuk menceriakan semula kawasan sekolah dengan mengecat bangunan sekolah yang akan dilakukan secara gotong-royong. Beliau juga berharap agar sekolah didalam felda diberi perhatian oleh pihak Felda untuk penerimaan sumbangan dan peruntukan dalam pembangunan anak-anak Felda. 1.5 Selain itu juga, akan diusahakan juga pembinaan dewan untuk kegunaan Sekolah Kebangasaan Bandar Easter dan Sekolah Menengah Bandar Easter. 1.6 Berharap dapat membuat pemilihan AJK PIBG dengan tepat agar dapat membangunkan sekolah bersama-sama. 1.6 Mewakili ajk PIBG memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan. Tindakan : Makluman 2.0 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR 2.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38. 2.2 Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YDP PIBG dan AJK PIBG serta ibu bapa kerana dapat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Easter Kali ke 38. 2.3 Guru Besar juga menyatakan rasa syukur kerana dapat bersama-sama dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Bandar Easterkali ke 38 yang dapat dilaksanakan secara bersemuka. 2.4 Memaklumkan kepada semua bahawa sekolah dalam perancangan dimana akan dilaksanakan 2 sesi persekolahan pagi dan petang setelah projek pembangunan
Felda generasi ke dua selesai. Ini kerana terdapat pertambahan kepada bilangan murid yang akan mendaftar masuk ke sekolah. 2.5 Beliau memaklumkan kepada semua bahawa sekolah didalam fasa pembangunan infrastruktur sekolah. Terdapat beberapa kawasan yang terlibat untuk diselenggara dan baik pulih seperti tandas dan kelas. 2.6 Memaklumkan juga bahawa sekolah akan membuka semula pendaftaran sukarela bilik darjah kepada pihak ibu bapa dan penjaga murid agar dapat bersama-sama memastikan keselesaan murid di dalam kelas. 2.7 Guru Besar juga berharap agar dapat bersama-sama menyumbang tenaga dan sokongan dari pihak ibu bapa dan penjaga dalam memastikan kemajuan dan kejayaan murid-murid. 2.8 Beliau memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kesilapan yang terdapat didalam ucapan beliau. 2.9 Mendoakan agar Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 38 dapat berjalan dengan jayanya. 3.0 UCAPAN ALUAN PERASMIAN 3.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah diatas jemputan beliau ke sekolah untuk merasmikan program. 3.2 Pencerahan tentang pembangunan pendidikan anak-anak sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah didalam felda. Terdapat dua program yang telah dijalankan berkaitan dengan pendidikan. 3.3 Program yang pertama coding dan robotic untuk semua sekolah kebangsaan dalam felda. Yang kedua ialah program Smart Classroom yang mana melibatkan semua sekolah menengah dalam felda. 3.4 Program Coding dan Robotic merupakan penglibatan secara penuh dan memerlukan komitmen daripada anak-anak peneroka yang Berjaya. Ini kerana pihak felda tidak mengeluarkan peruntukan tetapi program tersebut adalah hasil daripada kutipan dana daripada pihak-pihak yang terlibat. 3.5 Beliau berharap dana untuk program coding dan robotic dapat dikumpulkan untuk kegunaan program. 3.6 Memaklumkan juga berkenaan dengan pemberian tanah lot untuk pembangunan felda generasi ke 2. 3.7 Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang hadir dalam membangunkan pendidikan anak-anak di sekolah. 3.8 Ucapan terima kasih kepada guru atas jasa yang telah disumbangkan oleh pihak guru dalam mendidik anak bangsa. Tindakan : Makluman
4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 4.1 YDP PIBG membentangan minit mesyuarat PIBG kali ke-37. 4.2 En. Mohd Fazly bin Ismail dari Felda Simpang Waha mencadangkan Minit Mesyuarat PIBG kali ke-37 diterima dan disahkan. 4.3 En. Mohd Nizammudin Bin A. Halim menyokong cadangan tersebut. 4.4 Tiada bantahan. Tindakan : Makluman 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 5.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti persatuan (rujuk halaman 14 buku program Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Easter kali ke-38) Tindakan : Makluman 6.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN KEWANGAN 6.1 Bendahari membentangkan Penyata Kewangan PIBG dan Penyata Kewangan Komputer Tahun 2021 (rujuk halaman 15) buku program Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Easter kali ke-38. 6.2 En. Mohd Nizammudin Bin A. Halim mencadangkan Penyata Kewangan PIBG diterima dan disahkan. 6.3 Pn. Sarimah Binti Ali telah menyokong cadangan tersebut. 6.4 Tiada bantahan. Tindakan : Makluman 7.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL 7.1.1 Mohon pihak kantin buka kipas bila tiba waktu rehat. Cadangan : Pn. Munirah Binti Kassim Guru besar memaklumkan bahawa kipas dikantin tidak dapat berfungsi kerana terdapat masalah pendawaian. Pihak sekolah akan mengambil tindakan dalam menangani masalah tersebut dalam masa yang terdekat. 7.1.2 Mohon pihak sekolah sediakan getah paip ditandas bagi memudahkan murid. Cadangan : Pn. Munirah Binti Kassim Guru besar memaklumkan bahawa pemasangan paip pada setiap tandas dapat dilaksanakan setelah proses ubah suai tandas selesai dilaksanakan. Selain itu,
pemasangan paip-paip air disebelah kelas darjah 1 adalah usaha pihak sekolah bagi memudahkan murid-murid ingin membasuh tangan tanpa perlu ke tandas. 7.1.3 Mengadakan kelas membaca Bahasa inggeris tahun 1. Cadangan : Pn. Suriyana Binti Misran Guru besar memaklumkan bahawa bulan pertama persekolahan bermula adalah minggu transisi yang mana murid tahun 1 telah didedahkan dengan persekitaran sekolah pergaulan dengan rakan-rakan dan sebagainya. Pihak sekolah akan mewujudkan semula program E-20 yang mana setiap pagi akan dijalankan aktiviti Bahasa Inggeris. Selain itu, kelas tambahan akan dilaksanakan sekiranya terdapat permintaan yang tinggi dari kalangan ibu bapa dan penjaga. 7.1.4 Meningkatkan tahap keselamatan dihadapan jalan utama semasa pelajar pulang dari sekolah. Keadaan sibuk dan bercelaru membahayakan keselamatan pelajar. Cadangan : En. Sulaiman Bin Rejab Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah membawa permohonan kepada pihak pengurusan felda untuk menjadikan jalan utama dihadapan sekolah sebagai jalan sehala bermusim dimana bermula dari pukul 6.30 pagi sehingga 8.00 pagi dan begitu juga sewaktu murid pulang jalan tersebut dijadikan jalan sehala. Akan tetapi , permohonan ini masih tidak mendapat kelulusan. Oleh itu, pihak sekolah telah meminta pihak pengawal keselamatan untuk Bersama-sama membantu dalam pengurusan lalu lintas murid diwaktu pagi dan tengahari. 7.1.5 Pemberian baju sukan secara seragam perlu dilaksanakan. Terutamanya melibatkan pelajar- pelajar Tahun 1. Ia menjadi perbandingan mereka yang pakai dengan yang tidak pakai. Cadangan : En. Sulaiman Bin Rejab Guru besar memaklumkan pihak sekolah memohon kemaafan terlebih dahulu kepada ibu bapa. Ini kerana sekolah mengalami masalah dengan saiz baju terutama melibatkan murid Tahun 1 yang mana saiz mereka perlu diukur terlebih dahulu pada hari pendaftaran. Selain itu juga, saiz yang ada didalam stok simpanan sekolah tidak mencukupi yang menyebabkan pihak sekolah perlu membuat tempahan yang baru. Ianya menjadi kekangan pihak sekolah untuk menyerahkan baju sukan secara
seragam kepada murid. Pihak sekolah akan berusaha untuk memperbaiki masalah tersebut dimasa yang akan datang. 7.1.6 Libat urus antara pihak sekolah dan pengurusan tertinggi dalam rancangan Felda perlu ditambahbaik. Perjumpaan yang kerap perlu dibuat bagi membincangkan penambahbaikan yang boleh dibuat serta bantuan-bantuan yang sesuai untuk disalurkan. Cadangan : En.Sulaiman Bin Rejab Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah amat mengalu-alukan dan berbesar hati sekiranya pihak Felda memanggil pihak sekolah dan mengadakan mesyuarat bersama. 7.1.7 Menyediakan 1 pelajar 1 box untuk simpanan buku teks di dalam kelas dan tidak perlu simpan dirumah. Cadangan : Pn Zuraini Binti Othman Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah amat memerlukan kos untuk penyediaan box kepada setiap pelajar. Pihak sekolah telah mengadakan permuafakatan ibu bapa bagi setiap kelas. Akan tetapi apabila bermulanya PKP, penjarakan fizikal telah dijalankan didalam setiap kelas. Ruang yang terdapat didalam kelas tidak mencukupi untuk meletakkan box mengikut bilangan pelajar didalam kelas. Bagi menangani masalah isu beg berat, pihak sekolah telah melakukan inisiatif 1 hari tidak melebihi 5 mata pelajaran dan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah telah dipantau oleh pihak kementerian. Pihak sekolah juga meminta kerjasama dari ibu bapa untuk memantau jadual pelajar dan memastikan pelajar membawa buku mengikut jadual.
7.1.8 YDP Encik Zaini Bin Ismail telah mencadangkan kepada pihak sekolah setiap usul yang dicadang dan dipilih untuk diperbahaskan sewaktu mesyuarat agung PIBG perlulah dinyatakan jawapannya terlebih dahulu didalam buku program. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak ibu bapa dan penjaga yang tidak dapat hadir ke mesyuarat agung PIBG mengetahui isi kandungan yang dibahaskan sewaktu program berlangsung. 8.0 HAL LAIN-LAIN 8.1 Guru besar memaklumkan bayaran sumbangan PIBG akan dikekalkan iaitu sebanyak RM70.00 ( satu keluarga ) dan telah disokong oleh En. Mohd Fazly Bin Ismail . Beliau menyatakan sumbangan ini amat diperlukan bagi pihak PIBG bagi melaksanakan program pembelajaran dan aktiviti kokurikulum demi mengekalkan kecemerlangan pelajar sekolah. 9.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019 – 2021 9.1 Encik Zaini Bin Ismail, Pengerusi Mesyuarat dengan rasminya membubarkan Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Easter bagi sesi 2019 – 2021 pemilihan jawatankuasa yang baharu. 10.0 PEMBENTUKAN AJK PIBG SESI 2022 - 2024 10.1 Mencadangkan En. Zaini Bin Ismail dikekalkan menjadi YDP. Cadang : En. Mohd Nizammudin Bin A. Halim Sokong : Pn. Sarimah Binti Ali Cadangan ditutup : Pn. Norlela Binti Dippon 10.2 Mencadangkan Pn. Zunainah Bt Yusof dikekalkan menjadi NYDP PIBG. Cadang : En. Mohd Nazib Bin Tumijan Sokong : Pn. Noor Seha Samian Cadangan ditutup : Pn. Norlela Binti Dippon 10.3 Guru Besar mencadangkan setiausaha PIBG Pn. Salmah Binti Aya dikekalkan. 10.4 Naib setiausaha, bendahari dan naib bendahari pihak sekolah akan membuat pemilihan diperingkat dalaman. Sokong : Pn. Hasniza Bt Karsiman
10.5 Cadangan AJK Felda Simpang Waha 1.En. Muhammad khairulnizam Bin Abd Rahman 2.Pn Zulaili Bt Othman 3.Pn Nudia Bte Jaffar 4.Pn Salina Bt Mat Ali Cadang : En. Mohd Fazly Bin Ismail Cadangan ditutup : Pn. Norlela Binti Dippon 10.6 Cadangan AJK Felda Bukit Easter 1.En. Mohd Nizammudin Bin A. Halim 2.Pn. Norhaza Marlia Binti Hassan 3.Pn. Fadilah Bt Mohamad Hamidun Cadang : Pn. Noor Seha Samian Cadangan ditutup : Pn. Norlela Binti Dippon 10.7 Cadangan AJK Felda Bukit Waha 1.Pn. Sarimah Binti Ali Cadang : En. Mohd Nizammudin Bin A. Halim Cadangan ditutup : Pn. Norlela Binti Dippon 2.Pn. Siti Rahayu Binti Abd Razak Cadang : Pn. Masniati Bt Sarifudin Cadangan ditutup : Pn. Norlela Binti Dippon 10.8 Cadangan En. Mohd Fazly Bin Ismail sebagai juruaudit. Cadang : Pn. Norlela Binti Dippon Cadangan ditutup : Pn. Sarimah Bt Ali 11.0 UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 YDP PIBG 2022/2023 iaitu En. Zaini bin Ismail mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terlibat kerana dapat bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SKB ke38 hingga tamat. 11.2 Beliau mengharapkan AJK PIBG SK Bandar Easter dan semua ibu bapa penjaga murid dapat terus memberikan sokongan dan komitmen yang baik bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak dalam semua bidang . YDP mengharapkan segala keputusan mesyuarat dapat dilaksanakan dan dihebahkan kepada ibu bapa yang tidak dapat hadir ke mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. 11.4 YDP sekali lagi memohon jutaan kemaafan andai ada salah dan silap. 12.0 PENUTUP 12.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:00 tengahri.
LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022
USUL NAMA IBU/BAPA NAMA&KELAS ANAK USUL SURIYANA BT MISRAN NUR ZAHIRAH BT ZAIRUL BUDIMAN (2CERDIK) Pihak sekolah mengadakan kelas tambahan untuk muridmurid bagi meningkatkan pencapaian akademik murid SKBE NUR HIDAYAH BT OTHMAN MUHAMMAD IZZ ZIQRI BIN MUHAMAD SHAFIQ (2CERDIK) Tukar warna baju rumah sukan Hijau (Temenggong) kepada warna yang lebih gelap supaya kotoran tidak mudah kelihatan MOHD NIZAMUDDIN BIN ABD HALIM SITI ZUBAIDAH BT MD SAID MUHAMMAD AL-WALIUDDIN BIN MOHD NIZAMUDDIN (4CERDIK) AQIL AIMAN B MUHAMMAD (5CERDIK) QURRATUL AIN BT MUHAMMAD (3CERDIK) MARYAM BT MUHAMMAD (1CERDIK) Laluan datang dan pulang sekolah yang dikira sebagai waktu puncak perlu dilakukan pada laluan sehala Waktu tamat sesi bagi murid tahap1&2 adalah pada waktu yang sama supaya memudahkan ibu bapa mengambil anak mereka berikutan waktu sesi persekolahan Sekolah Agama bermula pada jam 2 petang. ERMAN YUSYAMUDI BIN HASSAN MUHAMMAD HAKIM AMSYAR (5PINTAR) MUHAMMAD HANIF AMSYAR (1PINTAR) Guru memberi respon dalam kumpulan Whatsapp kelas sekiranya ada kerja rumah yang diberi Memberitahu keluarga murid sekiranya murid didapati tidak sihat
SEKALUNG BUDI Jutaan Terima Kasih…. Kepada Guru Besar dan barisan pentadbir SKBE, YDP PIBG&NAIB YDP PIBG, Ibu bapa serta Guru-guru SKBE