“MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH MASYARAKAT YANG
BERASASKAN SAINS DAN YANG PROGRESIF, IAITU SATU
MASYARAKAT YANG BERDAYA CIPTA DAN BERPANDANGAN
JAUH, SEBUAH MASYARAKAT YANG BUKAN SAHAJA DAPAT
MEMANFAATKAN TEKNOLOGI MASA KINI TETAPI TURUT
MENJADI PENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN PERADABAN
SAINS DAN TEKNOLOGI PADA MASA HADAPAN.”
MS.5 &6
1
2
ISI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
1 OBJEKTIF 4
5-8
2 PENGENALAN 9-14
3 CABARAN DAN 15-17
HURAIANNYA
18
4 LANGKAH 19
MENGATASAI 20
TERHADAP CABARAN
5 KESIMPULAN
6 RUJUKAN
7 POP QUIZ
3
OBJEKTIF
Dapat mengenal pasti cabaran
yang dihadapi oleh masyarakat
Malaysia tentang Sains dan Teknologi.
Dapat
mengetahui
maksud Sains dan
Teknologi.
Dapat mengetahui langkah
mengatasi terhadap cabaran
yang dihadapi.
4
PENGENALAN
Sains ialah
salah satu proses
pengumpulan ilmu
atau maklumat
dan penyusunan.
Teknologi ialah
kaedah saintifik untuk mencapai tujuan
praktikal; ilmu pengetahuan terapan
dapat pula diterjemahkan sebagai
keseluruhan cara untuk menyediakan
barang-barang yang diperlukan bagi
kelangsungan dan keselesaan hidup
manusia. Secara ringkas, teknologi
memudahkan individu yang
menggunakannya seperti mesin cetak,
telefon bimbit dan komputer.
5
Aspirasi Negara yang diilhamkan
dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian
taraf sebuah negara yang maju menjelang
tahun 2020. Kemajuan keupayaan Sains
dan Teknologi(S&T) adalah cabaran yang
keenam di antara Sembilan cabaran yang
disenaraikan.
Malaysia mesti mempunyai
keupayaan untuk memajukan dan
meyelaraskan sumber-sumber Sains dan
Teknologi(S&T) yang ada dalam negara
supaya mencapai hasrat “menjadikan
Malaysia sebuah masyarakat yang
berasaskan sains dan yang progresif, iaitu
satu masyarakat yang berdaya cipta dan
berpandangan jauh,
6
sebuah masyarakat yang bukan sahaja
dapat memanfaatkan teknologi masa kini
tetapi turut menjadi penyumbang
kepada kemajuan peradaban sains dan
teknologi pada masa hadapan.”
Matlamat meningkatkan
keupayaan Sains dan Teknologi(S&T)
berasaskan kepada hasrat untuk
membentuk satu “ekonomi yang cekap
teknologinya mampu melakukan
penyesuaian, pembaharuan dan
pelaburan yang berteknologi intensif dan
bergerak ke arah penggunaan teknologi
yang canggih.”
7
Keupayaan Sains dan Teknologi(S&T)
dan kaitannya dengan Pembangunan
Sektor Perindustrian Pembangunan satu
negara yang maju yang berasaskan
keapda keupayaan menjayakan
pelaksanaan program dengan segera dan
usaha mempercepatkan perindustrian
adalah hasrat utama Wawasan 2020.
8
CABARAN DAN
HURAIANNYA
Cabaran
yang didapati
dalam
membentuk
masyarakat
Malaysia tentang
Sains dan Teknologi ialah pembangunan
di kawasan pedalaman yang perlahan.
Kebanyakan kawasan pedalaman masih
belum dibangunkan sepenuhnya. Bukan
itu sahaja, kawasan tersebut mengambil
masa yang lama, malahan capaian
internet atau kemudahan seperti pusat
kesihatan juga belum disediakan. Jadi,
masalah ini menyebabkan penduduk
ataupun masyarakat banyak ketinggalan
dalam arus dunia yang model ini. Selain
itu, Pelajar tidak akan dapat menghadiri
kelas seperti biasa secara atas talian
kerana tidak ada internet atau talian
sangat perlahan pada masa kini.
9
Selain itu,
cabaran untuk
membentuk
masyarakat Malaysia tentang Sains dan
Teknologi juga ialah pemilikiran masyarakat
yang terlalu tradisional. Segelintir
masyarakat masih mengamalkan amalan
tradisional dan tidak mengharapkan Sains
dan Teknologi untuk memudahkan lagi
kehidupan mereka. Sebagai contoh,
sesetengah masyarakat tidak begitu
mempercayai ubat-ubatan pihak hospital
atau doktor namun lebih mempercayai
ubat-ubatan daripada bomoh. Ada juga
masyarakat yang masih menggunakan
khidmat bidan untuk melahirkan selain
menggunakan khimat hospital yang serba
cukup.
10
Di samping itu, cabaran yang lain ialah
penggunaan teknologi terkini iaitu evolusi
teknologi internet yang berlebihan. Dalam
arus dunia yang model ini, semua maklumat
boleh diperolehi dalam sekelip mata. Kita
dapat lihat banyak kebaikan namun dengan
menggunakannya secara berlebihan, ia
memberi kesan yang sangat buruk dalam
kehidupan kita.
Sebagai contoh, penyebaran maklumat
palsu. Terdapat banyak maklumat palsu
yang “viral” disebarkan seperti gambar-
gambar atau berita yang dipalsukan.
Penggunaan teknologi yang berlebihan juga
boleh mengancam maklumat peribadi
sendiri. Sebagai contoh, kebanyakan
pengguna internet gemar menunjukkan
kehidupan mereka di akaun media sosial.
Tanpa kita sedari, kita banyak diperhatikan
oleh orang yang kita tidak kenali. Kesannya
lagi membahayakan jika ada individu yang
berniat tidak baik terhadap kita.
11
Seterusnya, cabaran dalam
membentuk masyarakat Malaysia tentang
Sains dan Teknologi ialah tidak
mempercayai kebolehan sains dan
teknologi untuk membantu mereka
menyelesaikan pekerjaan seharian mereka.
Sebagai contoh, petani-petani yang
mempunyai ladang yang luas ini
memerlukan bantuan daripada sains dan
teknologi seperti nanoteknologi kerana
sektor pertanian adalah sektor utama yang
mendapat faedah daripada evolusi
nanoteknologi. Aplikasi ini dalam sektor
pertanian membawa kepada suatu
perubahan yang berupaya meningkatkan
produktiviti dalam sektor ini dan secara
langsung membantu meningkatkan
pendapatan para petani dan keluaran
dalam Negara kasar (KDNK). Antara
bidang nanoteknologi yang berkaitan
dengan pertanian adalah bahan
biopestisid, baja dan bahan salutan.
12
Cabaran
terakhir dalam
membentuk
masyarakat
tentang Sains
dan Teknologi ialah perubahan gaya hidup
dan pencemaran bahasa. Hal ini kerana,
pengaruh dan kemajuan Sains dan
Teknologi yang menular dalam kehidupan
moden hari ini jelas telah berjaya merubah
paradigm sosiobudaya dan bahasa
komunikasi masyarakat yang berubah
mengikut peredaran dalam kemajuan
Sains dan Teknologi. Penjajahan budaya
hidup Barat dalam aspek pakaian,
makanan, minuman, tingkah laku, hiburan
telah menukar jati diri manusia. Pakaian
tradisional setiap kaum dan bangsa hanya
menjadi pakaian rasmi acara atau
perayaan.
13
Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang
dibanggakan. Makanan seperi kuih
tradisional bertukar dengan makanan
impot dengan pelbagai jenama terkenal di
dunia. Seperkara yang menarik dalam isu
Sains dan Teknologi ialah berlakunya tanpa
disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa
“sms” atau “mesej” dan “chatting”
memerlukan tulisan yang ringkas dan
mudah. Kesannya terbawa sehingga
bantak pihak menerima pakai dalam
komunikasi harian mereka terutama di
kalangan anak remaja. Misalnya,
perkataan Assalamualaikum sudah
diringkaskan dengan berbagai cara seperti
Asm, Akum, Aslam dan Salam mulai
tersebar penggunaannya. Perkataan ini
jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-
kata dan maknanya sendiri. Hal ini jelas
merosakkan penggunaan istilah,
perkataan dan bahasa itu sendiri.
14
LANGKAH MENGATASI
Langkah mengatasi
terhadap cabaran
tentang Sains dan
Teknologi ialah kerajaan
boleh mengambil pekerja
yang banyak. Hal ini
kerana membangunkan kawasan luar
bandar sebagai kawasan bandar.
Sebagai contoh, Kuala Lumpur, Pulau
Pinang dan Kuala Terengganu. Selain itu,
pembangunan pusat kesihatan, pusat
pengajian tinggi dan pusat kewangan
yang cepat. Pembangunan pusat
kesihatan yang cepat boleh membantu
manusia mendapat rawatan yang moden
jika mereka menghadapi penyakit yang
serius. Seterusnya, pelajar pun mendapat
ilmu pengetahuan yang banyak kerana
pembangunan pusat pengajian tinggi
yang cepat. 15
Langkah yang
seterusnya ialah
menyokong rakyat
lebih celik IT. Internet
boleh mendatangkan
banyak maklumat yang berguna, tetapi
kalau salah guna seperti penyebaran
maklumat salah, kesannya akan banyak.
Oleh itu, kita perlulah menyokong sebarang
aktiviti untuk melahirkan rakyat yang lebih
celik kepada IT dan tahu bagaimana untuk
menggunakannya sepenuhnya. Pada masa
yang sama proaktif dalam menangani
sebarang masalah atau benda- benda yang
boleh mendatangkan kemudaratan kepada
pengguna yang lain serta membongkarkan
berita palsu. Seterusnya, memandangkan
internet ini dipenuhi dengan maklumat yang
benar dan salah, pengguna sangat-sangat
disarankan untuk menyelidik sesuatu
maklumat tersebut terlebih dahulu sebelum
melakukan apa-apa. 16
Langkah yang
terakhir ialah pihak
kerajaan juga perlu
mewajibkan semua
pegawai dan kakitangan kerajaan
menggunakan bahasa yang gramatis
dalam segala urusan rasmi organisasi sama
ada lisan mahupun tulisan. Hal ini bertujuan
untuk menerapkan nilai-nilai penggunaan
bahasa yang gramatis dalam sektor
kerajaan. Dengan mengimplimentasikan
langkah ini, semua pegawai dan
kakitangan kerajaanakan menggunakan
bahasa yang betul setiap kali ingin menulis
data, surat ataupun melakukan
pembentangan. Perkara ini jika dibiasakan
akan menjadi amalan, sesuai dengan
peribahasa Melayu, “Alah bisa tegal
biasa”. Dengan cara ini, masalah
pencemaran bahasa dapat
diminimumkan. 17
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
pembentukan
masyarakat Malaysia
bukan mudah kerana
Sains dan Teknologi(S&T) telah memberi
masyarakat kemudahan yang hanya di
hujung jari. Sains dan teknologi merupakan
komponen yang mustahak dalam
kehidupan manusia serta memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan
masyarakat Malaysia. Antara dua
komponen ini telah mambawa tamadun
manusia ke satu tahap yang lebih tinggi.
Sains dan teknologi telah membawa kita
kepada suatu perubahan kehidupan dan
perkembangan dalam semua bidang.
18
RUJUKAN
BUKU:
HTTPS://WWW.CAROUSELL.COM.MY/P/UTM-
SAINS-TEKNOLOGI-DAN-MANUSIA-1034868731/
HTTPS://WWW.ILHAMBOOKS.COM/SAINS-DAN-
TEKNOLOGI-WAHANA-AKAL-BUDI-MELAYU/
HTTPS://WWW.BELBUK.COM/SAINS-
TEKNOLOGI-MASYARAKAT-MODEL-
PEMBELAJARAN-KONTEKSTUAL-BERMUATAN-
NILAI-P-8844.HTML
INTERNET:
HTTPS://WWW.MAJALAHSAINS.COM/MENGHA
YATI-SAINS-DAN-TEKNOLOGI-DALAM-
KEHIDUPAN/
HTTPS://WWW.SCRIBD.COM/DOC/253192910/
DEFINISI-SAINS-DAN-TEKNOLOGI
HTTPS://WWW.SCRIBD.COM/DOC/154326116/I
SU-DAN-CABARAN-DALAM-SAINS-DAN-
TEKNOLOGI
19
POP QUIZ
1. “Sains ialah salah satu proses pengumpulan ilmu atau
maklumat dan penyusunan.”
A. Betul
B. Salah
2. “Teknologi memudahkan individu yang menggunakannya
seperti mesin cetak, telefon bimbit dan computer. ”
A. Betul
B. Salah
3. Apakah cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat
malaysia tentang sains dan teknologi?
I - evolusi teknologi internet yang berlebihan
II - meningkatkan sektor pendidikan
III - meningkatkan hasil pertanian dan agrikultur
IV - pemikiran masyarakat yang terlalu tradisional
A. I Dan II C. I dan IV
B. II dan III D. III dan IV
4.Pilih satu yang bukan bidang nanoteknologi yang berkaitan
dengan pertanian.
A. Bahan biopstisid
B. Baja
C. Bahan salutan
D. Baja kimia
20
21