DISEDIAKAN OLEH: KELAS: 4 RUBY Pertandingan Buku Skrap Digital Merdeka 2023 Anjuran: Kelab Rukun Negara, SK Jalan Raja Syed Alwi NUR IMTINAN BINTI MOHD FAIZAL
PERMULAAN - 1 - BIOGRAFI RINGKAS - 2 - PENDIDIKAN - 3 - KERJAYA - 4 - POLITIK, JASA & SUMBANGAN - 5 & 6 - ANUGERAH - 7 - ISI KANDUNGAN - MUKA SURAT -
YB Tan Sri Hajah Zainon binti Munshi Sulaiman PSM, JMN; PIS (Johor) atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal. Anggota Parlimen Malaysia untuk Pontian Selatan, Johor Dalam jawatan: 1959–1964 Didahului oleh Konstituensi ditubuhkan Digantikan oleh Ali Ahmad BUTIRAN PERIBADI Lahir Zainon binti Munshi Sulaiman 22 Januari 1903 Nyalas, Melaka, Negeri-negeri Selat, British Malaya (kini Malaysia) Meninggal dunia 2 April 1989 (umur 86) Johor Bahru, Johor, Malaysia Tempat persemadian Makam Mahmoodiah, Johor Bahru Pasangan Haji Amin bin Ahmad (k. 1934; m. 1945) Anak-anak 3 (termasuk Adibah Amin) Pekerjaan Pendidik dan Bekas Ahli Parlimen 1
Ibu Zain dilahirkan di Nyalas, Melaka. Ibu Zain merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik. Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang, Riau. Ibu Zain bertuah kerana Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi peri pentingnya pendidikan di kalangan anak-anaknya, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Malah, ayahnya melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan dari belajar, selain daripada belajar mengaji Al-Quran. Munshi Sulaiman merupakan seorang guru agama Islam dan Bahasa Melayu. Guru bahasa pada masa itu digelar 'munshi'. Daripada beliaulah, Ibu Zain mendapat pendidikan tidak formal 2
Seorang anak kecil yang cergas dan cerdas akal, Zainon gigih menimba ilmu. Ketika mengikut ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera (1909 - 1912) diikuti Tengkera School (1913 - 1915) sehingga lulus Junior Cambridge. Suatu pencapaian yang tidak ramai mampu gapai, khususnya di kalangan anak gadis. Lebih membanggakan Ibu Zain mampu mempertahankan akidahnya yang terdidik dari kecil ketika ditawarkan menjadi mubaligh Kristian. Kejayaan yang dicapainya dikongsi pula dengan masyarakat. Beliau mempunyai kesedaran yang sangat tinggi untuk melihat lebih ramai kaum wanita pandai membaca dan menulis kerana ilmu merupakan kunci yang membentuk jati diri beliau sendiri. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan. 3
Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan majalah untuk wanita, bergelar "Bulan Melayu". Dengan daya juang yang tinggi, beliau merupakan salah seorang perintis UMNO dan Ketua Kaum Ibu, UMNO. Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara mereka yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli, untuk melantiknya sebagai Presiden pertama persatuan itu. Beliau juga menubuh dan menyandang jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama 19 tahun sejak tahun 1930. Sejak itu, beliau semakin mendapat perhatian. Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani. Tahun 1924, beliau dilantik menjadi Guru Besar sekolah yang sama. Kemudiannya, dilantik menjadi Guru Pelawat/Penyelia bagi sekolah perempuan daerah Muar dan Batu Pahat, seterusnya bagi seluruh negeri Johor. Di sana, beliau mengasaskan sekolah agama petang dan menjadi penyelia kegiatan tersebut. Selain itu, sekolah tersebut juga menjadi sekolah agama perempuan yang pertama di Johor. 4
1) Ibu Zain turut aktif dalam bidang politik. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mewakili parti UMNO pada tahun 1948. Berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang lain, Ibu Zain lebih suka bercakap soal pendidikan. Pada tahun 1959, beliau dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan Pontian Selatan. 4) Ibu Zain turut memainkan peranan dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Beliau terlibat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956, sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958. 3) Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain turut menyumbang bakti. Beliau berjaya menyatukan kaum ibu untuk turut serta menyokong usaha tersebut. Di zaman konfrontasi dengan komunis, wanita berani ini mendaftar diri sebagai tentera sukarela dan meredah hutan seorang diri. Beliau bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain bagi menangkis dakyah komunis daripada menular di kalangan masyarakat. Ternyata usaha beliau membuahkan hasil. Pada tahun yang sama 10 Mac 1963 beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri Tuanku Ampuan Mariam. 2) Jasa Ibu Zain tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun, selain membantu memulihkan semangat mereka yang dianiaya oleh askar tersebut. Lebih mengejutkan, beliau mampu menguasai bahasa Jepun dalam tempoh sebulan sahaja. 5
6
7 Di atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbalas itu, beliau telah diberikan beberapa penghormatan dari dalam dan luar negara. Antaranya • Pingat Ibrahim Sultan (1947), • Johan Mangku Negara (1958), • pingat Lady of Myanmar dari Kerajaan Myanmar • pingat Tun Fatimah (1974), • Tokoh Guru Kebangsaan Pertama • Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya, • Ijazah Kehormat Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975), • anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri (1979) dan • MPSI memberi anugerah Suluh Budiman (1980).
DISEDIAKAN OLEH: KELAS: 4 RUBY NUR IMTINAN BINTI MOHD FAIZAL