The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBENTANGAN PPSM BIL 1.2023_final

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azzua Wawa, 2023-01-30 04:31:50

PPSM BIL 1.2023

PEMBENTANGAN PPSM BIL 1.2023_final

Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 ii MESYUARAT JAWATANKUASA PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (PPSM) PERBADANAN PUTRAJAYA BIL. 1 TAHUN 2023 1. Perutusan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 4 Tahun 2022 3. Maklum Balas Minit Mesyuarat Bil. 4 Tahun 2022 4. Pembentangan 4.1 Pemakluman Cadangan Penerima Sijil Penghargaan Presiden 4.2 Kertas Mesyuarat Bil: 1/1/2023 Cadangan Pengesahan Markah LNPT Untuk Pergerakan Gaji Tahun 2023 dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kepada Pegawai Perbadanan Putrajaya Bagi Tahun 2022 5. Hal-hal lain 6. Penutup


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 iii PERUTUSAN PENGERUSI


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 iv PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 4 TAHUN 2022


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 v


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 vi


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 vii


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 viii


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 ix


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 x


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xi


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xii MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT BIL. 4 TAHUN 2022


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xiii MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PERBADANAN PUTRAJAYA BIL. 4 TAHUN 2022 TARIKH : 20 DISEMBER 2022 (SELASA) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT KESIDANG, ARAS 9 3. Perkara-Perkara Berbangkit PERKARA MAKLUM BALAS 3.1 Pemberian Insentif Kepada Pegawai Perbadanan Putrajaya 3.1.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemberian insentif kepada personel MyStep tidak akan dilaksanakan tetapi akan diberi kepada pegawai Contract for Service. 3.1.2 Mesyuarat dicadangkan untuk diadakan Majlis Apresiasi buat semua kakitangan Perbadanan Putrajaya. 3.1.3 Bagi pemberian insentif, mesyuarat meminta agar setiap Jabatan mengemukakan cadangan nama pegawai yang layak untuk menerima insentif dan keputusan akan dibuat melalui mesyuarat PPSM. 3.1.4 Cadangan nama yang dikemukakan adalah berdasarkan case-by-case basis. BSM sedang dalam proses memuktamadkan permohonan CFS dari setiap Bahagian dan akan dibentangkan di Mesyuarat Pengurusan Tertinggi sebelum dibawa ke Mesyuarat Anggota PPj. Senarai nama pegawai yang layak menerima insentif akan dibentangkan dalam mesyuarat PPSM 30 Januari 2023. Baucar penghargaan bernilai RM150 telah disediakan oleh BSM.


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xiv PERKARA MAKLUM BALAS 3.1.5 Mesyuarat mencadangkan token penghargaan diberi kepada pegawai yang layak dan diputuskan oleh ahli mesyuarat PPSM. 3.1.6 Mesyuarat turut dimaklumkan agar satu kertas dasar bagi pemberian insentif ini perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Anggota PPj untuk mendapatkan persetujuan dari ahli. 3.1.7 Insentif akan diberi pada bilabila masa yang bersesuaian dengan dengan kadarankadaran tertentu. Kaedah pelaksanaan pemberian insentif ini sedang dalam kajian. 3.2 Laluan Kerjaya 3.2.1 Mesyuarat meminta supaya satu Pelan Strategik bagi laluan kerjaya pegawai di Perbadanan Putrajaya perlu dirangka dan dibangunkan. 3.2.2 Mesyuarat dimaklumkan BSM akan melihat kaedah yang bersesuaian dengan merujuk kepada model sistem yang ada di agensi/swasta seperti di Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA). Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA) Pulau Pinang merupakan salah satu agensi yang dicadangkan untuk penandaras sistem laluan kerjaya. Lawatan ke PiPPA akan diadakan pada bulan Mac. BSM juga akan mendapatkan beberapa lagi sumber rujukan daripada agensi lain bagi tujuan perbandingan.


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xv PERKARA MAKLUM BALAS 3.3 Laporan Prestasi Latihan Perbadanan Putrajaya 2023 3.3.1 Mesyuarat meminta supaya sasaran perancangan latihan diletakkan sebanyak 80% (tidak terlalu tinggi untuk elakkan risiko tidak dapat capai). Sasaran adalah merujuk KPI yang ditetapkan dalam Pelan Strategik PPj 2021- 2025. Berdasarkan statistik bagi tempoh 2 tahun terdahulu peratusan prestasi Latihan PPj mencapai sasaran yang telah ditetapkan. 3.4 Hadiah Latihan PPj 2023 3.4.1 Mesyuarat memutuskan Hadiah Latihan PPj 2023 untuk pegawai kumpulan Pelaksana tidak diteruskan bagi tahun 2023. Makluman 4. PEMBENTANGAN KERTAS MESYUARAT 4.1 Kertas Mesyuarat Bil.1/4/2022 - PELAN OPERASI LATIHAN (POL) PPj 2023 4.2.1 Mesyuarat menyarankan untuk diadakan satu kursus secara dalaman yang memberi fokus kepada teknik penulisan berkesan untuk surat, kertas pertimbangan, laporan dan sebagainya. Mesyuarat turut meminta untuk memberi lebih perhatian kepada kursus-kursus teras seperti penulisan, komunikasi, kepimpinan dan sebagainya. 4.2.2 Mesyuarat bersetuju dengan syor di para 5.1 (i) iaitu cadangan melaksanakan 28 program sepertimana Kursus-kursus berkaitan telah dimasukkan dalam Pelan Operasi Latihan PPj Tahun 2023. Sasaran peserta adalah daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kumpulan Pelaksana. (Kursus Teknikal/ Anjuran Bersama) Urusetia telah menerima perancangan kursus daripada bahagian/ jabatan dan sedang dikemas kini mengikut keutamaan dan keperluan jabatan yang berkaitan. Urusetia mengambil maklum dan kawalan keatas permohonan kursus dari Jabatan akan dilaksanakan melalui ulasan dalam kertas pertimbangan yang akan dilaksanakan oleh bahagian/ jabatan.


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xvi dalam Pelan Operasi Latihan Perbadanan Putrajaya 2023 dengan anggaran kos sebanyak RM 882,500.00 seperti di syor para 5.1(ii). 4.2.3 Mesyuarat bersetuju dengan syor di para 5.1 (iii) perlaksanaan kursus melalui kertas pertimbangan yang diluluskan dengan mengambilkira:- 1) Mesyuarat meminta agar setiap kursus yang dimohon oleh Jabatan diberikan justifikasi jelas dan BSM akan membuat tapisan berdasarkan keutamaan Jabatan. 2) Mesyuarat memutuskan hanya 80 kursus diberikan keutamaan bagi tahun 2023 selain kursus yang memberi merit kepada PPj dengan kos keseluruhan tidak melebihi RM1 juta dan perincian kursus akan dilihat semula. 4.2 Kertas Mesyuarat Bil.2/4/2022 – KAJIAN SEMULA SYARAT HADIAH LATIHAN (KUMPULAN PELAKSANA) 4.2.1 Mesyuarat bersetuju dengan syor penambahbaikkan syarat khusus bagi Hadiah Latihan Kumpulan Pelaksana seperti berikut: Syarat khusus Hadiah Latihan kumpulan Pelaksana akan ditambahbaik dan pindaan akan diselaraskan sebelum 28 Februari 2023 iaitu pada penggal berakhir).


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xvii i. Mengekalkan prestasi akademik sekurangkurangnya 3.00 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pada akhir semester pengajian. ii. Memberi tajaan penuh (100%) kepada pelajar yang mendapat prestasi akademik 3.00 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pada akhir semester. iii. Memberi sebahagian tajaan (75%) kepada pelajar yang mendapat prestasi akademik sekurang-kurangnya 2.75 (2.75-2.99) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pada akhir semester (tuntutan semula 25% dari jumlah tajaan). iv. Memberi separuh tajaan (50%) kepada pelajar yang mendapat prestasi akademik sekurang-kurangnya 2.5 (2.50-2.74) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pada akhir semester (tuntutan semula 50% dari jumlah tajaan). v. Menarik sepenuhnya tajaan (0%) kepada pelajar yang mendapat prestasi akademik dibawah 2.5 (2.49 dan kebawah) Purata Nilai


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xviii Gred Kumulatif (PNGK) pada akhir semester (tuntutan semula 100% dari jumlah tajaan). 4.2.2 Pindaan syarat perlu dibuat untuk semua penerima Hadiah Latihan Kumpulan Pelaksana. 4.3 Kertas Mesyuarat Bil. 3/4/2022 CADANGAN PEMBERIAN IMBUHAN KHAS KHIDMAT SETIA (IKKS) KEPADA PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL DI PERBADANAN PUTRAJAYA 4.3.1 Mesyuarat BERSETUJU memperakukan pemberian Imbuhan Khas Khidmat Setia (IKKS) kepada Puan Zulie Hafizah binti Abd Wahab, Pegawai Undang-Undang Gred L44 mulai tarikh 02.07.2022. Surat IKKS telah diserahkan kepada Puan Zulie Hafizah binti Abd Wahab.


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xix CADANGAN PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xx CADANGAN KRITERIA PEMILIHAN PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA 1. Tujuan Sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam kerja-kerja tambahan di lapangan seperti berikut: i. Pasukan pemantauan banjir kilat; ii. Pasukan jalan; iii. Pasukan pemantauan bas dan pengangkutan awam; iv. Pasukan pemantauan media; v. Pasukan pemangkasan pokok; vi. Pasukan pemantauan anjing/kucing liar. 2. Cadangan Seramai 37 orang pegawai-pegawai telah dicalonkan yang terlibat lebih dari dua tugasan/kerja lapangan dan mereka akan menerima: i. Sijil penghargaan; ii. Baucer Lotus bernilai RM150.00 seorang.


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xxi SENARAI PEGAWAI PERBADANAAN PUTRAJAYA UNTUK SIJIL PENGHARGAAN PRESIDEN BAGI TAHUN 2022 BIL. NAMA JAWATAN JABATAN JABATAN KEJURUTERAAN DAN PENYELENGGARAAN 1 FARIDZ AMLI BIN SHAHARUDIN J52 J(B) 2 FADHLUL JANNAH ABD KARIM J52 J(B) 3 MOHD HASNIZAN BIN HASHIMUDDIN J48 J(B) 4 SUZAINI SULAIMAN G44 J(B) 5 NOR HAFEZA MD SALLEH J41 J(B) 6 HASMIRUL ASRI JAMIL J41 J(B) 7 MOHD SHUKRI BIN MOHD MOHKTAR JA36 J(B) 8 MOHD AZLI BIN MOHAMAD AB JAMIL JA29 J(B) 9 MOHD AZROY BIN SULAIMAN JA29 J(B) 10 MOHD HANIZ BIN MOHAMED SAH JA29 J(B) 11 MUHAMAD MUHYIDDIN BIN ABU BAKAR JA29 J(B) 12 MUHAMAD RIZAM BIN ABU SEMAN JA29 J(B) 13 MUHAMMAD NAZRI BIN ABDUL GHANI JA29 J(B) 14 NORAZIAH BT M. ROSHID JA29 J(B) 15 MOHD HAIZAL BIN REDZUAN JA29 J(B) 16 MOHAMAD IZZUDDIN BIN ZAINAL N29 J(B) 17 NURUL ATIKAH BINTI MUSA N29 J(B) 18 MUHAMMAD RIDZUAN AL-HAFIZ GHANI JA29 J(B) 19 MOHD ROSLY NASIR JA29 J(B) 20 SHEIKH MOHD NAZRI SHEIKH ABU JA29 J(B) 21 NIK NAZRIARIFFIN NIK HASSAN JA29 J(B) 22 MOHD FAZREL BIN MOHAMAD NORDIN N19 J(B) 23 MOHD HAFIZ B MOHD NOR J19 J(B) 24 MOHD HAZDI BIN HUSSIN N19 J(B) JABATAN LANDSKAP DAN TAMAN 25 HAZMAN MD. ZAKI G52 J(L) 26 MOHD EDZUAN ABDULLAH SANI G48 J(L) 27 ABDULLAH THANY BIN OSMAN G32 J(L) 28 AZMAN BIN ABU HASAN JA36 J(L) 29 SYARIZAL BIN ABD. RAZAK JA29 J(L) 30 NUR EZZAYANI BINTI AZAMUDDIN JA29 J(L)


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xxii SENARAI PEGAWAI PERBADANAAN PUTRAJAYA UNTUK SIJIL PENGHARGAAN PRESIDEN BAGI TAHUN 2022 BIL. NAMA JAWATAN JABATAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR 31 MOHD AL HAFIZ BIN MOHD YUSOFF JA29 J(R) JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR 32 MUHAMAD SUFIAN BIN ABD. KADIR U29 J(P) 33 AZIEQ NIZWAN BIN ABD RAHIM U19 J(P) JABATAN PERKHIDMATAN KORPORAT 34 MOHD FAIRUS MOHD PADZIL N41 J(K) 35 MOHAMMAD FARIS BIN MOHD NOOR AZMI B29 J(K) 36 MOHAMAD FITRI BIN NORSALIM N22 J(K) 37 NURULAIDA SAKINAH BINTI NOOR AZMI N19 J(K)


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 xxiii CADANGAN PENGESAHAN MARKAH LNPT UNTUK PERGERAKAN GAJI TAHUN 2023 DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2022 KEPADA PEGAWAI PERBADANAN PUTRAJAYA - K E RTA S B I L A N G A N 1 / 1 / 2 0 2 3 -


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 1 KERTAS PERTIMBANGAN PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (PPSM) PERBADANAN PUTRAJAYA BIL. 1 TAHUN 2023 CADANGAN PENGESAHAN MARKAH LNPT UNTUK PERGERAKAN GAJI TAHUN 2023 DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2022 KEPADA PEGAWAI PERBADANAN PUTRAJAYA 1. TUJUAN 1.1 Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) bagi: i. Cadangan pengesahan markah LNPT pegawai-pegawai Perbadanan Putrajaya Tahun 2022 untuk pergerakan gaji tahunan bagi Tahun 2023; dan ii. Cadangan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada pegawai-pegawai Perbadanan Putrajaya bagi Tahun 2022. 2. LATAR BELAKANG a. Pergerakan Gaji Tahunan 2.1 Seperti yang diperuntukan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) adalah bertujuan untuk menyelaras pembangunan sumber manusia, menyelaras penilaian


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 2 prestasi pegawai dan juga pergerakan gaji tahunan termasuk kelulusan anjakan gaji; 2.2 Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) adalah tertakluk kepada syarat mencapai prestasi yang memuaskan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. b. Bimbingan dan Kaunseling 2.3 Bimbingan dan kaunseling melalui program khas iaitu Kursus Kecemerlangan Potensi Diri PPj dianjurkan buat pegawai berprestasi rendah yang memperoleh markah kurang dari 80% pada tahun penilaian; 2.4 Kursus ini diadakan bagi tujuan memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai dalam melaksanakan tugas. c. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2.5 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan penghargaan kepada pegawai yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasinya. Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang pegawai yang mutu atau penghasilan kerja melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya yang boleh dijadikan contoh dan ikutan serta memberi pengaruh kearah peningkatan daya usaha pegawai di sesebuah organisasi.


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 3 2.6 Dasar dan kaedah pemberian APC yang digariskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.5.1.1 serta digunapakai di Perbadanan Putrajaya adalah seperti berikut:- 2.6.1 Kelayakan a) Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. 2.6.2 Asas Penilaian Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah seperti berikut: a) Pegawai yang mendapat markah 85% dan ke atas; dan b) Bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian. 2.6.3 Bilangan Penerima a) Bilangan penerima APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8 peratus (8%) daripada jumlah


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 4 anggota yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian; b) Syarat di atas tidak semestinya dipenuhi jika jumlah anggota yang layak tidak mencukupi; c) Jika tidak terdapat calon yang layak menerima APC, maka agensi tidak perlu melaksanakan APC pada tahun berkenaan. 2.6.4 Insentif dan Hadiah a) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; b) Hadiah prestasi sebanyak RM 1,000.00; c) Peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; d) Peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan Negeri. 2.7 Dasar dan Kriteria Pemilihan bagi Pergerakan Gaji Tahunan dan APC di Perbadanan Putrajaya.


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 5 2.7.1 Pergerakan Gaji Tahunan i) Amalan bagi pergerakan gaji di Perbadanan Putrajaya adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 yang menyatakan Pergerakan Gaji Biasa adalah dari matagaji semasa ke matagaji berikutnya di peringkat yang sama tertakluk kepada syarat mencapai prestasi yang memuaskan dan diperakui oleh Ketua Jabatan. ii) Manakala bagi Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib, tangguh pergerakan gaji atau turun gaji, Pegawai tidak layak menerima Pergerakan Gaji Biasa dan Anjakan Gaji dalam tempoh hukuman tersebut. 2.7.2 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang i) Berdasarkan kepada Mesyuarat PPSM Bil. 1/2005, dasar dan kriteria bagi pemilihan APC yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: a. Pegawai hendaklah berkhidmat di Perbadanan Putrajaya genap atau melebihi dua (2) tahun pada 31 Disember tahun yang dinilai dan telah disahkan jawatan.


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 6 b. Pegawai yang pernah menerima APC boleh dipertimbangkan untuk menerima anugerah seterusnya selepas 3 tahun dari anugerah yang lalu. c. Hanya pegawai yang memperolehi markah 85 peratus (85%) ke atas sahaja layak dipertimbangkan APC. ii) Bagaimanapun, memandangkan terdapat ramai pegawai yang layak untuk menerima APC berdasarkan kepada kriteria tersebut di atas, amalan yang digunakan oleh Perbadanan Putrajaya adalah dengan memberi keutamaan kepada pegawai-pegawai berikut: a. Mendapat markah LNPT tertinggi di Jabatan/Bahagian masing-masing; b. Aktif dalam aktiviti sukan dan/atau persatuan; c. Seboleh-bolehnya seorang calon mewakili setiap Bahagian dipertimbangkan. Bagaimanapun, sekiranya terdapat pegawai di Bahagian lain yang jauh lebih cemerlang dan aktif dalam aktiviti sukan dan/atau persatuan, pertimbangan boleh diberi kepada calon di Bahagian tersebut;


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 7 d. Sekiranya didapati pegawai yang dicalonkan mempunyai prestasi yang hampir sama, keutamaan boleh diberikan kepada pegawai yang lebih lama berkhidmat di Perbadanan Putrajaya atau pegawai di dalam kumpulan perkhidmatan yang lebih rendah; e. Keutamaan diberikan kepada pegawai yang belum pernah menerima APC; f. Diperakukan oleh Ketua Jabatan. iii) Bagi pemilihan APC bermula tahun 2015 dan seterusnya, rekod disiplin pegawai-pegawai yang diperakukan diambil kira bagi memastikan pegawai yang diperakukan benar-benar layak bukan sahaja berdasarkan LNPT bahkan mempunyai rekod disiplin yang bersih. 3. KEDUDUKAN DAN PRESTASI PEGAWAI SEHINGGA KINI 3.1 Sehingga 31 Disember 2022, jumlah pegawai Perbadanan Putrajaya adalah seramai: a. Pengurusan Tertinggi & Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga VU5): 223 orang (25.03%) b. Kumpulan 1 (Gred 19 hingga Gred 38): 627 orang (70.37%) c. Kumpulan 2 (Gred 11 hingga Gred 14): 41 orang (4.60%)


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 8 3.2 Sehingga kini, jumlah borang LNPT Tahun 2022 yang telah dikemukakan ke Bahagian Sumber Manusia adalah seperti berikut: PERKARA JUMLAH ➢ Jumlah pegawai Perbadanan Putrajaya sehingga 31 Disember 2022. 891 ➢ Jumlah pegawai Perbadanan Putrajaya yang dinilai melalui sistem HRMIS. 812 ➢ Jumlah pegawai kontrak yang dinilai menggunakan borang. 47 ➢ Jumlah pegawai baharu yang berkhidmat kurang dari 6 bulan sehingga 31 Disember 2022. 30 ➢ Jumlah pegawai yang dipinjamkan ke agensi luar dan dinilai oleh agensi peminjam 2 ➢ Jumlah pegawai yang tidak menghantar borang LNPT kerana bercuti tanpa gaji pada tahun 2022. 3 ➢ Jumlah pegawai yang tidak menghantar borang LNPT kerana bercuti belajar pada tahun 2022. - ➢ Jumlah pegawai Perbadanan Putrajaya yang sepatutnya dinilai pada tahun 2022. 891 ➢ Jumlah Pegawai Perbadanan Putrajaya yang masih belum dinilai. 44 ➢ Jumlah Borang LNPT Tahun 2022 yang telah diterima 847


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 9 3.3 Berdasarkan kepada Borang LNPT Tahun 2022 yang telah diterima, jumlah pegawai yang memperolehi markah penilai prestasi 85 peratus dan ke atas adalah seramai 811 orang. 3.4 Ringkasan markah penilaian prestasi pegawai-pegawai terlibat adalah seperti berikut: Jabatan 70.99% ke bawah 71% - 80.99 % 81% - 84.99 % 85% - 89.99 % 90% - 94.99 % 95% ke atas Jumlah pegawai yang telah dinilai Jumlah pegawai yang tidak dinilai Pejabat Presiden - - - 1 8 - 9 2 Jabatan UndangUndang - 1 - 4 10 1 16 1 Jabatan Audit & Kualiti Asurans - - - 4 10 3 17 1 Jabatan Perkhidmatan Korporat - 8 7 17 142 7 181 4 Jabatan Perkhidmatan Bandar - 1 5 34 148 20 208 4 Jabatan Perancangan Bandar - - 1 11 84 18 114 6 Jabatan Kejuruteraan & Penyelenggaraan 1 1 9 18 102 3 134 17 Jabatan Landskap dan Taman - - - 8 86 14 108 8 Jabatan Kewangan 1 1 13 41 4 60 1 JUMLAH 1 12 23 110 631 70 Jumlah kurang 85% - 847 44 36 Jumlah melebihi 85% - 811 *Jumlah pegawai yang tidak dinilai adalah pegawai yang belum dinilai, bercuti rehat sebelum persaraan, bercuti tanpa gaji, berkhidmat kurang 6 bulan.


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 10 4. CADANGAN PENGESAHAN PERGERAKAN GAJI TAHUN 2023 DAN PENERIMAAN APC TAHUN 2022 a. Pergerakan Gaji Tahunan 4.1 Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Perbadanan Putrajaya Bilangan 1 Tahun 2015 bertarikh 17 Februari 2015 telah bersetuju supaya pegawai-pegawai yang mendapat markah LNPT kurang daripada 50% tidak diberi pergerakan gaji. Bagi pegawai-pegawai yang mendapat markah LNPT 50% dan ke atas bagi tahun 2022 boleh disahkan untuk pergerakan gaji tahun 2023. 4.2 Senarai pegawai yang telah dinilai dan memperolehi markah prestasi 85% dan ke atas bagi tahun 2022 adalah seperti di Lampiran A. 4.3 Manakala senarai pegawai yang telah dinilai dan memperolehi markah prestasi di bawah 85% bagi tahun 2022 adalah seperti di Lampiran B. b. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 4.4 Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, kriteria pemilihan yang dicadangkan adalah sebagaimana yang dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya seperti di para 2.5.2, 2.5.3 dan para 2.5.4


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 11 4.5 Kuota: Perbadanan Putrajaya menggunakan peratusan kuota penerima APC sebanyak 8 peratus (8%) daripada jumlah keseluruhan perjawatan yang diisi, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.5.1.1. Sehubungan dengan itu, kuota peruntukan APC mengikut Jabatan dan kumpulan pegawai adalah seperti di Lampiran C. 5. CADANGAN HADIAH DAN IMPLIKASI KEWANGAN 5.1 Penerima APC adalah dicadangkan diberi penganugerahan seperti berikut: (i) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; (ii) Wang tunai bernilai RM1,000.00; (iii) Hadiah iringan bernilai RM250.00; dan (iv) Diraikan di dalam Majlis APC anjuran Perbadanan Putrajaya. 5.2 Anggaran kos bagi Majlis APC tahun 2022 dan hadiah bagi penerima-penerima anugerah berjumlah RM112,250.00 seperti berikut: BIL PERKARA KOS JUMLAH 1. Jamuan meraikan penerima anugerah RM25.00 x 900 pegawai RM22,500.00 2. Wang Tunai RM1,000.00 x 71 penerima anugerah RM71,000.00


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 12 3. Hadiah iringan RM250.00 x 71 penerima anugerah RM17,750.00 4. Lain-lain RM1,000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM112,250.00 6. SYOR 6.1 Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Perbadanan Putrajaya dengan ini adalah dimohon untuk mempertimbangkan cadangan seperti berikut: i. Mengesahkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2022 pegawai-pegawai Perbadanan Putrajaya bagi tujuan pergerakan gaji tahun 2023 seperti di para 4.1; ii. Memperakukan pegawai untuk menerima APC tahun 2022 seperti di para 4.2; dan iii. Anggaran kos bagi Majlis APC Tahun 2022 seperti di para 5.2.


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 1 KUOTA PERUNTUKAN APC 2022 PERBADANAN PUTRAJAYA MENGIKUT JABATAN & KUMPULAN PEGAWAI


Mesyuarat PPSM Bil. 1/2023 a CADANGAN PERUNTUKAN KUOTA PENERIMA APC TAHUN 2022 MENGIKUT JABATAN DAN KUMPULAN PERKHIDMATAN BAHAGIAN KESELURUHAN KAKITANGAN (JABATAN) PENGURUSAN TERTINGGI DAN PENGURUSAN & PROFESIONAL KUMPULAN PELAKSANA JUMLAH KESELURUHAN JUMLAH KUOTA KAKITANGAN KUOTA JUMLAH KAKITANGAN KUOTA PEJ. PRESIDEN 10 3 1 7 2 3 JAB. UNDANG-UNDANG 17 6 11 JAB. AUDIT DAN KUALITI ASURANS 18 6 12 JAB. PERKHIDMATAN KORPORAT 185 55 5 130 10 15 JAB. PERKHIDMATAN BANDAR 212 22 2 190 15 17 JAB. KEJURUTERAAN & PENYELENGGARAAN 151 42 3 109 9 12 JAB. LANDSKAP DAN TAMAN 116 35 3 81 6 9 JABATAN PERANCANGAN BANDAR 120 37 3 83 7 10 JABATAN KEWANGAN 61 18 1 43 4 5 JUMLAH 890 224 18 666 53 71 Catatan: Peruntukan kuota penerima APC = Jumlah kakitangan tahun penilaian x 8


Click to View FlipBook Version