NAMA KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOD KURSUS : MPU21032
TAJUK TUGASAN : KESIHATAN DAN PERPADUAN
NAMA PENSYARAH : PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR
NAMA AHLI KUMPULAN NO. PENDAFTARAN
SYAZA SYAFIQAH BINTI OTHMAN 20DKA21F2001
20DKA21F2034
PILLOMINA NDU ANAK EDWIN 20DKA21F2014
NUR AMIRA BINTI FANDY ISWAN
PENGENALAN
Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan
sakit. Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dengan
prospek positif.
Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan yang merujuk
kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia (berlainan kaum, bangsa dan agama).
Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam
memastikan masyarakat dengan tidak membezakan agama, bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat
mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri
daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama, bersama-sama
berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin.
Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan dan
kesihatan ini berlaku.
FAKTOR / CABARAN DALAM
MENGEKALKAN
PERPADUAN
a) Perubahan Sistem Pendidikan
Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan masyarakat semakin
renggang. Kesannya, masih ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia tidak fasih untuk bertutur
dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Jika masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial
terutamanya pendidikan dan berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan, persefahaman dan
toleransi antara satu sama lain.
b) Perbezaan Parti Politik
Dunia politik sememangnya penuh dengan kontroversi di mana terdapat pelbagai individu yang
mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak
dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya
ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya
mengikut kepentingan bagi mana-mana pihak.
c) Mewujudkan Jurang Ekonomi Perkauman
Hal ini kerana kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang getah dan kaun Cina
bekerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di mana
setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu,
akibat dasar penjajah dahulu, kesannya masih dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih
didominisasi oleh kaum Cina dan kebanyakan orang India masih tinggal di ladang.
d) Campur Tangan Pihak Luar
Selain daripada itu, campur tangan dari kuasa atau pihak luar semakin menjadi-jadi. Ini jelas
dapat memecahbelahkan rakyat dan perpaduan kaum boleh terjejas. Campur tangan dari
pemimpin luar pula merumitkan lagi keadaan. Ada segelintir rakyat yang menjadikan isu hak
asasi manusia sebagai salah satu penyebab untuk membawa masuk budaya barat yang tidak
sesuai ke dalam negara kita contohnya lesbian dan gay.
e) Kewujudan Media Massa
Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu teks atau
video telah menunjukkan sisi negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular
terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitiviti perkauman atau agama. Setiap individu
sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara
yang sensitif dan mungkin tidak sahih. Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum memberi
reaksi terhadap perkara yang menyentuh tentang perkauman dan agama. Pihak berkuasa wajar
menguatkuasakan undang-undang kepada pelaku yang mencetuskan isu atau sesuatu perkara yang
mampu menggolakkan perpaduan antara kaum. Ahli masyarakat juga bertanggungjawab menjadi
mata-mata pihak berkuasa di mana jika ternampak sesuatu perkara yang akan menimbulkan
kemarahan sesebuah kaum atau penganut agama, wajar untuk kita laporkan kepada pihak polis.
KESAN TERHADAP KESIHATAN
JIKA TIADA PERPADUAN
ANTARA RAKYAT
Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan di kalangan rakyat.
Kerjasama yang baik antara rakyat sangat dititikberatkan di dalam proses memberikan
rawatan yang terbaik kepada rakyat. Contohnya, sepanjang berlakunya penularan wabak
Covid-19 ini, rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan pihak atasan untuk
bekerjasama memutuskan rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus menyebabkan peningkatan
kes dan kematian pesakit dari semasa ke semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja
pada pihak atasan malah terhadap kita juga. Sehubungan itu, keharmonian negara juga
tergugat dan memberikan impak negatif yang agak besar kepada kesejahteraan rakyat dan
negara.
a) Keharmonian Negara Akan Terjejas
Apabila adanya masyarakat yang tidak bermoral, bertolak ansur dan beretika ini dapat menyebabkan
berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham antara kaum. Sebagai contoh, rakyat yang tidak memberi
komitmen yang baik kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendermakan darah
kepada pesakit yang memerlukan. Ini kerana kurangnya sensitiviti dalam diri sesetengah rakyat terhadap
pesakit yang betul-betul memerlukan. Lebih-lebih lagi, stok darah di dalam tabung darah negara kini tidak
mencukupi bagi menampung bekalan darah yang diperlukan oleh setiap pesakit yang berada di hospital
mengikut jenis-jenis darah yang diingini. Malahan pula, terdapatnya sesetengah sifat rakyat yang memilih
kasih dalam mendermakan darah akan melambatkan lagi proses membaik pulih kesihatan pesakit tersebut.
Dengan itu, tahap kesihatan akan terganggu dan kurangnya kesepaduan dalam kalangan rakyat.
b) Wujudnya Masyarakat Yang Tidak Bermoral, Bertolak Ansur Dan Beretika
Sering kali kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat yang sanggup menggadaikan
prinsip politik, ekonomi, keadilan dan prokemanusiaan demi kepentingan diri. Contohnya,
sesetengah rakyat yang tidak memberi kerjasama yang baik untuk mematuhi perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus jangkitan Covid-19.
Sebagai contoh, rakyat lebih suka mengikut kehendak mereka untuk keluar sesuka hati dan
tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengambil berat tahap kesihatan orang
lain. Hal ini diperkatakan demikian kerana kita akan mempropagandakan lagi keadaan
sekaligus meningkatkan bilangan kes Covid-19 tersebut melalui sentuhan dan jarak yang rapat
apabila bertemu kawan atau sebagainya.
c) Wujud Sikap Mementingkan Diri Dalam Masyarakat
Sistem kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi menstabilkan ekonomi negara. Namun begitu, apabila
wujudnya masalah kesihatan seperti penularan wabak Covid-19, maka ini turut menjejaskan lagi kestabilan
ekonomi negara. Seiring dengan pengumuman yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang ke-8 iaitu
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengisyitharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh
negeri bermula pada 18 Mac 2020, sudah pasti ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada sistem
ekonomi negara. Contoh yang dapat kita lihat, berlaku peningkatan bilangan pengangguran, pengurusan
perniagaan yang tidak mendatangkan banyak keuntungan dan anak-anak muda yang berhasrat untuk
menyambung pelajaran juga terbantut. Oleh itu, kestabilan ekonomi negara adalah sangat penting serta
memainkan peranan yang besar dari aspek kesihatan bagi membentuk perpaduan negara yang aman dan
harmoni.
d) Kestabilan Ekonomi Negara Terjejas
Memang tidak dapat disangkal bahawa komunikasi dua hala yang baik antara masyarakat berbilang kaum
merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Hal ini demikian kerana tanpa komunikasi yang baik di
antara rakyat dan kesepakatan komunikasi dapat menjejaskan kejayaan sesuatu program kesihatan seperti Bulan
Sukan Negara dilaksanakan. Contohnya, di dalam sesebuah komuniti yang terdapat masyarakat yang berbilang
kaum mempunyai komunikasi yang kurang baik sesama kaum akan mewujudkan jurang antara satu sama lain
dan sekaligus menyukarkan kita untuk bersepadu ketika melakukan perancangan aktiviti sepanjang Bulan Sukan
Negara. Selain itu, kesihatan sangat memerlukan komunikasi dua hala antara satu sama lain terutamanya ketika
merawat, melawat dan melakukan pembedahan kepada pesakit.
e) Aspek Sosial
PERPADUAN PADA HARI INI
Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan,
negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-
masing. Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran
dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan
masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara
kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan
akhirnya merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh pemimpin-
pemimpin dahulu.
HUBUNGKAIT KESIHATAN DAN
PERPADUAN
Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekaligus memperkukuh perpaduan komuniti di sini.
Pertama sekali, perkara yang dapat kita perolehi daripada kesihatan dan perpaduan ialah dapat menjalinkan sesebuah
hubungan antara masyarakat. Hal ini dapat memupuk kekuatan perpaduan dalam kalangan masyarakat walaupun
berlainan agama, budaya dan asal usul. Sebagai contoh, perkara yang boleh menyebabkan kesihatan dan perpaduan
itu terjalin bersama adalah aktiviti gotong-royong. Ketika aktiviti gotong-royong dilaksanakan sudah semestinya badan
kita akan mengeluarkan peluh yang membolehkan tubuh badan kita terus kekal cergas. Sudah semestinya sikap tolong-
menolong akan hadir sewaktu aktiviti gotong-royong. Hal ini dapat meningkatkan komunikasi dalam sesebuah
masyarakat maka perpaduan akan terjalin.
Seterusnya, sudah semestinya kita dapat meningkatkan kesihatan dan perpaduan dengan menyertai aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dianjurkan oleh
kerajaan kepada masyarakat adalah aktiviti sukan negara. Hari Sukan Negara merupakan hari yang paling ditunggu-
tunggu oleh masyarakat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan sangatlah
menyeronokkan dan bermanfaat.
Selain itu, perpaduan juga dapat diwujudkan ketika kita mendermakan darah. Hal ini demikian kerana kita dapat
melihat di sekeliling kita mengenai proses kerjasama antara kaum sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim sesama kaum. Visi Pusat Darah Negara ialah sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan
darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi Perubatan.
Seperti yang kita sedia maklum, stok di bank darah semakin berkurangan. Tambahan pula berlakunya fenomena
pandemik Covid-19 ini menyebabkan pengurangan pendermaan darah oleh masyarakat.
Oleh itu, kita semua mestilah mendermakan darah walaupun berbeza kaum dan bangsa. Sehubungan dengan
pengurangan stok di bank darah Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama membantu rakan-
rakan kita yang memerlukan darah bagi meneruskan kehidupan seperti kita. Dalam pada itu, kempen derma darah ini
juga dapat menjalinkan perpaduan tanpa kita sedar. Perpaduan di sini bukan hanya terbentuk dari insan yang
mendermakan darah malahan insan yang membantu sepanjang kempen juga bersatu padu bagi mencapai hasrat dan
tujuan kempen derma darah itu dijalankan.
Penularan kes pandemik Covid-19 ini menyebabkan satu dunia panik dan sistem organisasi kesihatan semakin sesak.
Sebagaimana yang kita lihat, kes ini menjadikan kesemua petugas-petugas barisan hadapan (frontliner) bekerjasama
dan berganding bahu siang dan malam bagi mengurangkan penularan ini berlaku. Selain itu, barisan-barisan petugas
hadapan (frontliner) yang terdiri daripada polis, tentera, doktor, dan sebagainya bertugas dan berkongsi kepakaran
untuk memastikan fasiliti keperluan dan keselamatan rakyat terjamin. Rakyat juga perlu bersama-sama menjaga diri
daripada dijangkiti penyakit ini selaras dengan tagline “#kitajagakita”. Jelaslah bahawa dengan adanya perpaduan
yang kuat daripada rakyat Malaysia ini mampu dan berjaya menjadikan Malaysia antara negara yang paling kurang
catatan kes Covid-19 di seluruh dunia.
KESIMPULAN
Dalam setiap perbincangan ini, dapat kita lihat perkaitan antara kesihatan dan perpaduan. Kesihatan dan
perpaduan saling melengkapi kerana dengan adanya perpaduan antara masyarakat, segala masalah dapat
dihadapi bersama. Sebagai analoginya, kes Covid-19 yang baru-baru ini merebak ke seluruh negara seperti
cendawan tumbuh selepas hujan dapat diredakan di negara kita dengan kerjasama rakyat yang patuh akan
arahan pemimpin. Mereka bekerjasama dalam mengikut ‘SOP’ yang ditetapkan serta mengikut perintah
kawalan pergerakan. Di sini kita dapat melihat kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat
berbilang kaum di Malaysia dan mampu mengelakkan kes semakin menular walaupun bukan pulih sepenuhnya.
AKTIVITI PENGUKUHAN
1. Adakah perpaduan kaum di Malaysia masih wujud? Jelaskan mengapa.
2. Jelaskan kesan terhadap kesihatan jika perpaduan antara rakyat tidak terjalin.
SUMBER RUJUKAN
- ughdaniio(2020)KESIHATAN DAN PERPADUAN https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
- N_syaf(2020)E-FOLIO(ETIKA DAN PERADABAN)KESIHATAN DAN PERPADUAN
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html
- kementerian kesihatan Malaysia (2021) Langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19 di tempat kerja
https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/05/Langkah-pencegahan-covid-19-di-tempat-kerja
- blog saya (2021) https://5ce5582a8d3b9.site123.me/blog-saya/karangan-kepentingan-perpaduan-di-malaysia
Thank You!