NAMA KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOD KURSUS : MPU21032
TAJUK TUGASAN : KESIHATAN DAN PERPADUAN
NAMA PENSYARAH : PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR
PENGENALAN
Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan tidak
hanya seketika ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan sebagai
kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau
kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia
(berlainan kaum,bangsa dan agama).
Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam
bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan agama,bangsa dan
kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan
harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang
berlainan bangsa dan agama, bersama-sama berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi
memastikan kesihatan masyarakat terjamin. Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah
titik permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku.
FAKTOR/CABARAN DALAM MENGEKALKAN PERPADUAN
a) perubahan system pendidikan
Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan
masyarakat semakin renggang. Kesannya,masih ramai rakyat yang merupakan warganegara
Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Jika
masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan
berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan, persefahaman dan toleransi
antara satu sama lain.
b) perbezaan parti politik
Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu
yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang
kurang bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat
tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Politik sepatutnya membela
nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan bagi mana-mana pihak.
c) mewujudkan jurang ekonomi perkauman
Hal ini kerana, kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di
ladang getah dan kaum Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan. Setelah
kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di mana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan
mampu berjaya sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu, akibat dasar penjajah dahulu,
kesannya masih dapat dilihat sampailah sekarang dimana sektor perniagaan masih didominisasi
oleh kaum Cina dan kebanyakan orang India masih tinggal di ladang.
d) Campur tangan pihak luar
Selain dari itu, campur tangan dari kuasa atau pihak luar semakin menjadi-jadi. Ini jelas
dapat memecahbelahkan rakyat dan perpaduan kaum boleh terjejas. Campur tangan dari
pemimpin luar pula merumitkan lagi keadaan.Ada segelintir rakyat yang menjadikan isu hak
asasi manusia sebagai salah satu penyebab untuk membawa masuk badaya barat yang tidak
sesuai kedalam Negara kita contohnya lesbian dan gay.
e) Kewujudan media massa
Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu
teks atau video telah menunjukkan sisi negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin
menular terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitivi perkauman atau agama. Setiap
individu sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi
sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih. Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu
sebelum memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh tentang perkauman dan agama. Pihak
berkuasa wajar menguatkuasakan undang-undang kepada pelaku yang mencetuskan isu atau
sesuatu perkara yang mampu menggolakkan perpaduan antara kaum. Ahli masyarakat juga
bertanggungjawab menjadi mata-mata pihak berkuasa dimana jika ternampak sesuatu perkara
yang akan menimbulkan kemarahan sesebuah kaum atau penganut agama, wajar untuk kita
laporkan kepada pihak polis.
KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA RAKYAT
a) keharmonian negara akan terjejas
Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan di kalangan rakyat.
Kerjasama yang baik antara rakyat sangat dititikberatkan di dalam proses memberikan rawatan
yang terbaik kepada rakyat. Contohnya, sepanjang berlakunya penularan wabak COVID-19 ini ,
rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan pihak atasan untuk berkerjasama
memutuskan rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus menyebabkan peningkatan kes dan
kematian pesakit dari semasa ke semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja pada
pihak atasan malah terhadap kita juga. Sehubungan itu, keharmonian negara juga tergugat dan
memberikan impak negatif yang agak besar kepada kesejahteraan rakyat dan negara.
b) wujudnya masyarakat yang tidak bermoral , bertolak ansur dan beretika
Apabila adanya masyarakat yang tidak bermoral , bertolak ansur dan beretika ini dapat
menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham antara kaum. Sebagai contoh,
rakyat yang tidak memberi komitmen yang baik kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dalam mendermakan darah kepada pesakit yang memerlukan. Ini kerana kurangnya
sensitiviti dalam diri sesetangah rakyat terhadap pesakit yang betul-betul memerlukan. Lebih-
lebih lagi, stok darah di dalam tabung darah negara kini tidak mencukupi bagi menampung
bekalan darah yang diperlukan oleh setiap pesakit yang berada di hospital mengikut jenis-jenis
darah yang diingini. Malahan pula, terdapatnya sesetengah sifat rakyat yang memilih kasih
dalam mendermakan darah akan melambatkan lagi proses membaik pulih kesihatan pesakit
tersebut. Dengan itu, tahap kesihatan akan terganggu dan kurangnya kesepaduan dalam kalangan
rakyat.
c) wujud sikap mementingkan diri dalam masyarakat
Sering kali kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat yang sanggup menggadai
prinsip politik, ekonomi, keadilan dan prokemanusiaan demi kepentingan diri.
Contohnya,sesetengah rakyat yang tidak memberi kerjasama yang baik untuk mematuhi
perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus jangkitan
COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih suka mengikut kehendak mereka untuk keluar sesuka
hati dan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengambil berat tahap kesihatan
orang lain. Hal ini diperkatakan demikian kerana kita akan mempropagandakan lagi keadaan
sekaligus meningkatkan bilangan kes COVID-19 tersebut melalui sentuhan dan jarak yang rapat
apabila bertemu kawan atau sebagainya.
d) kestabilan ekonomi negara terjejas
Sistem kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi menstabilkan ekonomi negara.
Namun begitu, apabila wujudnya masalah kesihatan seperti penularan wabak COVID-19, maka
ini turut menjejaskan lagi kestabilan ekonomi negara. Seiring dengan pengumuman yang
diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengistiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula pada 18 Mac 2020, sudah pasti
ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada sistem ekonomi negara. Contoh dapat yang
kita lihat, berlaku peningkatan bilangan pengganguran, pegurusan peniagaan yang tidak
mendatangkan banyak keuntungan dan anak- anak muda yang berhasrat untuk menyambung
pelajaran juga terbantut . Oleh itu, kestabilan ekonomi negara adalah sangat penting serta
memainkan peranan yang besar dari aspek kesihatan bagi membentuk perpaduan negara yang
aman dan harmoni.
e) aspek sosial
Memang tidak dapat disangkal bahawa komunikasi dua hala yang baik antara masyarakat
berbilang kaum merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Hal ini demikian kerana
tanpa komunikasi yang baik di antara rakyat dan kesepakatan komunikasi dapat menjejaskan
kejayaan sesuatu program kesihatan seperti Bulan Sukan Negara dilaksanakan. Contohnya, di
dalam sesebuah komuniti yang terdapat masyarakat yang berbilang kaum mempunyai
komunikasi yang kurang baik sesama kaum akan mewujudkan jurang antara satu sama lain dan
sekaligus menyukarkan kita untuk bersepadu ketika melakukan perancangan aktiviti sepanjang
Bulan Sukan Negara. Selain itu, kesihatan sangat memerlukan komunikasi dua hala antara satu
sama lain terutamanya ketika merawat , melawat dan melakukan pembedahan kepada pesakit.
PERPADUAN PADA HARI INI
Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara.
Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.Malaysia pada masa sekarang berada
dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang
besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa
mengira agama dan bangsa.Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum
yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan
persengketaan dan akhirnya merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang
telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu.
HUBUNGKAIT KESIHATAN DAN PERPADUAN
Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali gus memperkukuh
perpaduan komuniti di sini. Pertama sekali perkara yang boleh kita dapat daripada kesihatan dan
perpaduan ialah kita dapat menjalinkan Sesuatu hubungan antara masyarakat satu sama
lain. Hal ini dapat memupuk kekuatan perpaduan dalam kalangan masyarakat walaupun
berlainan agama budaya dan asal usul. Sebagai contoh perkara yang boleh menyebabkan
kesihatan dan perpaduan itu terjalin bersama adalah aktiviti gotong-royong.Ketika aktiviti
gotong royong dilaksanakan sudah semestinya badan kita akan mengeluarkan peluh yang
membolehkan tubuh badan kita terus kekal cergas. Sudah semestinya sikap tolong menolong
akan hadir sewaktu aktiviti gotong royong. Hal ini dapat meningkatkan komunikasi dalam
sesebuah masyarakat maka perpaduan akan terjalin.
Seterusnya, sudah semestinya kita dapat meningkatkan kesihatan dan perpadauan
dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat
Malaysia. Sebagai contoh aktiviti yang boleh dianjurkan oleh kerajaan kepada masyarakat adalah
aktiviti sukan negara. Hari Sukan Negara merupakan hari yang paling di tunggu tunggu oleh
masyarakat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti yang diajurkan oleh kerajaan
sangat lah menyeronokkan dan bermanfaat.
Selain itu, perpaduan juga dapat diwujudkan ketika kita mendermakan darah. Hal ini
demikian kerana kita dapat melihat di sekeliling kita mengenai proses kerjasama antara kaum
sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum. Visi Pusat Darah
Negara ialah sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi
dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi Perubatan. Seperti
yang kita sedia maklum, stok di bank darah semakin hari semakin berkurangan. Tambahan pula
berlakunya fenomena pandemik Covid-19 ini menyebabkan pengurangan pendermaan darah oleh
masyarakat.
Oleh itu,kita semua mestilah mendermakan darah walaupun berbeza kaum dan bangsa.
Sehubungan dengan pengurangan stok di bank darah Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia
haruslah bersama-sama membantu rakan-rakan kita yang memerlukan darah bagi meneruskan
kehidupan seperti kita. Dalam pada itu, kempen derma darah ini juga dapat menjalinkan
perpaduan tanpa kita sedar. Perpaduan di sini bukan hanya terbentuk dari insan yang
mendermakan darah malahan insan yang membantu sepanjang kempen juga bersatu padu bagi
mencapai hasrat dan tujuan kempen derma darah itu dijalankan.
Penularan kes pandemik Covid-19 ini menyebakan satu dunia panik dan sistem
organisasi kesihatan semakin sesak. Sebagaimana yang kita lihat, kes ini menjadikan kesemua
petugas-petugas barisan hadapan (frontliner) berkerjasama dan berganding bahu siang
dan malam bagi mengurangkan penularan ini berlaku. Selain itu, barisan-barisan petugas
hadapan (frontliner) yang terdiri daripada polis, tentera, doktor dan sebagainya bertugas dan
berkongsi kepakaran untuk memastikan fasiliti keperluan dan keselamatan rakyat terjamin.
Rakyat juga perlu bersama-sama menjaga diri daripada dijangkiti penyakit ini selaras dengan
tagline “#kitajagakita”. Jelaslah bahawa dengan adanya perpaduan yang kuat daripada rakyat
Malaysia ini mampu dan berjaya menjadikan Malaysia antara negara yang paling kurang catatan
kes Covid-19 di seluruh dunia.
KESIMPULAN
Dalam setiap perbincangan ini, dapat kita lihat perkaitan antara kesihatan dan perpaduan.
Kesihatan dan perpaduan saling melengkapi kerana dengan adanya perpaduan antara masyarakat,
segala masalah dapat dihadapi bersama. Sebagai analoginya, kes covid-19 yang baru-baru ini
merebak ke seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat diredakan di negara
kita dengan kerjasama rakyat yang patuh akan arahan pemimpin. Mereka bekerjasama dalam
mengikut ‘SOP’ yang ditetapkan serta mengikut perintah kawalan pergerakan. Di sini kita dapat
lihat kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia
dan mampu mengelakkan kes semakin menular walaupun bukan pulih sepenuhnya.
AKTIVITI PENGUKUHAN
1.Adakah perpaduan kaum di Malaysia masih wujud?jelaskan mengapa.
2.jelaskan kesan terhadap kesihatan jika perpaduan antara rakyat tidak terjalin.
SUMBER RUJUKAN
-ughdaniio(2020)KESIHATAN DAN PERPADUAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
-N_syaf(2020)E-FOLIO(ETIKA DAN PERADABAN)KESIHATAN DAN
PERPADUANhttps://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html
-kementerian kesihatan Malaysia (2021)Langkah langkah pencegahan penularan
covid 19 di twmpat kerja https://covid-19.moh.gov.my/semasa-
kkm/2021/05/langkah-pencegahan-covid-19-di-tmpt-kerja
-blog saya((2021)https://5ce5582a8d3b9.site123.me/blog-saya/karangan-
kepentingan-perpaduan-di-malaysia