BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
NOTA TATABAHASA
KATA GANDA
PENUH
SEPARA
BERIMBUHAN
BERIMA/BERENTAK
DISEDIAKAN OLEH :
CIKGU MOHAMMAD JOL
SK PULO, KUCHING, SARAWAK
0138071950
21 JUN 2020
KATA
GANDA
Kata ganda ialah proses
mengulang sesuatu
perkataan sama ada
secara seluruh atau
sebahagian
tertentu,dengan
imbuhan atau tanpa
imbuhan
PENUH SEPARA
BERIMBUHAN BERIMA
BERENTAK
KATA GANDA PENUH/SELURUH
• Kata ganda penuh bermaksud
seluruh perkataan diulang
tanpa mengalami perubahan
bunyi atau bentuk,sama ada
berimbuhan atau tidak.
Contoh:
A. Seluruh kata dasar(meja-meja,anak-anak,obor-
obor)
B. Seluruh kata terbitan(bungkusan-bungkusan,
soalan-soalan)
C. Kata berimbuhan (biji-bijian, bayang-bayangan)
D. Kata majmuk(rumah-rumah teres, guru-guru
besar)
Contoh ayat:
1. Anak Puan Ainah bijak-bijak belaka.
2. Fikirlah masak-masak sebelum
membuat keputusan.
KATA GANDA SEPARA
• Kata ganda separa bermaksud
menggandakan sebahagian
daripada kata dasar.
• Penggandaan melibatkan suku kata
pertama kata pada dasar.
• Kata nama separa terbentuk
daripada kelas kata nama sahaja
Contoh: bebola bebiri
• bebenang
• dedalu lelabi jejenti
• Kekisi
gegendang pepohon
Contoh ayat:
1. Lelangit Alia terluka akibat tertusuk
tulang ikan.
2. Terdapat banyak jejentik di dalam
tayar buruk yang menakung air
itu.
KATA GANDA BERIMBUHAN
• Kata ganda berimbuhan ialah kata
ganda yang menerima imbuhan,sama
ada awalan,akhiran,apitan atau sisipan.
• Kata ganda berimbuhan boleh berlaku
pada kata nama,kata kerja,kata adjektif
dan kata keterangan
Contoh:
berayun-ayun berbuai-buai
bertalu-talu menderu-deru
mengais-ngais meronta-ronta
teresak-esak tersipu-sipu
terkapai-kapai
Contoh ayat:
1. Bendera pada bumbung kereta Encik
Hamid berkibar-kibar ditiup angin.
2. Helikopter itu berlegar-legar di udara
selama lima minit sebelum
mendarat.
KATA GANDA BERIMA/BERENTAK
Dalam kata ganda berima atau
berentak,perkataan yang digandakan
mengalami perubahan bunyi.
Kata ganda berima terbahagi kepada tiga
kategori:
(a) Persamaan bunyi pada suku kata awal
perkataan.Contoh: sayur-mayur,lauk-
pauk, kuih-muih
(b) Persamaan bunyi pada suku akhir kata
perkataan. Contoh: segar-bugar,haru-
biru, lintang-pukang
(c) Bebas.Contoh: riuh-rendah,ulang-
alik, rempah-ratus
Contoh ayat:
1. Ramli pening kepala melihat jalan yang
bersimpang-siur di bandar besar itu.
2. Ajil dan Nabil berlari lintang-pukang
apabila dikejar anjing gila.