BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
NOTA TATABAHASA
PENANDA WACANA
DISEDIAKAN OLEH :
CIKGU MOHAMMAD JOL
SK PULO, KUCHING
03 MAC 2020
KELUAR
1. Penanda Wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk
menghasilkan karangan yang baik dan teratur. Penanda Wacana
juga dikenali sebagai perangkai kata.
2. Penanda Wacana menghubungkan satu ayat dengan ayat yang
lain atau satu idea dengan idea yang lain yang saling berkaitan.
Penanda Wacana juga sering digunakan apabila memulakan
perenggan yang baharu.
3. Apabila dua ayat digabungkan dengan Penanda Wacana yang
sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta
mempunyai pertalian idea.
4. Penanda Wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori
mengikut fungsinya.
Fungsi Penanda
Wacana
pertentangan akibat atau
maklumat kesimpulan
persamaan yang masa yang
atau kian berikutnya sama atau
bertambah pada masa
itu
Penanda Wacana Ayat Contoh
Bagaimanapun : Ibu menangis teresak-esak. Bagaimanapun,
tangisannya reda setelah dipujuk oleh kakak.
Biarpun demikian : Satiya gagal dalam perlumbaan itu. Biarpun begitu
dia tidak berputus asa.
Meskipun : Masni tidak berganjak dari situ meskipun telah di arah
pulang.
Meskipun demikian : Puan Salbiah telah mendapatkan rawatan di
hospital. Meskipun demikian, penyakitnya masih
belum sembuh.
Namun : Yatt menjerit meminta tolong. Namun tiada sesiapa
yang mendengar jeritannya.
Sebaliknya : Yasin tidak ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di
pusat snooker.
Sungguhpun demikian: Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun
demikian, kami tidak pernah meminta belas kasihan
daripada orang lain.
Walau bagaimanapun: Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah
satu-satunya jalan ke Banglo Tuan Jamil.
Penanda Wacana Ayat Contoh
Akhir kata : Sekian sahaja kandungan warkah saya. Akhir kata,
semoga kita dapat berjumpa lagi.
Akhirnya : Pasukan itu tidak bermain bersungguh-sungguh.
Akhirnya, mereka kalah.
Dengan itu : Nazri kurang aktif dalam kokurikulum. Dengan itu, dia
tidak terpilih sebagai Murid Cemerlang.
Jadi : Cecilia kurang sihat. Jadi, dia tidak hadir ke sekolah .
Justeru : Peperiksaan kian hampir. Justeru,kita perlu lebih tekun
belajar.
Kalau begitu : Nampaknya kamu sudah sihat. Kalau begitu kamu boleh
pulang esok.
Lantaran itu : Badrul selalu ponteng. Lantaran itu, bapanya selalu
dipanggi oleh pihak sekolah.
Semenjak itu: Bapanya meninggal dunia beberapa bulayanglalu.
Semenjak itu, dia sering murung.
Penanda Wacana Ayat Contoh
Lagipun : Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya
itu kerana terdapat pelbagai jenis barang.
Lagipun, harganya murah.
Lebih-lebih lagi: Saya tidak dapat melihat dengan jelas,
lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Malah : Nur Hasanah mendapat tawaran belajar di
London. Malah perbelanjaannya pun
ditanggung oleh kerajaan negeri.
Tambahan lagi : Daniel suka menonton dokumentari,
tambahan lagi berkaitan dengan haiwan.
Penanda Wacana Ayat Contoh
Kemudian : Mula-mula masukkan tepung gandum.
Kemudian, masukkan sebiji telur.
Selepas itu : Emak mengemas rumah. Selepas itu,
Emak menyediakan hidangan tengah hari.
Selanjutnya : Guru Besar menyampaikan ucapan alu-
aluan. Selanjutnya, beliau merasmikan
majlis itu.
Seterusnya : Cikgu Muhammad menerangkan cara
mencari idea-idea untuk menulis karangan.
Seterusnya, beliau mengarahkan agar
menulis karangan yang lengkap berdasarkan
idea tersebut.
Penanda Wacana Ayat Contoh
Dalam pada itu : Mak Jah mengambil upah menjahit
pakaian. Dalam pada itu, dia juga menjual
kuih.
Di samping itu : Fazilah seorang yang peramah. Di samping
itu, dia mudah mesra dan pandai bergaul.
Selain itu : Membaca buku menambah
pengetahuan. Selain itu,membaca buku
juga dapat mengisi masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah.
Sebelum itu : Ayah akan ke Kulim sebentar lagi. Sebelum
itu, dia memastikan kenderaan berfungsi
dengan baik.