PESAN AYAH
Ini Naura. Naura berumur 11 tahun. Naura merupakan kakak sulung daripada dua beradik. Naura mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Nisa dan berumur 5 tahun. Encik Nazrul dan Puan Nadirah merupakan ibu dan ayah Naura. Kedua-dua mereka merupakan pasangan suami isteri yang penyayang serta baik kepada Naura dan Nisa. PESAN AYAH
Encik Nazrul selalu membawa Naura dan adiknya Nisa ke taman permainan. Kadangkala, Encik Nazrul akan membawa mereka ke pameran seni seperti ke Balai Seni Negara kerana Naura suka melukis. Naura boleh dikatakan anak perempuan yang rapat dengan ayahnya dan sering bergantung kepada Encik Nazrul berbanding ibunya. PESAN AYAH
‘Abang hari ini hari jadi Naura. Kita bawa mereka keluar ke mana hari ini?’ Soal Puan Nadirah ke Encik Nazrul. ‘Kita bawa Naura dan Nisa ke Taman Layang-layang boleh?’ ‘Boleh juga abang. Baiklah saya bagitahu mereka berdua untuk bersiap kita pergi petang nanti ya.’ Balas isterinya. ‘Abang nak pergi cuci kereta dulu, suruh mereka berdua bersiap. Abang dah balik kita terus pergi.’ ‘Baik Abang.’ Balas Puan Nadirah sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya. PESAN AYAH
Sebaik sahaja mereka sampai di taman, mata Naura terus terpaku melihat layanglayang yang dijual di gerai-gerai tepi jalan. ‘Wah! Banyaknya layang-layang, kalau Naura nak satu boleh ke ayah?’ ‘Nisa nak juga!’ Jerit adiknya. ‘Mestilah boleh. Hari ini kan hari jadi anak ayah. Nisa pun boleh jugak sebab Nisa pun puteri ayah.’ Balas Encik Nazrul. ‘Terima kasih ayah!’ Balas Naura dan Nisa sambil berlari peluk ayahnya. Kemudian mereka berempat bergerak ke gerai untuk memilih layang-layang yang ingin dibelinya. PESAN AYAH
Tidak lama selepas itu, Naura dan adiknya mengajak ibu ayah mereka untuk menunggang basikal bersama. Encik Nazrul menyewa dua buah basikal berpasangan untuk ditunggang mereka berempat. Naura menunggang bersama ayahnya, manakala Nisa bersama ibunya. ‘Ayah, kayuh laju lagi ayah! Kita lawan ibu dengan adik!’ Jerit Naura. Riak tawa mereka berempat meriuhkan lagi suasana taman. PESAN AYAH
Ibu dah penatlah, kita berhenti makan dulu boleh?’ Kata Puan Nadirah sambil memberhentikan basikal ke tepi jalan. Naura dan Encik Nazrul angguk tanda setuju sambil memberhentikan basikal ke tepi. Encik Nazrul membentangkan tikar sambil Puan Nadirah menyediakan makanan-makanan yang ingin dijamu. ‘Sedapnya bau makanan, ibu masak lauk apa harini?’ Tanya Naura kepada ibunya. ‘Ibu masak lauk kegemaran anak ibu dengan ayah, cuba teka.‘ balasnya. ‘AYAM MASAK MERAH!’ jerit Naura dan Encik Nazrul serentak. Riuh sekali lagi suasana taman dengan gelak tawa mereka sekeluarga. PESAN AYAH
‘Ayah okay?’ Soal Naura selepas terdengar suaranya ayahnya batuk-batuk. Muka Encik Nazrul mula pucat dan kelihatan tidak bermaya. Naura semakin risau dan menyahut ibunya untuk kemari. ‘Ayah!’ Tidak sempat Puan Nadirah datang mendekat, Encik Nazrul tiba-tiba pengsan jatuh ke tanah. Puan Nadirah cepat-cepat mencari telefon bimbitnya untuk menelefon ambulan. Suara tangisan Naura dan Nisa kedengaran semakin kuat. Orang ramai juga turut mendekati Encik Nazrul dan keluarganya. PESAN AYAH
Encik Nazrul dibawa ke Hospital untuk pemeriksaan lanjut. ‘Suami Puan menghidap kanser paru-paru tahap 4. Bila-bila masa saja Puan dan anak-anak perlu bersedia.’ Kata Dr yang merawat Encik Nazrul. Puan Nadirah dan anak-anaknya menangis teresak-esak. Naura memeluk adiknya sambil menangis. Sebaik sahaja Encik Nazrul sedar, mereka bertiga terus bergegas ke bilik untuk berjumpa. PESAN AYAH
Nisa mula persoalkan kepada Naura, ‘Kenapa ayah sakit?’ Encik Nazrul yang terdengar pertanyaan anaknya hanya mampu tersenyum dan terus memegang tangan anaknya. Puan Nadirah yang tak mampu menahan rasa sebak membawa Nisa keluar dari bilik. ‘Naura..’ Sahut Encik Nazrul. ‘Dekat sikit dengan ayah sini’ katanya lagi. ‘Naura sayang ayah tak?’ soalnya. ‘Mestilah sayang.’ Balas Naura. ‘Kalau sayang, Naura janji dengan ayah belajar rajin-rajin. Naura kena jadi anak yang baik dengar kata ibu. Naura kena jadi pelukis yang berjaya ya.’ Pesan Encik Nazrul sambil mengusap kepala anaknya. PESAN AYAH
Keadaan Encik Nazrul semakin merosot. Setelah seminggu Encik Nazrul berada di wad, Naura kehilangan ayahnya buat selama-lamanya. Keadaan rumah yang ceria kini mulai suram. Perangai Naura juga berubah sepenuhnya. Dia mula untuk malas ke sekolah, tidak mendengar kata ibunya dan mula mengurung diri di dalam bilik. Segala usaha telah dibuat oleh Puan Nadirah untuk cuba memujuk Naura, namun tidak berjaya. Naura juga tidak lagi ingin melukis. PESAN AYAH
Sehinggalah satu malam, ketika Naura sedang tidur dia bermimpi dia berjumpa dengan ayahnya. ‘Ayah!’ Jerit Naura sambil berlari ke arah Encik Nazrul. Bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan oleh mulut Naura. ‘Ayah pergi mana?’ ‘Naura rindu ayah’ ‘Kenapa ayah tinggalkan Naura?’ Sosok tubuh Encik Nazrul duduk di hadapan Naura. Dia hanya tersenyum sambil mengusap kepala anaknya. ‘Naura dah tak sayangkan ayah ke?’ Soal ayahnya. PESAN AYAH
‘Kenapa Naura dah tak dengar kata ibu? Naura dah tak pergi ke sekolah ya.’ Soal Encik Nazrul lagi. ‘Naura sedih tak ada ayah.’ Balas Naura. ‘Ibu mesti lagi sedih tengok Naura macam ini. Sebelum ini kan Naura dah janji dengan ayah nak dengar kata ibu?’ Encik Nazrul membalas. Naura diam membisu. ’Naura dengar pesan ayah. Jadi anak yang dengar kata ibu. Jangan berhenti belajar. Teruskan jadi pelukis yang berjaya. Banggakan ayah dan ibu ya nak.’ Bisik Encik Nazrul sambil memeluk tubuh anaknya. Pelukan yang hangat itu mengalirkan air mata Naura. Pelukan itu terasa nyaman. PESAN AYAH
‘Naura sayang ayah.’ Bisik Naura perlahan. ‘Ayah pun sayang Naura. Nanti kita jumpa lagi ya sayang?’ Encik Nazrul mengusap pipi Naura yang basah dengan air mata. Tiba-tiba kelibat Encik Nazrul mula menghilang seperti debu. Naura pun tersedar daripada tidurnya. Pipi Naura basah dengan air mata, perjumpaannya seakan nyata. Naura terus berlari keluar mencari ibunya. ‘Ibu! Naura sayang ibu. Ibu jangan tinggalkan Naura ya.’ Ucap Naura sambil memeluk ibunya dari belakang. Rasa kesal menyelubungi dirinya. ‘Ya sayang, ibu pun sayang Naura. Kenapa nangis-nangis ni?’ Balasnya. ‘Naura janji Naura belajar rajinrajin biar ibu ayah bangga dengan Naura!’ Laung Naura dengan semangat. PESAN AYAH
Selepas kejadian tersebut, Naura mula kembali menjalani rutin biasanya. Naura mula ke sekolah, taat kepada ibunya dan terus melukis. Dia juga kembali merapatkan diri dengan adiknya. Secara dalam diam, Naura memasuki satu pertandingan melukis peringkat Negeri Selangor. Dia bertungkus lumus menyiapkan lukisannya dalam masa seminggu. Berita baiknya, dia memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut. PESAN AYAH
‘Ibu, Naura menang!’ Jerit Naura dengan nada gembira. ‘Syukur! Tahniah anak ibu! Ibu bangga dengan Naura. Kalau Ayah ada mesti ayah gembira.’ Jawab Puan Nadirah sambil memeluk Naura. Jelas terukir senyuman mereka berdua dalam pelukan hangat itu. ‘Apa maksud lukisan ni Naura?’ Soal Puan Nadirah. ‘Pesan Ayah.’ Balas Naura. Dia mengambil kisah dia dan ayahnya sebagai inspirasi. Naura merasakan bahawa walaupun ayahnya sudah tiada bersamanya, namun pesanan ayahnya membuatkan dia terus kuat untuk mengharungi segalanya. PESAN AYAH
Naura merasakan tanggungjawab sebagai seorang anak sulung bukanlah mudah. Dia berjanji dengan diri sendiri untuk terus belajar dan menjadi seorang anak yang berjaya. Segala pesanan ayahnya sentiasa diingati dan menjadi satu semangat untuk terus berusaha. Naura bertekad untuk terus banggakan ibu dan ayahnya. ‘Terima kasih ayah. Naura rindu.’ PESAN AYAH
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, buku cerita kanak-kanak yang bertajuk Pesan Ayah ini berjaya dihasilkan. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat ibunda tercinta, abang dan adik-adik yang tak pernah putus mendoakan insan kecil ini dalam penghasilan buku cerita ini. Tidak dilupakan juga buat pensyarah yang dihormati, Dr. Roslan yang sentiasa membantu diri ini dan rakan sekelas dalam gerak kerja penghasilan buku cerita dari masa ke masa. Buat rakan-rakan seperjuanganku, khasnya kelas Bahasa Melayu 4, terima kasih kerana tidak lelah dalam membantu insan kecil ini menyiapkan buku cerita Pesan Ayah yang bermakna buat diri ini. Buatmu ayahandaku yang dikasihi, Almarhum Rusli Bin Dariah, buku cerita kanak-kanak ini ku utuskan untuk dirimu sebagai tanda ingatan diri ini kepadamu. Segala pesanan dan nasihatmu sentiasa menjadi titik semangat anakmu ini untuk terus berjaya menjadi insan yang berguna. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, buku cerita kanak-kanak yang bertajuk Pesan Ayah ini berjaya dihasilkan. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat ibunda tercinta, abang dan adik-adik yang tak pernah putus mendoakan insan kecil ini dalam penghasilan buku cerita ini. Tidak dilupakan juga buat pensyarah yang dihormati, Dr. Roslan yang sentiasa membantu diri ini dan rakan sekelas dalam gerak kerja penghasilan buku cerita dari masa ke masa. Buat rakan-rakan seperjuanganku, khasnya kelas Bahasa Melayu 4, terima kasih kerana tidak lelah dalam membantu insan kecil ini menyiapkan buku cerita Pesan Ayah yang bermakna buat diri ini. Buatmu ayahandaku yang dikasihi, Almarhum Rusli Bin Dariah, buku cerita kanak-kanak ini ku utuskan untuk dirimu sebagai tanda ingatan diri ini kepadamu. Segala pesanan dan nasihatmu sentiasa menjadi titik semangat anakmu ini untuk terus berjaya menjadi insan yang berguna. KATA PRAKATA