The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Projek Inovasi Program Internship IPGM Kampus Pendidikan Islam.
24052024.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM50620 Nur Atiqah Binti Mohd Asli, 2024-05-21 22:32:20

MODUL 135 SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR OLEH CIKGU NUR ATIQAH

Projek Inovasi Program Internship IPGM Kampus Pendidikan Islam.
24052024.

Keywords: Simpulan Bahasa,Bahasa,Projek Inovasi,Inovasi Digital

135 BAHASA BERGAMBAR NUR ATIQAH BINTI MOHD ASLI MENGANDUNGI 135 SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR SUSUNAN MENGIKUT ABJAD ABC DISERTAKAN PELBAGAI SET LATIHAN BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI E-BOOK SIMPULAN IMBAS E-BOOK 135 PADAT NOTA DAN LATIHAN


Simpulan Bahasa Bergambar MODUL 135


Menelusuri dunia pendidikan, terdapat beberapa jenis bahan yang berperanan penting membantu proses pembelajaran. Modul merupakan salah satu bahan ajar yang sering digunakan sebagai pemudahcara kepada guru-guru serta membantu pembelajaran murid-murid. Modul 135 Simpulan Bahasa Bergambar ini dihasilkan dengan gabungan dan olahan idea baharu secara bergambar yang mampu meningkatkan pemahaman murid terhadap simpulan bahasa. Gabungan dua kata boleh membentuk simpulan bahasa dengan makna mendalam dan unik. Di samping penggunaan gambar berfungsi kepada murid-murid untuk mengenal, meneka dan mengasah pemikiran kritis. Modul ini turut disediakan kod QR untuk diakses secara dalam talian melalui aplikasi Anyflip. Inisiatif ini membolehkan penggunaan modul tidak dihadkan hanya kepada buku semata-mata, sebaliknya boleh diguna pakai pada bila-bila masa. PENDAHULUAN i


Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan salam anak yang baik lagi cerdik. Pertama dan selamanya marilah kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas kesempatan yang diberikanNya dapat menghasilkan sebuah modul ini. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Atiqah selaku guru internship SK Sri Serdang kerana memberikan ruang kepada saya untuk menyelitkan sepatah dua kata dalam ruangan Setitis Tinta Modul 135 Simpulan Bahasa Bergambar ini. Jutaan terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Dr. Asiah binti Abdul Rahman selaku mentor yang sentiasa amanah dalam membimbing anak mentee sepanjang proses penghasilan modul ini dijalankan. Semoga dengan terhasilnya naskhah berilmu ini dapat memberikan seribu satu manfaat kepada pembelajaran murid-murid di sekolah ini khususnya serta dalam dunia pendidikan secara umumnya. Sebagai pengakhir kalam, saya mengharapkan usaha murni begini tidak akan terhenti hanya di sini. Saya sentiasa mendoakan dan menyokong para guru untuk terus berbakti kepada dunia pendidikan dan anak bangsa dengan dedikasi. Sekian, terima kasih. SETITIS TINTA GURU BESAR (MD NASRI BIN SUPIAN) Guru Besar, SK Sri Serdang. ii


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan izinNya dan usaha gigih anak mentee Nur Atiqah binti Mohd Asli maka terhasillah sebuah modul yang berjudul 135 Simpulan Bahasa Bergambar ini. Sesungguhnya tidak dapat dibicarakan dengan kata akan rasa syukur serta bangga yang tersemat di hati apabila melihat modul ini di tangan saya sendiri. Sesungguhnya, modul ini merupakan satu sumbangan hadiah kepada warga SK Sri Serdang terutamanya kepada Panitia Bahasa Melayu untuk dimanfaatkan bersama dalam pengajaran simpulan bahasa kepada murid-murid. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak mentee saya kerana telah mengambil peluang berharga ini meninggalkan sebuah karya bertulis ini di sini. Akhirul kalam, saya mengharapkan semoga anak mentee kekal menjadi guru yang cemerlang dan kreatif untuk membangunkan pendidikan negara yang lebih terbilang. Sekian, terima kasih. SEUNGKAP BICARA MENTOR (DR. HAJAH ASIAH BINTI ABDUL RAHMAN) Guru Mentor, Program Internship IPGM Kampus Pendidikan Islam, SK Sri Serdang. iii


Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dan terima kasih kepada anak didik saya, saudari Nur Atiqah binti Mohd Asli kerana memberikan ruang kepada saya mengutuskan ucapan sebagai tanda ingatan dalam naskhah yang masih basah tintanya ini. Penghasilan Modul 135 Simpulan Bahasa Bergambar adalah suatu kejayaan yang sangat membanggakan. Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izin-Nya, saudari telah diberikan kesihatan dan peluang sehingga berjaya mengharungi program Internship selama empat minggu ini. Meskipun waktunya singkat namun kesempatan yang ada telah dimanfaatkan sehabis baik, buktinya saudari telah dapat meraih kejayaan ini. Saya juga yakin dan pasti usaha gigih saudari pastinya sentiasa diiringi didikan, bimbingan dan sokongan seutuhnya daripada mentor, Dr. Asiah binti Abdul Rahman. Ribuan terima kasih saya utuskan buat beliau di atas amanah yang dijalankan dengan begitu tekun sekali. Buat bingkisan terakhir, saudari bukan sahaja telah menghasilkan sebuah modul untuk pembelajaran sekolah malah telah menyumbang buah fikiran, keringat dan bakti kepada anak-anak bangsa kita. Semoga langkah saudari tidak terhenti di sini dan kekal cemerlang untuk menjadi pembuka jalan pendidikan beralaf baru yang lebih maju. Sekian, terima kasih. SEJAMBAK KATA PENSYARAH PENYELIA (DR. FAZILAH BINTI MAT ZAIN) Pensyarah penyelia, Jabatan Pengajian Melayu (JPM), IPGM Kampus Pendidikan Islam. iv


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan kurniaNya yang dicurahkan dalam menghasilkan Modul 135 Simpulan Bahasa Bergambar sebagai projek inovasi Internship di SK Sri Serdang. Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Fazilah binti Mat Zain dan Dr. Asiah binti Abdul Rahman. Tanpa sokongan, didikan dan teguran daripada mereka tidak akan terhasillah naskhah ini. Semoga setiap usaha kalian dalam membimbing anak didikmu ini menjadi lipatan pahala yang berpanjangan. Sebagai penutup bingkisan, diharapkan semoga Modul 135 Simpulan Bahasa Bergambar ini diterima baik oleh semua pihak. Juga diharapkan semoga modul ini mampu dijadikan bahan ajar yang memudahkan pengajaran guru-guru dan membantu pembelajaran murid-murid sepanjang zaman. Sekian, terima kasih. SETULUS BINGKISAN PENULIS (NUR ATIQAH BINTI MOHD ASLI) Guru Pelatih, Pengkhususan Bahasa Melayu, Program Internship IPM Kampus Pendidikan Islam. v


Simpulan Bahasa Bergambar MODUL 135 SENARAI KANDUNGAN A. Pendahuluan............................................i B. Kata Alu-aluan.........................................ii C. Nota Simpulan Bahasa Bergambar .......1 1. Abjad A...................................................2 2. Abjad B..................................................6 3. Abjad C................................................10 4. Abjad D.................................................14 5. Abjad G.................................................18 6. Abjad H.................................................22 7. Abjad I...................................................26 8. Abjad K..................................................30 9. Abjad L..................................................34 Perkara Muka surat 10. Abjad M.............................................38 11. Abjad N...............................................42 12. Abjad O..............................................45 13. Abjad P...............................................48 14. Abjad R................................................51 15. Abjad S................................................54 16. Abjad T................................................56 Perkara Muka surat D. Set Latihan 1.Kenal pasti maksud.............................60 2.Lengkapkan ayat.................................63 3.Bina ayat...............................................65 4.UJI Minda - Quizziz...............................69 vi


Simpulan Bahasa Bergambar MODUL 135 NOTA SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR 1


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Air mandi Akal belut Angkat kaki Air muka Ajak-ajak ayam Anak air Anak baju Anjing hitam Asam garam 2


Maksud : Sudah menjadi kebiasaan Air mandi Ayat : Bekerja sebagai pemandu lori sudah menjadi air mandi kepada Kamil kerana itulah pekerjaan ayahnya. Maksud : a) Wajah b) Maruah Air muka Ayat : a) Air muka Munirah menjadi muram apabila dimarahi ibunya b) Tindakan Amin mengejek pekerjaan Hassan di khalayak ramai telah menjatuhkan air mukanya. Maksud : Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh Ajak ayam Ayat : Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam. Maksud : Orang yang pandai tipu muslihat Akal belut Ayat : Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah. 3


Maksud : Makan sedikit Alas perut Ayat : Liza hanya makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah. Maksud : Sungai kecil Anak air Ayat : Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman. Maksud : Baju di bahagian dalam Anak baju Ayat : Ibu sering menasihati saya supaya memakai anak baju. Maksud : Orang yang sangat disayangi Anak emas Ayat : Encik Kumar menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaanya. 4


Maksud : Pergi meninggalkan Angkat kaki Ayat : Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya. Maksud :Orang jahat yang menunjukkan keburukkannya Anjing hitam Ayat : Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ. Maksud : Pengalaman Asam garam Ayat : Setiap apa yang berlaku pasti akan menjadi asam garam dalam kehidupan. Maksud : Tidak menyebelahi mana-mana pihak Atas pagar Ayat : Sarah sebagai saksi atas pagar telah melaporkan pergaduhan itu kepada guru disiplin. 5


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Bantal lengan Bintang hati Batu api Batu loncatan Bengkak perut Besar kepala Buah bibir Buta perut 6 Buah fikiran


Maksud : Kehidupan yang terlalu miskin Bantal lengan Ayat : Budin dan isteri hidup berbantal lengan menyebabkan mereka sering dihina jiran tetangga. Maksud : Orang yang suka berleter Banyak cakap Ayat : Kamila banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya. Maksud : Orang yang suka menghasut Batu api Ayat : Hubungan mereka tidak pernah baik kerana selalu dibatu apikan oleh Senah. Maksud : Sesuatu permulaan untuk mencapai hajat besar Batu loncatan Ayat : Keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM menjadi batu loncatan untuk Dania lebih berusaha dalam peperiksaan SPM sebenar. 7


Maksud : Hasil buatan sendiri Bekas tangan Ayat :Tikar mengkuang itu adalah bekas tangan Sumayyah. Maksud : Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu Bengkak perut Ayat : Syamsul mula bengkak perut melihat ibu menghadiahkan sebuah kereta kepada abangnya. Maksud : Kurang senang Berat hati Ayat : Ayah berat hati membenarkan adik mengikuti lawatan sekolah ke Kuala Lumpur. Maksud : Tidak mahu mendengar nasihat atau degil Besar kepala Ayat : “Janganlah kamu bersikap besar kepala terhadap orang tua”, nasihat Atuk kepada kami. 8


Maksud : Orang kesayangan kekasih Bintang hati Ayat : Zaimah berasa gementar apabila memikirkan temu janji bersama bintang hatinya. Maksud : Perkara yang menjadi perbualan ramai Buah mulut Ayat : Berita penculikan kanak-kanak telah menjadi buah bibir penduduk kampung itu. Maksud : Pendapat Buah fikiran Ayat : Sebagai seorang pengerusi, Zahid sangat cakna akan setiap buah fikiran yang dilontarkan oleh ahli kelabnya. Maksud : Tidak bertimbang rasa Buta perut Ayat : “Sentiasalah menghargai pertolongan rakan-rakan kamu dan janganlah membuta perut sahaja”, tegur ayah kepada abang. 9


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Cacing gila Cuci mata Cacing kepanasan Cahaya mata Cakar ayam Cakar langit Cuci tangan Cakap angin 10 Curi tulang


Maksud : Meronta-ronta Cacing gila Ayat : Kesakitan yang dialami Maisarah menyebabkan dia seperti cacing gila Maksud : Gelisah Cacing kepanasan Ayat : Samad seperti cacing kepanasan di hadapan wad bersalin itu. Maksud : Anak Cahaya mata Ayat : Hasif dan isteri telah dikurniakan tiga cahaya mata. Maksud : Tulisan yang buruk Cakar ayam Ayat : Adik masih lagi cuba membaiki tulisan cakar ayamnya. 11


Maksud : Bangunan-bangunan yang tinggi Cakar langit Ayat : Abu sangat terpegun melihat suasana cakar langit di bandar Kuala Lumpur. Maksud : Melibatkan diri dalam urusan orang lain Campur tangan Ayat : “Janganlah kamu campur tangan dalam urusan rumah tangga adik kamu”, nasihat ibu kepada kakak. Maksud : Melihat pemandangan yang cantik Cuci mata Ayat : Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya. Maksud : Tidak bertanggungjawab atau sesuatu yang telah dilakukan Cuci tangan Ayat : Malik dan Ah Tong tidak lagi berkawan kerana dia sudah cuci tangan daripada dunia kongsi gelap. 12


Maksud : Pemalas Curi tulang Ayat : Irfan dan Rashid selalu curi tulang dengan melepak di dalam stor ketika waktu bekerja. Maksud : Cakap-cakap yang tidak berfaedah Cakap angin Ayat : Gunakanlah masa yang terluang dengan aktiviti berfaedah bukan sekadar bercakap angin sahaja. 13


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Dalam tangan Darah daging Darah manis Darah panas 14 Duit kopi Diam-diam ubi Dingin kepala Dingin hati Durian runtuh


15 Maksud : Sudah pasti akan diperoleh Dalam tangan Ayat : Peluang Aidil untuk menjuarai pertandingan pidato pastinya sudah dalam tangan kerana suaranya yang lantang. Maksud : Anak kandung / Adik-beradik kandung Darah daging Ayat : Puan Aisyah sangat menyayangi anak-anak yatim itu seperti darah daging sendiri. Maksud : Mudah mendapat bahaya atau kecederaan Darah manis Ayat : “Eloknya kamu tinggal di rumah dan jangan kerap keluar malam kerana kamu berdarah manis”, kata ibu kepada kakak. Maksud : Cepat marah Ayat : Kami jarang sekali bersembang dengan Tamin kerana dia berdarah panas. Darah panas


16 Maksud : Orang yang pendiam tapi banyak pengetahuan Diam-diam ubi Ayat : Walaupun Aleesya tidak pandai bergaul tapi dia seorang yang diam-diam ubi. Maksud : Berfikiran tenang dan tidak terburu-buru Dingin kepala Ayat : Ahmad dilantik sebagai pengerusi kerana sikapnya yang dingin kepala. Maksud : Tidak berminat atau tidak gembira Dingin hati Ayat : : Atikah tidak menyertai lawatan kelasnya ke Taman Bunga Negara kerana dingin hati. Maksud : Mendapat keuntungan tanpa disangka-sangka Ayat : Zarif mendapat durian runtuh setelah menerima bonus tahunan sebanyak RM5000 daripada majikannya. Durian runtuh


17 Maksud : Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah Duit kopi Ayat : : Zali memberikan RM50 sebagai duit kopi kepada Abu


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Gaji buta Geli hati Gatal mulut Gelap mata Gelap hati 18 Gelak sumbing Gigit jari Gigit bibir Gila bayang


19 Maksud : Gemar bercerita tentang keburukan orang lain Gatal mulut Ayat : Sikap Ali yang gatal mulut menyebabkan kawankawannya sering mengendahkannya. Maksud : Hilang pertimbangan kerana dipengaruhi wang Ayat : Zarif mendapat durian runtuh setelah menerima bonus tahunan sebanyak RM5000 daripada majikannya. Gelap mata Maksud : Mendapat gaji tanpa kerja yang bersusah payah Gaji buta Ayat : Tukang kebun itu hanya mendapatkan gaji buta kerana selalu tidur di dalam stor sekolah ketika waktu bekerja. Maksud : Sukar mengikuti pelajaran Ayat : Mei Ling berasa gelap hati apabila susah memahami topik pembelajaran tadi. Gelap hati


20 Maksud : Sesuatu yang melucukan Geli hati Ayat : Aina ketawa terbahak-bahak kerana geli hati mendengar cerita Udin. Maksud : Berasa kecewa Ayat : Ibu hanya mampu mengigit jari melihat pasu kesayangannya pecah. Gigit jari Maksud : Gelak yang dibuat-buat Gelak sumbing Ayat : Asmida hanya mampu gelak sumbing mendengar cerita yang disampaikan oleh Farida kerana tidak lucu. Maksud : Berasa marah Ayat : Abang hanya mampu gigit bibir melayan perangai adik yang sangat degil itu. Gigit bibir


21 Maksud : Mencintai seseorang yang tidak tahu bahawa dirinya dicintai Gila bayang Ayat : En Murad menjadi gila bayang apabila jirannya berpindah rumah tanpa pengetahuannya.


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Harga diri Hati batu Hancur hati Hidung tinggi 22 Hilang akal Harga mati Hidung belang Hilang semangat Hitam putih


23 Maksud : Harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi Harga mati Ayat : Ayah tidak dapat lagi berunding kerana penjual itu telah memberikan harga mati. Maksud : terlalu sedih Ayat : Betapa hancur hati Siti apabila diberitahu kucingnya dilanggar kereta. Hancur hati Maksud : Maruah atau kehormatan seseorang Harga diri Ayat : Amalkanlah adab hormat-menghormati sesama manusia demi menjaga harga diri. Maksud : Degil atau keras hati Ayat : Haikal selalu dipinggirkan kawan-kawannya kerana bersikap hidung tinggi. Hati batu


24 Maksud : Lelaki yang suka mengganggu perempuan Hidung belang Ayat : Syahir digelar hidung belang oleh rakan-rakan perempuan kelasnya. Maksud : Tidak tahu apa-apa atau hilang pertimbangan diri Ayat : Mak Enon sudah hilang akal kerana terkejut melihat rumahnya hangus dijilat api. Hilang akal Maksud : Sombong atau tinggi diri Hidung tinggi Ayat : Haikal selalu dipinggirkan kawan-kawannya kerana bersikap hidung tinggi. Maksud : Tersentak kerana terperanjat Ayat : Sejak kematian ayahnya, Nur menjadi hilang semangat. Hilang semangat


25 Maksud : Perjanjian yang dibuat secara bertulis Hitam putih Ayat : Pembahagian harta pusaka Haji Safran kepada anakanaknya telah disediakan hitam putih.


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Ikat perut Isi hati 26 Iri hati Ibu ayam Ibu kota Ikat janji Ikut angin Ikut jejak Ikut telunjuk


27 Maksud : Bandar pusat pemerintahan sesebuah negara Ibu kota Ayat : Syahmi ingin berhijrah ke ibu kota untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Maksud : Menahan lapar kerana berjimat Ayat : Pak Cik Leman sering mengikat perut kerana tidak lagi bekerja. Ikat perut Maksud : Wanita yang memperniagakan pelacur Ibu ayam Ayat : Kawasan Bukit Bintang sangat bahaya kerana terdapat ramai ibu ayam. Maksud : Menyimpan perasaan dengki atau cemburu Ayat : Janganlah menyimpan rasa iri hati kepada sesiapapun kerana ia perbuatan yang tidak baik. Iri hati


28 Maksud : Membuat persetujuan Ikat janji Ayat : Rania telah mengikat janji bersama Kamarul untuk berkahwin tahun ini. Maksud : Mengikut pendapat orang ramai Ayat : Meskipun Haili ketua rumah sukan namun dia hanya ikut angin sahaja tentang setiap perkara yang dibincangkan. Ikut angin Maksud : Perasaan dalam hati Isi hati Ayat : Melihat saja muka adik yang monyot sudah menggambarkan isi hatinya. Maksud : Meniru perbuatan atau amalan orang yang terdahulu Ayat : Janganlah menyimpan rasa iri hati kepada sesiapapun kerana ia perbuatan yang tidak baik. Ikut jejak


29 Maksud : Akur akan perintah orang lain Ikut telunjuk Ayat : Kamila hanya mengikut telunjuk kakaknya ketika membincangkan dekorasi rumah mereka.


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Kacang hantu Kepala batu Kaki ayam Kaki bangku Kaki botol 30 Kepala angin Kera sumbang Kecil hati Khabar angin


31 Maksud : Tidak berkasut atau berselipar Kaki ayam Ayat : Pak Atan hanya berkaki ayam di kebunnya. Maksud : Tidak berkebolehan bermain bola Ayat : Ahmad berasa malu untuk ke padang bola kerana dia kaki bangku. Kaki bangku Maksud : Orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain Kacang hantu Ayat : Muhmin digelar kacang hantu oleh rakan sekelasnya. Maksud : Suka minum minuman keras Ayat : Pak Cik Ah Tong ditinggalkan isterinya kerana sikapnya yang kaki botol. Kaki botol


32 Maksud : Berasa tersinggung atau merajuk Kecil hati Ayat : Atikah berasa kecil hati apabila makanannya tidak dijamah oleh rakan-rakan Maksud : Perangai yang tidak menentu Ayat : Perangai kepala angin adik itu sering membuatkan kami berasa marah. Kepala angin Maksud : Orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian Kambing hitam Ayat : Ali adalah kambing hitam dalam pergaduhan mereka. Maksud : Degil dan tidak mendengar nasihat Ayat : : Hadri seorang yang kepala batu kerana tidak menghiraukan nasihat guru. Kepala batu


33 Maksud : Berita yang belum tentu benarnya Khabar angin Ayat : Kejadian gempa bumi di Pulau Langkawi itu hanya khabar angin sahaja. Maksud : Orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain Kera sumbang Ayat : Ariff digelar kera sumbang kerana tidak suka bergaul.


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Langkah kanan Lepas cakap Langkah seribu Lidah bercabang Lipas kudung 34 Lintah darat Lari-lari anak Laut api Lena ayam


35 Maksud : Cepat-cepat lari kerana ketakutan Langkah seribu Ayat :Rani berlari langkah seribu akibat dikejar anjing. Maksud : Berjalan dengan pantas seperti hendak berlari Ayat : Syima lari-lari anak menuju ke kedai runcit untuk berteduh dari hujan. Lari-lari anak Maksud : Bernasib baik Langkah kanan Ayat : Saiful sungguh langkah kanan apabila tidak dimarahi guru kerana datang lambat. Maksud : Kebakaran yang besar Ayat : Kawasan kilang kayu itu sudah menjadi lautan api berpunca daripada cuaca yang sangat panas. Laut api


36 Maksud : Sia-sia belaka Lepas angin Ayat : Setelah berkorban segalanya, Sania akhirnya lepas angin saja apabila diceraikan suaminya. Maksud : Terlanjur kata / suka mengata orang Ayat : Jangan lepas cakap saja kita di hutan sekarang ni, larang Ain kepada Anis. Lepas cakap Maksud : Belum nyenyak tidur Lena ayam Ayat : Kebakaran rumah Mak Esah sempat dipadamkan kerana dia hanya lena ayam pada malam itu. Maksud : Kata-kata yang tidak dapat dipercayai Ayat : Sejak peristiwa pergaduhan itu, Amirul digelar lidah bercabang oleh rakan-rakannya. Lidah bercabang


37 Maksud : Mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan Lintah darat Ayat : Kedai Ah Kim telah diserang pihak berkuasa kerana harga barangan yang lintah darat. Maksud : Cepat membuat kerja Lipas kudung Ayat : Anita seperti lipas kudung kerana masih banyak kerja yang belum disiapkannya.


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Makan angin Mati katak Makan garam Makan suap Malu-malu kucing 38 Mandi peluh Muka tembok Mulut tempayan Mulut murai


39 Maksud : Orang yang mempunyai banyak pengalaman Makan garam Ayat : Kami hanya mendengar dan mengangguk saja akan nasihat Pak Leman yang lebih banyak makan garam. Maksud : Menerima rasuah Ayat : Perbuatan makan suap adalah jenayah yang membunuh sifat kemanusiaan. Makan suap Maksud : Bersiar-siar untuk berehat Makan angin Ayat : Atila sekeluarga akan ke Sabah untuk makan angin. Maksud : Berpura-Aura malu di hadapan orang Ayat : Syifa malu-malu kucing ketika diusik oleh Mak Lang tentang Kamarul. Malu-malu kucing


40 Maksud : Mati dengan sia-sia Mati katak Ayat : Beberapa orang remaja yang berlumba secara haram itu dikatakan mati katak apabila terlibat kemalangan dengan sebuah lori. Maksud : Terlalu kuat berfikir atau belajar Ayat : Faiq terlalu memeras otak tentang peperiksaan SPM sehingga dia jatuh sakit. Memeras otak Maksud : Bekerja kuat Mandi peluh Ayat : Mandi peluh sudah menjadi kebiasaan bagi abang yang bekerja sebagai tukang rumah. Maksud : Tidak berasa malu Ayat : Dini seorang yang muka tembok kerana selalu meminta makanan kami. Muka tembok


41 Mulut tempayan Ayat : Mak Leha tidak disenangi oleh penduduk kampung kerana sikapnya yang mulut tempayan. Maksud : Kuat bercakap atau berbuat bising Mulut murai Ayat : Cikgu memarahi Ijoy kerana sikapnya yang mulut murai di dalam kelas. Maksud : Tidak dapat menyimpan rahsia


SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR ABJAD - Naik angin Nyawa-nyawa ikan Naik tangan 42 Nasi tambah Naik darah


Click to View FlipBook Version