The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Hasliza, 2021-08-22 03:54:42

2.2 Perancangan Pengeluaran 2

2.2 Perancangan Pengeluaran 2

PENGAJIAN
PERNIAGAAN SEM 1

23 OGOS 2021 ISNIN

2.2 PERANCANGAN
PENGELUARAN

Murid dapat :

i. Menjelaskan 3 jenis reka bentuk pengeluaran merangkumi

simplification, standardization dan modular dengan

lengkap.

ii. Menjelaskan 3 jenis pengeluaran mengikut tempahan,

secara massa, dan secara berkelompok dengan betul.

iii. Menjelaskan 4 objektif susun atur dan 4 jenis-jenis susun

atur secara tetap, proses, produk, dan selular dengan betul.

iv. Menjelaskan 4 objektif pemilihan lokasi kilang dan 4 faktor-

faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi dengan lengkap.

APA ITU PERANCANGAN PENGELUARAN?

• Perancangan pengeluaran merujuk kepada teknik
menentukan langkah-langkah dalam proses pengeluaran
dan memastikan setiap langkah diuruskan dengan cekap
agar sumber pengeluaran digunakan dengan optimum
dan produk dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

2.2 PERANCANGAN PENGELUARAN

2.2.1 REKA BENTUK PENGELUARAN
2.2.2 JENIS – JENIS PENGELUARAN
2.2.3 SUSUN ATUR PROSES PENGELUARAN
2.2.4 LOKASI KILANG

2.2.1 REKA BENTUK PENGELUARAN

SIMPLIFICATION STANDARDIZATI MODULAR
ON

SIMPLIFICATION

1. Pengurangan @ penggabungan beberapa langkah
dalam proses pengeluaran.

2. Mengurangkan kuantiti bahagian, komponen atau
proses pemasangan.

3. Menjimatkan masa dan kos pengeluaran secara
optimum.

4. Contohnya, sebuah kilang produk elektronik
berjaya mengurangkan bilangan komponen dan
langkah dalam pemasangan kipas angin dan ini
mengurangkan

STANDARDIZATION

1. Menggunakan bahagian yang seragam dan
biasanya boleh ditukar ganti dengan mudah.

2. Proses penyediaan satu piawaian atau satu
standard pengeluaran yang mesti diikuti
sepanjang proses pengeluaran supaya seragam.

3. Contohnya, sebuah kilang pengeluaran perabot
menggunakan standard prosedur dan standard
spesifikasi produk dalam proses pengeluaran
perabot.

MODULAR

1. Proses membahagikan proses pengeluaran atau sistem
pengeluaran kepada bahagian atau unit-unit pengeluaran
yang lebih kecil yang menggunakan sistem yang berbeza.

2. Tujuan rekabentuk ini adalah untuk memastikan proses
pengeluaran mudah dipantau dan sebarang kesilapan lebih
mudah dikenalpasti.

3. Menggabungkan blok pembinaan yang standard atau
modul, untuk mencipta produk siap yang unik.

4. Contohnya, sebuah kilang perabot membahagikan proses
pengeluaran kepada tiga bahagian iaitu membuat
komponen pra siap, memasang komponen dan mensyelek
perabot.

2.2.2 JENIS-JENIS PENGELUARAN

PENGELUARAN PENGELUARAN PENGELUARAN
MENGIKUT SECARA SECARA
TEMPAHAN MASSA BERKELOMPOK

PENGELUARAN SECARA
TEMPAHAN

1. Melibatkan penghasilan produk yang unik
mengikut tempahan pelanggan

2. Pengeluaran dan penghasilan produk mengikut
spesifikasi dan ciri-ciri serta citarasa pelanggan.

3. Memerlukan modal yang besar- penggunaan
tenaga pakar serta teknologi yang canggih

4. Contohnya, pembinaan kapal, pembinaan
lapangan terbang, lebuh raya dsb

PENGELUARAN SECARA MASSA

1. Pengeluaran secara berterusan, berulangan, dan
besar-besaran dengan volum pengeluaran yang
besar.

2. Menghasilkan kuantiti produk yang standard
secara besar-besaran dan permintaan yg stabil.

3. Kos per unit pengeluaran adalah rendah kerana
pengeluaran secara besar-besaran.

4. Contohnya, pengeluaran barangan elektronik,
makanan dan produk pengguna seperti minyak
masak, gula dan sabun.

PENGELUARAN SECARA
KELOMPOK

1. Pengeluaran dalam bentuk kelompok, iaitu satu
kelompok produk akan dihasilkan terlebih
dahulu dan diikuti kelompok lain.

2. Kuantiti output adalah sederhana dan mengikut
kehendak dan spesifikasi pelanggan.

3. Sumber atau input pengeluaran akan diguna
secara bersama.

4. Contohnya, pengeluaran makanan seperti roti
dan kek, percetakan buku, dan pemasangan
barangan elektronik.

2.2.3 JENIS SUSUN ATUR

SUSUN SUSUN
ATUR ATUR
TETAP PROSES

SUSUN SUSUN
ATUR ATUR
PRODUK SELULAR

SUSUN ATUR TETAP

1. Kedudukan produk ditetapkan. Input dibawa ke
lokasi produk.

2. Melibatkan kos yang tinggi untuk penghasilan
produk.

3. Produk dihasilkan mengikut spesifikasi pelanggan.

4. Proses pengeluaran kekal di satu lokasi sehingga
produk siap.

5. Sesuai untuk pengeluaran produk bersaiz besar,
berat dan mudah pecah.

6. Contohnya, pembinaan jambatan, lapangan terbang,
empangan, kondominium.

SUSUN ATUR PROSES

1. Mesin dan peralatan, tenaga kerja dan bahan
mentah yang sama fungsi dikumpulkan dalam
jabatan tertentu.

2. Sesuai bagi pengeluaran produk yang tidak seragam
dan berbeza mengikut kuantiti keluaran.

3. Pengeluaran adalah dalam kumpulan atau kelompok
kecil.

4. Pelanggan adalah berbeza mengikut keperluan
perkhidmatan yang diingini.

5. Contohnya, susun atur ini boleh didapati di sekolah,
perkhidmatan hospital, pasar raya, dsb.

SUSUN ATUR PRODUK

1. Semua input pengeluaran disusun khusus mengikut
urutan penghasilan sesuatu produk.

2. Penghasilan produk adalah seragamdan dalam volum
kuantiti yang banyak.

3. Penyusunan stesen kerja dalam satu barisan. Mesin
dan peralatan disusun dalam satu barisan yang
mengkhusus kepada sesuatu tugasan.

4. Contohnya, dalam pengeluaran kereta, terdapat
beberapa stesen pemasangan komponen seperti enjin,
tempat duduk, badan kereta, dsb.

SUSUN ATUR SELULAR

1. Pendekatan yang membantu membina pelbagai produk
dengan menggunakan peralatan yang sedikit.

2. Menyusun peralatan dan kerja yang serupa ke dalam
satu kumpulan yang sama supaya proses pengeluaran
menjadi kecil serta berkemampuan mengeluarkan
produk dengan cepat.

3. Kombinasi susun atur produk dan susun atur proses.

4. Melibatkan produk yang memerlukan banyak
gabungan komponen.

5. Contohnya pembuatan cip computer, pengeluaran
telefon bimbit, klinik pergigian dsb.

2.2.4 LOKASI KILANG

Persek Bekalan Pengan
itaran tenaga gkutan
infrast buruh
ruktur /
Lokasi logistik
kilang Undang
-undang
Pembek
al bahan
mentah


Click to View FlipBook Version