1
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL. ISI KANDUNGAN
3
1 Aturcara 4-5
6
2 Notis Mesyuarat Agung 7
8-11
3 Senarai Jawatankuasa 12-16
4 Lagu Semangat Koperasi 17-25
26
5 Laporan Tahunan Lembaga Koperasi
6 Laporan Kewangan
- Akaun Perdagangan
- Akaun Untung Rugi
- Akaun Pembahagian Keuntungan
- Kunci kira-kira
- Anggaran Belanjawan 2023
7 Usul
8 Pengiktirafan ALK 2022
2
ATURCARA
MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
BERHAD TAHUN 2022
9.00 pagi Murid Berkumpul Di Dewan Olimpik
- Guru Kelas Mengambil Kehadiran
9.30 pagi Guru Dan Jurulatih Berkumpul Di Dewan Olimpik
-Pendaftaran Dan Edaran Cenderahati
- Tayangan Video
9.50 pagi Ketibaan Tuan Pengetua Dan Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
10.00 pagi Ucapan Perasmian Oleh En. Huszaidi bin Hussin
10.20 pagi Pengiktirafan Kepada Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Tahun 2022
10.30 pagi Nyanyian Lagu Semangat Koperasi
10.35 pagi Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah Sukan Bukit Jalil Tahun 2022
1. Melantik Pencatit Minit Mesyuarat Dan Pengerusi Mesyuarat Agung
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan
Pada 26 November 2021
3. Membentang Laporan Tahunan Lembaga Dan Jawatankuasa Audit
Dalaman Bagi Julai 2021 Hingga Jun 2022
4. Menimbang Dan Meluluskan Akaun Beraudit Berakhir 30 Jun 2022
Beserta Laporan Lembaga, Laporan Juruaudit Dan Pengagihan
Keuntungan Untung Bersih (Honorarium, Dividen, Kwap, Kumpulan Wang
Rizab Statutori Dan Tabung)
5. Pengguguran 1/3 dan Pelantikan Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
6. Menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan Pendapatan Dan
Perbelanjaan tahun 2023
7. Meluluskan Elaun Yang Akan Diberikan Kepada Anggota Lembaga
8. Meluluskan Pelantikan Juruaudit Luar, Sekurang-Kurangnya Dua Syarikat
Yang Dinamakan Dengan Kelulusan SKM
9. Menentukan Jumlah Had Pelaburan Dari Wang Lebihan Koperasi.
10. Menentukan Jumlah Had Maksimum Keterhutangan Koperasi
11. Melantik Seramai Enam Orang Dari Kalangan Anggota Dan Empat Orang
Lembaga Sebagai Penentusah Kepada Minit Mesyuarat Agung.
12. Menerima Dan Membahaskan Usul-Usul Bertulis Yang Diterima Sekurang-
Kurangnya Tujuh Hari Sebelum Tarikh Mesyuarat Agung
13. Menerima Pandangan, Nasihat Atau Cadangan Yang Diberikan Oleh
Anggota Kepada Koperasi Untuk Penambahbaikan Dalam Koperasi
14. Penutupan/Penangguhan
3
SPSK PK 07/1
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
Ruj. Kami : SSBJ.800-2/1/2( )
Tarikh : 16.11.2022
Kepada :
Semua Ahli Koperasi Sekolah Sukan Bukit Jalil Berhad
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL BERHAD
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketentuan
yang berikut :
Tarikh : 2.12.2021 ( Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Olimpik
Pengerusi : En. Huszaidi bin Hussin
3. Agenda perbincangan adalah seperti berikut:
3.1. Melantik pencatit Minit Mesyuarat dan Pengerusi Mesyuarat Agung
3.2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan
pada 26 November 2021
3.3. Membentang Laporan Tahunan Lembaga dan Jawatankuasa Audit
Dalaman bagi Julai 2020 hingga Jun 2021
3.4. Menimbang dan Meluluskan Akaun Beraudit Berakhir 30 Jun 2021
Beserta Laporan Lembaga, Laporan Juruaudit dan Pengagihan
Keuntungan Untung Bersih (Honorarium, Dividen, Kwap, Kumpulan
Wang Rizab Statutori dan Tabung)
3.5. Pengguguran dan Perlantikan Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
3.6. Menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan Pendapatan dan
Perbelanjaan tahun 2022
3.7. Meluluskan Elaun Yang Akan Diberikan Kepada Anggota Lembaga
3.8. Meluluskan Perlantikan Juruaudit Luar, Sekurang-Kurangnya Dua
Syarikat Yang Dinamakan Dengan Kelulusan SKM
3.9. Menentukan Jumlah Had Pelaburan Dari Wang Lebihan Koperasi.
3.10. Menentukan Jumlah Had Maksimum Keterhutangan Koperasi
4
3.11. Melantik Seramai Enam Orang Dari Kalangan Anggota dan Empat
3.12. Orang Lembaga Sebagai Penentusah Kepada Minit Mesyuarat Agung.
3.13. Menerima Dan Membahaskan Usul-Usul Bertulis Yang Diterima
3.14. Sekurang- Kurangnya Tujuh Hari Sebelum Tarikh Mesyuarat Agung
Menerima Pandangan, Nasihat Atau Cadangan Yang Diberikan Oleh
Anggota Kepada Koperasi Untuk Penambahbaikan Dalam Koperasi
Penutupan/Penangguhan
Kehadiran dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
.........................................
(HUSZAIDI BIN HUSSIN)
Pengerusi
Koperasi Sekolah Sukan Bukit Jalil Berhad
s.k
1. Pengetua
2. Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran
3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Penolong Kanan Kokurilum
5. Penolong Kanan Sukan
5
SENARAI JAWATANKUASA
MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
BERHAD TAHUN 2022
Pengerusi En. Huszaidi bin Hussin
Setiausaha Pn. Rozana binti Bahari
Bendahari Pn. Nor Azah binti Ismail
Penyelaras En. Entheran Subramaniam
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pendaftaran dan Buku Program Cik Nor Amilawani binti Ahmad Sukri
Pengacara Majlis Pn. Fairuz Hanisah binti Che Ibrahim
Bacaan Doa En. Hafizuddin Bin Mohamad Ismon
Pencatat minit dan dokumentasi Pn. Rozana binti Bahari
Jemputan Dan Minuman Pn. Nor Azah binti Ismail
Persiapan Tempat dan Kawalan Pelajar En. Hafizi bin Arbain
En. Hafizuddin Bin Mohamad Ismon
PA Sistem En. Mustaqim bin Zulkipli
Sijil dan Cenderamata Pn.Norsyahida binti Mahadi
Pengendalian Undian Pn. Norul Ain binti Mokhtar
6
LAGU SEMANGAT KOPERASI
Kami sedia membantu
Kerana cintakan bangsa
Bekerja capai mutu
Berdikari motto utama
Ilmu seumur hidup serta amanah
Hapuskan sistem penjajah
Rintangan dalam sejarah
Kami sedia membantu
Kerana cintakan bangsa
Bekerja capai mutu
Berdikari motto utama
Ilmu seumur hidup serta amanah
Hapuskan sistem penjajah
Rintangan dalam sejarah
Jiwa demokrasi
Keupayaan koporasi
Jangan harap subsidi
Berdiri di atas kaki sendiri
Kuatkan semangat
Bangunkanlah jiwa yang hebat
Bersatu demi rakyat
Hidup dalam muafakat
Wawasan 2020
Kita tidak akan mengeluh
Bersedia berstrategi
Menentukan nasib sendiri
7
LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT
JALIL BERHAD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR PADA 30 JUN
2022.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lembaga Koperasi Sekolah Sukan Bukit Jalil Berhad dengan rasa syukur dan
sukacitanya membentangkan perjalanan koperasi yang bermula 1 Julai 2021 hingga
30 Jun 2022. Semua Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah berusaha sedaya upaya
menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memajukan lagi koperasi SSBJ
Berhad mengikut prinsip-prinsip dan undang-undang koperasi yang telah ditetapkan.
Kami berasa bersyukur kerana segala usaha dan penat lelah tersebut telah
membuahkan hasil yang memberangsangkan.
1. Ahli ALK dan pembantu jualan (koperator) bagi tahun ini terdiri
daripada:
NAMA JAWATAN
Pengerusi En. Huszaidi bin Hussin
Naib Pengerusi
Setiausaha En. Entheran Subramaniam
Bendahari Pn. Rozana binti Bahari
Penolong Bendahari
Pengurus Belian Pn Nor Azah binti Ismail
Pengurus Jualan Cik Nor Amilawani binti Ahmad Sukri
Pengurus Stok
Pengurus Kebajikan En. Samsyul Hisyam bin Abdul Manap (telah
Audit Dalaman berpindah)
En. Hafizi bin Arbain
Minimart ASPURA
Minimart ASPURI Pn. Norsyahida binti Mahadi
AJK Pelajar Pn. Norul Ain binti Mokhtar
Pn. Norhafiza binti Azizan
Dr Ngu Kee Shing
En. Hafizuddin Bin Mohamad Ismon
Pn. Fairuz Hanisah binti Che Ibrahim
Zulmary bin Mohidin
Ahmad Akmal Alif bin Zainal
Mohamad Danial Ikmal bin Mohd Yusnizam
Nur Izzah Dhamirah binti Muhammad
Redzuan Toh
8
2. Keahlian
Jumlah ahli koperasi setakat 30 Jun 2022 ialah seramai 471 orang.
3. Jumlah saham terkumpul sehingga 30 Jun 2022 ialah sebanyak
RM 1 110.
4. Pengurusan:
i. Dari segi pengurusan ALK, Pn Noraina Abdul Aziz yang bertindak
sebagai pengurus projek telah berpindah ke Terengganu pada bulan
Julai 2021. Sumbangan dan jasanya amat dihargai. Kami mendoakan
Pn Noraina akan bertambah cemerlang di sekolah baharu. Bendahari
juga telah bertukar. Dr Ngu Kee Shing yang selama ini menjawat
jawatan bendahari telah memainkan peranan penting dalam
memastikan hutang sekolah berjaya dihapuskan. Kejayaan besar ini
amat bermakna kepada ALK khususnya yang tidak jemu-jemu
berganding bahu dalam memastikan jualan koperasi dapat menutup
segala hutang yang ada. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada
bekas bendahari Dr Ngu Kee Shing atas sumbangan dan jasa beliau.
Tugas bendahari ini sekarang tergalas di bahu Pn Nor Azah binti
Ismail. Kita turut mendapat seorang lagi ALK baharu utnuk
menguruskan minimart ASPURA iaitu Ustaz Hafizuddin. Ini
menggantikan Ustaz Mazdan yang telah ditukarkan ke Unit Disiplin.
Tahniah dan syabas kepada mereka-mereka yang telah berjasa
kepada koperasi selama ini.
ii. Untuk pengetahuan semua tahun 2022 merupakan tahun kedua
koperasi berurusan menggunakan sistem pembayaran secara dalam
talian. Penambahbaikan sistem ini akan sentiasa dilakukan agar
memudahkan pihak ibu bapa membuat bayaran. Koperasi menjual
barang-barang seperti buku latihan, uniform sekolah, baju sukan, alat
tulis dan keperluan peribadi murid di asrama. Kami dari pihak koperasi
memohon maaf atas kelewatan murid-murid dalam penerimaan
uniform, t shirt training dan outing. Ini disebabkan masalah kilang yang
menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. Kami berharap
masalah sebegini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Barisan
ALK amat komited dalam memastikan objektif koperasi untuk memberi
manfaat kepada semua ahli tercapai.
9
iii. Koperasi turut mengorak langkah ke hadapan apabila telah berjaya
mengeluarkan id card untuk murid-murid dan id card ini turut
digunakan untuk tujuan e-outing.
iv. Minimart Aspuri dan Aspura akan sentiasa berusaha menambah
pelbagai jenis jualan kepada murid-murid di asrama. Kami mengalu-
alukan cadangan daripada semua supaya minimart ini menjadi ‘one
stop center’ bagi murid-murid di asrama. Kepada yang mempunyai
idea atau cadangan boleh berhubung terus dengan Pn Fairuz dan
Ustaz Hafizuddin.
v. Sepanjang tahun kewangan juga, koperasi telah membantu guru-guru
membuat pembelian barang-barang panitia dan aktiviti kokurikulum
melalui koperasi.
vi. Pihak koperasi telah menghantar laporan penyata kewangan yang
berakhir 30 Jun 2022 pada 16.10.2022 kepada Juru Audit Suruhan
jaya Koperasi Malaysia (SKM).
5. Lain-lain Aktiviti :
i. Penyertaan Ahli Lembaga Koperasi dalam kursus@ seminar:
Bil. Program Tarikh
1 Webinar Peluang Perniagaan Koperasi Sekolah 29.07.2021
Pasca Covid 19 Sesi 1.
2 Bacaan Yaasin danTazkirah Untuk Ahli ANGKASA Oktober 2021
– Jun 2022
3 Halatuju Perniagaan Situasi Pandemic Covid 19 14.09.2021
(antara panelnya ialah Datuk Rosyam Nor)
4 Mesyuarat Agung Koperasi Negeri Wilayah 07.03.2022
5 Urus Wang Minda Tenang anjuran AKPK dengan 14.4.2021
Kerjasama ANGKASA
6 Taklimat Geran Pembangunan Kursus Pendidikan 09.04.2022
Modal Insan (LADAP) Murid/Pelajar, Perancangan
Dan Pembangunan Perniagaan Koperasi 2022
7. Majlis berbuka puasa bersama YB Tan Sri Noh 12.04.2022
Omar(Menteri Pembangunan Usahawan dan
10
Koperasi) di Auditorium Angkasa, Petaling Jaya.
8. Majlis Sambutan Hari raya Aidilfitri Angkasa Wilayah 25.05.2022
Persekutuan di Dewan Tuanku Fauziah PULAPOT
K.Lumpur
9. Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa (MAPA) 28.05.2022
10. Bengkel Pendidikan Zakat Dalam Ekonomi Koperasi 15.06.2022
di Days Hotel & Suites, K. Lumpur
ii. Gotong royong bulanan membersihkan koperasi:
a. September 2021
b. Januari 2022
c. April 2022
iii. 2 kali pengiraan stok dalam tempoh kewangan:
a. 28.08.2021
b. 30.12.2021
6. Rancangan masa depan
Pihak koperasi akan meneruskan usaha gigih kami dalam meningkatkan
keuntungan tahunan dan dapat membayar dividen kepada anggota,
memperluaskan skop perniagaan dengan mempelbagaikan jenis barang dan
perkhidmatan.
Pihak koperasi juga akan memastikan setiap ALK dapat dihantar menyertai
kursus, seminar dan lawatan penanda aras demi membantu kecemerlangan
koperasi di masa hadapan.
11
KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL BERHAD
AKAUN PERDAGANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2022
Jualan 2022 2021
RM RM
tolak : Kos Jualan
Inventori Awal 44,281.40 55,438.10
Campur : Belian
38,342.02 39,574.50
tolak : Inventori Akhir 18,174.90 45,134.28
Kos Jualan 56,516.92 84,708.78
Keuntungan Kasar 32,880.80 (38,342.02)
23,636.12 46,366.76
20,645.28 9,071.34
12
KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL BERHAD
AKAUN UNTUNG RUGI INDUK
BAGI TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2022
PENDAPATAN 2022 2021
Pendapatan Daripada Aktiviti: RM RM
Peruncitan ( Rujuk Akaun Perdagangan)
44,281.40 55,438.10
Pendapatan Am:
Fi Masuk 146.00 143.00
Sumbangan - -
Komisen Akaun Tumpang -
200.00
JUMLAH PENDAPATAN 146.00 343.00
44,427.40 55,781.10
PERBELANJAAN
Kos Jualan/ Kos Aktiviti: 23,636.12 46,366.76
Peruncitan ( Rujuk Akaun Perdagangan)
- 400.00
Perbelanjaan Am: - -
Fi Audit Suruhanjaya 5,548.00
Perbelanjaan Lembaga 29,184.12 3,592.80
Pelbagai Perbelanjaan 15,243.28 50,359.56
JUMLAH PERBELANJAAN 5,421.54
Keuntungan Bersih
13
KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL BERHAD
AKAUN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2022
Untung Bersih Tahnn Semasa 2022 2021
tolak : Pembahagian Berkanun (15%) RM RM
Kumpulan Wang Rizab Statutori 15,243.28 5,421.54
Untung Selepas Pembahagian Berkanun 2,286.49 813.23
2,286.49 813.23
Baki Keuntungan Yang Belum Dibahagi-bahagikan
tolak : Pelarasan Bukan Operasi: 12,956.79 4,608.31
Pendahuluan Setiausaha Terkurang Catat
Keuntungan Terkumpul Pada Awal Tahun 12,956.79 4,608.31
Keuntungan Terkumpul Pada Akhir Tahun
- (4,000.00)
25,892.18 25,283.87
38,848.97 25,892.18
14
KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL BERHAD
KUNCI KIRA-KIRA PADA 30 JUN 2022
2022 2021
RM RM
ASET BUKAN SEMASA 3,397.00
Mesin Printing
ASET SEMASA 32,880.80 38,342.02
Inventori 3,498.00 -
Penghutang Perdagangan (PENDAHULUAN SSBJ) 3,197.00
Pelbagai Penghutang 18,443.66 3,197.00
Wang di bank 4,093.16
Wang di tangan 106.50
58,125.96 317.50
LIABILITI SEMASA 45,949.68
Fi Audit Suruhanjaya
Dividen - 400.00
Honararium 86.00 86.00
Pelbagai Pemiutang 929.00 929.00
7,497.00 2,498.00
Aset Semasa Bersih 8,512.00 3,913.00
49,613.96 42,036.68
53,010.96 42,036.68
Dibiayai Oleh 2,215.00 6,484.00
Modal Syer Anggota 1,858.80 1,858.80
Lain-lain Tabung Anggota 38,848.97 25,892.18
Akaun Untung Rugi Terkumpul 42,922.77 34,234.98
10,088.19 7,801.70
KUMPULAN WANG ANGGOTA 53,010.96 42,036.68
Kumpulan Wang Rizab Statutori
15
KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
ANGARAN BELANJAWAN BAGI TAHUN PENGGAL PERSEKOLAHAN 2023
BUTIRAN ANGGARAN SEBENAR
RM RM
BAKI B/B
Baki di bank 18,443.66
Baki di tangan 106.50
PENERIMAAN 18,550.16
Jualan
Fi masuk 80,380.00
Modal saham 146.00
Jumlah Penerimaan
2,215.00
PEMBAYARAN 82,741.00
BELIAN
yuran SKM 50,330.24
Pelbagai Belanja 400.00
jumlah perbelanjaan
Lebihan / (kurangan) 6,000.00
Baki h/b 50,730.24
32,010.76
50,560.92
16
USUL 1
PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL
KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL BERHAD
Tajuk dan mula berkuat kuasa
2. “Pengetua ” ertinya Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil iaitu sekolah yang
diperbadankan dan didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
”Guru Penolong Kanan Kokurikulum ” atau ”GPKK” ertinya Guru Penolong Kanan
Kokurikulum Sekolah Sukan Bukit Jalil
Fungsi
8. (1) menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
(i) menjalankan aktiviti perkhidmatan penjualan, pemborongan dan peruncitan
termasuklah kedai koperasi, pasar mini, dan kiosk;
(ii) menjalankan aktiviti perkhidmatan cucian termasuklah dobi pelajar dan dobi
layan diri.
(iii) menjalankan aktiviti perkhidmatan berkaitan pertanian dan industri asas tani
termasuklah perladangan, penternakan, perikanan dan bioteknologi;
(iv) menjalankan aktiviti perkhidmatan pendidikan komuniti termasuklah kelas
komputer dan pusat tuisyen;
(v) menjalankan aktiviti perkhidmatan penyediaan dan pembekalan makanan
termasuklah makanan bermasak, bahan mentah, katering, dan kafeteria.
(vi) menjalankan aktiviti perkhidmatan pelancongan pendidikan termasuklah
kebudayaan, sukan dan rekreasi;
(vii) menjalankan aktiviti penghasilan dan pemasaran produk koperasi;
(viii) menjalankan aktiviti pembekalan dan penyelenggaraan termasuklah bahan
binaan, peralatan pejabat, perabot, bahan cetakan, peralatan elektrik serta peralatan
komunikasi;
(ix) menyediakan aktiviti perkhidmatan keperluan berkala termasuklah cuci kereta,
gunting rambut, refleksologi dan spa;
(x) menjalankan aktiviti perkhidmatan sewaan termasuklah parkir berbumbung,
loker, kafeteria, kenderaan, jubah dan rumah penginapan.
(xi) menyediakan perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak
17
(xii) menyediakan perkhidmatan ejen produk termasuklah insurans dan ejen bank
Fi masuk
13. (1) tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi
masuk sebanyak
RM1.00 (Ringgit : Satu ) bagi penuntut dan RM5.00 (Ringgit : Lima ) bagi guru dan
kakitangan. Fi masuk itu menurut perenggan 50 (a) Akta akan dikembalikan kepada
pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga
Menarik diri
21. (1) Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan
memberi notis bertulis satu minggu terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab
yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam tempoh yang
singkat.
Penyelesaian wang anggota
23. (1) Jika seseorang anggota terhenti daripada menjadi anggota Koperasi ini
menurut undang-undang kecil 21, semua wang kepunyaannya melainkan nilai syer
miliknya, setelah ditolak hutangnya dengan Koperasi ini hendaklah—
(e) sekiranya dia tidak lagi menuntut atau bekerja di sekolah ini, dikembalikan
kepadanya dengan sewajarnya.
Lembaga Koperasi
34. Lembaga Koperasi hendaklah mengandungi lima belas orang yang terdiri
daripada anggota yang dipilih oleh mesyuarat agung, menurut seksyen 42 Akta dan
perenggan (d) fasal (1) undang-undang kecil 32 adalah seperti berikut:
(a) Pengetua Sekolah sebagai Pengerusi Koperasi;
(b) Penolong Kanan Kokurikulum sebagai Timbalan Pengerusi
(c) Sembilan (9) orang terdiri daripada guru dan
(d) Empat (4) orang terdiri daripada pelajar.
Mesyuarat Lembaga
39. (2) Mesyuarat Lembaga yang berikutnya hendaklah diadakan sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh empat bulan
18
Jawatankuasa Audit Dalaman
49. Menurut subseksyen 42(b) Akta hendaklah mengandungi tiga orang, terdiri
daripada anggota-anggota yang dipilih oleh mesyuarat agung tahunan menurut
perenggan (d) fasal (1) undang-undang kecil 32 seperti berikut:
(a) satu orang guru sahaja
54 (1) bagi maksud perenggan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan
sekurang-kurangnya:
a) RM 10.00 (Ringgit: Sepuluh) anggota pelajar dan
b) RM30.00 (Ringgit: Tiga Puluh) anggota guru dan kakitangan
Dividen dan potongan langganan
62. (3) Potongan langganan boleh diberi hanya jika langganan seseorang anggota
Pelajar tidak kurang daripada RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus) dan RM1000.00
(Ringgit: satu ribu) bagi anggota guru dan kakitangan di dalam tahun kewangan
yang berkenaan.
Tahun kewangan
71. Tahun kewangan Koperasi ini bermula pada satu (1) haribulan Januari dan
berakhir pada tiga puluh satu (31) haribulan Disember setiap tahun.
19
USUL 2
KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
ATURAN-ATURAN TABUNG PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH
1 TAJUK
1.1 Aturan ini dinamakan aturan-aturan Tabung Program dan Aktiviti Sekolah
1.2 Aturan ini diwujudkan dan dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat
Agung Koperasi ini dan satu salinan aturan-aturan ini dikemukakan kepada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
2 TAFSIRAN
2.1 Dalam Aturan ini, kecuali jika ada sesuatu perkara atau ayat yang
berkehendakkan pegertian yang lain, maka:
2.2 “aturan-aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga Koperasi
dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang
dijalankan oleh koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan akta,
peraturan, undang-undang kecil dan kelulusan mesyuarat agung tahunan/
khas;
2.3 “anggota” bermakna anggota-anggota yang telah sah diterima menjadi ahli
mengikut Undang-undang Kecil Koperasi;
2.4 “derma” bermakna pemberian wang secara ikhlas yang diberikan kepada
tabung ini;
2.5 “ikrar anggota” bermakna seseorang yang memohon untuk menjadi
anggota hendaklah diminta menandatangani satu ikrar bahawa dia:
(1) Akan terikat dengan undang-undang kecil koperasi dan terikat dengan
aturan-aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan.
(2) Bukan seorang bangkrap yang belum dilepaskan
(3) Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan
bagi kesalahan yang boleh didaftarkan.
(4) Tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi
dalam tempoh satu tahun.
Mana-mana pemohon yang enggan atau tidak menandatangi tersebut tidak
boleh diterima menjadi anggota koperasi ini.
2.6 “keluarga anggota” termasuklah isteri atau isteri-isterinya, suami, anak-
anaknya yang mana termasuk juga anak angkat yang sah di sisi undang-
undang dan anak tiri serta ibu bapa dan ibu bapa mertua anggota.
2.7 “Koperasi” atau “Koperasi ini” ertinya Koperasi Sekolah Sukan Bukit Jalil
Berhad.
2.8 “Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini kepadanya pengurusan
hal ehwal Koperasi ini diamanahkan sebagaimana yang ditakrifkan di
bawah seksyen 2 dan dibentuk menurut perengggan 42(a) serta tertakluk
kepada seksyen 44 dan 45 Akta:
2.9 “pemohon” ertinya seseorang anggota yang memohon Tabung Program
dan Aktiviti Sekolah ini.
20
3. TUJUAN
3.1 Tujuan Tabung Program dan Aktiviti Sekolah adalah seperti berikut:-
Memberi bantuan kewangan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan
program dan aktiviti sekolah.
4. SUMBER KEWANGAN
4.1 Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini adalah diperolehi
daripada:
a. Sumbangan sebanyak tidak lebih sepuluh peratus (10%) daripada baki
keuntungan bersih koperasi;
5 SYARAT PERMOHONAN
5.1 Telah menjadi anggota koperasi
5.2 Membuat surat permohonan sumbangan kepada setiusaha koperasi dan
surat tersebut perlulah disahkan oleh Tuan Pengetua.
5.4 Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh dua bulan daripada
tarikh peristiwa.
6 MEMPROSES BORANG PERMOHONAN
6.1 Semua borang permohonan Tabung Program dan Aktiviti Sekolah ini akan
diproses oleh anggota lembaga.
6.2 Di dalam menjalankan tugas memproses permohonan anggota lembaga
hendaklah menentukan:-
(i) Kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani
bersekali dengan dokumen sampingan dan kenyataan yang
menyokong permohonan.
(ii) Pengesahan dokumen bagi tujuan permohonan
(iii) Kedudukan baki Tabung Program dan Aktiviti Sekolah sedia ada.
(iv) Menyediakan senarai permohonan untuk kelulusan mesyuarat
lembaga. Mesyuarat lembaga boleh dilakukan sama ada secara
bersemuka atau melalui atas talian seperti ‘google meet’ atau
perbincangan di dalam ‘aplikasi whatapp’
6.3 Permohonan yang terpaksa ditolak disebabkan permohonan mereka tidak
disertakan dengan kenyataan-kenyataan yang cukup bagi menyokong
permohonannya atau borang-borang tidak dilengkapkan dengan sempurna,
hendaklah diberitahu segera agar pembetulan-pembetulan dapat dibuat
dan permohonan-permohonan itu dapat dipertimbangkan oleh anggota
lembaga.
7 KAEDAH PEMBAYARAN
7.1 Semua pembayaran akan dibuat terus ke akaun pemohonan atau secara
tunai berdasarkan kedudukan pemohon.
7.2 Pembayaran boleh dibuat sebaik sahaja segala dokumen sokongan
lengkap dan diluluskan oleh lembaga mesyuarat koperasi.
7.3 Sekiranya tabung ini mengalami kesulitan kewangan maka anggota
lembaga koperasi mempunyai hak untuk menggantung kesemua aktiviti
tabung.
21
8 PERGANTUNGAN AKTIVITI TABUNG
8.1 Menggantung aktivitinya sehingga kesulitan itu dapat dipulihkan semula
8.2 Memberitahu kepada semua anggota melalui surat perkeliling berkaitan
pergantungan atau pemulihan tabung ini.
8.3 Akaun Tabung ini adalah terbuka/bebas untuk pemeriksaan/audit kepada
Jawatankuasa Audit Dalaman Koeprasi ataupun Juruaudit luar yang dilantik
oleh Mesyuarat Agung Tahunan / Khas.
8.4 Anggota Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab untuk
membentangkan dan melaporkan semua aktiviti-aktiviti tabung ini serta
membuat cadangan bagi memajukan tabung di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan / Khas.
9 KADAR SUMBANGAN TABUNG PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH
Kadar sumbangan maksima yang boleh diberikan oleh koperasi adalah seperti
berikut :
Bil Situasi Sumbangan maksima /
program
9.1 Sumbangan kepada program 3 perayaan RM 200 per program
utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina dan Deepavali.
9.2 Sumbangan kepada majlis rasmi sekolah 5% daripada baki tabung
yang melibatkan anggota. semasa.
10 PEMAKAIAN
Aturan-aturan ini adalah tertakluk dan hendaklah dibaca bersekali dengan
undang-undang kecil koperasi dan Akta Koperasi 1993.
11 PERTIKAIAN
Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas aturan-aturan ini, atau
timbul sebarang perbalahan mengenainya, maka perkara ini hendaklah dirujuk
kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
12 KUASA LEMBAGA DAN MESYUARAT AGUNG
a. Anggota Lembaga di dalam mesyuarat lembaga mempunyai hak dan kuasa
untuk meluluskan atau tidak meluluskan permohonan anggota berdasarkan
baki tabung-tabung tersebut. Tabung Program dan Aktiviti Sekolah ini
bukan hak anggota.
b. Lembaga mempunyai kuasa untuk menggantung mana-mana atau semua
aturan ini dan melaporkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan / Khas yang
berikutnya.
c. Mesyuarat Agung Tahunan/Khas berkuasa meminda, menambah,
mengganti atau menarik balik aturan-aturan ini.
22
USUL 3
KOPERASI SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
ATURAN-ATURAN TABUNG KELENGKAPAN DAN KECERIAAN
KOPERASI
1 TAJUK
1.1 Aturan ini dinamakan aturan-aturan Tabung Kelengkapan dan Keceriaan
Koperasi
1.2 Aturan ini diwujudkan dan dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat
Agung Koperasi ini dan satu salinan aturan-aturan ini dikemukakan kepada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
2 TAFSIRAN
2.1 Dalam Aturan ini, kecuali jika ada sesuatu perkara atau ayat yang
berkehendakkan pegertian yang lain, maka:
2.2 “aturan-aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga Koperasi
dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang
dijalankan oleh koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan akta,
peraturan, undang-undang kecil dan kelulusan mesyuarat agung tahunan/
khas;
2.3 “anggota” bermakna anggota-anggota yang telah sah diterima menjadi ahli
mengikut Undang-undang Kecil Koperasi;
2.4 “derma” bermakna pemberian wang secara ikhlas yang diberikan kepada
tabung ini;
2.5 “ikrar anggota” bermakna seseorang yang memohon untuk menjadi
anggota hendaklah diminta menandatangani satu ikrar bahawa dia:
(5) Akan terikat dengan undang-undang kecil koperasi dan terikat dengan
aturan-aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan.
(6) Bukan seorang bangkrap yang belum dilepaskan
(7) Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan
bagi kesalahan yang boleh didaftarkan.
(8) Tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi
dalam tempoh satu tahun.
Mana-mana pemohon yang enggan atau tidak menandatangi tersebut tidak
boleh diterima menjadi anggota koperasi ini.
2.6 “keluarga anggota” termasuklah isteri atau isteri-isterinya, suami, anak-
anaknya yang mana termasuk juga anak angkat yang sah di sisi undang-
undang dan anak tiri serta ibu bapa dan ibu bapa mertua anggota.
2.7 “Koperasi” atau “Koperasi ini” ertinya Koperasi Sekolah Sukan Bukit Jalil
Berhad.
2.8 “Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini kepadanya pengurusan
hal ehwal Koperasi ini diamanahkan sebagaimana yang ditakrifkan di
bawah seksyen 2 dan dibentuk menurut perengggan 42(a) serta tertakluk
kepada seksyen 44 dan 45 Akta:
2.9 “pemohon” ertinya seseorang anggota yang memohon Tabung
Kelengkapan dan Keceriaan Koperasiini.
23
3. TUJUAN
Tujuan Tabung Kelengkapan dan Keceriaan Koperasi adalah seperti berikut:-
3.1 Melengkapkan alatan dan kelengkapan koperasi bagi memudahkan ALK
mengurus dan menjalankan operasi koperasi dengan lebih cekap dan
berkesan.
3.2 Mengantikan atau memperbaiki mana-mana alatan atau kelengkapan
koperasi yang rosak.
3.3 Menceriakan dan mewujudkan suasana yang harmoni di koperasi.
4. SUMBER KEWANGAN
4.1 Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini adalah diperolehi
daripada:
a. Sumbangan sebanyak tidak lebih sepuluh peratus (10%) daripada baki
keuntungan bersih koperasi;
5 SYARAT PERMOHONAN
5.1 Diusulkan dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Koperasi dan
dibincangkan kewajaran pembelian atau perlaksanaan perkara tersebut
oleh ALK.
6 MEMPROSES BORANG PERMOHONAN
6.1 Semua permohonan Tabung Kelengkapan dan Keceriaan Koperasi ini akan
dibincangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi.
6.2 Semua permohonan dan perbincangan akan diminitkan di dalam Minit
Mesyuarat tersebut.
7 KAEDAH PEMBAYARAN
7.1 Semua pembayaran akan dibuat terus ke akaun pemohon atau secara
tunai berdasarkan kedudukan pemohon.
7.2 Pembayaran boleh dibuat sebaik sahaja permohonan diluluskan di dalam
Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi.
7.3 Sekiranya tabung ini mengalami kesulitan kewangan maka anggota
lembaga koperasi mempunyai hak untuk menggantung kesemua aktiviti
tabung.
8 PERGANTUNGAN AKTIVITI TABUNG
8.1 Menggantung aktivitinya sehingga kesulitan itu dapat dipulihkan semula
8.2 Memberitahu kepada semua anggota melalui surat perkeliling berkaitan
pergantungan atau pemulihan tabung ini.
8.3 Akaun Tabung ini adalah terbuka/bebas untuk pemeriksaan/audit kepada
Jawatankuasa Audit Dalaman Koeprasi ataupun Juruaudit luar yang dilantik
oleh Mesyuarat Agung Tahunan / Khas.
8.4 Anggota Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab untuk
membentangkan dan melaporkan semua aktiviti-aktiviti tabung ini serta
membuat cadangan bagi memajukan tabung di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan / Khas.
24
9 KADAR SUMBANGAN TABUNG PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH
Kadar sumbangan maksima yang boleh diberikan oleh koperasi adalah seperti
berikut :
Bil Situasi Sumbangan maksima
RM
9.1 Keceriaan koperasi 200
9.2 Alatan atau kelengkapan Bergantung kepada nilai barang
melancarkan operasi koperasi dengan kemampuan tabung.
9.3 Memperbaiki alatan / kelengkapan Bergantung kepada jumlah baikpulih
koperasi yang rosak yang dirasakan munasabah oleh ALK
dan kemampuan tabung
10 PEMAKAIAN
Aturan-aturan ini adalah tertakluk dan hendaklah dibaca bersekali dengan
undang-undang kecil koperasi dan Akta Koperasi 1993.
11 PERTIKAIAN
Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas aturan-aturan ini, atau
timbul sebarang perbalahan mengenainya, maka perkara ini hendaklah dirujuk
kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
12 KUASA LEMBAGA DAN MESYUARAT AGUNG
a. Anggota Lembaga di dalam mesyuarat lembaga mempunyai hak dan kuasa
untuk meluluskan atau tidak meluluskan permohonan anggota berdasarkan
baki tabung-tabung tersebut. Tabung Kelengkapan dan Keceriaan
Koperasiini bukan hak anggota.
b. Lembaga mempunyai kuasa untuk menggantung mana-mana atau semua
aturan ini dan melaporkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan / Khas yang
berikutnya.
c. Mesyuarat Agung Tahunan/Khas berkuasa meminda, menambah,
mengganti atau menarik balik aturan-aturan ini.
25
PENGIKTIRAFAN ALK 2022
26