The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru Pendidikan Inklusif

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM20620 Sitinursyuaidah Binti Elias, 2024-03-17 23:19:00

Modul Latihan Guru PPI

Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru Pendidikan Inklusif

MODUL LATIHAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU PENDIDIKAN INKLUSIF Siti Nursyuaidah binti Elias


BAB 1 ANALISIS


PENGENALAN Modul ini menjadi panduan untuk semua guru bermula di peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat menengah bagi pelaksanaan PPI. Modul ini mempunyai 4 topik utama yang dikupas dengan terperinci berserta aktiviti sokongan yang menarik bagi meningkatkan kefahaman guru dalam PPI di peringkat sekolah. Kandungan Topik: Program Pendidikan Inklusif Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran Strategi Pengurusan Tingkah Laku


FAEDAH PENDIDIKAN INKLUSIF Meningkatkan penerimaan murid berkeperluan khas dalam kalangan murid arus perdana dan warga sekolah. Meningkatkan akses dan peluang murid berkeperluan untuk belajar dalam persekitaran yang harmoni. Mengoptimumkan potensi murid berkeperluan dalam setiap aspek perkembangan. Menggalakkan pelibatan ibu bapa dalam pendidikan murid berkeperluan khas. Menanam sikap hormat-menghormati dan menerima perbezaan antara individu yang berbeza. Mewujudkan jalinan persahabatan antara murid untuk perkembangan sosial dan emosi yang sihat.


ISU PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI MALAYSIA Kesedaran dan Penerimaan Pentadbir dan guru belum bersedia Berpendapat MBK menjejaskan prestasi sekolah Kurang berpengalaman Pergaulan terhad Infrastruktur Kelas yang kondusif Sistem Sokongan dan Bantuan Kekurangan bahan bantu mengajar Pengurusan Bilik Darjah Jumlah murid terlalu ramai menyebabkan guru kurang memberi tumpukan kepada MBK


ISU PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI MALAYSIA Kelayakan Murid untuk Inklusif Pencapaian akademik dan tingkah laku yang positif Bersedia dari segi kognitif, emosi dan sosial Penyusunan Jadual Waktu Inklusif Separa berlakunya keciciran sesetengah mata pelajaran MBK di PPKI Kehendak Ibu Bapa Sokongan dan kehendak ibu bapa yang tidak selari dengan kesediaan dan keperluan MBK


BAB 2 REKA BENTUK


OBJEKTIF Memberikan pendedahan kepada pentadbir dan guru tentang pendidikan inklusif. Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan murid inklusif dalam kalangan pentadbir dan guru. Menyediakan modul latihan untuk pentadbir dan guru yang terlibat dalam PPI.


SASARAN Pentadbir sekolah Guru arus perdana Guru pendidikan khas


BAB 3 PEMBANGUNAN MODAL


PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (DASAR) Akta Orang Kurang Upaya 2008 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas (2015) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (MATLAMAT & OBJEKTIF) Meningkatkan akses kepada pendidikan bagi MBK belajar bersamasama murid arus perdana dalam persekitaran tanpa halangan. Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan Membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka, meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK


PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (MODEL HOLISTIK)


PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 1) Pengajaran dan Pembelajaran PPI di Kelas Inklusif MBK dalam PPI belajar mengikuti kurikulum serta kokurikulum dan pentaksiran arus perdana Guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu bekerjasama untuk merancang PdP yang sesuai mengikut keupayaan murid laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod prestasi hendaklah digunakan bagi merancang pengajaran murid Cadangan laporan prestasi ialah sekali untuk setiap bulan secara mingguan/ bulanan mengikut keperluan MBK. MBK yang mengikuti PPI, guru pendamping hendaklah menyediakan Analisis Pencapaian MBK enam (6) bulan sekali.


PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 1) Peranan Pihak Sekolah Melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan (Guru Besar) Membantu menyelaras pelaksanaan PPI (PK) Bekerjasama dengan PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum dan Penyelia Petang dalam melaksanakan PPI di sekolah mengikut garis panduan yang disediakan (Penyelaras PPKI) Membantu pihak pentadbir menjayakan pelaksanaan PPI (Guru Arus Perdana) Menyediakan urusan surat menyurat JPKS (Setiausaha PPI) Mengenal pasti MBK dalam kelas masing-masing yang berpotensi untuk diinklusifkan (Guru Pendidikan Khas) Membantu menyediakan keperluan MBK (PPM)


STRATEGI KHUSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1) Masalah Pembelajaran Menggunakan arahan ringkas serta ayat yang pendek dan jelas, tulis atau lukis gambar ketika memberi setiap penerangan atau arahan sekiranya perlu. Menggunakan kaedah sight read words pada awal proses membaca. Gunakan bahan konkrit dan maujud dalam aktiviti praktikal (hands-on). 2) Disleksia Latih murid menggunakan peta minda/ peta konsep/ carta alir/ bullet points. Kaedah ini boleh membantu murid merancang penulisan atau memahami topik pelajaran dengan lebih berkesan kerana penggunaan tulisan adalah minimal dan gambaran lebih menyeluruh.


STRATEGI KHUSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3) Autisme Gunakan strategi yang berkesan bergantung kepada tahap dan keperluan individu seperti mengajar murid menggunakan strategi menenangkan diri jikalau dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Beri peluang untuk murid berehat seketika (instructional pause) setelah selesai sesuatu tugasan. Ini adalah kerana sesetengah murid ASD perlu berjalan-jalan di dalam kelas atau meregangkan badan. 4) Sindrom Down (Down Syndrome) Mengadakan aktiviti yang pendek atau memastikan terdapat masa rehat yang pendek tetapi kerap dalam aktiviti yang panjang. Memberikan murid contoh yang jelas untuk mencapai objektif aktiviti


STRATEGI KHUSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5) Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) Sentiasa kekalkan pandangan mata dengan murid bagi mengekalkan tumpuannya terhadap PdP Pelbagaikan aktiviti PdP yang melibatkan pergerakan badan dan permainan 6) Kurang Upaya Intelektual Graphic Organiser Melibatkan pengumpulan elemen yang berkaitan dalam satu unit kecil. Unit-unit ini memudahkan proses mengingat dan meningkatkan perhatian murid. Kaedah ini lebih efektif jika digunakan bersama dengan kiu visual dan teknologi. (Chunking) Kaedah ini meliputi prosedur sistematik bertujuan untuk menggalakkan ingatan melalui pemberian kiu yang efektif (contoh: perkataan, ayat atau gambar). (Mnemonic)


STRATEGI KHUSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7) Kurang Upaya Fizikal Cadangan aktiviti adalah mengambil kira keupayaan murid Menyediakan kemudahan penggunaan alat berbantu seperti komputer untuk PdP murid. Komunikasi alternatif digunakan untuk murid yang tidak mempunyai komunikasi verbal seperti bahasa isyarat, simbol, visual atau alat komunikasi yang lain. 8) Kurang Upaya Penglihatan (separa/sepenuhnya) memperkenalkan diri terlebih dahulu, kemudian menghulurkan tangan dan menyentuh bahagian belakang tapak tangan murid tersebut sebagai tanda menawarkan pertolongan kepada mereka untuk bergerak Merancang aktiviti yang melibatkan rangsangan pembelajaran multi-sensori seperti pendengaran, sentuhan dan bau


STRATEGI KHUSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 9) Kurang Upaya Pendengaran (separa/sepenuhnya) Menggunakan pendekatan komunikasi seluruh yang merangkumi komponen bahsa lisan, mimik muka, gerak badan, isyarat tangan, gerak bibir dan kiu visual Meletakkan kedudukan MBK pendengaran mengikut susun atur di tengah kelas 10) Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities (MD) Guru perlu memberi tumpuan kepada jenis ketidakupayaan yang lebih dominan yang ada pada murid MD berkenaan terlebih dahulu Memendekkan arahan dan menggunakan kiu visual bagi memudahkan proses pemahaman murid. Gunakan bahan bantu belajar (BBB) yang bersifat maujud.


STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU 1) Penilaian Tingkah Laku Berfungsi (GPPI) Memberi definisi dan menerangkan secara spesifik tingkah laku yang bermasalah Mengumpul maklumat berkenaan fungsi atau penyebab bagi tingkah laku yang bermasalah. 2) Pelan Tindakan Tingkah Laku Kenal pasti tingkah laku yang hendak diubah Ukur tahap asas tingkah laku Analisis punca dan hasil daripada tingkah laku Laksanakan pelan tindakan Buat penilaian dan penambahbaikan


STRATEGI MODIFIKASI TINGKAH LAKU 1) Peneguhan Pemilihan peneguhan yang sesuai adalah penting kerana ia mampu meningkatkan motivasi MBK untuk melakukan sesuatu tingkah laku. Guru boleh menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual bagi mengenal pasti peneguhan yang paling disukai murid. 2) Prosedur Kawalan Penyebab (Antecedent) Dalam prosedur ini, stimuli penyebab (antecedent) seperti aspek persekitaran fizikal dan sosial, dimanipulasikan bagi menggalakkan tingkah laku yang diingini. Sebagai contoh, mengubah tempat duduk MBK kepada tempat duduk berhampiran rakan yang boleh mengubah tingkah lakunya.


BAB 4 PELAKSANAAN


P r o g r a m P e n d i d i k a n I n k l u s i f


Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif


S t r a t e g i K h u s u s P d P


BAB 5 PENILAIAN


UJIAN KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 1) Ujian Pra Satu set soalan ini diberi kepada guru yang mengikuti modul ini sebelum kursus/ bengkel bermula. 2) Ujian Pasca Satu set soalan yang sama diberi kepada guru yang mengikuti modul ini selepas kursus/ bengkel selesai. 3) Ujian kendiri Ujian kendiri perlu dilakukan oleh setiap peserta mengikut topik yang telah diikuti.


Click to View FlipBook Version