SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MENEGON BATU 3 JALAN KOTA RAJA 41000 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN ESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 47 & MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 8.30 PAGI DEWAN PURNAMA, SK TELOK MENEGON 13.05.2023 ( SABTU ) Dirasmikanoleh: ENCIK MOHAMAD RASHID BIN MOHAMAD SALEH PEN. PPD UNIT PENDIDIKAN ISLAM SEKTOR PEMBELAJARAN PPD KLANG SK Telok Menegon
SENARAI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 ATURCARA MAJLIS 1 2 AGENDA MESYUARAT 2 3 KATA ALUAN GURU BESAR 3 - 4 4 KATA ALUAN YDP PIBG 5 - 6 5 AJK PIBG 2022 - 2023 7 6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 46 8 - 15 7 LAPORAN KEWANGAN 16 - 19 8 SENARAI SUMBANGAN DARI AGENSI LUAR 20 9 USUL DAN CADANGAN 21 - 28 10 SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH INSENTIF PELAJAR CEMERLANG 29 11 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA 30 – 31 12 SEKALUNG BUDI 32
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK TELOK MENEGON KALI KE – 47 Tarikh : 13 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran) Tempat : Dewan Purnama, SK Telok Menegon 8.30 pagi : Kehadiran ibu bapa / penjaga • Pendaftaran dan edaran buku program • Sarapan 9.00 pagi : Ketibaan tetamu kehormat 9.30 pagi : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis • Bacaan doa • Ucapan Yang Dipertua PIBG • Ucapan Guru Besar • Ucapan perasmi • Penyampaian hadiah insentif pelajar cemerlang • Penyampaian cenderahati • Mesyuarat Agung dimulakan • Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu • Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan • Pembentangan usul dan ucapan penangguhan 11.00 pagi : Jamuan hari raya Bersurai ATURCARA MAJLIS 1
AGENDA MESYUARAT 2 BIL PERKARA 1 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2 Laporan Setiausaha PIBG - Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 46 - Perkara-perkara berbangkit - Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan dan sumbangan PIBG Tahun 2022 3 Laporan oleh Bendahari PIBG - Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2022 4 Pembentangan usul-usul PIBG 5 Hal-hal lain 6 Ucapan Penangguhan
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat berkumpul bagi menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG SK Telok Menegon kerana telah berjaya merancang dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 pada tahun ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang banyak memberi sokongan dan menyumbang sama ada secara langsung atau tidak kepada pihak sekolah selama ini Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan hala tuju penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam 3 gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-2015) : Menyokong penglibatan ibu bapa dan inisiatif sektor swasta, Gelombang 2 (2016-2020) : Memantapkan penglibatan dan Gelombang 3 (2021-2025) : Menggalakkan lebih banyak inovasi daripada sektor swasta. KATA ALUAN GURU BESAR 3
KATA ALUAN GURU BESAR Pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang pastinya banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk mengejar perkembangan teknologi dan pembelajaran di Abad 21 selaras dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sekolah Kebangsaan Telok Menegon telah diwartakan sebagai Sekolah Transformasi 2025 (TS25) Kohort 7 mulai Oktober 2022. Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Selaras dengan itu, SK Telok Menegon akan terus mengorak langkah untuk mencapai apa yang dihasratkan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Akhir kalam, marilah kita sama-sama berganding tenaga, berusaha ke arah kecemerlangan anak-anak. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga hasil gandingan PIBG dan pihak sekolah akan terus melonjakkan kecemerlangan SK Telok Menegon dalam pelbagai bidang. Sekian, terima kasih. ROSNI BINTI NORAN Guru Besar SK Telok Menegon 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur diucapkan kerana limpah kurniaNya dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Telok Menegon bagi tahun 2023. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Guru Besar, pentadbir serta guru-guru yang sentiasa memberikan komitmen padu dalam usaha membangunkan minda, potensi dan intelek anak-anak SK Telok Menegon. Terima kasih juga kepada AJK PIBG (ibu bapa dan guru) yang telah turut sama membantu pihak sekolah dalam menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Sesungguhnya pendidikan merupakan usaha berterusan lagi dinamik yang memerlukan kolaborasi dan kerjasama pelbagai pihak. Maka sudah pastilah kerjasama pihak ibu bapa dan komuniti serta penglibatan sektor awam dan swasta sangat diperlukan untuk membangunkan fasiliti sekolah ke arah membina kemenjadian modal insan. Untuk itu, jutaan terima kasih kepada pihak ibu bapa, guru, serta mana-mana agensi yang melaksanakan sinergi atas apa juga kapasiti sepanjang pihak PIBG melaksanakan tugas sebagai rakan yang akrab kepada pihak sekolah. Saya menyeru khususnya kepada warga ibu bapa penjaga agar lebih cakna dengan apa juga perubahan sistem pendidikan kita supaya kita bergerak seia sekata dengan misi dan visi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Ini termasuklah perkembangan pentaksiran anak-anak yang memerlukan ibu bapa turut sama memainkan peranan dalam memantau perkembangan kemahiran dan keperluan anak-anak. KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 5
Akhirnya, sekali lagi saya rakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menghadiri dan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Telok Menegon pada tahun ini. Semoga wadah PIBG ini menjadi medan yang boleh menyatukan semua pemegang taruh untuk memandaikan anak-anak kita seterusnya menjadi warganegara yang berjasa kepada negara. . Sekian, wassalam. RUZAIN SYUKUR BIN MANSOR YDP PIBG SK Telok Menegon KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 6
Penasihat : Pn Rosni binti Noran (Guru Besar SKTM) Yang Dipertua : Ustaz Ruzain Syukur bin Mansor Naib Yang Dipertua : Encik Nor Amri bin Sulaiman Setiausaha : Encik Mohd Farid bin Ahmad Bendahari : Puan Siti Asmah binti Waziri AJK Guru 1. Encik Amran bin Abdul Rahman 2. Encik Mohamad Yusof bin Zakaria 3. Puan Norhayati binti Samsi 4. Puan Nor Idayu binti Aminin 5. Puan Shafadhila binti Sapari 6. Puan Nur Syafidah binti Johan 7. Puan Jagvinder Kaur a/p Swaran Singh AJK Ibu bapa 1. Encik Mohamad Idris bin Ali Rahmat 2. Encik Zulfadzly bin Abd Ghani 3. Puan Siti Zaleha binti Mat Uri 4. Puan Nor Azimah binti Roslan 5. Puan Masnira bt Md Shariff 6. Encik Zakaria bin Johar Pemeriksa kira-kira 1. Puan Nurul Asma Irana binti Kamarudin (Ibu bapa) 2. Encik Marzanfarizal bin Makshor (Guru) AJK PIBG 2022 - 2023 7
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 46 8 Ucapan YDP, Encik Shamsul Kamal Bin Masood Beliau mengalu-alukan kehadiran perasmi dan ibu bapa serta mengucapkan terima kasih atas kesudian hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke - 46. YDP memaklumkan telah mengumpul dana untuk menaiktaraf prasarana sekolah, tandas dan pagar. Beliau turut memaklumkan bahawa cadangan untuk membina tandas tambahan ditangguhkan kerana kos melambung tinggi iaitu dari kos asal RM 25 000 meningkat kepada RM 50 000. YDP turut memaklumkan bahawa pencapaian cemerlang anak murid SKTM dalam acara perahu layar dan taekwando sehingga mampu bertanding di peringkat Sukan Sea. YDP turut memberitahu bahawa satu seminar Program Motivasi Keibubapaan yang bertajuk “Ibu bapa Cakna, Anak Pasti Berjaya” oleh Dr. Muhaya akan diadakan pada bulan Julai dan berharap ibu bapa dapat menyertai seminar tersebut. YDP turut berharap agar ibu bapa ambil tahu tentang anak masing-masing kerana ada yang terlibat dengan penggunaan vape dan ponteng sekolah. Beliau turut memaklumkan bahawa PIBG akan mencari dana untuk keceriaan sekolah dan membaiki lantai perpustakaan. YDP mengucapkan terima kasih kepada WestPorts Malaysia Sdn Bhd kerana banyak memberi sumbangan untuk SKTM.
9 Ucapan PK Pentadbiran, Encik Ahmad Ariffin bin Hj Abd Rahman PK Pentadbiran mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran perasmi dan ibu bapa. Beliau berharap mesyuarat PIBG pada tahun ini secara bersemuka dapat dilaksanakan dengan lancar setelah 2 tahun mesyuarat dijalankan secara maya berikutan Pandemik Covid -19. Beliau memaklumkan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini iaitu terdapat sebilangan murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ini berlaku disebabkan penutupan sekolah hampir dua tahun memberi kesan kepada tahap penguasaan murid sehingga menyebabkan kesukaran kepada guru untuk mengajar. Bagi mengatasi masalah ini, “Program Anakku Sayang” dan “I See You” telah dilaksanakan untuk membolehkan guru memberi penekanan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira kepada murid-murid tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa pihak sekolah telah melaksanakan pentaksiran bertulis PBD sebagai inisiatif untuk mengesan pencapaian murid. Pentaksiran bertulis penting kerana guru dapat menilai tahap pencapaian murid dan dapat meningkatkan jumlah kehadiran murid. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 46
10 Masalah disiplin murid juga turut disentuh iaitu melibatkan penggunaan vape dalam kalangan murid terutamanya melibatkan murid tahun 6. Beliau turut menyarankan agar ibu bapa menghadkan penggunaan gajet kepada anak masingmasing serta meminta anak tidur awal. Tindakan ini membolehkan anak-anak bangun awal dan hadir ke sekolah mengikut masa yang telah ditetapkan pada keesokan harinya. En. Ahmad Ariffin turut meminta ibu bapa berjumpa dan berbincang dengan pihak pentadbir terlebih dahulu jika mempunyai sebarang masalah. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah terus dirujuk kepada pihak lain seperti PPD tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah. Ucapan Perasmi, En. Toa Chin Kiat (Pengurus Perhubungan Awam WestPorts Malaysia Sdn Bhd) Mengucapkan terima kasih atas kesudian menjemput beliau ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke - 46. Beliau memberi penekanan kepentingan kerjasama diantara ibu bapa dan guru bagi melahirkan murid yang cemerlang. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang akan menerima Hadiah Insentif Belajar ke SBP/MRSM. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 46
11 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 En. Mohd Farid bin Ahmad selaku Setiausaha PIBG SKTM telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 45 bagi dicadangkan untuk disahkan dan disokong. Dicadang untuk disahkan : Pn. Rahma Wati bt Ahmad Disokong oleh : En. Azfariza Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2021 Pn Siti Asmah bt Waziri selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan PIBG tahun 2021 bagi dicadangkan untuk disahkan dan disokong. Dicadang untuk disahkan : Pn. Siti Rahayu bt Che Ghani Disokong oleh : En. Mustafa bin Husin MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 46
12 PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN USUL Nama Pembawa Usul : Siti Maisarah binti Moh Hanaffi Usul : Mencadangkan kepada pihak PIBG untuk membuat permohonan kepada pihak berkuasa agar membina bonggol di jalan utama masuk ke jalan sekolah. Ini kerana kereta sangat laju dan memberi kesukaran kepada kereta ibu bapa dan guru untuk melintas jalan. Jawapan : JKR tidak meluluskan pembinaan bonggol di kawasan lintasan sekolah kerana ia merupakan jalan utama serta laluan yang sangat sibuk. PIBG akan mengusahakan untuk menebalkan garisan kuning dan meletakkan bonggol besi. YDP PIBG turut memaklumkan bahawa jalan tersebut merupakan sehala semasa waktu puncak ketika murid datang dan balik. YDP turut memberitahu bahawa memerlukan khidmat individu yang boleh mengawal lalu lintas semasa murid datang dan balik. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 46
13 Nama Pembawa Usul : Nor Erwan Bin Noranizan Usul : Mohon pihak sekolah menjelaskan aktiviti ko-kurikulum yang akan membantu pelajar dalam melayakkan pelajar ke SBP (sekolah berasrama penuh), sekolah kluster dan lain-lain agar aktiviti-aktiviti tersebut diberi penekanan khusus. Jawapan : Aspek-aspek yang dilihat untuk masuk ke SBP (sekolah berasrama penuh) atau sekolah kluster selain kecemerlangan akademik, murid juga perlu cemerlang dalam bidang ko-kurikulum seperti unit beruniform, sukan dan permainan dan kelab. PK Ko-kurikulum, En Harmizi Bin Hamid : Pencapaian murid dinilai melibatkan Penilaian PAJSK dan PBD. PAJSK dinilai bermula daripada tahun 4 hingga 6 iaitu melibatkan penilaian SEGAK dan penglibatan unit kokurikulum iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan dan permainan. PK HEM, En Ku Nuraffaddie bin Ku Mohd Fozi pula memaklumkan bahawa murid akan dinilai dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang melibatkan 3 komponen iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelek (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%). MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 46
14 PELANTIKAN AJK BARU SESI 2022-2023 Yang Dipertua : Ustaz Ruzain Syukur bin Mansor Dicadang oleh : Encik Nor Amri bin Sulaiman Disokong oleh : Pn Rahma Wati binti Ahmad Naib Yang Dipertua : Encik Nor Amri bin Sulaiman Dicadang oleh : Encik Abdul Samad bin Abdul Rahman Disokong oleh : Pn Norlaila Binti Yahya En Azizul Rahman Bin Hussin mencadangkan agar mengekalkan AJK PIBG yang lama. En Abdul Jalil menyokong. Ustaz Farid memaklumkan bahawa AJK baru juga perlu dilantik disebabkan terdapat AJK lama telah dilantik ke jawatan lain dan ada yang tidak hadir. AJK baru : Pn Masnira Bt Md Shariff Dicadang oleh : Ustaz Farid Disokong oleh : En Asfarizal Bin Azri AJK baru : Encik Zulfadzly bin Abd Ghani Dicadang oleh : Encik Nor Amri bin Sulaiman Disokong oleh : Pn Siti Zaleha binti Mat Uri Pemeriksa kira – kira : Puan Nurul Asma Irana binti Kamarudin (Ibu bapa) Dicadang oleh : Pn Siti Zaleha binti Mat Uri Disokong oleh : Pn. Nor Azimah binti Roslan MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 46
15 Ucapan Yang Dipertua, Ustaz Ruzain Syukur bin Mansor Beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan semua ibu bapa bagi menggalas tugas sebagai YDP PIBG yang baru. Beliau meminta semua ibu bapa bersama-sama memainkan peranan bagi meningkatkan kecemerlangan pembelajaran anak-anak. Beliau turut mengalu-alukan sumbangan, idea atau kepakaran daripada ibu bapa bagi memantapkan lagi PIBG sekolah. Beliau turut memaklumkan Mesyuarat AJK PIBG akan diadakan secepat mungkin dalam masa yang terdekat dan mengharapkan semua AJK hadir pada mesyuarat tersebut. Ucapan Mantan YDP, Encik Shamsul Kamal Bin Masood Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah diberi peluang menjadi YDP PIBG SKTM sejak tahun 2011. Beliau memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang memegang jawatan YDP PIBG. Beliau turut berharap agar AJK baru yang telah dilantik dapat bekerjasama bagi meningkatkan kecemerlangan SKTM. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.40 tengah hari. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 46
LAPORAN KEWANGAN 16
LAPORAN KEWANGAN 17
LAPORAN KEWANGAN 18
LAPORAN KEWANGAN 19
SENARAI SUMBANGAN DARI AGENSI LUAR BIL. NAMA AGENSI JUMLAH SUMBANGAN PROGRAM / PENYELENGGARAAN 1 Jabatan Perdana Menteri (ICU) RM 48,000.00 Membina tandas murid 2 Yayasan Waqaf Malaysia RM 5000.00 Membaik pulih bumbung dewan terbuka 3 CSR Contribution RM 5000.00 Membaik pulih plug dan wiring bilik guru 4 Meditours Travel RM1320.00 Lawatan penanda aras ke SK Santan 5 MBI Selangor RM10,000.00 Membaik pulih lantai Pusat Sumber Sekolah 6 MPP MBSA Zon 15 RM 400.00 Hari Kanak - Kanak 7 MPP MBSA Zon 15 Motivasi murid SKTM 8 Parlimen Kota Raja Membaik pulih bumbung kantin 9 UMW Holding Berhad RM 3000.00 Bantuan hias kelas 10 Pejabat N49 Dun Sg Kandis RM 5000.00 Kerusi meja murid 11 KDEB Waste Management RM1000.00 12 Technofit Sdn Bhd RM 1000.00 20
USUL DAN CADANGAN 21 USUL 1 Daripada : Mohd Zulazmi b Ibrahim (anak : Nur Ireena Humaira kelas 2 Bumi) Mohon PIBG bekerjasama dengan penduduk sekitar sekolah supaya mengosongkan kawasan sekitar sekolah untuk memberi keutamaan kepada warga sekolah pada sesi persekolahan. Terdapat pemandu dan penunggang motosikal yang memandu laju serta membahayakan murid di laluan pintu masuk sekolah. Mohon bina bonggol sebelum dan selepas pintu masuk sekolah. (PIBG) Jawapan : PIBG akan melaksanakan permuafakatan antara PBT, pemimpin setempat , persatuan penduduk untuk membincangkan isu keselamatan di kawasan persekitaran sekolah. PIBG sentiasa berhubung dengan pihak JKR berkaitan isu pembinaan bonggol dan hal ehwal keselamatan jalan raya, namun demikian permohonan semasa masih belum ada sebarang tindakan. USUL 2 Daripada : Zul Azmir bin Sapree (anak : Deandra Adelia kelas 1 Marikh) Mohon untuk dimasukkan waktu Solat Zohor dalam jadual harian, terutamanya murid darjah 1. (sekolah) Jawapan : Terima kasih atas cadangan. Namun begitu pihak sekolah terikat dengan peruntukan masa belajar yang telah ditetapkan oleh kementerian. Contonnya Bahasa Melayu ditetapkan 360 minit seminggu begitu juga untuk mata pelajaran lain telah ditetapkan jumlah masa. Namun begitu murid dibenarkan untuk melaksanakan solat di surau dengan pemantauan guru.
USUL DAN CADANGAN 22 USUL 3 Daripada : Zul Azmir bin Sapree (anak : Deandra Adelia kelas 1 Marikh) Mohon diadakah perjumpaan antara ibu bapa dan guru agar ibu bapa dapat mengetahui perkembangan anak-anak (sekolah) Jawapan : Sebelum PKP pihak sekolah telah mengadakan hari terbuka untuk tujuan perbincangan berkaitan perkembangan anak-anak. Insya-Allah tahun ini pihak sekolah akan laksanakan semula memandangkan persekolahan telah dilaksanakan seperti biasa. USUL 4 Daripada : Siti Fatimah bt Abg Majid (anak : Naurah Hanna kelas 1 Bumi) Beri atau kongsi paparan pada papan putih ke dalam group whatsapps untuk murid yang tidak hadir dan ketinggalan pelajaran (sekolah) Jawapan : Terima kasih atas cadangan yang baik. Mohon guru beri kerjasama agar PdP murid juga dapat dilaksanakan di rumah sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah.
USUL DAN CADANGAN 23 USUL 5 Daripada : Noor Fariza Azlin bt Mohd Khairil (anak : Nur Sofea kelas 1 Bumi), Norhidayah bt Abdullah. Bagi mengurangkan masalah beg sekolah yang berat untuk murid tahun 1, dicadangkan pihak sekolah menyediakan locker untuk penyimpanan buku teks. (sekolah) Jawapan : Pihak kementerian telah menyediakan locker untuk murid tahap satu. Locker ini untuk murid mengisi buku-buku aktiviti mereka. Mohon juga ibu bapa penjaga murid untuk memastikan murid merujuk jadual waktu sebelum ke sekolah. USUL 6 Daripada : 1. Norhidayah bt Abdullah (anak : Nor Adele Izzara kelas 1 Uranus) 2. Muhammad Abdul Hafiz (anak : Siti Maryam Muaffah kelas 1 Neptun) 3. Noor Suhaila bt Mohd Nordin (anak : Nur Alesya Sumayyah kelas 1 Uranus) 4. Najwa bt Ahmad Fuzi (anak : Muhammad Azim kelas 2 Uranus) 6.1 Mohon agar dapat diperketatkan keselamatan murid ketika pulang terutama di pagar sekolah bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti hilang, kemalangan atau diculik. (PIBG/sekolah) 6.2 Cadangan agar pihak sekolah dapat membuka pagar 3 untuk anak-anak waktu datang dan pulang dari sekolah bagi sesi pagi dan petang serta menyediakan petugas lalu lintas untuk waktu itu. (PIBG/sekolah) Jawapan : Buat masa ini, PIBG menyediakan seorang petugas keselamatan untuk membantu murid melintas sewaktu pulang, dibantu oleh guru-guru. PIBG akan pertimbangkan tambahan petugas lalu lintas berdasarkan keperluan dan kemampuan kewangan PIBG.
USUL DAN CADANGAN 24 USUL 7 Guru memantau murid-murid supaya tiada berlaku salah laku dan buli di kawasan sekolah. (sekolah) Jawapan : Guru sentiasa memantau murid. Tetapi kes buli ini berlaku diluar pengetahuan guru. Mohon kerjasama ibu bapa sekiranya ada laporan dari anak-anak berkenaan kes buli terus berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah untuk memaklumkan kes berkenaan. Insya-Allah pihak sekolah ada saluran untuk mencari penyelesaian. Contohnya berhubung dengan pihak Pegawai Perhubungan sekolah (polis seranta). USUL 8 Dicadangkan agar dihadkan bilangan murid di dalam 1 kelas sekitar 35 murid. (sekolah) Jawapan : Jumlah murid tertakluk kepada permohonan tahun semasa. Berdasarkan bilangan kelas yang sedia ada dan jumlah guru di sekolah. Berdasarkan isu ini sekolah SKTM sememangnya tiada kekosongan kelas untuk menambah bilangan kelas supaya jumlah murid dapat dikurangkan.
USUL DAN CADANGAN 25 USUL 9 Pertanyaan: Kenapa ibu tunggal dan anak yatim tidak layak dapat bantuan RMT sedangkan ketua keluarga sudah tiada. (sekolah) Jawapan : Permohonan RMT tertakluk kepada pendapatan ibu bapa dan diambil kira berdasarkan pendapatan perkapita keluarga tersebut. Anak yatim dan ibu tunggal tiada syarat dalam kelayakan bantuan RMT. Ibu bapa atau penjaga mesti sentiasa kemaskini pendapatan dan tanggungan mereka dengan memaklumkan kepada guru kelas masing-masing untuk dikemaskini dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) USUL 10 Daripada : Norfaridatul Maryam bt Azmi (anak:Muhammad Anas Mikail kelas 2 Uranus) Dicadangkan agar pihak sekolah mengadakan kelas tuisyen bagi pelajar tahun 1 hingga 3 bertujuan untuk pembaikan dari segi pemantapan akademik. (sekolah) Jawapan : Kebiasaannya kelas tuisyen dilaksanakan diluar waktu persekolahan dan mengambil kira masa guru dan tidak boleh dilaksanakan pada minggu ke-2 dan ke-4. Oleh itu perlu persetujuan AJK PIBG.
USUL DAN CADANGAN 26 USUL 11 Daripada : Norwani bt Kadir (anak : Annur Khaliesya kelas 2 Uranus) Dicadangkan penambahan tempat berteduh atau awning sementara anak-anak dijemput ibu bapa. (sekolah) Jawapan : Murid-murid telah disediakan tempat menunggu iaitu kawasan parkir pentadbir dan laluan ke pra sekolah. Namun terdapat sebilangan murid yang lebih gemar bermain di tempat lain semasa menunggu ibu bapa. USUL 12 Daripada : Nuru Huda Zainal Abidin (anak : Nafeesa Amra kelas 1 Neptun) Dicadangkan pihak sekolah boleh mengusulkan pembinaan bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama (kayu) untuk memberi keselesaan kepada murid (PIBG/sekolah) Jawapan : 1. PIBG akan pertimbangkan penyelesaian jangka pendek melalui pembaikan kecil dalaman kelas (kipas, wiring) bagi tujuan keselesaan murid. 2. Bagi tujuan penyelesaian jangka panjang, permohonan penyelenggaraan/pembinaan bangunan akan dirujuk kepada pihak PPD.
USUL DAN CADANGAN 27 USUL 13, 14 & 15 Daripada : Nurazlinda Ahmad Roslan (anak : Nur Sakiyyah kelas 5 Bumi) 13. PAKAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM Bagi pelajar yang sudah mempunyai baju persatuan, biarlah pakai baju persatuan sahaja tanpa perlu menukar pakaian sukan sekolah. (sekolah) 14. AKTIVITI KOKURIKULUM Tidak perlu tukar setiap tahun kerana buku dan pakaian sudah disiapkan. Agak menyusahkan jika bertukar-tukar. (sekolah) 15. Pastikan pihak kedai buku menyediakan stok buku dan baju sukan mencukupi sebelum pembelian dibuat oleh murid (Isu stok buku dan baju sukan tidak mencukupi) (sekolah) Jawapan: • Merujuk kepada isu ini sekiranya murid memakai pakaian atau uniform lengkap persatuan masing-masing sebaiknya tukar pakaian sukan sewaktu aktiviti pendidikan Jasmani untuk keselesaan murid menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. • Manakala bagi isu bertukar persatuan terdapat beberapa perkara iaitu: i. Pada akhir tahun, ramai murid yang bertukar sekolah menyebabkan bilangan murid menjadi tidak seimbang. Oleh itu, perlu ada pertukaran dibuat pada setiap tahun. ii. Ada juga sebilangan murid tukar sendiri persatuan/unit beruniform mereka kerana mengikut rakan. • Stok buku dan baju sukan pihak kedai buku terima dari pembekal ini menyebabkan ada ketikanya jumlah tidak mencukupi dan lambat. Namun begitu pihak sekolah akan memaklumkan masalah ini kepada pihak kedai buku.
USUL DAN CADANGAN 28 USUL 16 & 17 Daripada : Muhammad Amirul bin Abu Bakar (anak : Muhammad Ammar Khalish 3 Bumi) 16. Dicadangkan agar dikekalkan kebersihan tandas. (sekolah) Jawapan: Untuk pengetahuan ibu bapa, pihak pekerja kebersihan membersih tandas tiga kali sehari (pagi, tengahari dan petang). Disamping itu, guru-guru sentiasa mengingatkan kepada murid-murid sewaktu perhimpunan rasmi sekolah tentang kebersihan. Masalah yang sering timbul berkenaan kebersihan tandas ini ialah : i. Tandas murid lelaki - murid membuang botol air, seluar dalam dan sapu tangan ke dalam mangkuk tandas. ii. Tandas murid perempuan - murid perempuan membuang tuala wanita, botol, seluar dalam, tisu dan lain-lain ke dalam mangkuk tandas. Terima kasih kepada guru-guru yang rela cuci tandas murid yang tersumbat. 17. Dicadangkan agar aspek keselamatan dalam premis sekolah diambil berat, contohnya terdapat banyak lantai yang sudah pecah dan boleh membahayakan murid. (PIBG/sekolah) Jawapan : 1. Pihak PIBG dan sekolah telah pun mengenal pasti dan membaiki lantai /jubin kelas yang rosak melalui kaedah simen semula kerosakan lantai. 2. PIBG dan sekolah akan terus memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.
SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH INSENTIF PELAJAR CEMERLANG BIL NAMA MURID TEMPAT MELANJUTKAN PELAJARAN 1 Muhammad Danish Irman bin Anis Irwan Kolej Melayu, Kuala Kangsar 2 Nor Hayfadania Izzaty binti Mohd Hafiz MRSM Teknikal, Bentong 3 Safiyyah Aimy binti Saiful Nazmi SBPI, Rawang 4 Muhammad Irfan Iskandar bin Abdul Latif Sekolah Sukan, Negeri Sembilan 5 Qaisara Husna binti Mohd Shahrizad Azlan Maahad Integrasi Tahfiz, Alam Impian Selangor 6 Airel Rafiq bin Suhaidi MRSM Teknikal, Bentong 29
Penasihat : Puan Rosni bt Noran (Guru Besar) Pengerusi : Ustaz Ruzain Syukur bin Mansor (YDP PIBG) Setiausaha : Encik Mohd Farid bin Ahmad (Setiausaha PIBG) Bendahari : Puan Siti Asmah binti Waziri (Bendahari PIBG) SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA PENYAMBUT TETAMU En. Ahmad Ariffin bin Hj Abd Rahman En. Ku Nuraffanddie bin Ku Mohd Fozi Pn. Musni Malisa binti Mustafar Pn. Marsidah binti Abd Aziz Pn. Nor Idayu binti Aminin (K) Pn. Suhaila binti Mat Isa Pn. Anizah binti Ghazalli Pn. Nor Farhana binti Mahayudin AJK PIBG BUKU PROGRAM Pn. Sri Wahyuni binti Embok Efek (K) Pn. Sharifah Hanum bt Abd Jalil Pn. Norhuda bt Ahmad Sanaji Pn. Fauziah binti Baharom Pn. Kamaliah Noor bt Ahmad Suhaimi BANNER Pn. Anisah binti Abdul Ghafar (K) En. Saiful Izhar b Ruslan En. Salim b Mat Sah PENCATAT MINIT En. Nawal Farkhan bin Makmor (K) Pn. Suaibah binti Mad Juhari Pn. Nur Farrah Ain binti Zaidi PENGACARA MAJLIS En Amran b Abdul Rahman (K) Cik Azwin Najihah binti Sharizan BACAAN DOA Ustaz Mirza Azri bin Md Amin JEMPUTAN Pn. Siti Rahayu bt Che Ghani (K) Pn. Mahyon bt Sajana Pn. Rahma Wati bt Ahmad CENDERAMATA Pn. Kavitha a/p Mahalingam (K) Pn. Salmiah bt Mohd Suhaimi Cik Shazwani bt Che Azman Pn. Puvaneswari a/p Arumugam PERSIAPAN SIJIL Pn. Ramlah bt Abd Rahman (K) Pn. Rosilah binti Ishak Pn. Shafadhila binti Sapari Pn. Siti Huzaimah bt Kadri 30
PENGURUS HADIAH, SIJIL DAN CENDERAMATA Pn. Khozaira bt Khobat (K) Pn. Nagadevi a/p Nagaratanam Cik Priyanka a/p Gunasekar PENDAFTARAN Pn. Geraldine Mary Rose a/p Hubert Corray (K) Pn. Jaya Priya a/p Marimothoo Cik Haeidatul Nashrah binti Hassan Pn. Jagvinder Kaur a/p Swaran Singh Pn. Ku Zailani bt Ku Muda Pn. Mazrita bt Mohd Tawil HIASAN PENTAS & BACKDROP Pn. Sharizah binti Shamsuddin (K) Cik Aina Fatini binti Ahmad Fakhruradzi Cik Norain binti Zainal Abidin Pn. Suzita bt Ibrahim Pn. Siti Maisarah binti Moh Hanaffi Pn. Siti Hairunnisa bt Ismail JAMUAN VIP Pn. Hana binti Abd. Shukur (K) Pn. Noor Izzati binti Mohamed Pn. Sohailla bt Hussin Pn. Tengku Nor Hasnida bt Tan Ibrahim JURUGAMBAR & FOTOGRAFI Pn. Zaharah bt Samat (K) En. Shahrill bin Mohd Sam P. A SISTEM En. Mohamad Yusof b Zakaria (K) En. Mohd Redwan bin Jamaludin PERSIAPAN TEMPAT En. Marzanfarizal b Makshor (K) En. Azreen b. Che Min En. Faizal b Yeop En. Mohd Akram bin Mohamed En. Mohd Harison b Othman En. Michael a/l Ratnasamy En. Mohd Saufi b Che Kar JAMUAN IBU BAPA DAN PELAJAR CEMERLANG Pn. Noor Azita bt Abdul Aziz (K) Pn. Noor Yasmin Erina bt Anuar Pn. Nor Suhaila bt Ahmad Pn. Norhayati binti Samsi Pn. Nur Syafidah binti Johan Pn. Norhasliza binti Rajab PERSIAPAN HADIAH Pn. Norazila bt Mohd Sani (K) Pn. Nornazalia bt Karim Pn. Sakthiswary a/p Krishnasamy Pn. Siti Nurfazlin bt Musa 31 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA
Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Telok Menegon merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, Staf SK Telok Menegon, Semua waris serta Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami daripada segi kewangan, material dan sokongan moral dalam melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya. Semoga Tuhan memberi keberkatan atas segala usaha kita. SEKALUNG BUDI 32