SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)
TAKLIMAT PENDIDIKAN ISLAM PT3
KOD : 45
DISEDIAKAN OLEH
TENGKU NOR AZIAN RAJA PUJI
KPMP PENDIDIKAN ISLAM 2020
APAKAH PATH?
PENTAKSIRAN AMALI SOLAT,
TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN
(PATH)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
MENENGAH
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 3
OBJEKTIF
PATH KSSM Pendidikan Islam bertujuan mentaksir
kebolehan murid dalam mempamerkan aspek berikut:
a) Melakukan amali solat yang tertentu
dengan betul, beradab dan istiqamah.
b) Membaca ayat al-Quran pilihan dengan
betul, lancar serta bertajwid secara beradab
dan istiqamah.
c) Menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan
betul, lancar serta bertajwid secara beradab
dan istiqamah.
PELAKSANAAN PATH
PATH adalah sebahagian daripada
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam dan ianya
dilaksanakan secara berterusan dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Pendidikan Islam.
Skor keseluruhan murid
dihantar kepada Lembaga
Peperiksaan (LP) yang
mewakili 20% wajaran
daripada markah keseluruhan
PT3 Pendidikan Islam.
PATH adalah sebahagian daripada PBD
Pendidikan Islam dan dilaksanakan secara
berterusan dalam PdP Pendidikan Islam.
PATH hendaklah dilaksanakan oleh guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam
bagi kelas berkenaan.
PATH adalah wajib bagi semua murid
Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran
Pendidikan Islam.
PATH boleh dilaksanakan secara individu
atau berkumpulan mengikut kesesuaian dan
keperluan tajuk, walau bagaimanapun tahap
penguasaan ditentukan mengikut individu.
Guru mata pelajaran perlu merekod
perkembangan setiap murid dalam PATH dari
semasa ke semasa.
GURU MATA PELAJARAN
Melaksanakan pentaksiran semasa proses
PdP dan merekod tahap penguasaan setiap
murid dari semasa ke semasa secara adil
berdasarkan pengetahuan, pengalaman,
tanggungjawab profesional guru dan hasil
pentaksiran murid.
Memberi peluang dan membimbing setiap
murid untuk mencapai tahap penguasaan
terbaik.
PERKARA YANG DINILAI
AMALI SOLAT ( 40 MARKAH )
TILAWAH AL-QURAN (30 MARKAH )
HAFAZAN AL-QURAN ( 30 MARKAH )
AMALI SOLAT
a) Solat Jenazah
b) Solat Sunat Hari Raya
c) Solat Sunat Tahiyatul Masjid
d) Solat Sunat Hajat
TILAWAH AL-QURAN:
a) Surah al-A’raf ayat 23
b) Surah al-Kahfi ayat 1-10
c) Surah al-A’raf ayat 179
d) Surah al-A’raf ayat 205-206
e) Surah al-Taubah ayat 100
f) Surah al-Nur ayat 30-31
g) Surah Ghafir ayat 67
HAFAZAN AL-QURAN:
a) Surah al-A’raf ayat 23
b) Surah al-Kahfi ayat 1-10
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada
komponen didalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan
Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD
sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia
dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai
pendekatan dan kaedah bagi mengenalpasti perkembangan
pembelajaran murid secara keseluruhan.
TAHAP PENGUASAAN
Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di
dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan
perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu
tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru
hanya perlu merekodkan Tahap Penguasaan ini di
halaman REKOD PRESTASI MURID sahaja dan seterusnya
pelaporan individu murid akan dijana secara automatik
di halaman LAPORAN MURID (INDIVIDU) untuk cetakan.
Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana
secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN.
DATA PERNYATAAN STANDARD PRESTASI
TAHAP Al-Quran
PENGUASAAN
Membaca dan menghafaz ayat al- Quran pilihan dengan bimbingan serta boleh mengingat perkara asas tentang ilmu al-
1 Quran.
2 Membaca dan menghafaz ayat al- Quran pilihan dengan betul serta boleh memahami perkara asas tentang ilmu al-Quran.
Membaca dan menghafaz ayat al- Quran pilihan dengan betul, lancar dan bertajwid serta boleh mengaplikasi perkara asas
3 tentang ilmu al-Quran.
Membaca dan menghafaz ayat al- Quran pilihan dengan betul, lancar, bertajwid dan boleh menganalisis perkara asas
4 tentang ilmu al-Quran serta mengamalkannya.
Membaca dan menghafaz ayat al- Quran pilihan dengan betul, lancar, bertajwid dan boleh menilai perkara asas tentang
5 ilmu al-Quran serta mengamalkannya secara beradab.
Membaca dan menghafaz ayat al- Quran pilihan dengan betul, lancar, bertajwid dan boleh merumus perkara asas tentang
6 ilmu al-Quran serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah.
TAHAP Hadis
PENGUASAAN
1 Mengingat perkara asas tentang ilmu Hadis.
2 Memahami perkara asas tentang ilmu Hadis.
3 Mengaplikasi perkara asas tentang ilmu Hadis.
4 Menganalisis perkara asas tentang ilmu Hadis.
Menilai perkara asas tentang ilmu Hadis dan mengamalkannya
5
secara beradab.
Merumus perkara asas tentang ilmu Hadis dan mengamalkannya
6
secara beradab dan istiqamah.
TAHAP Akidah
PENGUASAAN
1 Mengingat perkara asas tentang ilmu
Akidah.
2 Murid boleh memahami tentang ilmu
Akidah.
3 Mengaplikasi tentang ilmu Akidah.
4 Menganalisis tentang ilmu Akidah.
5 Menilai tentang ilmu Akidah dan
mengamalkannya secara beradab.
Merumus tentang ilmu Akidah dan
6 mengamalkannya secara beradab dan
istiqamah.
TAHAP Fiqah
PENGUASAAN
1 Mengingat perkara asas tentang ilmu Fiqah
2 Memahami tentang ilmu Fiqah
3 Mengaplikasi tentang ilmu Fiqah
4 Menganalisis tentang ilmu Fiqah
5 Menilai tentang ilmu Fiqah dan mengamalkannya secara beradab.
Merumus tentang ilmu Fiqah dan mengamalkannya secara beradab
6 dan istiqamah.
TAHAP Sirah dan Tamadun Islam
PENGUASAAN
1 Mengingat perkara asas tentang ilmu Sirah dan Tamadun Islam.
2 Memahami tentang ilmu Sirah dan Tamadun Islam.
3 Mengaplikasi tentang ilmu Sirah dan Tamadun Islam.
4 Menganalisis tentang ilmu Sirah dan Tamadun Islam.
Menilai tentang ilmu Sirah dan Tamadun Islam serta
5 mengamalkannya secara beradab.
Merumus tentang ilmu Sirah dan Tamadun Islam serta
6 mengamalkannya secara beradab dan istiqamah.
TAHAP Akhlak Islamiah
PENGUASAAN
1 Mengingat perkara asas tentang ilmu Akhlak Islamiah.
2 Memahami tentang ilmu Akhlak Islamiah.
3 Mengaplikasi tentang ilmu Akhlak Islamiah.
4 Menganalisis tentang ilmu Akhlak Islamiah.
Menilai tentang ilmu Akhlak Islamiah dan mengamalkannya
5 secara beradab.
Merumus tentang ilmu Akhlak Islamiah dan
6 mengamalkannya secara beradab dan istiqamah.
TAHAP KESELURUHAN
PENGUASAAN
1 Mengetahui perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas, atau
memberi respons terhadap perkara asas yang berkaitan Pendidikan Islam.
2 Menunjukkan kefahaman berkaitan Pendidikan Islam dengan menjelaskan
sesuatu perkara yang dipelajari dalam pelbagai bentuk komunikasi.
3 Menggunakan pengetahuan berkaitan Pendidikan Islam untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 Menganalisis dan mengamalkan sesuatu ilmu dan kemahiran berkaitan
Pendidikan Islam.
Menilai dan mengamalkan sesuatu ilmu dan kemahiran berkaitan
5 Pendidikan Islam pada situasi baharu dengan beradab.
Berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Pendidikan
6 Islam sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara beradab dan
istiqamah
PAFA - PENILAIAN ASAS FARDU AIN
KESIMPULAN PT3 PENDIDIKAN ISLAM
SEKIAN
SELAMAT BELAJAR
SEMOGA CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT