The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 1 : Tujuan Perniagaan & Pemilikan Perniagaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulain2001, 2021-03-03 13:04:59

Perniagaan Tingkatan 4

Bab 1 : Tujuan Perniagaan & Pemilikan Perniagaan

Keywords: Perniagaan Ting. 4,Perniagaan Ting. 4 Bab 1,Tujuan Perniagaan,Pemilikan Perniagaan

(a)  Skala Zon Buletin Keusahawanan Bab 1

Perniagaan yang berskala zon, peniaga memberi fokus kepada Kerajaan Malaysia mempelawa
pasaran di kawasan-kawasan tertentu yang telah dikenal pasti pelabur Jepun dan pelabur
bersesuaian dengan barang dan perkhidmatan. lain memanfaatkan peluang
perniagaan dalam pasaran ASEAN
(b)  Skala Global yang besar, menjadikan Malaysia
sebagai pintu masuk ke rantau ini.
Perniagaan yang berskala global, pasaran adalah luas merentasi (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
sempadan. Pada masa kini, pasaran global mudah ditembusi
dengan wujudnya Internet. Penggunaan aplikasi seperti emel, daripada http://www.astroawani.
Newsgroup dan laman web di dalam perniagaan yang diguna com, capaian pada 28 Jun 2016)
pakai secara meluas dapat melangkaui sempadan negara.

Contoh

Syarikat Malaysia yang berjaya menembusi pasaran global.

Minda Kreatif

Jelaskan kelebihan dan
kekurangan perniagaan yang
terlibat secara langsung dalam
pasaran antarabangsa.

Kerajaan Malaysia memberi pelbagai galakan kepada peniaga EMK
untuk menembusi pasaran global. Contohnya, pihak kerajaan
telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Arahan:
Luar Malaysia (MATRADE) yang memberikan khidmat nasihat, Bentangkan dalam kelas.
latihan dan bantuan promosi kepada peniaga yang ingin Soalan:
mengembangkan sayap ke luar negara. Jelaskan rahsia kejayaan
syarikat Malaysia yang berjaya
Contoh mengharumkan nama Malaysia
di persada dunia terutama dalam
Pengeksport Malaysia atau syarikat sedia mengeksport adalah pasaran ASEAN dan Kesatuan
dialu-alukan untuk menjadi ahli MATRADE dengan mendaftar Eropah (EU).
secara dalam talian atau menghantar Borang Pendaftaran
Pengeksport Malaysia kepada Unit Khidmat Nasihat Perdagangan.
Pendaftaran sebagai ahli MATRADE adalah percuma.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 51

Bab 1 1.6 Perkaitan antara
Penawaran Barang
dan Perkhidmatan,
Bentuk Pemilikan,
Klasifikasi dan Skala
Perniagaan

Buletin Keusahawanan Penawaran barang dan perkhidmatan, bentuk pemilikan,
klasifikasi dan skala perniagaan dapat dikaitkan dengan aktiviti
TM perniagaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.15 berikut:

Pemangkin Pendapatan Digital

#YOUCANDUIT merupakan Penawaran Bentuk
kempen digital untuk barang dan pemilikan
meningkatkan pendapatan perkhidmatan
tambahan dalam kalangan rakyat Perniagaan
Malaysia melalui inisiatif digital
seperti program eRezeki
dan eUsahawan.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan

daripada laman sesawang http://
youcanduit.mdec.my/)

Klasifikasi

Minda Kreatif Skala

Jelaskan perkaitan antara Rajah 1.15  Perkaitan perniagaan
penawaran barang dan
perkhidmatan yang wujud dalam Sesebuah perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan
perniagaan yang dijalankan di atau kedua-duanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak
kawasan anda. pengguna atau pelanggan. Jenis barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan akan mempengaruhi perniagaan yang dijalankan. Jika
perniagaan yang dijalankan berasaskan perkhidmatan, peniaga
tidak perlu terlibat dengan pengurusan stok dan lebih memberi
tumpuan kepada pengurusan sumber manusia.

52 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

RM Celik Kewangan Pemilik sesebuah perniagaan boleh memilih untuk menubuhkan Bab 1
perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad atau
Pengurusan kewangan setiap koperasi. Bagi perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan,
perniagaan perlu mengikut sistem perniagaan bentuk milikan tunggal lazimnya dipilih untuk
yang sistematik dan tersusun. menawarkan barang atau perkhidmatan. Apabila perniagaan
semakin berkembang atau saiznya bertambah besar, bentuk
EMK pemilikan juga boleh diubah mengikut keperluan perniagaan.
Contohnya, perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada
Arahan: milikan tunggal kepada perkongsian, perlulah didaftarkan di
Bentangkan dalam kelas. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Soalan:
Jelaskan kepentingan menentukan Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala, iaitu domestik
jenis penawaran barang dan dan antarabangsa. Saiz perniagaan tidak mempengaruhi skalanya.
perkhidmatan agar selaras dengan Sesebuah perniagaan tidak perlu bersaiz besar untuk menawarkan
jenis dan saiz perniagaan. barang atau perkhidmatan ke pasaran global. Teknologi moden
seperti Internet membolehkan perniagaan yang bersaiz kecil
menembusi pasaran pada peringkat antarabangsa. Hal ini akan
meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.

Terdapat tiga sektor dalam perniagaan, iaitu sektor utama,
sektor kedua dan sektor ketiga. Di Malaysia, lazimnya sektor
utama seperti pertanian adalah untuk memenuhi pasaran atau
skala domestik. Sektor kedua dan ketiga, iaitu sektor pengilangan
dan perkhidmatan adalah untuk pasaran domestik dan juga
antarabangsa. Semua sektor yang terlibat memerlukan aktiviti
perniagaan untuk mengagihkan barang dan perkhidmatan yang
ditawarkan. Tanpa aktiviti perniagaan, barang dan perkhidmatan
tidak dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan jual beli untuk
menjana keuntungan.

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Pembelajaran Penerokaan
Tugasan: M engaitkan perniagaan mengikut jenis perniagaan, bentuk pemilikan, skala

dan klasifikasinya
Langkah-langkah:
1 Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil.
2 Setiap kumpulan pilih satu perniagaan yang terdapat di kawasan masing-masing.
3 Buat aktiviti sumbang saran dalam kumpulan dengan membincangkan jenis perniagaan,

pemilikan, skala dan klasifikasi bagi perniagaan yang telah dipilih.
4 Senaraikan isi penting hasil daripada aktiviti sumbang saran.
5 Sediakan bahan untuk pembentangan.
6 Bentangkan dalam kelas.
7 Lakukan sesi soal jawab selepas pembentangan.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 53

Bab 1 1.7 Perkembangan
Sektor Perniagaan
di Malaysia

EMK Sektor perniagaan di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian,
iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Pembahagian
Arahan: sektor adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang terlibat.
Bincangkan dalam kumpulan. Sektor utama terlibat dalam aktiviti penerokaan sumber dan
Soalan: pertanian. Sektor kedua melibatkan aktiviti perkilangan dan
Cadangkan dua peluang pembinaan, manakala sektor ketiga melibatkan aktiviti berkaitan
perniagaan dalam sektor dengan perkhidmatan.
perkhidmatan yang boleh
dijalankan di tempat anda. 1.7.1 Selepas Merdeka

Buletin Keusahawanan Pada waktu selepas merdeka penduduk Malaysia kebanyakannya
menjalankan aktiviti berasaskan pertanian. Kita dikenali sebagai
negara pengeluar bahan mentah seperti getah dan bijih timah.
Namun kerajaan mendapati negara kita sukar untuk berkembang
maju jika hanya bergantung pada sektor utama.

Lembaga Kemajuan Tanah Gambar foto 1.27  Sektor pertanian
Persekutuan (FELDA) telah
mengalami proses transformasi 1.7.2 Era 1990-an
yang melibatkan pelbagai
dimensi pada peringkat Kerajaan mula menggalakkan rakyat untuk menceburi sektor
individu dan keluarga, taraf dan kedua bagi tujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada
corak kehidupan, fizikal dan barang import. Pelbagai galakan telah diberikan oleh kerajaan
minda serta organisasi. Felda kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk menambah hasil
merupakan contoh terbaik keluaran, sehinggalah pada awal tahun 1990-an sektor kedua
kepada semua perniagaan mengambil alih sebagai penyumbang utama eksport Malaysia.
di Malaysia terutama dalam
melakukan proses transformasi
terhadap aktiviti perniagaan yang
sedang dijalankan.

54 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Buletin Keusahawanan Bab 1

Gambar foto 1.28  Sektor perindustrian Proton merupakan syarikat
pengeluar kereta nasional yang
1.7.3 Menjelang Abad ke-21 telah berjaya mengharumkan
nama negara di peringkat dunia.
Kini dalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah Pelbagai inisiatif dilakukan bagi
sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sumbangan sektor memastikan syarikat terus kukuh
ketiga, iaitu sektor perkhidmatan semakin meningkat selaras dan berdaya saing dalam psaran
dengan perkembangan ekonomi negara. Penekanan yang lebih domestik dan dunia. Dengan
tinggi diberikan kepada sektor perkhidmatan selaras dengan program rasionalisasi, cawangan
matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju. baharu yang terdiri daripada
pusat 3S telah mewujudkan
rangkaian yang sihat dengan
memberi tumpuan kepada
kawasan pasaran utama.

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang
http://www.utusan.com.

my/bisnes/korporat/pelan-
transformasi-proton-galak-

pertumbuhan-1.81303)

QR Code

Pusat Transformasi Bandar (UTC)
http://www.utc.my

Gambar foto 1.29  Sektor perkhidmatan

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://www.mida.gov.my, capaian pada 29 Jun 2016)

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 55

Gerak Minda 1.1

SOALAN STRUKTUR
Arahan: Jawab semua soalan.
1 “Perniagaan bersaiz kecil turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara”

Berdasarkan penyataan tersebut, jawab soalan yang berikut:
(a) Bagaimanakah perniagaan tersebut dapat menyumbang kepada ekonomi negara?
(b) Terangkan masalah dan peluang yang dihadapi oleh mereka sebagai perniagaan bersaiz kecil.
2 Terangkan perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad.

3 Nyatakan definisi francais dan usaha sama.

4 Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan berskala domestik?
5 Terangkan sebab perniagaan bersaiz kecil terus popular dan mampu bersaing dengan perniagaan

bersaiz besar.

56 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

SOALAN ESEI
Arahan: Jawab semua soalan.
1 Mengapakah perniagaan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) penting kepada pembangunan

ekonomi di Malaysia?
2 Rajah berikut menunjukkan tujuan perniagaan.

TUJUAN MENAWARKAN ORGANISASI
PERNIAGAAN BARANG DAN BERMOTIFKAN
PERKHIDMATAN
UNTUNG

X

(a) Apakah X?
(b) Terangkan dua kepentingan X dengan memilih sebuah organisasi sebagai contoh.
3 Berikut ialah senarai perbelanjaan yang dibuat oleh Ali dan Aliya untuk tempoh satu minggu.
Bagaimanakah anda dapat mengkategorikan item-item dalam senarai itu?

SENARAI ALI SENARAI ALIYA
• Buku • Pencuci muka
• Nasi lemak • Nasi ayam
• Tambang bas • Petrol
• Tiket wayang • Salun kecantikan
• Sabun • Baju baharu
• Pencuci • Sewa bilik
• Raket badminton • Rawatan doktor
• Sewa gelanggang • Mi segera
• Pakaian sukan • Komputer
• Mi segera

4 Syarikat Juara Niaga Sdn. Bhd. merupakan sebuah organisasi bermotifkan untung. Syarikat mempunyai
tiga buah pasar raya yang beroperasi di Taiping dan Ipoh.
Pihak pengurusannya bercadang untuk menjual beberapa jenis barang di pasar raya tersebut pada
harga kos.
Adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan anda.

5 Jelaskan perbezaan yang wujud antara organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan
bermotifkan untung.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 57

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 1

1 Anda dikehendaki untuk membentuk kumpulan kecil yang terdiri daripada lima orang
setiap kumpulan.

2 Dapatkan satu artikel berkaitan proses penubuhan aktiviti perniagaan sama ada milikan
tunggal, perkongsian, syarikat berhad atau koperasi.

3 Kaitkan artikel tersebut dengan peluang daya saing berdasarkan keadaan ekonomi semasa.
4 Lakukan aktiviti sumbang saran dalam kumpulan.
5 Bentangkan dalam kelas mengikut kumpulan.

Refleksi

1 Terangkan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan.
2 Mengapakah perlu wujud organisasi bukan bermotifkan untung dalam sesebuah negara?
3 Terangkan perbezaan barang dan perkhidmatan dengan menggunakan contoh.
4 Terangkan perkaitan antara keperluan dan kehendak dengan perniagaan.
5 Jelaskan kaedah perniagaan yang digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan untung.
6 Terangkan bentuk-bentuk pemilikan perniagaan.
7 Bagaimanakah sesebuah perniagaan itu diklasifikasikan?

Rumusan

Bab ini membincangkan tujuan perniagaan yang meliputi bentuk pemilikan perniagaan, klasifikasi
perniagaan serta perkembangan perniagaan di sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Setiap
bentuk pemilikan mempunyai ciri, kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap perniagaan
diklasifikasikan kepada tiga saiz utama, iaitu perniagaan bersaiz kecil, sederhana dan besar.
Selain itu, perniagaan turut dilihat dari aspek penawaran barang dan perkhidmatan serta skala
perniagaan yang sedang dijalankan.

58 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Latihan Sumatif 1

SOALAN OBJEKTIF 6 Apakah tujuan kewujudan organisasi bukan
Arahan: Jawab semua soalan. bermotifkan untung?
1 Antara berikut, yang manakah benar tentang I Mewujudkan kesedaran tentang
sesuatu perkara
tujuan perniagaan? II Mewujudkan peluang pekerjaan
A Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat
B Membantu masyarakat setempat III Memperoleh keuntungan daripada aktiviti
C Meningkatkan pendapatan negara yang dijalankan
D Menawarkan barang dan perkhidmatan IV Membantu golongan kurang berkemampuan

2 Pilih jawapan yang betul.

Barang Perkhidmatan mendapatkan keperluan
A Pakaian Polisi insurans A I dan II C II dan III
B Pelancongan Salun kecantikan B I dan IV D III dan IV
C Pusat tuisyen Buku rujukan
D Telefon bimbit Kereta 7 Antara berikut, yang manakah benar tentang
Perkongsian Liabiliti Terhad?
3 Pernyataan manakah yang merupakan ciri A Kuasa pemegang syer terhad
kehendak manusia? B Modal pemegang syer terhad
A Mudah dipenuhi C Bilangan pemegang syer terhad
B Hidup lebih selesa D Tanggungan pemegang syer terhad
C Mempunyai batasan
D Sama untuk semua individu 8 Apakah kelebihan Syarikat Sendirian Berhad
berbanding dengan Syarikat Awam Berhad?
4 Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat A Syarikat Sendirian Berhad mempunyai
Perkasa Sdn. Bhd. taraf perundangan sendiri
Syarikat telah membina tiga buah pondok B Keuntungan yang diperoleh Syarikat
rehat di taman rekreasi berhampiran Sendirian Berhad terlepas daripada
Syarikat Perkasa telah menggunakan bebanan cukai
keuntungannya untuk C Penyata kewangan Syarikat Sendirian
A memajukan lagi perniagaannya Berhad tidak perlu diumumkan kepada
B membantu masyarakat setempat orang ramai
C membayar ganjaran kepada pekerjanya D Lembaga pengarah Syarikat Sendirian
D mendapatkan keyakinan daripada pelabur Berhad tidak semestinya terdiri daripada
pemegang syer

5 Tepung, beras dan minyak masak adalah 9 Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan yang
antara barang keperluan asas yang dijual mempunyai ciri berikut:
pada harga subsidi. • Mudah ditubuhkan
• Pemilik mempunyai kuasa penuh
Hal ini bermakna barang tersebut • Kadar cukai rendah
A dijual pada harga kos A Koperasi
B dijual di atas harga kos B Perkongsian
C dijual di bawah harga kos C Milikan tunggal
D diberikan secara percuma D Syarikat Sendirian Berhad

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 59

1 0 Antara berikut, yang manakah ciri Syarikat 14 Usaha sama ialah
Awam Berhad? A bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan
A Bilangan minimum ahlinya berjumlah pemiliknya
dua orang B hak yang diberi untuk menjalankan
B Syer hanya boleh dipindah milik atas perniagaan yang sama jenis
persetujuan lembaga pengarah C perniagaan yang dijalankan untuk
C Syarikat ini mesti dibubarkan jika majoriti memenuhi permintaan pengguna
pemegang syer menjadi muflis D dua syarikat bergabung untuk membentuk
D Sebelum ditubuhkan, syer syarikat jenis ini sebuah syarikat yang baharu
mestilah disenaraikan di bursa saham

11 Pentadbiran sebuah Syarikat Sendirian Berhad 1 5 Antara berikut, pilih kelebihan usaha sama.
dikawal dan diuruskan oleh I Syarikat boleh menembusi pasaran yang
A pekerja syarikat belum diterokai
B ahli lembaga pengarah II Risiko perniagaan dapat dikongsi antara
C pemegang-pemegang syer kedua-dua syarikat
D pemiutang-pemiutang syarikat III Syarikat boleh berkongsi kepakaran
teknologi dengan syarikat lain
12 Maklumat berikut berkaitan dengan satu IV Semua aset dalam perniagaan asal akan
bentuk perniagaan. diserap ke dalam perniagaan baharu
• Menggunakan jenama yang sama A I, II dan III
• Dikawal berterusan oleh syarikat asal B I, II dan IV
• Membayar fi yang dipersetujui untuk C I, III dan IV
mendapatkan kebenaran berniaga D II, III dan IV

Apakah bentuk perniagaan tersebut? 16 Tentukan pernyataan yang betul dan yang salah.
A Francais C Perkongsian I Syarikat usaha sama ialah entiti yang
B Usaha sama D Milikan tunggal berasingan daripada syarikat asal
II Matlamat yang berbeza antara pihak
1 3 Pilih pernyataan yang betul berkaitan francaisor yang bergabung menyebabkan
dan francaisi. berlakunya konflik

Francaisor Francaisi I II
A BETUL BETUL
A Mempunyai Memberi hak B BETUL SALAH
jenama kepada francaisor C SALAH BETUL
yang terkenal untuk menggunakan D SALAH SALAH
jenamanya

B Menjalankan Menanggung kos 17 Mengapakah perniagaan bersaiz kecil dan
promosi bagi promosi yang sederhana lebih fleksibel berbanding dengan
pihak francaisi dijalankan perniagaan besar?
oleh francaisor A Layanan peribadi yang diberikan menarik
lebih ramai pelanggan
C Sentiasa mengawal Bebas menjalankan B Risiko perniagaan bersaiz kecil dan
syarikat yang perniagaan sederhana adalah lebih rendah
menerima mengikut C Pekerja dapat membantu membuat
hak berniaga kehendak sendiri perubahan dengan lebih cepat
D Proses membuat keputusan lebih mudah
D Memberi Membayar untuk pemilik perniagaan kecil
hak kepada francaisor dalam
francaisi untuk bentuk yang
menggunakan dipersetujui
jenamanya

60 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1 8 Antara berikut, pilih persamaan antara 2 0 Pernyataan berikut berkaitan dengan kelebihan
perniagaan bersaiz kecil dan sederhana. perniagaan bersaiz kecil.
A Menikmati ekonomi bidangan Encik Ayub merupakan pemilik Chini
B Mempunyai sumber yang cukup untuk Enterprise sentiasa mengenali semua
menguasai pasaran pelanggan tetap yang datang ke kedainya.
C Mudah untuk mendapatkan pekerja yang Pernyataan tersebut merujuk pada
mahir dan berpengalaman A komunikasi yang lebih baik antara Encik
D Lebih mudah untuk melakukan perubahan Ayub dengan pekerjanya
dalam strategi perniagaan B layanan peribadi yang diberikan kepada
semua pelanggan
19 Pilih kelebihan perniagaan bersaiz besar. C pelanggan yang berpuas hati dengan layanan
I Wujud ekonomi bidangan yang diberikan
II Komunikasi lebih baik D kaedah untuk mengumpulkan maklumat
III Memberi layanan peribadi berkaitan dengan cita rasa pelanggan
IV Mudah menguasai pasaran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

SOALAN ESEI
Arahan: Jawab semua soalan.
1 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan Perniagaan Agensi Pelancongan Global.

Encik Ikmal bercadang untuk menjemput rakannya menjalankan perniagaan tersebut
bersama-sama. Beliau berharap agar dapat mengumpulkan modal yang banyak dan
juga dapat menggunakan pengalaman rakannya dalam bidang pemasaran.

(a) Nyatakan perubahan bentuk milikan tersebut.
(b) Terangkan tiga kelebihan perubahan bentuk milikan tersebut kepada operasi Perniagaan Agensi

Pelancongan Global.
2 Situasi berikut menunjukkan perubahan pemilikan perniagaan.

KEDAI PAKAIAN KEDAI PAKAIAN

Situasi 1 NORSHIDA SHAHILA

NO. 2, JLN BESAR, NO. 3, JLN BESAR,

KAJANG    KAJANG

Situasi 2 BUTIK NORILA
NO. 2–3, JLN BESAR, KAJANG


Jelaskan tiga kelebihan yang diperoleh Butik Norila selepas perubahan bentuk milikan perniagaan.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 61

3 Mengapakah bentuk perniagaan francais semakin popular di Malaysia?
4 Baca situasi berikut dengan teliti.

Amin Ridwan melihat peluang untuk memulakan perniagaan sendiri semasa bekerja sebagai
“budak penghantar” untuk Mizcici Pizza semasa berusia 17 tahun. Beberapa tahun kemudian
beliau telah berjaya menjadi pengurus untuk sebuah cawangan Mizcici Pizza di Bandar Kajang.
Peluang ini digunakan untuk mempelajari cara menguruskan perniagaan tersebut, iaitu daripada
proses pembuatan pizza hingga kepada cara menguruskan pekerja.

Pada usia 25 tahun, beliau bersama dengan dua rakannya berjaya menjadi francaisi Mizcici
Pizza di Putrajaya dan Sepang. Beliau menyatakan kejayaannya ialah hasil kerja keras dan semangat
tidak putus asa. Selain itu, Mizcici Pizza memang satu jenama yang telah dikenali di Malaysia.
Beliau juga mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk oleh pemilik syarikat induk Mizcici Pizza.
(a) Bincangkan kelebihan yang diperoleh oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam perniagaan tersebut.
(b) Terangkan bentuk sokongan yang mungkin diterima Amin Ridwan daripada syarikat induk.
5 Baca situasi berikut dengan teliti.
Nik Rohana telah menceburi perniagaan pengeluaran minuman ringan dengan jenama “Pop Kola”
setelah berhenti daripada jawatan pengarah di sebuah syarikat pengeluaran minuman ringan di
Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh. Produknya dipasarkan di pasar raya seluruh Malaysia.

Bagi mengembangkan perniagaan yang dijalankan olehnya, Nik Rohana bercadang untuk
bekerjasama dengan Syarikat Sunrider pengeluar minuman ringan di Indonesia. Melalui kerjasama
tersebut, beliau berharap produknya boleh diperkenalkan di negara-negara ASEAN. Dalam
usaha merealisasikan impiannya, Nik Rohana menyediakan satu rancangan perniagaan untuk
dikemukakan kepada pihak berkepentingan bagi tujuan pembiayaan tambahan.
Adakah anda bersetuju dengan cadangan Nik Rohana untuk bekerjasama dengan Syarikat Sunrider?
Berikan alasan anda.
6 Terangkan kelebihan perniagaan bersaiz kecil berbanding dengan perniagaan bersaiz besar.
7 Anda telah ditawarkan jawatan penolong pengurus di Dilara Enterprise dan Syarikat Kunang Berhad.
Tawaran manakah yang akan anda terima? Berikan alasan anda.
8 Encik Azmi dan rakannya menubuhkan firma perakaunan di Kuala Lumpur dua tahun yang lalu.
Mereka sukar mendapatkan syarikat besar sebagai pelanggan kerana dikhuatiri firma mereka tidak
akan bertahan lama.
Bagaimanakah mereka boleh meyakinkan bakal pelanggan agar menerima perkhidmatan yang ditawarkan?
9 Sektor kedua telah berjaya memacu ekonomi negara dengan pertumbuhan pelabur asing yang masuk
ke Malaysia. Terangkan sumbangan lain sektor ini kepada negara.
10 Perkongsian Perwira Juara pengeluar perabot terkemuka di Taiping ingin menukar status pemilikan
perniagaan kepada Syarikat Sendirian Berhad. Adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan anda.

62 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan


Click to View FlipBook Version