The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aikramklm, 2024-04-24 08:25:40

Tema 2: Sukan dan Permainan Tradisional

Tema 2

TEMA 2: SUKAN DAN PERMAINAN TRADISIONAL DISEDIAKAN OLEH: AHMAD IKRAM BIN AHMAD TARMIZEE 5 ALAUDDIN


APAKAH ITU SUKAN DAN PERMAINAN TRADISIONAL? Sukan dan permainan tradisional boleh didefinisikan sebagai aktiviti permainan yang diamalkan oleh sesebuah kaum sejak turun-temurun untuk berhibur ataupun untuk mengalakkan persaingan yang sihat. Semua kaum seperti Melayu, Kadazan, Cina, India dan lain-lain mempunyai permainan tradisional yang unik dan tersendiri. Dahulukala, permainan tradisional sering digunakan untuk menghabiskan masa lapang bersama keluarga, jiran dan juga bersama rakan-rakan dengan aktiviti yang seronok dan berfaedah. Kini, kebanyakan permainan tradisional semakin hilang ditelan zaman yang berpunca dari perkembangan teknologi yang mampan sehingga permainan tradisional dipinggirkan disebabkan gadjet dan permainan moden yang dikatakan lebih seronok dan berkualiti dari segi peraturan dan alatan. Oleh sebab itu, semua pihak wajar cakna akan impak positif permainan tradisional terhadap semua lapisan masyarakat agar ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.


CONTOH SUKAN DAN PERMAINAN TRADISIONAL Perkataan sukan dan permainan tradisional amat sinonim dengan aktiviti preservasi tradisi. Antara sukan dan permainan yang sering menjadi topik perbualan masyarakat pada hari ini ialah congkak, sepak takraw, dam dan batu seremban yang amat popular dalam kalangan generasi muda. Akan tetapi, terdapat juga sukan dan permainan tradisional yang kurang diberikan perhatian seperti rampanau dan terompah tempurung. Rampanau merupakan permainan tradisional kaum Dusun di Sabah khususnya di daerah Tambunan, Keningau, dan Ranau. Asal-usul rampanau boleh dikesan dari menjadi sejenis metod untuk melalui sesebuah kawasan yang sukar direntasi seperti sungai dan paya. Rampanau kini telah melalui evolusi dan menjadi sebuah permainan rakyat dan pertandingan sering diadakan terutamanya semasa Pesta Kaamatan. Rampanau mempunyai potensi untuk membina kemahiran kinestetik dan memantapkan koordinasa pergerakan seseorang. Selain itu, terompah tempurung juga kurang popular dalam kalangan generasi muda kerana ia sukar untuk dipelajari. Aktiviti ini dapat membantu kita untuk menguatkan otot khususnya di bahagian kaki dan betis kerana ia memerlukan banyak pergerakan dari bahagian tersebut. Oleh itu, keperluan masa dan dedikasi yang banyak untuk memahiri kebolahen ini mendorong kepada ia kurang diminati oleh perlbagai lapisan masyarakat.


KEPENTINGAN SUKAN DAN PERMAINAN TRADISIONAL Sukan dan permainan haruslah dipreservasikan bukannya tidak bersebab tetapi kerana ia menjadi lambang keunikan dan budaya sesuatu kaum. Antara kepentingan yang mendorong kepada fakta di atas ialah peranan ia sebagai tanda budaya sesebuah kaum. Contohnya, rampanau yang merupakan sukan rakyta kaum Dusun yang dipelihara sebagai suatu tanda sentimen terhadap usaha nenek moyang untuk menghadapai cabaran fizikal melalui semangat kesukanan dan hiburan untuk menjadi kepada pemangkin kepada preservasi dan konservasi seni sukan budaya. Hal ini demikian kerana ia merupakan warisan turun-temurun kepada generasi kini dan yang akan datang. Dari tinta kaca yang berlainan, sukan tradisional boleh menjadi daya tarikan pelancong lokal mahupun asing ke negara kita. Contohnya, aktiviti terompah tempurung yang unik kepada tanahair kita Malaysia menarik minat orang ramai dari segala pelusuk dunia. Kesannya, ekonomi negara kita khusunya dalam bidang pelancongan dan pengangkutan dapat dipesatkan demi kepentingan kita semua. Tidak dinafikanlah bahawa kita semua wajar bersatu untuk mempromosikan dan membangunkan industri pelancongan melalui konservasi sukan rakyat. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bawah sukan rakyat memainkan peranan yang vital untuk memastikan taraf hidup rakyat meningkatkan jika semua pihak berganding bahu kerana hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.


CARA MEMPOPULARKAN SUKAN DAN PERMAINAN TRADISIONAL Mempopularkan sukan rakyat bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan kegigihan, usaha dan kerjasama dari pelbagai pihak seperti kerajaan, badan NGO, komuniti setempat dan juga tenaga pendidik di seluruh negara. Sebagai pembuka pembincangan, masyarakat sekeliling boleh menganjurkan kelas ataupun progam untuk mendidik generasi muda cara dan peraturan permainan. Program ini boleh dilakukan semasa hujung minggu ataupun cuti sekolah agar lebih ramai orang boleh hadir dan tidak menggangu sesi persekolahan. Hal ini demikian kerana pada masa kini, ibu bapa kebanyakan tidak sempat untuk mendidik anak-anak tentang permainan dan sering memilih untuk meluangkan masa dengan melakukan aktiviti yang lebih mudah seperti menonton wayang ataupun membeli-belah. Selain itu, kerajaan melalui Kementrian Pendidikan boleh menggubal semula silibus pendidkan jasmani dan merangka aktivit kokurikulum untuk mengandungi unsur-unsur dan topik sukan rakyat. Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan seterusnya memberi peluang kepada kanak-kanak secara khususnya untuk mencecahkan kaki ke dalam bidang sukan rakyat. Dengan hasil usaha ini, sudah terang bagai purnama bahawa pendedahan awal mampu memberi impak positif yang signifikan dalam usaha untuk mempopularkan sukan rakyat dalam semua lapisan masyarakat.


Dengan hasil perbincangan yang kualitas di atas, sudah jelas bahawa sukan rakyat wajar diterapkan dalam semua aspek kehidupan seharian kerana banyak faedahnya. Semua pihak wajarlah cakna akan tanggungjawab dan tidak melepaskan batuk di tangga untuk mempopularkan sukan rakyat. Saya berharap agar sukan rakyat tidak hilang ditelan zaman disebabkan oleh kepesatan pembangunan teknologi kerana ia merupakan lambang identiti sesebuah kaum. Akhir kalam, saya menyimpulkan bahawa sukan rakyat wajar dipelihara melalui apa-apa sahaja usaha kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya agar keunikan ini dapat dipelihara untuk generasi akan datang sehingga akhir zaman.


Click to View FlipBook Version