PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
LANGKAH –LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA.
Untuk rujukkan guru
1
● Sarawak
● Sabah
● Negeri-Negeri Selat
● Negeri-Negeri Melayu
Pada tahun 1887 cadangan untuk menggabungkan negeri-negeri di atas telah dikemukakan oleh
A Lord Brassey
B Dato’ Onn Ja’afar
C Tunku Abdul Rahman
D Sir Malcolm MacDonald
2 Mengapakah Lee Kuan Yew berminat untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu?
A Desakan pedagang dan pelabur asing
B Barisan Sosialis semakin berpengaruh
C Parti Tindakan Rakyat semakin lemah
D Ingin meluaskan pengaruhnya di Persekutuan Tanah Melayu
3 Lee Kuan Yew mencadangkan penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
Mengapakah cadangan tersebut ditolak oleh Tunku Abdul Rahman?
A Mengancam keselamatan negara
B Memecahbelahkan pelbagai kaum
C Mewujudkan keseimbangan kaum
D Menjejaskan pertumbuhan ekonomi
4 Mengapakah Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamakan Malaysia?
A Untuk menarik Sabah, Sarawak dan Brunei menyertai Malaysia
B British akan menggabungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
C Desakan oleh UMNO dan pegawai British untuk pembentukan negara
D Permintaan penduduk dan pemimpin Singapura untuk menyertai Malaysia
5. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold dengan pembentukan Malaysia yang
terdiri daripada Sabah dan Sarawak?
I Perlembagaan yang dibentuk berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu
II Pemberian kuasa menentukan dasar kewangan di Sabah dan Sarawak
III Pemberian kuasa menentukan dasar imigresen di Sabah dan Sarawak
IV Memberi jaminan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Soalan Struktur.
1.
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
Suruhanjaya Cobbold
Jawatankuasa Antara Kerajaan
Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Senarai di atas berkait dengan langkah ke arah pembentukan Malaysia.
(a) Nyatakan peranan utama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum.
Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia, mengumpulkan pandangan
penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
[2 markah]
(b) Apakah tujuan utama penubuhan Suruhanjaya Cobbold?
Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia serta membuat
penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British
[2 markah]
(c) Nyatakan cadangan yang telah dikemukakan dalam laporan Suruhanjaya Cobbold.
(i) Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya dan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan
(ii) Jaminan hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
(iii) Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
(iv) Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
[4 markah]
(d) Berikan dua tokoh dari Persekutuan tanah Melayu yang menjadi ahli Jawatankuasa
Perunding Perpaduan Kaum .
(i) Tunku Abdul Rahman,Ong Yoke lin
(ii) Khir Johari
[2 markah]
Soalan Esei.
7. [6 markah]
(a) Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold?
(b) Jelaskan usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk
menubuhkan negara Malaysia pada 16 September 1963. [12 markah]
Jawapan:
(a)– Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan
Sabah.
– Suruhanjaya ini akan membuat penilaian.
– Ia juga akan mengemukakan cadangan kepada pihak British.
– Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
– Mengemukakan laporan kepada kerajaan British.
(b) Lawatan – Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah serta ke
Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
Rundingan – Mengadakan rundingan dengan pegawai-pegawai kanan Persekutuan
dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.
JPPK – Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum untuk menerangkan
kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia, mengumpul pandangan dan
menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
Memorandum – Mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
untuk memberi pertimbangan supaya Sarawak dan Sabah dimasukkan ke dalam
perlembagaan baru.
Tinjau – Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia dengan
membuat penilaian dan cadangan kepada British.
JAK – Jawatankuasa Antara Kaum ditubuhkan untuk menerangkan penubuhan Malaysia
dan turut membincang hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
Balas – Malaysia bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel dari Britain,
Australia, New Zealand dan Kanada setelah tentera Indonesia melancarkan serangan.
Bantahan – Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha
Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung pencerobohan Indonesia ke Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak.
Lawatan – Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika
menjelaskan hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia setelah
memburukkan nama Malaysia.
Kemuncak – Malaysia, Indonesia dan Filipina mengadakan sidang kemuncak antara
Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal.
MAPHILINDO – Hasil rundingan ditubuhkan MAPHILINDO dan ketiga-tiga negara
bersetuju penyelesaian pembentukan Malaysia dirujuk kepada PBB.
Hantar – Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dibentuk
oleh Setiausaha Agung PBB, iaitu U Thant dengan menghantar wakilnya bagi meninjau
sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
Rundingan – Pada tahun 1966 mengadakan rundingan di Bangkok untuk memulihkan
hubungan antara wakil Malaysia Tun Abdul Razak dengan Encik Adam Malik wakil
Indonesia.
Iktiraf – Pada tahun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia menerusi usaha membaiki h
ubungan antara kedua-dua negara melalui MAPHILINDO.